Showing posts with label vision board. Show all posts
Showing posts with label vision board. Show all posts

Wednesday, 14 March 2018

SMALL OFFICE HOME OFFICE

Tadaaaaaaa!!!!

My SoHo 😘

Sejak berpindah ke kediaman baharu, saya dah plan untuk buat SoHo ni. Hihihi... bahagianya rasa!!!!

Saya suka hijau. Saya sukakan konsep minimalist and trendy.

Kebetulan, rumah baharu kami ada sebuah bilik  bersaiz 10'x11' kat bahagian dapur. Mulanya saya jadikan sebagai bilik laundry. Tapi memandangkan bilik itu sangtlah aman damai daripada 'pencemaran' bunyi, maka, saya berangan nak dekorasikan sebagai my small office home office 😘😘😘

Hmmm.... usha-usha meja-meja dan kerusi comel di IKEA. Memanglah menambah keterujaan! Huwaaaa. 😭😭😭😭 cepatlah hujung minggu tiba!! Tak sabar ni.....

Okey, stop berangan, Aminah Syuhadah !!!! Sila sambung tanda kertas jawi. Hukhukhuk

#diariustazah
#SoHo
#myVB

Thursday, 4 January 2018

S N E A K E R S . I D A M A N

S N E A K E R S . I D A M A N

Cantik dak? Hehehe... harga dia pun cantik! Huwaaaaaa.....

Takpe, takpe! Kita buat satu tabung khas untuk beli kasut idaman kita ni. Heheh...

Sebenarnya, saya memang sediakan 'Tabung Sneakers' khas untuk collection untuk beli kasut-kasut kami anak-beranak. Hahahha.... nak beli kasut pun kena menabung ye  😜😜

Kasut sukan anak-anak dah dibelikan minggu lepas. Tapi ibu diorang ni masiiihhhh lagi mengidaamkan sneakers macam ni. Huhuhuhu... so kenalah penuhkan semula tabungan tu. Sebab harga sneakers ni boleh tahan gak kan. Padahal pakai di kaki je kot. Hahahahah...

Dah penuh tabung kasut tu, barulah boleh beli kasut idaman dengan senang hati. Hihihi...

Korang tahu tak? Sebenarnya apa sahaja yang kita idamkan, kita kena tulis. Kemudian kena usahakan. Contohnya macam saya buat nilah. Bila dah ada tabungan nak beli kasut, mestilah senang hati nak keluarkan duit untuk dapatkan kasut idaman ni. Cuba kalau takde tabungan? Agak-agaknya ringan dak jari-jemari tu nak keluarkan not-not duit daripada dompet? Hahahahh...

So, sekarang ni saya tengah kumpul not warna oren khas untuk kasut ni je! Hmmmmm..... 😊😊😊😊 

::::

Aminah Syuhadah
Peminat Tegar Sneakers 😎😎

#diariustazah
#visionboard

Wednesday, 4 October 2017

MEMBINA TRAVEL VB & JADIKANNYA REALITI

Vision Board - tak kira rupa macamana pun, adalah medium paling powerful utk capai gol/taget kita dlm apa2 benda pun

Tujuan VB adalah utk kita nampak clear apa sbnrnya yg kita nk capai. Kalau taruk dlm otak je (imagine je tp tak tulis) maka hasil dia pun imagine je lah

VB bukan tangkal kita tampal kat dinding & harap2 jd kenyataan.... tp kita nyer setting ‘DESTINATION’ utk kita work for it

Org yg ada VB takkan rasa lemau sbb dia sentiasa ada VB yg akan ingatkan dia, apa taget dia.

Org yg ada VB tp masih lemau, maknanya dia bukan buat VB tp buat hiasan dinding.

VB bukan tangkal kita tampal kat dinding & harap2 jd kenyataan.... tp kita nyer setting ‘DESTINATION’ utk kita work for it

STEP2 wat VB TRAVEL:

1. Mesti ada NIAT

Niat ni adalah intention dlm hati kita. Bkn takat mulut je. Mulut boleh cakap, jari boleh tulis “saya suka sgt travel” “saya teringin naik cruise med” tapi niat dlm hati yg menentukan samada kita bebetul nak&teringin atau sekadar di bibir saja....

Takde org bole tau niat kita melainkan kita sdr. Oleh itu jujur dgn diri sendiri. Jgn mulut je cakap “saya nak pegi London tahun depan” tp dlm hati “takdela nak pegi pun... dah seme org ckp psl travel aku pun taknak kalah” atau cakap sbb “takmo kena kick dr grup”

Hat dlm hati tu la yg kita dapat...

Kalau sbb taknak malu, mmg la tak dpt malu..taknak kena kick, mmg tak kena kick, tp hakikatnya, apa yg kita dapat????

So stick pada niat. Niatkanlah nak travel, nak tgk kebesaran Allah, nak buka minda, nak jd org berjiwa besar, nak jd hamba yg lebih kusyuk hatinya, nak jd insan lebih baik.... dgn travel keluar dr rutin harian kita

Niat ni akan setkan kita nyer RAS, utk otak kita fokus pd apa yg kita niatkan

Kalau takat cakap mulut, RAS kita tak activate, tahun depan dh lupa dah.... duit tabung pun dh habis korek wat menda lain

2. Tentukan apa sebenarnya tujuan kita wat VB tu

Nak travel sbb pe? Nak holiday vacation rileks2 ke? Nak rasa pengalaman baru ke? Nak tengok alam semulajadi ke? Nak tgk cara hidup org lain ke? Apa2 je

Fikirkan ttg apa taget travel kita tu.

Jgn duk fikir nak jejalan shoping perabis duit je. Takat nak shoping masuk web Shaklee2U pun boleh shopping.

Boleh je travel sbb nk shopping tp carila benda lain juga yg kita takkan dapat kalo shopping online.

Tujuan kita travel ni penting utk kita decide ke mana kita nakgi
Kalau takde tujuan, tgk ikut tiket mana murah je... kita cuma mgkn dpt laaa cop pasport...tgk tpt org... tp mgkn xdpt sebanyak kalo kita ada tujuan

Thats why sy salu ckp, bajet biar last sekali. Jgn letak bajet dulu. Kalo letak bajet dulu, kita dapat ‘PEGI’ je tp intinya kita xdpt. Rugilah. Bkn hari2 bole travel

3. BRAINSTORM...

Dah tau dh ape tujuan kita nak travel... then otak kita dh mula fokus. Dh takde cacamarba ikut mana tempat org uplod cantik “ehh, nakgi la nakgi la” pastu last2 xtau mana satu nakgi dulu

So then start la tgk2 kat mana yg bg pengalamana ikut ape yg kita dah setkan. Skg ni senang, ramai org dh yg travel, macam2 style, google je or join mana2 group travel & tgk lah mana yg bg excitement ikut ape yg kita dah set tu

4. Part paling best.... CARI GAMBAR!!

Google lah mana2 gambar yg menunjukkan tempat yg kita nakgi. Tak kira lah kat Malaysia ke obersi ke plant Marikh ke

5. Susun gambar, edit, letak target date
Susun kat powerpoint ye

6. Save as JPEG & setkan as wallpaper desktop!

Siap VB travel
😁
& set jugak utk wallpaper hp/wassap/teleg etc
Boleh dh buat skg

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...