Wednesday 28 March 2018

SET HAMIL, SET BERPANTANG, SET PENYUSUAN

Pagi ini dikhabarkan dengan berita gembira, seorang sahabat dah selamat melahirkan bayi lelakinya.

Seronoknya dapat baby!

Itulah antara ucapan tahniah dan kata-kata penuh teruja kawan-kawan geng kami yang lain. Termasuklah saya sendiri. 😜😜

Maklumlah... #boboyot dan masuk umur 3 tahun. Rasa lama sangat pulak perut ni berehat. Hahahahah.....

.....

Ini #sethamil Shaklee.

Semua vitamin dalam set ni saya memang makan setiap hari pun. Tapi bila pregnant, wajib telan setiap hari.

Dan set ini jugak saya sambung makan dalam pantang sebagai #setberpantang dan #setpenyusuan. Haaaa best tak? 3 in 1 gitewwww. 😍😍😍 jimat giler!!!

ESP tu sumber protein. Bagi orang yang mengandung, kadang ada masalah 'rahim tak kuat'. Kerap 'bleeding'. So minumlah ESP ni untuk bantu suburkan peranakan kita. Lagi pun, protein perlu untuk pembentukan janin.

VITALEA sebagai multivitamins dan multiminerals untuk nutrisi lengkap badan ibu. Vitalea adalah sumber zat besi. Selalu kan ibu2 hamil merungut low haemoglobin blood. Selalu penat dan pening.... so, makanlah vitalea ni.

Vitamin C. Off course lah untuk tingkatkan sistem imun badan mak dan bayi dalam perut. Lagi pulak, VITALEA (zat besi) perlukan VITAMIN C untuk penyerapan zat besi yang optimum. 👍👍👍

B COMPLEX bantu untuk perkembangan saraf janin yang baru nak menjadi tu. Bantu kurangkan risiko spina bifida. Dan bantu jugak memberikan tenaga kepada ibu2 hamil dengan menukarkan makanan yang ibu makan kepada tenaga.

OSTEMATRIX tu adalah sumber kalsium. Mak2 yang pregnant ni, kalsium2 dalam badan dia disedut oleh janin untuk pembentukan tulang dan gigi. Jadi, jangan hairanlah jika ibu2 hamil ni kerap sakit gigi ketika hamil. Atau selepas beranak, gigi jadi rapuh dan berserpihan pecah. Huhuhu... saya sudah mengalaminya!!!! Huwaaaa! 1st time cabut gigi masa umur baby sulung 5 bulan. Masa tu tak amalkan #sethamilSHAKLEE ni lagi.

💐💐💐💐

Kepada kawan2 FB saya yang hamil dan masih tercari2 set berpantang, inilah set yang anda cari sebenarnya! 3 in 1 tau! Just www.wasap.my/60123618431 saya bagi konsultasi percuma je. 😄😄😄

#diariustazah
#sihatceria
#ustazahceria

CARA KURANGKAN RABUN

Lebih 1436 tahun dahulu, apabila bayi lahir, Rasulullah SAW mengamalkan mengambil secebis kurma dan memasukkannya ke dlm mulut. Rasulullah SAW akan mengunyahnya hingga lembut dan kemudian menyapunya di lelangit bayi yg baru lahir.

Ini dipanggil Tahneek dlm Islam.
- Hari ini BBC News melaporkan dari pakar - sedos gula dlm bentuk gel yg disapu dlm pipi dlm mulut merupakan cara murah dan efektif utk melindungi kerosakan otak bagi bayi yg lahir tak cukup bulan. Inilah sebabnya Muslim mengamalkan amalan Rasulullah SAW tanpa mempersoalkannya. Sains hanya kini baru meneroka tradisi yg telah diperkenalkan 1436 tahun dahulu kerana Islam dari dulu hingga kini masih mendahului segala perkembangan.

Mari berkongsi ilmu, apatah lg sesama Muslim bahawa Islam bukan agama primitif. Subhanallah. Segala puji bg Allah.

********
'Jika sakit kepala di bahagian hadapan kepala, rawatannya adalah tidur. Jika di atas kepala, rawatannya adalah makan & minum air. Jika sakit kepala di bahagian belakang kepala, maka rawatannya adalah cuba menghilangkan stress.

💐💐💐💐💐

Rawatan utk menambah penglihatan lebih jelas.

.......

Ini sgt penting untuk mereka yang lemah penglihatan dan untuk semua. Otot mata bekerja setiap hari yang boleh membawa  kepada penglihatan yang kurang tepat.

Demi mengembalikan penglihatan yg baik dan mengekalkannya, kita perlu mengikut sunnah di dlm solat. Kita perlu sentiasa membuka mata setiap kali sujud dan ketika berdiri pula, mata perlu sentiasa fokus kepada titik sujud sepanjang solat.

Kelebihan melihat titik sujud ialah ketika rukuk, otot mata akan menekan lensa untuk menambah penglihatan dan ketika kita bangun, otot mata akan mengendur.

Ketika sujud, lensa akan mengecil disebabkan jarak di antara mata dan lantai. Apabila kita bangun  semula, otot mata akan mengendur semula.

Amalan yg kita lakukan setiap hari merupakan antara latihan mata kita. Kita boleh melakukan sebanyak 17 kali atau sebanyak mana yg diingini.

Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan utk membuka mata ketika sujud dan kini saintis pula mengesahkan amalan ini utk menambah & memperkukuhkan daya penglihatan. Subhanallah.

Kongsikan tips ini. Moga mendapat keberkatan dari Allah SWT.

💐💐💐💐💐

Saintis bukan Islam mengesahkan bahawa kita kini terdedah dengan kuasa caj eletrik lebih besar dari sebelum ini.

Ini disebabkan oleh radiasa elektromagnet dari peralatan seperti telefon bimbit, TV, AC, microwave dan sebagainya. Dan sekiranya kita tidak mahu radiasi ini mengancam kita, kita perlu meletakkan dahi di lantai lebih dari sekali sehari kerana bumi boleh menyerap radiasi.

Kita sebagai Muslim diberi 5 waktu solat utk menyentuhkan dahi kita ke lantai, iaitu 92 sajadah setiap hari. Subhanallah.

💐💐💐💐

Setiap perintah Allah ada kelebihannya.
"Which of the favours of your Lord will you deny?"

(Surah Ar-Rahman).

Jika info ini memberi inspirasi kepada anda, jom kongsikan. Wallahualam. Saya cuma copy paste daripada seseorang

Saturday 24 March 2018

SET KURUS

Opppsss!!!! Hihihi....

14 Mac 2018 saya ada temujanji dengan Nutritionist Shaklee di Shaklee Home Office.

Saja-sajalah nak buat bone check, BMI dan skin analysis.

Tulang dan kulit muka saya dah cerita aritu kan? Hari ni nak sambung kongsi tentang BMI dan lemak yang ada pada tubuh saya.

😫😫😫😫😫

BMI saya sangat Ok. [22.3] tapi lemak bawah kulit terutama di bahagian pinggang dan ke bawah, terlebih! Hahahah... otot pulak, kurang! Maknanya kurang workout lah tu. Huhuhu....

Memang pun.... dah sangat jarang berlari dan buat latihan kekuatan otot sejak 2 bulan kebelakangan ni. Teruknya!! 😫😫😫😫

Saya dicadangkan untuk kembali konsisten dengan rutin senaman saya, sama seperti dahulu. Cuma saya perlu tambahkan pengambilan protein untuk menukarkan lemak2 berlebihan itu menjadi otot pejal. Ini saya kena minum CINCH SHAKE.

Dan lemak2 degil itu perlu jugak dipecahkan agar proses pembakaran lemak menjadi lebih mudah. Ini saya kena telan 6biji LECITHIN sehari!

Dan usus saya juga perlu lancar melakukan proses penyahtinjaan. Disamping menyerap zat2 daripada makanan yang saya makan setiap hari dengan lebih efektif. Ini saya kena ambil HERB LAX.

Ok, sekian sahaja perkongsian daripada saya 😋

#diariustazah
#sihatceria
#shakleestandard
#liveamazing

saya lebih yakin dengan penampilam saya sekarang

YOUTH buat saya lebih yakin dengan penampilam saya sekarang. 😎

Ini pon off 'beauty' caption. Hahahaha....

Korang tau tak? Aisyah Ainin pun dulu selalu tegur muka ai ni....ibu, banyaknya bintik-bintik kat pipi ibu. Huwaaaaaa.  😭😭😭 rasa macam ...hukhukhuk....

Pastu, tepek bedak asas pon masih lagi anak dua orang tu tegur ada bintik2 hitam tu.... suami? Memanglah dia tak pernah tegur....mungkin nak jaga hati...huhuhu....

Tapi sejak lebih 30 hari konsisten guna YOUTH set lengkap untuk treatment ni, huahhhhh!!! Memang rasa cunnnn je  😋😋😋😋

Saja lah semalam ai tanya si Ainin tu...muka ibu ada nampak lagi tak bintik2? Ainin telek-telek....katanya, haaaa dah sikit sangat je bintik2 ni. Hihihi.... Ainin ni memang peka bab penampilan. Huhuhu....

Sekarang ni, nak selfie tak kisah dah nak captured dengan 'beauty' atau auto caption. 😎😎😎 sebab ai yakin, kalau orang tengok ai secara real pun, orang takkan tersalah orang. Ahahahahahaha....

Korang yang ada masalah jeragat yang tak sudah2 berkurang walaupun pakai macam2 jenama yang KONONNYA diuji secara klinikal tu, meh tukar! Guna YOUTH pulak 😝😝😝😝

Starter set YOUTH tak sampai RM1000 pun.... hihihi....

#YouthMaster
#sihatceria
#lookyoungerlonger
#MyShakleeYouth
#diariustazah

Pertama kali baca tentang vitamin untuk kesihatan mata, ahhhhh

Pertama kali baca tentang vitamin untuk kesihatan mata, ahhhhh..... aku dah teruja!

So, cuba beli satu, si kecil CAROTOMAX.

Ada 30 biji je. Tapi kandungan beta kerotin dan vitamin A setiap kapsul, sesuai dan cukup mengikut keperluan tubuh manusia.

Kajian2 yang dibuat untuk hasilkan vitamin untuk mata ini jugak telah membuktikan manfaatnya bukan sekadar untuk mata, tapi juga sebagai pelindung sistem imunisasi tubuh dan kesihatan kulit.

Genap setahun amalkan CAROTOMAX, keluar pulak COQTROL PLUS, yang dijamin membantu memberikan tenaga kepada sel-sel retina untuk memberikan pandangan yang lebih baik.

Sejak tambah vitamin kecik ini, mata dah kurang sangat rasa letih. Bangun pagi, segar! Walaupun tidur lewat. Memandu pada waktu malam, dah kurang silau. Power rabun pun dah turun lagi.

VIVIX tu memang dah lama makan. Dapat rasanya perubahan yang ketara dalam bab kecergasan. Lebih bertenaga. Tak mudah lesu. Tak mudah bad mood.

Inilah kisah cinta pertama saya dengan vitamin Shaklee. Hahahaha..... sekian.

.....
Nak tanya atau nak order www.wasap.my/60123618431

#diariustazah
#sihatceria
#vitaminmata

Friday 23 March 2018

Bukan setakat dapat kuruihhhh...tapi muka pun glowing! Nampak makin muda!!

Nak KURUIHHHH. 😱😱😱😱

Mai D.E.T.O.K.S laaaaa......

Bukan setakat dapat kuruihhhh...tapi muka pun glowing! Nampak makin muda!!

#DetoxShaklee merupakan program 'tranformasi' diri : dari gemuk dempol jadi kuruihhh...dari muka penuh jerawat jadi flawless and glowing....

7 hari hangpa kut mealplan Shaklee bagi, tambah dengan 5 vitamin #setdetoks ni, confirm hari-7 tu orang toleh dua kali kat hangpa. 😎

VIVIX

Bantu kecutkan tisu adipos. Adipose tissue ni sebenarnya LEMAK. Lemak ni, adalah sumber tenaga. Tapi jika dibiarkan tanpa penukaran kepada tenaga, ia menempel kekal di bawah lapisan kulit. So, resveratrol yang ada dalam VIVIX nilah yang banyak bantu kecutkan lemak ni.

ALFALFA

Flush away toksin-toksin dalam badan. Ia agak 'panas' sikit ala2 jamu lah. So kena banyak minum air. Apabila pengambilan air melebihi  2liter sehari, makan semakin cepatlah berat badan anda menurun! Hihihi...

HERB LAX

Oh uh! Ini ibarat julab! Ko telan 2 biji sebelum tidur, kompem kui 4 pagi ko bangun macam orang kena cirit-birit. Hahhahah.... jangan bimbang! Sebenarnya, herb lax ni bantu lembapkan usus kita. So usus yang 'berkerak' tu apabila dah lembap, mudah dan lancarlah nak keluar. 😂😂😂 apabila usus lembap, zat-zat makanan yang kita makan seharian tu lebih mudah diserap oleh usus..... barulah tak terlalu gemuk, dan tak terlalu kurussssss.... hehehe...

PEPPERMINT GINGER PLUS

Ini bantu masalah bloating atau sebu perut. Perut yang sebu tak bagus kan? Makan apa pun tak ok. Perut tak boleh nak proses makanan dengan baik. Dalam program detok shaklee ni, 3 hari pertama memang jadi kambing. Sebab makan sayur dan buah hijau je. Hihihi... mau tak kembong!!?? Hahahh... so ambillah PGP. 😎

DTX COMPLEX

Dah namanya pun detoks kan! Korang rasa, organ mana yang WAJIB DETOKS?

yessss!!! Betul! H.A.T.I

Hati kita ni ibarat macam tempat pelupusan sampah. Apa sahaja yang kita makan, hati yang proses....lemak, garam, gula...berkumpul kat hati. Manalah hati tak sakit! Kesiannnn hati. 😢😢😢 hati adalah organ yang paling banyak bekerja, sama seperti buah pinggang.

So, hargailah HATI kita dengan memberikan ia makanan iaitu DTX Complex. 😘 bila hati pon sihat, semua organ tubuh dapat berfungsi dengan baik. Takdelah lemak2 tu berkumpul kat bahagian-bahagiam tertentu badan je. Hihihi.....

..... 

Saya dah detoks 3 bulan sekali. Korang bila nak mula? Kalau nak join detoks, www.wasap.my/60123618431 k 😘

#diariustazah
#sihatceria
#liveamazing

Tuesday 20 March 2018

JERAGAT TIADA LAGI

Tadaaaa....

Inilah vitamin untuk #jeragat dan masalah #kulitkering dan #kulitkusam saya.

Mula-mula dulu, saya cuma telan vitamin C je. Sebab semua orang tahu dan faham kot manfaat vitamin C kepada kulit. Hihi...maka, samalah dengan saya.

Pastu saya mula tambah Vitamin E.

Vitamin E Shaklee dihasilkan daripada ekstrak biji anggur. Ada selenium jugak untuk mencegah kulit jadi kasar, berkedut dan tidak elastik.

Pastu saya tambah satu lagi, vitamin Shaklee yang telah diperbaharui formulasinya, iaitu CoqTrol Plus.

....

CoQTrol Plus : hasil formulasi baharu  coenzymr Q10 bersama resveratrol.

Resveratrol ni ada dalam vitamin #antiaging iaitu VIVIX.

Walaupun tubuh kita boleh hasilkan sendiri Coenzyme Q10 ni, tapi semakin hari ia semakin berkurang akibat pendedahan radikal bebas seperti, pencemaran, sinaran UV, toksin dan sebagainya. 

Coenzyme q10 ni bantu berikan TENAGA KEPADA SEL-SEL dalam badan kita.

Contohnya kulit yang kusam. Terjadi akibat sel-sel kulit mati dan kering.

Sel-sel kulit mati ni nak bertukar kepada sel-sel kulit yang baharu, ia perlukan makanan untuk bagi dia tenaga.

Dan oleh sebab faktor usia dan faktor sekeliling, coq10 dalam badan kita ni sangatlah kurang untuk membantu ke arah tersebut. Maka, dicadangkan untuk kita ambil suplemen Coq10 ini bagi membantu sel-sel kulit, malah sel-sel lain dalam badan kita pon dapat tenaga yang sama untuk diperbaharui.

Barulah orang tengok kita #lookyoungerlonger je setiap masa. 😘😎😎 hehehehe....

....

Oh ya!
Ketiga-tiga vitamin ini adalah #antioksidan tau!

Nak cuba amalkan vitamin kulit ni boleh www.wasap.my/60123618431 ye!

#diariustazah
#sihatceria
#MyShakleeBeauty
#antioksidan.

VITAMIN B : Vitamin Penenang

VITAMIN B : Bantu Berikan Ketenangan

...

Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, dan B12 amat penting dan memainkan peranan besar untuk fungsi tubuh yang sempurna.

Gabungan 8 vitamin B ini membantu tubuh menukarkan makanan kepada yang diperlukan oleh tubuh dan menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.

Errr... jangan hairanlah ye jika anda sering melihat saya sentiasa cergas sepanjang hari. 😎 sebab setiap kali selepas sarapan berat, saya akan telan sebiji B Complex Shaklee. Ngeh ngeh ngeh....

....

By the way, kat sini saya cuma nak cerita tentang fungai vitamin B yang mana yang boleh bantu kita tangani strea dan berikan ketenangan.....gitewwww.  😚😚😚

B1 ~ Thiamine : membantu tubuh membina sel baharu yang sihat.

Ia juga dikenali sebagai vitamin ANTI-STRESS sebab keupayaannya mempertahankan sistem imunisasi badan. B1 ada dalam makanan seperti kekacang dan bijirin penuh.

B2 ~ Riboflavin : ia sangat membantu dalam menangani masalah migrain dan sakit kepala. Ia bertindak membawa oksigen ke seluruh badan dan sangat diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baik.

B5 ~ Panthothenic Acid : ia membantu dalam penghasilan hormon testoteron. Hormon ini membantu mencantikkan kulit. Kulit cantik, taklah stress kan? Hihihi... nak kulit cantik, kena makan avokado, yogurt, telur dan daging.

B6 ~ Pyridoxine : memainkan peranan paling besar dalam menentukan mood kita dan pattern tidur kita. Ia bantu tubuh menghasilkan serotonin, melatonin dan norepinephrine (hormon stres). Yang ini boleh makan salmon, ikan tuna, beras perang dan lobak merah untuk dapatkan B6.

.....

Haaa.... dah tahu manfaat vitamin B ni kenalah jaga dan alert tentang gaya pemakanan kita. Paaaalinggg senang, telan je sebijik sehari B Complex Shaklee ni. Semua 8 vitamin B tu lengkap ada dalam 1 tablet.

Rojer-rojer deh kalu nok vitamin B www.wasap.my/60123618431

#sihatceria
#diariustazah
#bcomplex

Monday 19 March 2018

MOVIE ANIMATIONS PARK STUDIOS Ipoh, Perak.

MOVIE ANIMATIONS PARK STUDIOS Ipoh, Perak.

....

Sedikit review daripada saya berkenaan tempat  ini.

Mmmm... bagi saya sendiri, SANGAT OK, jika anda adalah remaja atau takde anak. Hahahaha... 

Oiiii... mana nak pegang anak. Mana nak main lagi. Ahahahah... dah bergilir pulak dengan suami. Pastu, anak yang sulung boleh pergi main (sebab melebihi ketinggian 100cm) , anak yang kedua dan ketiga meraung kat luar pagar stesen main tu sebab tak cukup tinggi. Kesiannnnn.....

Harga?

So and so la..... hihihi....

RM 60.00 kanak-kanak (4~12tahun)
RM 70.00 dewasa
RM 60.00 warga emas

Beberapa bulan akan datang  akan naik harga pulak sebab seksyen belakang (apa nama entah), bakal dibuka. More fun, more fantastic!!! Hihihi..

Makan?

Mm.... boleh tahan jugaklah mahalnya. Tapi kitorang okey je makan kat sini. Merasalah makan dalam spaceship. Hahahah...have funlah dengan anak-anak. Jangan mak bapak pulak yang crancky pasal makan. Hahahah.....

Bahagian untuk ketinggian bawah 100cm???

1. SMURF VALLEY

Kat sini boleh main kereta. Anak-anak tekan pedal sendiri. Sesuai untuk umur 4 hingga 7 tahun kot, ikut kesesuaian saiz tubuh budak.

Boleh bergambar juga dengan maskot SMURF  comel dua ekor tu. Boleh juga menonton 4D movie selama 20 minit.

2. FANTASY FOREST

Kat sini, mak pak  yang berat 70kg ke bawah, bolh join anak-anak korang ride kuda macam kat funfair. Atau helikopter. Atau wizling wheel.

Besttttt. 👍👍👍👍 sebab berat  aku 50kg je so aku sorang je parent yang main semua  benda kat sini dengan anak-anak. Ngeh ngeh ngeh.....hmmmm...penting jugak bertubuh kecil molek macam  aku kan? Boleh  temankan anak2 main. Hihi.

Banyak lagi nak cerita. Tapi....better korang pergi sendiri ye. Rasai  dan alami keseronokannya!!!! Horayyyyy!!!

Sekian, adios.

#diariustazah
#PerakVacay
#MAPS

SERONOKNYA! JERAGAT MAKIN PUDAR

Seronoknya JERAGAT dan makin pudar! Lalalalalala...

Sejak hari ke-24 guna set YOUTH ni, dah off dah butang 'beautification' tu. Hikhikhikhik... jangan maraaa aaaa.... 😋😋😋

Sebenarnya, selain amalan vitamin ACE, kita kena guna jugak produk penjagaan luaran yang ada vitamin yang sama dengan yang kita makan. Barulah seiring sejalan, gitewwww... 😚😚😚

Okey, nak tahu apa yaang ada dalam produk kutit wajah Shaklee ni yang buat jeragat saya pudar dan pori saya tertutup????

L O T U S . J A P O N I C U S

Spesis kekacang yang mempunyai bunga berwarna kuning yang sangat menawan.

Fungsi Lotus Japonicus inilah yang dikenalpasti sebagai bahan yang amat berkesan untuk menghalang penghasilan TYROSINE iaitu sejenis asid amino yang menyebabkan pigmentasi kulit a.k.a jeragat.

Extrak tumbuhan ini juga membantu melembapkan kulit dan menjadikan tona kulit sekata. Wowwwww. 😱😱😱 patutlahhhhhh!!!!

Tumbuhan ini juga membantu menghasilkan kolagen  dan elastin pada lapisan utama dermis kulit kita. Sebab tu wajah saya nampak lebih lembap dan kurang kedutan!! Wowwww 😱😱😱😱

So dalam YOUTH yang ada Lotus Japonicus ini   ialah (1) ACTIVATING SERUM dan (2) ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM.

....

Errr...korang yang kat luar sana mesti teruja kan,  baca cerita saya ni  😝😝 kalau begitu, dapatkanlah STARTER SET YOUTH dengan harga menawan! Yang penting lebih murah dari SKII. 😚 direct message www.wasap.my/60123618431/YOUTH deh.

Sekian,
Aminah Syuhadah
Duta YOUTH Shaklee.

#diariustazah
#YouthIsHope
#sihatceria
#liveamazing
#LookYoungerLonger

CARA TINGKATKAN IMUNITI ANAK-ANAK

Cuti sekolah... bawak anak-anak berjalan merata.

Dan semestinyalah ramai pelawat dari dalam dan luar negara kat tempat-tempa yang kita lawati tu kan?

Hmmm.... apabila saya merancang nak bawak anak-anak bercuti, saya dah mula sediakan diorang dengan supplement. Hahahaha...

Antaranya,

1. Multivitamins.

Ini penting! Badan yang cukup mineral akan membantu mengatasi masalah berkaitan sistem imunisasi tubuh.

2. Minyak ikan.

Ini penting jugak! Minyak ikan perlu untuk menangani gejala keradangan. Terutamanya organ dalamn tubuh.

3. Immune booster.

Yang ini memang wajib bagi! Shaklee ade satu suplemen untuk bantu boost up sistem imun tubuh, iaitu NUTRIFERON. kami sekeluarga memang amalkan ini terutama apabila kami plan nak bercuti ke luar negara.

4. Buah-buahan dn sayuran.

Saya kalau memasak, sayur memang wajib ada sebagai satu hidangan!! Buah, wajib jugak ada dalam peti sejuk tu. So anytime diorang nak makan, ambil je dalam peti. Basuh dan boleh terus makan. Secara tak langsung dapat elakkan diorang daripada duk meroyan nak makan junk food and fast food.

Hmmm.... korang yang sedang mencari vitamin untuk kekalkan immunity anak2 tu, bolehlah wasap saya di www.wasap.my/6012368431

#sihatceria
#immunityset

TIPS GANDAKAN BISNES

RUNSING..... Sales merudum.... 😭😭😭😭

.....

Itu dulu!

Sekarang, saya dah tahu apa yang boleh bantu bisnes saya naik berganda. 😎😎😎😎😎

Lets check it out 👇

1. V.L.O.G

Beb! Zaman gen Y kot.... semua benda dalam youtube. Hahahaha... ustazah pun tak ketinggalan tau buat vlog gitewwww. 😋😋😋 kihkihkih....

Vlog ni, memudahkan orang nak akses apa yang dia perlukan. Ramai orang zaman ni, malas nak membaca-baca ni. Kan? Mendengar lebih efektif la...lebih-lebih lagi bab produk kecantikan.

2. FB LIVE

Fewiitt!!!

Ustazah suka ni live2 di FB. Hihihi.... lebih  senang  nak share tentang info produk secara live. Nak tulis, panjang nau!  Huhuhu....

3. Follow up rapat-rapat.

Follow up bagi ai ialah bertegur sapa di alam maya.

Contohnya, hantar mesej-mesej jenaka...mesej-mesej berkaitan doa.... sebenarnya, pelanggan-pelanggan ustazah ni, bila dibuat begini, macam otomatik pulak diorang akan melaporkan tentang vitamin yang diorang makan tu kat ustazah. Hahahaha... padahal tak tanya pun! Hihihi...

Tapi kadang-kadang ustazah terus menyapa.dengan bertanyakan pasal vitamin yang diorang ambil. Senang citer. Malas nak putar-belit alam. Hahaha...

4. Mintak kepada Yang Maha Pemberi Rezeki

Zikirlah Ya Wahhab  1000x sehari.

Istighfar 1000x sehari. Mungkin kita ada 'curang' dengan Dia.

Zikir Ya 'Afuw Ya Ghaffar Ya Tawwab 40x setiap kali selepas solat. Moga-moga kita diampunkan dan dipelihara dari kecantikan dunia.

Okey, sekian sahaja #tipsgandakanbisnes ini daripada Ustazah Ceria di #diariustazah . Moga sentiasa #SihatCeria selalu. 😘😘😘 adios!

Friday 16 March 2018

CARA MUDAH HILANGKAN SUNBURN

Yeayyyy!!!

Sejak berYOUTH, sunburn ni lagi cepat pergi. 😘

Mula berYOUTH pada hari pertama Kejohanan Olahraga MSSD Klang (Rendah) aritu. Huhuhu....

Sebelum ini,
Memang duk telan Vitamin C dan bancuh ESP pagi-pagi supaya kulit cepat recover daripada sunburn ni.

Hmmm....
Kulit kita ni, bukan setakat guna produk luaran je untuk cover masalah pori, sunburn dan jerawat. Malah kena digabungkan dengan penjagaan pemakanan dan pengambilan suplemen jugak.

Begitu juga sebaliknya.
Pengambilan suplemen yang konsisten, tapi tak jaga makan, tak guna apa-apa produk untuk cover kulit, memang payah lah nak betul-betul peloles kulitmu tu 😏

Atau,
Guna produk bukan main mahal! Tapi bab makan? Kurang pulak minum air kosong.

Sebenarnya, air manis, adalah menyumbang besar masalah kedutan di wajah kita! Korang tahu tak tentang tu??? Huhuhu... 

Atau, ada jugak yang nak kesan yang pantas!  Maka belilah krim timbang kilo..... calit sikit-sikit, terua peloles dalam masa sejam. Huhuhu....

Nak cantik ni, ambil masa. Biasanya yanng bagi fast effects tu yang tak kekal lama dan bagi mudarat pulak kat tubuh. Huhuhu... tak.mahulah macam tu, ok! Nak cantik, biar sihat. Sebab, bila sihat, kita jadi gembira dan ceria. Bila ceria, muka kita jadi glowingggg gitewww. 😘😘😘😘barulah nampak mudaaaa je sentiasa! 😄😄

Pesan #sihatceria ini daripada saya,
Aminah Syuhadah
Pengamal tegar vitamin Shaklee.

#diariustazah
#skincare
#sunburn

MANFAAT POLIFENOL

MANFAAT POLIFENOL

1. Sebahagian besar polifenol adalah antioksidan sehingga mampu meneutralkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel dan jaringan tubuh.

2. Radikal bebas sering dikaitkan sebagai penyebab kerosakan sel yang berhubungan dengan penuaan. Sebagai antioksidan kuat, polifenol mampu memperlambatkan proses penuaan.

3. Polifenol bantu menguatkan sistem kekebalan tubuh. Sistem kekebalan tubuh yang kuat merupakan suatu keharusan untuk penjagaa  kesihatan dan mencegah penyakit.

4. Polifenol dapat meningkatkan sirkulasi darah dan meningkatkan kesihatan jantung sehingga menurunkan risiko penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular.

5. Polifenol tertentu seperti resveratrol menunjukkan sifat anti-tumor sehingga berpotensi melambatkan pertumbuhan kanser.

6. Beberapa polifenol yang ditemukan dalam raspberry dipercayai efektif memperlambatkan kerapuhan pada tulang. Kerapuhan tulang adalah faktor utama yang menyebabkan osteoporosis.

7. Catechin, salah satu jenis polifenol yang ditemukan dalam teh hijau efektif membantu menurunkan berat badan. Kolaborasi ini merangsang tubuh untuk membakar lebih banyak lemak dan kalori.

8. Isoflavon, jenis lain dari polifenol, dapat membantu wanita mengatasi gejala-gejala menopause terutama hot flashes dan kerapuhan tulang.

Dan saya ambil polifenol melalui VIVIX dan CoqTrol kerana keduanya mengandungi polifenol jenis resveratrol.

#diariustazah
#manfaatpolifenol
#vitaminkegemaransaya

APA YANG SAYA DAPAT DENGAN BISNES SHAKLEE

Bila kita rancang nak buat sesuatu, objektifnya mesti jelas, apakah yang kita nak orang sekeliling kita dapat daripada perancangan kita tu.

Saya buat bisnes vitamin atas satu sebab utama.

T R A V E L . M E L A N C O N G .

Dua perkara tu sebenarnya hobi saya dan impian saya.

Gaji tugas hakiki hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hidup harian. Tapi untuk menampung #hobimahal saya tu, saya perlukan 'gaji' yang lebih lumayan.

Sejak buat bisnes ni secara suka-suka, saya dapat apa yang saya impikan! Mengisi masa terluang dengan membawa anak2 dan suami travel ke seluruh pelosok negara. Dalam mahupun luar negara.

Sekarang ni, dalam perancangan nak bawak Mak dan Abah sekali pergi Bali. Tapi masanya belum dapat ditetapkan atas sebab jadual kerja yang padat.

Sejak buat bisnes ni secara suka-suka ni jugak, saya dapat tambah sikit duit belanja untuk Mak dan Abah berbanding sebelum ini, ngam2 je bagi. Huhuhu.....

Ini adalah hasil 'suka-suka'. Hmmmm..... dah dapat bayangkan dah, kalau saya buat bisnes vitamin ni secara serius dan konsisten  😎

Tapi jangan risau! Saya belum berniat nak resign awal dari perjawatan sekarang. Sebab saya sayangkan kerjaya saya yang sekarang. Bisnes ini banyak mengajar saya menghargai dan merancang dengan baik apa jua yang kita mahukan dalam kerjaya hakiki kita. 😘😘😘😘

Okey,
Sambung siapkan tanda kertas peperiksaan!

#diariustazah
#daretodream
#liveamazing
#shakleeeffects

Wednesday 14 March 2018

MAKAN VITAMIN YANG ADA KAJIAN

Sejak sambung pengajian sarjana lanjutan tiga tahun lalu, hidup aku sentiasa penuh dengan persoalan.

Maklumlah, diajar oleh Doktor2 Falsafah di UKM,semuanya begitu. Kenapa, kenapa dan kenapa.

Samalah dengan gaya hidup aku seharian. Daripada amalan pemakanan hinggalah gaya hidup yang sihat yang aku amalkan.

Sebenarnya, aku ada masalah kesihatan yang besar.

Aku RABUN.

Sejak zaman sekolah lagi, aku sentiasa mencari maklumat-maklumat tentang amalan pemakanan dan cara nak hilangkan rabun aku ni. Semuanya melalui pembacaan.

Kebanyakan info yang aku dapat, adalah berkenaan pengambilan sumber makanan tertentu yang baik untuk kesihatan mata atau rabun aku ni.

Manfaat lobak merah. Manfaat sayur-sayuran hijau. Macam-macamlah!!!

Sampai sekarang pun, aku masih lagi mencari-cari maklumat tentang diet sihat. Terutama sumber-sumber makanan yang mengandungi mineral yang badan kit perlukan.

Dah kawin, nak tahulah pulak, makanan apa yang kena dimakan untuk kekal cergas, baby dalam perut sihat, baby dalam perut keluar-keluar je terus cerdik, makanan untuk kurus, makanan untuk kulit cantik...hahahah...

Dan memang tepatlah aku pilih Shaklee!

Sebab?
Setiap vitamin Shaklee tu ada fungsinya dan fungsi am vitamin-vitamin memang ngam dengan info-info tentang pemakanan.

Pastu Shaklee ni look and move two steps forward. Siap ada kajian pemakanan lagi! 

Ini dipanggil L A N D M A R K . S T U D Y .

#LandmarkStudy yang Shaklee buat ni mengesahkan tentang tahap kesihatan (1)orang yang tak makan apa-apa suplimen, (2) orang yang makan suplimen, dan (3) orang yang makan vitamin Shaklee sejak 20 tahun.

Populasi kajian semestinyalah orang US sendiri. Sebab Shaklee kan bertapak di sana. Walaupun landmarkstudy ni diterbitkan pada 2007, tapi aku duk cari-cari jugak kajian-kajian lain yang seumpamanya yang lebih terkini.

Kalau dalam bidang pengajian, rujukan tesis mestilah diambil dari 5 tahun terkini. Kalau dah lebih 5 tahun ni, macam dah tak valid.

Tapi aku tak risau! Sebab result landmark study 2  bakal menyusul tak lama lagi.

Tal sabar nak baca. Apa pulak kajian yang diorang buat kali ni eh?

Ohhhhh!!! Mungkin tentang

"YOUTH skincare dan pengambilan vitamin yang konsisten dapat membantu pengguna #lookyoungerlonger " 😎

Hmm... mungkin lebih kurang macam tulah tajuk landmark study 2 nanti kot. Hahhah.... memandai je!

Okeylah, habis dah merapu. Korang bolehlah rujuk http://www.shaklee.com.my/landmark-study/ untuk tambah ilmu pengetahuan tentang produk Shaklee.

Selamat membaca! 😘😘😘 adios!

#diariustazah
#landmarkstudy
#liveamazing
#sihatceria

SMALL OFFICE HOME OFFICE

Tadaaaaaaa!!!!

My SoHo 😘

Sejak berpindah ke kediaman baharu, saya dah plan untuk buat SoHo ni. Hihihi... bahagianya rasa!!!!

Saya suka hijau. Saya sukakan konsep minimalist and trendy.

Kebetulan, rumah baharu kami ada sebuah bilik  bersaiz 10'x11' kat bahagian dapur. Mulanya saya jadikan sebagai bilik laundry. Tapi memandangkan bilik itu sangtlah aman damai daripada 'pencemaran' bunyi, maka, saya berangan nak dekorasikan sebagai my small office home office 😘😘😘

Hmmm.... usha-usha meja-meja dan kerusi comel di IKEA. Memanglah menambah keterujaan! Huwaaaa. 😭😭😭😭 cepatlah hujung minggu tiba!! Tak sabar ni.....

Okey, stop berangan, Aminah Syuhadah !!!! Sila sambung tanda kertas jawi. Hukhukhuk

#diariustazah
#SoHo
#myVB

Monday 12 March 2018

Ada beberapa points pada wajah kita ni yang dianalisis

Sajalah nak kongsi pasal skin analysis semalam....

Ada beberapa points pada wajah kita ni yang dianalisis.

1. Pori
2. Tona kulit
3. Wrinkle
4. Keanjalan
5. Kelembapan
6. Pigmentasi
7. Minyak pada muka
8. Porphyrin (kehadiran bakteria pada kulit wajah)

dan ada 4 tahap yang menunjukkan ke'OK'an kulit muka kita tu :

1. Perlukan fokus penjagaan kulit
2. Kena teruskan program penjagaan kulit
3. Penjagaan kulit ikut kondisi
4. Berjaya mencegah masalah kulit yg dihadapi

Results yang paling saya tunggu ialah pori dan pigmentasi.

Pori dan pigmentasi saya dah di tahap 4. Yeayyyyy!!!!!! Best best best. 👍👍👍👍😘😘

Patutlah rasa lembuuutttt je tiap kali pegang muka. Hihihi... takde dah rasa berpasir. Tak nampak dah lubang2 tu tiap kali pandang cermin. Dan bintik2 hitam di pipi pun dah kurang sangat!

Tapi,
Saya  fokus pada skin tone dan porphyrin sekrang ni. So, kena amalkan Omega Guard 3 biji sehari untuk halang inflammation. Kut-kut jerawat nak tumbuh lagi kan..huhu... kena ambil GLA complex dan collagen untuk pastikan kulit glowing gitewwwww.....

Baru hari ke-14 guna YOUTH. Kira okeylah ni. 😊😊😊

#YouthMaster
#LookYoungerLonger
#MyShakleeBeauty
#ShakleeEffects

REBUT PELUANG YANG DATANG

Saya sangat meminati Aamir Khan. Lebih tepat lagi, watak lakonan dan filem-filem arahan beliau.

TAARE ZAMEEN PAR

Sebuah filem arahan beliau sendiri yang diadaptasi daripada realiti kehidupan kita.

Ishaan, 8 tahun, seorang kanak-kanak yang mempunyai kehidupan yang penuh imaginasi. Sebenarnya, Ishaan adalah pengidap Disleksia, satu daripada kelainan upaya.

Permulaan cerita, ditunjukkan keluar nombor-nombor dari kepala Ishaan sedang menari-nari . Hahahahahah.... Ishaan dengan yakin, terus menuliskan nombor itu di atas kertas jawapan peperiksaannya. Padahal, jawapan itu salah! Hahahahah....

Tapi,  Ishaan ni sangat suka dan kreatif dalam bidang seni. Ishaan ada sebuah buku nota. Dalam buku tu, penuh segala macam lukisan yang sangat cantik. Penuh imaginasi. Hasil tangan Ishaan.

Tapi, mak ayah Ishaan ni rasa sangat kecewa dengan Ishaan. Sedangkan abang Ishaan, Yohaan, sangat cemerlang dalam akadekik, seorang atlet sekolah dan disayangi oleh guru-guru.

So, mak ayah Ishaan menghantar Ishaan ke sekolah berasrama. Tapi Ishaan tak suka dan sangat sedih.

Kemudian, ada seorang guru seni masuk ke sekolah Ishaan. Namanya Mr Nikumbh. Ni lakonan Aamir Khan.

Cikgu Nikumbh lah yang berjaya mengenalpasti bakat dan kebolehan Ishaan yang sebenar. So Cikgi Nikumbh pun pergi berjumpa  ibubaapa Ishaan di Mumbai dan terangkan keadaan sebenar Ishaan.

Hmmmm... sebenarnya, cikgu Nikumbh ni sendiri adalah pengidap Disleksia. Tapi beliau berjaya kerana diberikan peluang dan laluan yang sepatutnya untuk beliau.

.......

Dari cerita ni, saya dapat satu pengajaran.

KENALI DIRI DAN POTENSI

Setiap manusia adalah berbeza, unik dan istimewa. Dan setiap kita wajib diberi peluang dan mengambil setiap peluang yang ada serta manfaatkan sepemuhnya peluang yang diberikan.

Macam sayalah.

Dulu, tak tahu pun dalam diri ni ada jiwa guru. Jiwa guru tu maksudnya penyayang, penyabar, penyantun... hehehe....

Rupanya bila saya muhasabah balik, oh betullah! Saya boleh jadi seorang yang penyayang, penyabar dan penyantun. Tapi kena belajar dan terapkan dalam hati dan diri untuk.menjadi seorang yang penyabar, penyayang dan penyantun.

Dulu,
Tak tahupun saya ni business-minded punya orang rupanya. Hahahah... padahal, saya datang dari business background family. Huhuhu.... pakcik makcik saya ada syarikat sendiri. Sepupu-sepapat ada bisnes homestay. Mak saya pulak, tukang jahit dan penjual kuih-muih tradisional.

Si Ishaan tu,apabila cikgu Nikumbh bagi peluang untuk dia persembahkan hasil seni dia masa acara besar sekolah, Ishaan sungguh-sungguh ambil peluang  dan lakukannya dengan betul! Sampaikan Mak Ayah dia terkejut  menangis!

Maka saya belajar sesuatu. Peluang tak datang berkali-kali, mungkin. Jadi, jika ada peluang, terus rampas dan lakukan dengan sepenuh jiwa, jadikan yang terbaik! Inshaa Allah. Niat yang ikhlas disokong dengan kegigihan, pasti berjaya. 😎💪

......

Okey, jom sambung menanda kertas jawi. Hihihi...

#diariustazah
#daretodream

PIL KALSIUM TERBAIK

Saja lah bak kongsi cerita tentang #vitaminkegemaransaya ni.....

Siang tadi,

Pegi buat skin analysis, bone check dan check lemak2 yang ada dalam badan ni di Shaklee Malaysia Home Office.

Lima bulan lepas, saya buay bone chek di Giant Klang Central, kat bahagian susu Anlene. Sebab masa tu ada nutritionist Anlene kat situ. Result kepadatan tulang saya masa tu 1.0 .... itu pun nutritionist 3 orang tu dah kata, Woww! U ahli sukan ke? Atau U memang minum susu? Sebab tulang tu OK!

Dan tadi, selepas lima bulan, saya check lagi tulang saya.

Resultnya? Saya pun impress!!! Nutritionist tu pon kata, waahhh! Tulang U sangat kuat! 1.02 bacaannya.

Katanya, biasa wanita seusia saya yang minum susu dua gelas sehari, bacaan osteo dia sekitar 1.0 je.

So dia tanya, daily intake OSTEMATRIX saya berapa caplet?

Saya jawab, ENAM .  (dengan muka cuak. Kot2 lah aku overdose). Huhuhu....

Dia kata, Oo masih ok jika 6 biji. 👍👍👍👍👍

So, kesimpulannya, saya akan konsisten 6 bijilah sehari #pilkalsiumshaklee ni  😘

.....

Sebenarnya kan,
Saya ada satu impian besar.

Ketika usia saya 50 tahun, saya nak kelilingi dunia bersama suami dan anak2, dengan keadaan tubuh badan yang sihat dan bertenaga.

Dan pada ketika itu, juga merupakan tahun giliran Haji untuk saya. So, saya rasa, saya patut kekal fit and steady untuk menunaikan Rukun Islam keLima itu ketika itu.

Untuk rakan2 seangkatan saya di luar sana, by 30s, tubuh kita dah tak serap kalsium tau! So kita kena ambil sumber kalsium daripada makanan dan suplimen kalsium.

Belilah apa2 sahaja jenama kalsium di pasaran, tapi pil kalsium terbaik adalah OSTEMATRIX SHAKLEE. 😎

Sekian.....

Aminah Syuhadah
Pengamal Tegar Ostematrix.

#diariustazah.

Sunday 11 March 2018

DETOKS SHAKLEE

D E T O K S . S H A K L E E

Diriku yang baharu pada hari ketujuh!

#detoxshaklee adalah program detoks yang diatur dengan jadual pemakanan yang perlu diambil dalam tempoh 6 hari, disamping pengambilan vitamin-vitamin yang disarankan dalam program detoks ini secara konsisten.

Dan hasilnya, anda akan dapati diri anda yang baharu pada hari ketujuh 😎

Okey, saya terangkan kat sini, fungsi-fungsi LIMA vitamin yang akan membantu anda mengubah diri anda 360° selepas 6 hari detoks.

1. VIVIX

Mengandungi polifenol resveratrol. Antioksidan paling tinggi kerana mengandungi elderberry, anggun muscadine, lobak ungu dan polyganum cuspidatum. Membantu membaiki sel dan menggantikan sel baru dan dipercayai memberi kesan anti-penuaan.

So, you pastinya nampak lebih muda remaja pada hari ketujuh!!

2. ALFALFA

Kaya mineral kerana akar tunjangnya sedalam 6 meter ke dalam tanah. Membantu membekalkan pelbagai nutrien dan mineral kepada tubuh.

So, badan dapat nutrisi yang cukup, mineral yang cukup, sah2lah muka nampak muda remaja pada hari ketujuh!

3. HERB LAX

Menyokong kesihatan usus. Melembapkan usus dan membantu kelancaran proses penyahtinjaan.

Bila perut sihat, badan pun segar, muka pun banyak happy, so kompem you nampak muda pada hari ketujuh!

4. PEPPERMINT GINGER PLUS

Membekalkan herba semulajadi dan memberi kelegaan kepada sistem penghadaman.

Tiga hari pertama dalam program detoks, anda akan rasai perut kembung dan badan berangin. So ambillah peppermint ginger plus. Ia pastinya melegakan masalah bloating anda.

So, perut tak sakit, kepala tak sakit, muka pun happy. Apa lagi? Cunlah muka tu! Hahabab....

5. DTX

Organ paling utama yang bekerja dalam badan kita ialah hati.

Di hatilah tempat penyimpanan segala macam lemak dan kolesterol.

Sebab tu orang2 tua tak kasi kita makan organ dalaman haiwan. Hmmmm.... saya peliklah kalau orang suruh makan hati ayam untuk tambah darah. Mengarut betul! Huhuhu.....

DTX ni mengandungi herba2 dan sangat prihatin dengan kesihatan hati. So, jagalah hati  baik-baik. 😘😘😘 tapi kalau 'makan hati', eloklah disimpan sendiri dan banyakkan beristighfar, kerana amalan itu juga adalah suplimen untuk hati.........

......

Okey, sapa lagi nkak join saya buat detoks cara Shaklee ni? Direct www.wasap.my/6012361841 kerana saya akan kongsikan pelan pemakanan dan vitamin sepanjang program detoks ni berlangsung.

Aminah Syuhadah
Jom Detoks!

#sihatceria
#detoxshakleeway
#detokshaklee

Thursday 8 March 2018

IBRAH AL-KAHFI: SATU FIKRAH, SATU AMAL.

IBRAH AL-KAHFI: SATU FIKRAH, SATU AMAL.

Allah telah menceritakan kesatuan yang dinikmati oleh Ashabul Kahfi. Segolongan kecil yang berusia cukup muda mensisihkan diri dari kebobrokan masyarakat yang serba karut.

Mereka berjaya mempertahankan iman dalam keadaan yang cukup menekan. Ayuh kita saksikan proses bagaimana mereka dikurniakan kesatuan oleh Allah.

⚫ Inisiatif Memelihara Iman.

Ashabul Kahfi melihat sendiri kesesatan yang mendominasi masyarakat mereka. Sedangkan mereka tiada upaya mencegahnya. Memandangkan mereka masih budak, tiada upaya ilmu dan tidak mempunyai daya pengaruh. Lantas Ashabul Kahfi mengambil inisiatif masing-masing tanpa dirancang. Mereka melangkah keluar dari negeri mereka demi memelihara iman.

⚫ Liqa' Fikri.

Setiap dari mereka diilhamkan untuk pergi menuju ke arah yang sama. Diringkaskan dari Tafsir Ibnu Kathir bahawa ketika dalam perjalanan, orang pertama dalam kalangan mereka singgah berehat di bawah pokok. Diikuti oleh orang keseterusnya dan keseterusnya.

Sehinggalah semua dalam kalangan mereka berehat di bawah pokok. Sedangkan ketika itu mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka senyap. Mereka belum kenal fikrah mereka antara satu sama lain.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun memecah kesunyian, lalu menerangkan sebab mengapa dirinya berada di situ.

"Sesungguhnya aku menyaksikan kaumku dalam keadaan batil. Sementara aku dilarang untuk mengabdikan diri kepada Allah"

Pengakuan tersebut disambut oleh seorang demi seorang dari mereka dengan ucapan:

"Demi Allah, aku juga begitu"

⚫ Ribat Hati.

Sejurus selepas masing-masing sedar bahawa fikrah mereka sama, manhaj hidup mereka sama dan langkah mereka sama. Maka ketika itulah Allah menggambarkan hati mereka diikat kemas. Ribat. Ikatan iman tanpa apa-apa kepentingan yang lain.

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَٰهًا ۖ
"Dan Kami telah ikatkan hati-hati mereka lantas mereka bangkit berkata "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami tidak sekali-kali menyeru selain dari Dia" - al-Kahfi 14.

⚫ Syarat Bersatu.

Hari ini ramai yang menyeru agar berukhuwwah tanpa sebarang syarat yang kukuh. Ibarat cek kosong yang terdedah kepada penipuan. Apa yang telah terpapar dalam kisah Ashabul Kahfi, mereka mencapai darjat ukhuwwah tertinggi setelah berkongsi iman yang sama serta manhaj hidup yang sama.

Iman yang tidak disertakan dengan kepentingan duniawi. Iman yang jujur, tidak menipu. Berterus terang terhadap keyakinan masing-masing. Tidak memperguna antara satu sama lain. Itulah sebenar-benar ukhuwwah.

⚫ Satu Fikrah Satu Amal.

Walaupun sesi perkenalan Ashabul Kahfi hanyalah sebentar. Hanya beberapa ketika berkongsi fikrah di bawah pokok. Namun demikian, Allah mengikat hati mereka dan melangsungkan ukhuwwah mereka lebih dari 300 tahun lamanya.

Iman jika dikongsi akan kekal berbuah manis. Sementara hubungan yang berpaksikan kepentingan dunia dan material akan luak dan menjadi punca perbalahan sesama manusia.

Abdul Mu'izz Muhammad
2 Mac 2018.

FITNAH BERLAKU TANPA MENGIRA HUBUNGAN KEKELUARGAAN

AJARAN SABAR NABI YA'QUB & NABI YUSUF.

Setelah abang-abang Nabi Yusuf menjalankan makar, mereka kembali dalam keadaan menangis palsu teresak-esak di khalayak ramai untuk menagih simpati. Menyatakan kononnya betapa sedihnya mereka. Sedangkan merekalah pelaku onar yang sebenar.

Walaupun taktik mereka lapuk dan kelihatan kebudak-budakan lagi memualkan, ia kekal efektif sampai bila-bila dipraktikkan oleh pelaku fitnah.

Nabi Yusuf yang menjadi mangsa, dibuang dan dibiarkan bersendirian tanpa pembelaan sewajarnya. Sementara ayah mereka, Nabi Ya'qub menangis keseorangan hingga buta kerana menanggung kesedihan seorang diri.

Kesedihan orang-orang yang soleh diajukan kepada Allah. Mereka tidak memerlukan simpati manusia dengan sandiwara yang menjentik emosi.

Sementara abang-abang Nabi Yusuf yang jahat mengiklankan tangisan buaya mereka. Guna untuk memperdaya serta mengeksploit emosi orang ramai.

Jika difikirkan apalah salah Nabi Yusuf yang hanya mahu ikut bermain bersama abang-abangnya. Gara-gara iri hati dan merasa terancam, abang-abang Nabi Yusuf sanggup cuba membunuh adik mereka sendiri. Apatah lagi setelah adik mereka menyaksikan peristiwa yang tidak disaksikan oleh mereka.

Inilah panduan Surah Yusuf, yang mengajar kita mengenali akalan jahat manusia. Sememangnya fitnah memakan masa yang cukup lama untuk dizahirkan bahawa fitnah adalah fitnah. Bahkan selalunya pelaku fitnah pandai menzahirkan watak baik dan sayu di pandangan mata manusia.

Persoalannya, adakah kita mampu bersabar seperti Nabi Yusuf dan Nabi Ya'qub bersabar?

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ
"Maka kesabaran yang baik itulah sikapku. Dan Allah jualah Tuhan yang diminta pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan" Yusuf - 18.

Monday 5 March 2018

HOW TO WIN FRIENDS AND INFLUENCE PEOPLE

Pernah dak jumpa buku ni?

Saya pernah baca buku ni 3 tahun lalu, di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM.

Best buku ni. Sebab saya adalah FB dan IG lover. Hahahha....

Isi dalam buku ini sebenarnya bantu kita nak bina diri kita sebagai influencer. Menjadikan diri kita sebagai pengaruh besar kepada orang lain. Tak kiralah dari sudut penulisan, berpakaian atau pemikiran.

So sebagai pengguna tegar laman sosial, bagus jugak baca buku2 begini. Sekurang-kurangnya, saya dapat pengaruhi stalkers fb dan followers ig saya melalui penulisan. Hihihi...

Buku ni,

Mengajar kita bagaimana nak tarik orang untuk menghayati cara kita berfikir.

Lebih2 lagi korang yang buat bisnes atas talian ni. Sebelum jual barang, kena jual diri dulu. Jual idea dan pandangan. Biar orang nampak siapa diri kita. Kira macam self-branding la.

Buku ni ajar jugak cara bagaimana nak tangani komplen, macam mana nak elakkan perbalahan (jika ada provokasi), dan bagaimana kita nak kekalkan perhubungan dengan penuh harmoni.

Kalau korang perasan, dulu, penulisan saya di FB lebih merapu. Huhuhu... tapi, saya mula perbaiki selepas baca buku ni. Dan sejak itu, saya baru perasan yang saya ada 1284 followers di FB ini.

Selain itu,
Buku ni pandu kita untuk jadi individu yang lebih baik dan positif.

Bagaimana nak buat orang suka dengan cara kita, penulisan kita, idea kita.....

Sebenarnya, buku ni banyak mengingatkan saya tentang kerjaya saya.

Contohnya, kita nak murid2 sayangi kita, kita kena ingat setiap seorang murid kita tu. Orang, kalau kita ingat nama dia, dia suka kan? Rasa lebih dihargai. 

Kita nak orang terima pandangan kita. So sebaik mungkin elakkan perbalahan. Kalau orang tu tak setuju dengan pendapat kita, tak mengapa. Raikan perbezaan. Elakkan perbalahan.

Jika dia berikan pendapat dia, never say 'you are wrong'! Kalau kita berikan pandangan yang salah atau kita bersalah, cepat2 mengaku. Jangan sedaya upaya menegakkan benang yang basah.

Jadi pemimpin atau leader, pun macam tu jugak. Contoh terdekat, saya sendiri.

Mulakan hubungan dengan penghargaan. Hargai orang sekeliling dan orang bawahan.

Sentiasa muhasabah kesilapan sendiri sebelum mengkritik kesalahan orang lain. Kita kan ketua. So, diri kita adalah ikutan pimpinan kita.

Sentiasa beri galakan kepada anak buah. Sentiasa beri penghargaan terhadap setiap penambahbaikam yang dibuat oleh  anak buah.

Dan....
Yang paaaliiinggg penting, kita  buat orang seronok dan gembira melaksanakan idea kita..... 😊😊😊

Hahhh!!! Anak2 buah team #sihatceria , carilah buku ni. Best tau! Inshaa Allah membara semangat  korang nanti!  😘😘😘😘👍👍 hihihi...

Sekian,
Aminah Syuhadah
Founder of Sihat Ceria .

#diariustazah
#leadersarereaders

Saturday 3 March 2018

BAGAIMANA SAYA JANA PENDAPATAN LUMAYAN SETIAP HARI

Setiap hari Allah SWT datangkan kita dengan rezeki dari pelbagai rupa dan cara.

Ada yang mendapat nikmat rezekinya setelah berhempas-pulas berusaha.

Ada yang mendapat nikmat rezekinya tanpa perlu berusaha pun.

Walau apa jua cara rezeki itu mendatangi kita, syukur Alhamdulillah. Terimalah dengan berlapang dada dan redhalah.

....
.....

Barangkali, ada perkara yang kita terlepas pandang dalam usaha kita menarik rezeki ini.

Bagi saya, setiap kali merasakan rezeki tidak berpihak kepada saya, saya akan buat refleksi diri.

1. Cuba check semula. Solat wajib 5 waktu saya tu. Adakah tepat waktunya? Adakah culas dan tidak ikhlas?

2. Perbanyakkan istighfar. Istighfar memandu hati kita daripada ternoda dengan nafsu.

3. Jangan tidur selepas Subuh. Lakukanlah aktiviti2 bermanfaat. Burung pun terbang keluar mencari rezeki di awal pagi sebelum matahari terbit, kan? Takkanlaaaaa kita manusia ni nak sambung tarik selimut pulak! Malu je kat burung  😝

4. Bersedekah semampu boleh. Adakala rasa takde sales masuk, banyak2 lah bersedekah hatta RM1.

5. Selalulah mendoakan ibubapa, orang tua dan  kanak-kanak. Mendoakan kawan2 .... inshaa allah, doa.kita tu akan berbalik semula kepada kita. 😊😊

6. Jaangan tinggalkan solat malam. Jadikanlah sebagai rutin. Inshaa Allah, ia akan membina jiwa yang kental.

7. Solat Dhuha. Kunci dan magnet rezeki harian kita. Rezeki bukan sekadar harta dan wang ringgit. Anak2 yang pintar, soleh solehah, kesihatan, pasangan yang penyayenag dan keluarga yang bahagia juga adalah rezeki.

😊😊😊😊😊😊

Happy March!!!

#diariustazah
#magnetrezeki

Thursday 1 March 2018

Cara nak buat bisnes vitamin yang UNTUNG BESAR TANPA MODAL.

MAJULAH HARI INI UNTUK MASA DEPAN YANG GEMILANG

Gitewwww..... hihihi....

Hmmm.... hidup ini, jika takde sebarang anjakan, pastilah tak syiokkkkk!!!!! Betul ke?

Pada saya, ia BENAR!!

Setiap perkara yang saya lakukan, saya akan berasa sangaaattttt puas dan gembira apabila perkara itu menunjukkan progres yang baik dan  positif.

Baru-baru ini, atlet Lompat Jauh sekolah saya telah berjaya mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Olahraga MSSD Klang 2018. Seronoknya saya bukan kepalang! Maklumlah, berhari-hari berbahang di bawah terik mentari, akhirnya membuahnya kejayaan. Maka, tercapailah target saya dalam pelan strategik unit olahraga iaitu 2018 sekurang-kurangnya mendapat tempat kelima dalam MSSD. yeayyyyyyyy!!!!!!

Bisnes vitamin saya juga tak kurang hebatnya! Oppsss!!! Saya berniaga selepas  waktu bekerja tau! Hihihi...

Masa mula-mula buat bisnes ni secara serius, bonus yang dapat tu lepas untuk beli pampers Faqih dan buku-buku bacaan kesukaan Aisyah dan Ainin. Sebab masa tu saya buat bisnes ini sendirian sahaja. Sekadar suka-suka.

Tapi kini, saya dah ada team #sihatceria yang awesome 👍👍👍 dibantu pulak oleh suami tercinta yang rajiiiinnnnn mengemaskini kedai vitamin online kami  😘😘😘 segalanya nampak lebih terancang  dan berkembang lebih pantas!

More the merrier, right? 😊😊😊 eh betul ke ejaannya tu 😏

Dulu,
Pelanggan-pelanggan  saya cuma sekitar ahli keluarga sahaja.

Sekarang,
Kawan-kawan kepada ahli keluarga saya pun dah  mula membeli dan berurusan tentang vitamin dengan saya. Malah, teman-teman yang rapat dengan saya juga dah  mula bervitamin dan membeli dengan saya.

Adik-adik yang tengah belajar kat kolej atau universiti  yang nak ada duit poket lebih, meh www.wasap.my/60123618431 akak meh! Akak ajar cara nak buat bisnes vitamin yang UNTUNG BESAR TANPA MODAL.

Sekian,
Aminah Syuhadah
Founder of Sihat Ceria.

#diariustazah
#hariinilebihbaikdarisemalam

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...