Showing posts with label vitamin saraf. Show all posts
Showing posts with label vitamin saraf. Show all posts

Tuesday, 20 March 2018

VITAMIN B : Vitamin Penenang

VITAMIN B : Bantu Berikan Ketenangan

...

Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, dan B12 amat penting dan memainkan peranan besar untuk fungsi tubuh yang sempurna.

Gabungan 8 vitamin B ini membantu tubuh menukarkan makanan kepada yang diperlukan oleh tubuh dan menjadikan kita bertenaga sepanjang hari.

Errr... jangan hairanlah ye jika anda sering melihat saya sentiasa cergas sepanjang hari. 😎 sebab setiap kali selepas sarapan berat, saya akan telan sebiji B Complex Shaklee. Ngeh ngeh ngeh....

....

By the way, kat sini saya cuma nak cerita tentang fungai vitamin B yang mana yang boleh bantu kita tangani strea dan berikan ketenangan.....gitewwww.  😚😚😚

B1 ~ Thiamine : membantu tubuh membina sel baharu yang sihat.

Ia juga dikenali sebagai vitamin ANTI-STRESS sebab keupayaannya mempertahankan sistem imunisasi badan. B1 ada dalam makanan seperti kekacang dan bijirin penuh.

B2 ~ Riboflavin : ia sangat membantu dalam menangani masalah migrain dan sakit kepala. Ia bertindak membawa oksigen ke seluruh badan dan sangat diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baik.

B5 ~ Panthothenic Acid : ia membantu dalam penghasilan hormon testoteron. Hormon ini membantu mencantikkan kulit. Kulit cantik, taklah stress kan? Hihihi... nak kulit cantik, kena makan avokado, yogurt, telur dan daging.

B6 ~ Pyridoxine : memainkan peranan paling besar dalam menentukan mood kita dan pattern tidur kita. Ia bantu tubuh menghasilkan serotonin, melatonin dan norepinephrine (hormon stres). Yang ini boleh makan salmon, ikan tuna, beras perang dan lobak merah untuk dapatkan B6.

.....

Haaa.... dah tahu manfaat vitamin B ni kenalah jaga dan alert tentang gaya pemakanan kita. Paaaalinggg senang, telan je sebijik sehari B Complex Shaklee ni. Semua 8 vitamin B tu lengkap ada dalam 1 tablet.

Rojer-rojer deh kalu nok vitamin B www.wasap.my/60123618431

#sihatceria
#diariustazah
#bcomplex

Monday, 6 February 2017

LECITHIN UNTUK OTAK

Lecithin  diekstrak daripada kacang soya organik non gmo.

1 kapsul mengandungi  520mg lecithin soya.☇ Termasuk 80mg kolin, 48mg inositol. ☇Lecithin pada asalnya dihasilkan oleh tubuh.

Tapi oleh sebab terdapat banyak gangguan dari segi luaran (contohnya radikal bebas) sehingga memerlukan kita mengambil lecithin daripada sumber makanan atau suplemen.

Lecithin yg dirembeskan oleh tubuh akan hasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
Menarik kan perkataan Acetylcoline tu.

 Jom kita amek tau serba sikit apa dia.

Acetylcholine adalah *neurotransmitter* yang merupakan bahan kimia yang memindahkan impuls saraf di seluruh ruang antara sel-sel saraf.

Acetylcholine didapati dalam sistem saraf pusat dan periferi.

Ia membantu ingatan, dan penghantaran mesej saraf antara
motor-otot, dan beberapa kelenjar lain.

Didapati org yg ada penyakit  Alzheimers mempunyai jumlah acetylcholine yang rendah dalam otak mereka.



Tuesday, 29 November 2016

SUPLIMEN UNTUK SINDROM CARPAL TUNNEL

SINDROM Carpal Tunnel terjadi apabila saraf median pada pergelangan tangan tersepit.Ini disebabkan oleh terowong yang berada di bahagian tapak tangan sendi pergelangan tangan menjadi semakin sempit.

Terowong ini memberi laluan dan perlindungan kepada saraf median ke bahagian tangan dan sembilan tendon lain yang menggerakkan bahagian tangan.

Tekanan pada saraf median ini akan menyebabkannya tidak berfungsi dengan normal serta menimbulkan rasa sakit dan kebas, seterusnya melemahkan bahagian tangan.

Simptom Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan rasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan.

Antara simptom yang biasanya terjadi adalah:

1. Kebas - pada bahagian tangan dan jari-jari tangan terutamanya ibu jari, jari telunjuk, jari hantu dan jari manis tetapi tidak pula berlaku pada jari kecil. Rasa kebas ini akan menjadi lebih kuat terutamanya semasa memandu, semasa memegang objek seperti telefon atau surat khabar atau semasa bangun dari tidur. Kebanyakan pesakit akan menggoyangkan tangan mereka untuk mengurangkan simptom tersebut.

2. Kesakitan - yang terjadi pada sendi pergelangan tangan sehingga ke lengan atas, bahu atau ke tapak tangan dan jari, terutamanya selepas menggunakan tangan secara berterusan atau menggunakan tangan dengan kuat.

3. Rasa lemah pada bahagian tangan dan boleh menyebabkan objek yang dipegang akan jatuh.

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

Mereka yang berisiko menghidap sindrom ini adalah golongan mengalami tekanan pada tangan atau penggunaan tangan yang berlebihan dalam pekerjaan, terutamanya melibatkan penggunaan tangan atau pergelangan tangan secara berlebihan, berulang-ulang dan dengan kuat.

#pekerja jentera berat

Contoh pekerjaan yang melibatkan pergerakan seperti di atas adalah seperti bekerja di kilang pemasangan yang menggunakan jentera berat.

#penggunaan komputer berlebihan

Walaupun penggunaan komputer yang berlebihan turut dikaitkan dengan Sindrom Carpal Tunnel namun belum ada bukti saintifik yang boleh mengaitkannya setakat ini.

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
PUNCA SINDROM
»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

Sindrom ini berpunca daripada tekanan pada saraf median di bahagian pergelangan tangan.

Punca tekanan pada saraf median ini tidak dapat dipastikan dengan tepat, tetapi ia mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

1. Penyakit lain yang melibatkan gangguan hormon seperti diabetes, gangguan tiroid dan menopaus atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.

2. Penggunaan tangan yang berulang-ulang secara berpanjangan atau kecederaan pada bahagian pergelangan tangan.

Faktor-faktor lain yang meningkatkan risiko menghidap sindrom ini adalah:

* Jantina: Wanita mengalami tiga kali lebih risiko berbanding dengan lelaki. Kebanyakannya berlaku selepas menopaus.

* Keturunan: Ini berkaitan sekiranya ada di kalangan saudara-mara yang mengalami keadaan fizikal yang sama, seperti bentuk pergelangan yang sama.

* Keadaan kesihatan tertentu: Perubahan hormon seperti pada pesakit yang mengalami gangguan tiroid, obesiti, diabetes, wanita yang hamil dan mereka yang menggunakan pil perancang keluarga. Sindrom Carpal Tunnel yang berlaku semasa hamil biasanya akan hilang selepas melahirkan anak.

* Mereka yang merokok juga akan mengalami simptom Sindrom Carpal Tunnel yang lebih teruk berbanding mereka yang tidak merokok.

♡Diagnosis♡

Sekiranya ada simptom dan tanda Sindrom Carpal Tunnel, doktor akan mencadangkan untuk melakukan beberapa ujian seperti:

1. Elektromygram: Untuk menentukan bahawa kerosakan otot pada bahagian tangan sudah berlaku atau tidak.

2. Nerve conduction study: Untuk melihat sama ada impuls elektrik saraf menjadi perlahan atau tidak.

Saraf median yang menyebabkan terjadinya simptom Sindrom Carpal Tunne tidak memberikan perubahan deria rasa pada jari kecil tangan.

Tanda lain seseorang menghidap sindrom ini adalah masa berlakunya simptom tersebut.

Masa simptom Sindrom Carpal Tunnel timbul adalah semasa memegang objek seperti telefon, surat khabar, memegang stereng ketika memandu atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi.

Doktor juga akan memeriksa deria rasa pada jari dan kekuatan otot-otot pada tangan.

Dengan menekan tangan secara membongkokkan pergelangan tangan (phalen’s sign) atau mengetuk pada bahagian pergelangan tangan (tinel’s sign) turut akan menyebabkan simptom Sindrom Carpal Tunnel semakin jelas dan teruk.

Pesakit yang mendapatkan rawatan perlu memastikan dan memaklumkan doktor tempat di mana simptom dan tanda-tanda Sindrom Carpal Tunnel berlaku sekitar bahagian tangan.

♡Rawatan♡

Pesakit yang mengalami simptom yang tidak teruk boleh mengurangkan rasa sakit dan kebas dengan mengambil lebih banyak masa untuk merehatkan tangan atau membuat “cold packs” (ais) untuk mengurangkan bengkak pada tangan.

Terdapat juga kaedah rawatan lain yang melibatkan pembedahan atau tanpa bedah (non-surgical).

Kaedah tanpa pembedahan melibatkan:

* wrist splinting: Splinting (anduh) yang mengurangkan pergerakan pada pergelangan tangan akan mengurangkan simptom terutamanya pada waktu malam.

* non-steroidal anti-inlammatory drug (NSAIDs): Menggunakan ubat mengurangkan bengkak untuk mengurangkan rasa sakit terutamanya mereka yang mengalami kesakitan disebabkan oleh keadaan yang berkaitan dengan pembengkakan bahagian tangan.

* steroid: Suntikan ubat jenis steroid ke dalam bahagian Carpal Tunnel boleh mengurangkan kesakitan. Pengambilan steroid secara oral pula mungkin tidak dapat mengurangkan simptom.

Kaedah pembedahan pula mungkin terpaksa dilakukan dalam keadaan di mana simptom tidak dapat dirawat menggunakan cara lain atau simptom terus berlarutan dan bertambah teruk.

Pembedahan boleh dilakukan dengan cara endoskop atau dengan membuat pembedahan kecil di bahagian pergelangan tangan.

Doktor akan membuat hirisan pada ligamen carpal yang memberi tekanan pada saraf median.

Pembedahan boleh memberi perubahan yang ketara pada simptom Sindrom Carpal Tunnel tetapi kadangkala kesan seperti kebas, lemah tangan dan kesakitan mungkin akan berlarutan untuk satu tempoh masa tertentu.

Kira-kira 70 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan menyatakan bahawa simptom hilang sepenuhnya.

Namun, pesakit yang merokok dan mereka yang sering minum alkohol mungkin akan terus mengalami kesan simptom Sindrom Carpal Tunnel.

Pesakit yang mengalami Sindrom Carpal Tunnel akibat daripada penyakit rheumatoid arthritis pula dinasihat mendapatkan rawatan untuk penyakit berkenaan terlebih dahulu.

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
SUPLIMEN YANG DICADANGKAN
«««««««««««««««««««««««««««««««««««««««

1. Omega Guard RM136.00

Minyak ikan ini bersifat anti-inflammatory atau anti-radang yang membantu mengurangkan kesakitan akibat pembengkakan pada bahgian tangan yang terlibat.

2. Ostematrix RM61.00

Sumber kalsium dan magnesium ini amat diperlukan oleh tubuh kita. Ketika usia 30, tubuh tidak lagi menyerap kalsium, malah ia perlu diperoleh daripada pemakanan. 

3. B Complex RM53.75

Membantu mengurangkan ketegangan bahagian yang terlibat di samping mengurangkan stress bagi penghidapnya.

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

Hubungi 012.3618431 atau 017.3139349 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0316&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz4RSMDH3Ay 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...