Showing posts with label kolesterol. Show all posts
Showing posts with label kolesterol. Show all posts

Friday, 1 September 2017

BAHAYA_MELAHAP_DAGING_QURBAN

LApabila tibanya Hari Raya Aidiladha, maka akan berlakulah ibadat qurban hingga hari2 Tasyrik. Lembu, kambing, kibas, unta akan berlumba2 disembelih oleh umat Islam bagi merebut pahala.

Daging2 ini kesemuanya adalah daging merah (red meat). Daging merah adalah daging yg berwarna merah ketika mentah. Ia merah kerana mempunyai kandungan myoglobin yang tinggi di dalam dagingnya.

Malangnya, daging merah diketahui mempunyai risiko menaikkan tahap kolestrol dalam badan akibat kandungan lemak tepunya yang tinggi. Ini seterusnya meningkatkan masalah jantung dan penyakit kardiovaskular yang lain. Kaitan antara pemakanan daging merah dan penyakit kardiovaskular adalah menghampiri tahap mutawatir dalam ilmu sains perubatan berdasarkan hasil kajian berskala raksasa yg dilakukan oleh para saintis seluruh dunia.

Justeru itu, apakah pemakanan daging merah perlu dielakkan sama sekali? Daging merah mempunyai kandungan zat besi dan protein yang tinggi yang semestinya mempunyai manfaat pada badan juga.

Namun sumber protein boleh juga diperolehi dalam daging putih (white meat) seperti daging ayam dan ikan serta kekacang. Daging ayam dan ikan mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah dan oleh itu kandungan kolestrolnya juga adalah minima. Malah sesetengah ikan mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang mungkin boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Di dalam musim Qurban sekarang ini, apakah daging2 qurban perlu dielakkan sama sekali?
Bukankah ia menyelisihi sunnah?
Sebenarnya, kunci bagi persoalan ini adalah terletak pada petua para ulamak, "makanlah sebelum lapar dan berhenti makan sebelum kenyang". Islam menyuruh kita mengamalkan konsep wasatiyyah yakni bersederhana. Apa jua makanan jika dimakan pada kuantiti yg berlebihan sudah semestinya membawa mudarat dan menjadi racun kepada badan.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam;

اَلْمُؤْمِنُ يَأكُلُ فِي مِعً وَاحِدٍ، وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِيْ سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ

"Orang mukmin makan dengan satu usus manakala orang kafir makan dengan tujuh usus"

[HR Al-Bukhari (no. 5393), Muslim (no. 2060] dan yang lainnya dari Sahabat Ibnu Umar, juga terdapat hadis dari Abu Hurairah dan Abu Musa.

Hadis ini tidak menunjukkan pada jumlah usus yang tujuh pada orang kafir namun adalah permisalan (majaz) sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Al-Qaadhi Iyadh (yang dinukilkan oleh Imam An-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (XXIII/24), cet. Daar Ibnu Haitsam) bahawa hadis ini untuk menggambarkan bahawa orang kafir itu makan dan minumnya banyak, sedangkan orang mukmin adalah sederhana dalam makan dan minum. Lihat lengkapnya di Fathul Baari (IX/536-540)]

Oleh itu, apakah kuantiti pemakanan daging merah yg selamat dan sederhana bagi kita semua?

Jawapan bagi persoalan ini dijawab oleh Allah sendiri di dalam Al Quran.

“فسألو اهل الذكر ان كنتم لاتعلمون” – (Al-Anbiya, 21:7)

Yg bermaksud, "Bertanyalah kpd yg mengetahui (ahli dlm sesuatu bidang) jika kamu tidak mengetahui!”

Sudah semestinya bagi menjawab perkara ini mestilah terdiri daripada para doktor, pakar pemakanan dan para saintis yg mengkajinya secara mendalam.

Maka rumusan rekomendasi kuantiti dan cara pemakanan daging merah yg selamat adalah seperti berikut:

1. Total pemakanan daging tanpa lemak (lean meat), atau ayam (tanpa kulit) berkadaran saiz dua kotak mancis untuk hidangan makan tengahari dan makan malam sehari.

2. Ambil ikan (terutamanya yg kaya dengan omega 3 sekurang2nya 2 kali setiap minggu).

3. Ambil juga sumber protein lain seperti telur dan susu rendah lemak, protein dari sumber tumbuhan seperti tauhu, kekacang yang juga kaya dengan protein dan serat dalam hidangan seharian.

4. Pilih potongan bahagian daging yang kurang lemak tepu (lean cut meats) seperti daging batang pinang. Kebanyakan daging jenis ini (lean cuts) mempunyai perkataan "loin" padanya seperti sirloin, terderloin, rounds dan sebagainya.

5. Buang seberapa banyak lemak apabila memotong dan memasak daging. Juga buang lemak yg cair selepas memasak.

6. Elakkan mengambil organ dalaman seperti hati,limpa, otak yang tinggi kandungan kolesterolnya.

7.  Gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti memanggang (grill), menyalai (broil), merenih (stew) dan kurangkan penggunaan minyak semasa memasak. 

8.  Bekukan atau sejukkan sup/stew daging sebentar di dalam peti untuk memastikan lemaknya membeku di bahagian atas. Keluarkan lemak yang mengeras  sebelum dipanaskan untuk dihidangkan.
Tips lain - lalukan senduk besi berisi ais batu di permukaan sup atau stew tadi. Lemak di permukaan sup tadi akan melekat di bahagian bawah senduk besi tadi. Lapkan minyak tadi dengan tisu atau basuh dengan air senduk tadi.

Jadi, berpada-padalah dalam mengambil daging qurban. Pandangan bahawa daging qurban adalah daging yg berkat dan kemudian melahap dan membahamnya tak hingat dunia adalah merupakan antara sebab paling kerap pesakit berjumpa kami di katil hospital setelah berhari raya.

Kongsikan jika  bermanfaat.

Nota: Rekomendasi pemakanan dipetik dan diolah dari American Heart Association (AHA).

*Dr Abdul Rahman Abdul Kadir*
*Pakar Perubatan Kecemasan M3*

dan

*Puan Ruqayyah Muhd*
*Pegawai Dietetik M3*

Medical Mythbusters Malaysia

Saturday, 22 April 2017

7 TANDA KOLESTROL SUDAH TINGGI DI DALAM BADAN ANDA...

★★★★

1. Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu. Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan lenguh-lenguh sebagai gejala awal tanda kolesterol yang tinggi. Gejala ini muncul disebabkan oleh kekurangan oksigen. Gejala kolesterol tinggi yang biasa ialah berat di kepala tapi rasa sakitnya tidak tajam, hanya berat kepala sahaja.
.
2. Tanda kolesterol tinggi yang lain adalah cepat mengantuk, terutama bila kadar kolesterolnya sudah terlalu tinggi, contohnya trigliserida yang normal dibawah 200 mg atau 150 mg. Rasa cepat mengantuk ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengambilan oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang sempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol.
.
3. Selain itu, jika sering merasa semut-semut. Kadang-kadang kesemutan juga boleh kerana darahnya agak pekat. Kadar kolesterol tinggi boleh menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi berkurang.
.
4. Gejala lain adalah terjadi timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi. Namun ini hanya terjadi pada sebahagian kecil orang sahaja.
.
5. Gejala kolesterol tinggi lain yang sering dirasakan adalah mudah merasa letih. Ini disebabkan ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koronari dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan-keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.
.
6. Tanda-tanda lainnya adalah sering sakit kepala. Ini terjadi disebabkan kolesterol yang tinggi dalam darah sehingga memuncak dan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuatkan arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
.
7. Gejala kolesterol tinggi dalam tubuh yang terakhir adalah kaki bengkak. Hal ini disebabkan ketika pembuluh darah menyempit dan aliran oksigen berkurang, maka yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki menjadi bengkak. Keadaan ini hampir sama dengan situasi ketika terlalu lama duduk dalam sesuatu perjalanan.

Thursday, 19 January 2017

Madu dan Kayu Manis - siapa pernah terfikir?

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Bagaimanapun, bila ditinggalkan lama di tempat yang gelap dan sejuk ianya akan kristallized. Jika ini berlaku, masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas, dan biarkan madu cair secara biasa. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi khasiat perubatan.Jangan didihkan atau mikrowave krn ini akan membunuh enzim-enzim berguna di dalam madu.

Fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh digunakan tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

✴Penyakit Jantung : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan
(sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

✴Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

✴Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

✴Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

✴Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

✴Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan saki
t perut
dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

✴Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

✴Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

✴Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

✴Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

✴Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

✴Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

✴Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

✴Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

✴Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

✴Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

✴Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

✴Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.

👉Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Monday, 3 October 2016

MINYAK IKAN OMEGA-3 dan kesihatan menyeluruh...

Asid lemak omega-3 terbaik ditemui dalam Omega Guard Shaklee.

Amat penting dan sangat diperlukan oleh tubuh bagi mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, mengawal tekanan darah, mengurangkan masalah lelah dan batuk berkahak bagi kanak2 khususnya.

Omega-3 juga penting bagi ibu hamil dalam usaha membantu perkembangan fungsi otak dan penglihatan bayi. Bagi peringkat kanak2, omega-3 penting untuk membantu perkembangan otak dan fokus dalam pembelajaran.

Minyak omega-3 juga bersifat anti-radang iaitu ia mengawal kesakitan. Kalo sakit sendi, sakiy urat, sakit gigi, silalah telan Omega Guard!

******************************************

[PILIHAN LELAKI PERKASA]

~ Omega Guard + Vitamin E + Zinc Complex ~

Omega Guard untuk memelihara #kesihatanjantung, #sendi dan #mental lelaki.

Vitamin E membantu mengurangkan kerosakan pada sel-sel sperma yang biasanya terdedah kepada serangan radikal bebas. Lelaki yang MEROKOK wajib ambil Vitamin E sekiranya anda belum berjaya buat isteri anda hamil !

Zinc Complex membantu meningkatkan kualoti, kuantiti dan morfologi sperma.

=================================

[OMEGA GUARD UNTUK KURUS]

~ Omega Guard + Lecithin ~

Konsisten dengan OmegaGuard disamping jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup aktif, lebih cepat kesannya dirasai.

Minyak ikan omega-3 bantu meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan memberikan rasa kenyang lebih panjang. Justeru, ia juga membantu mengawal masalah OBESITI dengan cara membakar lemak2 di bawah kulit.

Lecithin pula mengemulsi lemak2 iaitu dengan memecahkan lemak2 kepada molekul yang lebih kecil agar lemak lebih mudah bergerak seterusnya dibuang dari badan dengan lancar.

=================================

[OMEGA GUARD UNTUK LELAH]

Minyak omega-3 amat baik untuk merawat lelah atau asthma. Ia mencAirkan kahak. Asthma atau lelah terjadi disebabkan oleh banyak kahak yang menyumbat salur pernafasan.

Apabila asthma atau lelah berlaku, salur pernafasan akan membengkak. Pengidapnya akan mengalami sesak nafas. Minyak omega-3 bersifat anti-radang. Ia membantu menyurutkan bengkak pada salur pernafasan itu tadi.

=================================

[OMEGA GUARD UNTUK KOLESTEROL]

~ Omega Guard + Phytocol ~

Minyak ikan omega-3 menjaga pembuluh darah arteri daripada mendapan lemak dan kolesterol.

Gabungan dengan phytocol yang terdiri daripada sterol dan stenol membantu melawan kolesterol LDL seterusnya merendahkan tahapa kolesterol LDL dalam badan.

Kalau takmo makan Phytocol, makanlah 200 batang lobak merah atau 70 keping roti gandum atau 425 biji tomato SETIAP HARI ;-)

=================================

[KAWAL TEKANAN DARAH]

~ Omega Guard + Garlic Complex ~

Minyak ikan omega-3 daapat mengurangkan hipertensi serta menurunkan tekanan darah. Iabturun mengurangkan trigliserida disamping melambatkan pengumpulan plak pada arteri.

Minyak omega-3 juga meNgurangkan risiko detak jantung abnormal yang mengakibatkan serangan jantung atau strok. Amalan minyak omega-3 membantu menjadikan pembuluh darah lebih elastik dan haalus.

Bawang Putih memang diamalkan secara tradisional sejak turun temurun untuk bantu kawal peredaran darah.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang sanggup menelan 1 labu bawang putih tu setiap hari. Jika digunakan dalam masakan pon, hanya beberapa ulas sahaja yang diperlukan.

Bawang putih membantu mengawal tekanan darah normal. Ia dapat menggalakkn kesihatan  kardiovaskular serta mengurangkan kolesterol LDL, trigliserida dan kelikatan darah.

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...