Friday 15 September 2017

MENGAPAKAH PERLU MENYEBUT DAN MENULIS PERKATAAN ALLAHU ATAU ALLAH HU?

Saya perhatikan gejala ini semakin berkembang, sama ada dalam percakapan mahupun dalam penulisan di media massa,  seperti facebook, whatsapp dan lain-lain.

PERKATAAN ALLAHU.

Sekiranya dinilai dari sudut bahasa,  penggunaan perkataan Allahu dianggap salah dan tidak tepat dalam konteks ayat bahasa Melayu, seperti contoh:

1) Allahu, sungguh lebat hujan turun pada hari ini.
2) Peristiwa kebakaran itu amat menyedihkan kami semua. Allah hu.
3) Allah hu,  masih terkenang-kenang wajah arwah ibu.

Perkataan Allahu hanya boleh disebut dalam bahasa Arab jika perkataan Allah disambut dengan perkataan lain, seperti contoh (Allahullazi khalaqas samawat):

الله الذي خلق سماوات.

Atau perkataan Allah berpasangan (frasa)  dengan perkataan lain,  seperti contoh (Allahu akbaru kabira walhamdulillahi kastira) :

الله اكبر والحمد الله كثيرا.

hu dalam perkataan Allahu dibunyikan kerana huruf ha (ه) dibariskan dengan baris hadapan (dhommah - َُ - ).

Perkara ini hanya dibolehkan dalam bahasa Arab sahaja. Untuk bahasa Melayu, penutur atau penulis hanya perlu menyebut atau menulis Allah sahaja.

PERKATAAN ALLAH HU.

Perkataan Allah hu jika disebut menggambarkan satu perkataan,  tetapi jika dilihat pada ejaan ia terdiri daripada dua perkataan, iaitu Allah (الله) dan hu (هو). Allah hu (الله هو) bermaksud Allah dia.

Apakah tujuan menyebut Allah dia?

Sekiranya hendak menyebut Dia Allah,  bunyi dan ejaannya adalah seperti berikut (Huwa Allah/huwallah):

هو الله.
Maka,  tidak wajar dan tidak relevan kita mengungkapkan kata Allahu atau Allah hu dalam ujaran atau tulisan kita.

Perkataan Allah sudah mantap, tidak perlu ditambah dhommah dibelakangnya,  melainkan jika kita bertutur dengan menggunakan bahasa Arab sepenuhnya.

IMPLIKASI.

Sekiranya gejala ini tidak dibendung, akan rosak bahasa Melayu dan bahasa Arab. Lama-kelamaan semua perkataan pinjaman bahasa Arab akan ditambah dengan baris dhommah,  seperti contoh;  nabiyu,  ibadahu,  ar-Rahmanu, solatu, niatu,  zakatu,  hajiyu dan sebagainya.

Menggambarkan ketidakupayaan umat Islam di Malaysia menguasai bahasa al-Quran,  yakni bahasa Arab.

....

Saya bukan seorang ahli bahasa Arab,  tetapi saya telah mempelajari bahasa Arab secara formal lebih daripada 5 tahun. Maknanya, saya mempunyai asas ilmu bahasa Arab.

Oleh itu,  sekiranya terdapat kesalahan fakta dalam tulisan ini, saya memohon saudara dan saudari yang ahli dalam bahasa Arab membuat teguran dan komen.

=================================
*CopyPaste daripada Dr Zuhair Zainal*

10 comments:

  1. Terbaik penjelasan anda. Kebanyakannorg suka ikut2 tanpa faham benar penggunaan perkataan "Allahu". Lebih jelas kalo mnyebut Allahu Akbar @ Allahu Ahad.Apa2pun jazakalkahu jhyr

    ReplyDelete
  2. Maaf typo " jazakallahu khyr

    ReplyDelete
  3. Hu atau Huwa adalah nama Allah dalam Sufisme. Secara harfiahnya bererti "Dia". [1] Dalam Sufisme Hu adalah istilah lain yang digunakan untuk Allah, dan digunakan sebagai nama Allah. Allah Hu bererti "Allah, satu-satunya Dia!" Dalam bahasa Arab, Hu sebagai tambahan intensif untuk perkataan Allah, sehingga Allah Hu bererti "Allah itu sendiri." Hu juga ditemukan dalam lafaz Islam La Ilaha Ilallah Hu: "Tidak ada Tuhan kecuali Allah," atau dalam intepretasi Sufi "Tidak ada kenyataan, kecuali Allah." [2] wallahu'alam

    ReplyDelete
  4. Bagaimana sebutan dalam nasyid kumpulan raihan tu.. Ada sebut Allahu berulang²

    ReplyDelete
  5. tu lah..Allahu Allahu Allahu....dlm nasyid tu kan

    ReplyDelete
  6. Slalu sgt terbaca Allahu dlm komen media sosial. Aku tak terijut2 dgn org lain krana tidak yakin akan penggunaannya.

    ReplyDelete
  7. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/2667-irsyad-al-fatwa-254-zikir-kalimah-hu

    ReplyDelete
  8. Terima kasih tuan penerangan n teguran ttg PENGGUNAAN ALLAHU.Baru faham.
    Sungguh2 bermanfaat.jazakumullah hukhair..

    ReplyDelete
  9. Boleh terang penggunaan ayat Alhamdulillah yg sesuai utk diguna pada Allah saja bila beri pujian betulke mcm tu.tkasih

    ReplyDelete

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...