Sunday 2 October 2016

VITAMIN KANAK-KANAK

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.... ;-)

1 Muharam ~ cuti... bawak anak2 pulang ke kampung halaman... Alhamdulillah mereka sungguh teruja!!! Dan hari ini juga genap 1 tahun usia anakanda UstazahCeria , Ahmad Izzuddin Al Faqih bin Ahmad Fitri ;-) Alhamdulillah... Faqih membesar dengan sihat dan ceria sama seperti kakak2nya Aisyah Humairah dan Ainin Suffiyah.

Semua ibubapa mahukan anak2 yang sihat cergas dan cerdas, kan? Begitu juga IsrazahCeria... Alhamdulillah...belum pernah lagi UstazahCeria dan suami diuji untuk 'bermalaam di wad' demi menjaga anak2 yang sakit.

Mungkin kerana sejak awal kehamilan, UstazahCeria sangat menitikberatkan kesihatan kandungan dan diri ustazah, agar tidak berlaku sebarang komplikasi terhadap bayi dalam kandungan. Syukur.....anak2 ustazah lahir sempurna dan sihat cerdas cergas hingga ke usia ini.

Antara perkara yang ustazah dan suami ambil perhatian ialah pemeriksaan kesihatan anak2 sejak mereka lahir. So, Buku Kesihatan Bayi yang dibekalkan oleh Hospital Kerajaan tu memang kami manfaatkan dan sangat ambil perhatian..segala suntikan untuk tujuan pencegahan penykait wabak, kami akur dan patuh...dengan harapan, anak2 mebesar dengan sihat tanpa sebarang risiko.

Namun, Ustazah dan suami hanyalah hamba yang juga akur pada Yang Maha Pencipta...andaikata suatu masa nanti anak2 kami diuji dengan penyakit, kami redha...tapi sebelum itu, kami sedaya upaya 'prevent' mereka dengan pengamalan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat dan mengambil suplemen.

=================================

1. OMEGA GUARD

Ia adalah omega-3 terbaik yang telah melalui 3 peringkat penyulingan daripada lemak ikan-ikan dari lautan sejuk seperti ikan tuna dan ikan herring.

DHA dalam Omega-3 amat membantu dalam perkembangan fungsi otak kanak2 serta membantu anak2 menjadi lebih fokus dalam pembelajaran.

EPA dalam Omega-3 pula berfungsi terhadap penglihatan kanak2, maksudnya memelihara mata.

Selain itu, Omega Guard sangat membantu melegakan lelah dan batuk berkahak!

2. CHEWABLE VITAMIN C

Ia sangat digemari oleh anak2 ustazah! Rasanya masam2 manis oren dan sedap untuk dikunyah! Kadang2 ustazah pon cilok vitamin c diorang ni ! Hahahah...

Vitamin C diakui sebagai perisai atau immune booster terhadap kesihatan tubuh. Dan itulah fungsi Chewable Vitamin C Shaklee ini. Ia membantu melegakan selsema, ekzema dan masalah alergik bagi kanak2.

3. VITALEA FOR CHILDREN

Vitamin berperisa Berries iNi amat digemari oleh Ainin ;-) berwarna ungu cerah, rasanya seakan-akan anggur.

VFC merupakan multivitamins yang berfungsi untuk melengkapkan nutrisi diet kanak2. Adakalanya anak2 kita ni kurang nak makan, malah lebih gemarkan makanan yang kurang berkhasiat seperti 'junk foods'.

******************************************
Jom sama2 kita bervitamin! Moga2 diberikan nikmat kesihatan yang baik agar kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna.....

Hubungi UstazahCeria di 012-3618431 atau 017-3129349 untuk keterangan lanjut mengenai produk dan khidmat nasihat.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...