Friday 14 October 2016

MAKANAN UNTUK ELOK MATA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Saya seorang yang pernah rabun teruk sejak berusia 12 tahun. So bermula dari itu, saya sentiasa buat pembacaan apa-apa saja yang berkaitan dengan penambahbaikan mata. Terutama dari segi pemakanan untuk menyihatkan mata dan segala macam tips bagi menyihatkan mata. Dan yang palong penting, tips untuk 'hilang'kan RABUN jauh saya ni.

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mendapatkan mata yang sihat khususnya mengurangkan power mata rabun ni ialah melalui PEMAKANAN.

Rupanya, untuk mata sihat ni, kena banyak makan makanan yang mengandungi VITAMIN A. Tapi Vitamin A hanya ada dalam makanan2 beta-carotene seperti lobak merah, tomato, tembikai dan segala jenis buahan dan sayuran berwarna kuning, oren, jingga.

Selain VITAMIN A, kena juga ambil 'carotenoids' jenis LUTEIN dan ZEAXANTHIN. Ia ada dalam sayuran berdaun hijau gelap seperti kailan, brokoli, bayam, dan salad lettuce.

Hmm...patutlah Sang Arnab tajam penglihatan. Rupanya sebab ia suka makan ' CARROT'! Lobak merah mengandungi paling banyak sumber carotenoids! Subhanallah!!! Memang patutlah kita ambil iktibar daripada penciptaan Sang Arnab ni ;-)

#mataarnab
#matasihat
#suplemenmata
#ustazahceria

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...