♡ LYCOPENE
Antioksidan yang diperolehi dalam TOMATO. Semakin merah warna tomat itu, semakin banyak lycopene yang kita peroleh.
Selain tomato, Lycopene juga boleh didapati daripada tembikai, limau gedang, grapefruit dan aprikot.
Lycopene membantu mencegah degenerasi makular , katarak dan #penyakitkardiovaskular . Individu yang mengamalkan diet yang kaya Lycopene, dapat mengurangkan risiko mendapat #kanser berbanding mereka yang tidak mengambilnya.
♡ LUTEIN & ZEAXANTHIN
Melindungi RETINA daripada kerosakan akibat sinaran UV matahari silauan yang tinggi.
Mengamalkan pemakanan yang kaya Lutein dan Zeaxanthin dapat membantu merendahkan risiko katarak dan degenerasi makular (mata basah/mata kering).
Keduanya boleh diperolehi melalui pengambilan sayuran berdaun hijau gelap seperti kailan, bayam, brokoli dan lettuce salad.
Beberapa pengkaji mencadangkan, pengambilan 6 - 9 gram sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.
No comments:
Post a Comment