Friday 18 September 2020

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL. 


31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya. 


Sementelah anak-anak masih kecil ni, kami hanya bawa mereka mendaki di bukit-bukit Komuniti atau yang mempunyai lalui mudah sahaja. Sekadar suka-suka untuk memupuk minat anak-anak kepada aktiviti pendakian di samping sebagai pendidikan luar bilik darjah. Pembelajaran melalui pengalaman juga penting sebagai pengukuhan ilmu yang dipelajari di sekolah. 


Bukit Gasing ni, kena Naik banyak Kali sebab ia banyak laluan. Kami dah daki tiga Kali. Tapi semuanya lain-lain laluan, Dan buat Masa ni kami belum pernah sampai lagi ke Jambatan Gantung Bukit Gasing tu. Hahahaha. 



Jumpa tanda ini dahulu selepas pintu masuk. Kami masuk melalui perumahan Jalan Gasing. 


Gigih Maknya ni menahan emosi untuk pastikan anak-anak Kekal bersemangat hingga ke puncak. Hihihihi. 

Tadi menaik, sekarang menurun pulak. Kejap lagi menaik balik. Pastu menurun. Huhuhu memang menguji ketahanan mental Dan fizikal budak-budak lerrrr.... 


Sempatlah bergambar kenangan sekepimg. Minta tolong brader yang solo tu ambilkan. Dia teruja betul tengok kami bawak budak-budak ni. Sebenarnye, Ada beberapa keluarga jugak yang datang sini bawak anak-anak. 


Itu dia!! Ada beberapa check points yang mempunyai persimpangan dilema begini. Dan setiap Kali berselisih dengan pendaki-pendaki lain, pasti akan saling bertanyakan arah sesuatu tempat, ataupun bertanyakan, "Cik, betul ke jalan ni?" Atau "Cik, jalan ni ke arah mana ye?" Hahah Tak terkecualilah kami ni. 


Kami ambil laluan sebelah kiri, Dan kami berakhir di sini. Hehehe. Tengoklah gambar di bawah tu. Bukan main seronok depa! 


Itu tu dah serupa macam berada di taman permainan dah tu.


Seronok sungguh tu dapat berlari sana-sini. 

Haaaaa siap Ada mini air terjun. Hati-hati!!! Dibimbangi tergelincir! Dan elakkan meminum atau membasuh muka dengan aliran air ini kerana dikhuatiri terdapat kencing tikus. Huhuhuhu. 

Dah puas berlari Dan tengok air, kami teruskan perjalanan nak Cari jalan keluar pulak. Kami ambil Laluan Denai. Di sepanjang laluan ini, terdapat 5 buah tapak untuk pacak khemah. So sesiapa yang berhajat nak berkhemah santai Dan selamat, datanglah sini. 


Rupa-rupanya, dari Laluan Denai tadi tu, jalan terus Naik ke atas akan berjumpa dengan bangunan lama ini. Dan Ade persimpangan (ke Kanan) untuk Naik ke Suspension Bridge dan simpang (ke kiri) untuk turun ke laluan kita datang tadi (Jalan Gasing). Kami berhajat nak ke Kanan tapi mengenangkan anak-anak dah mula lapar, lain kalilah kami datang berduaan jeh. Hehehe. 


Begitulah keadaan sebenarnye. Errrr... Masa nak swafoto begini, kurasa ragu-ragu. Nak selfie ke tidak? Rasa Tak sedap hati gitu. Hahaha. Tapi snap gal sedassss!! 


Emmmm... Tak pasti ini apa. Macam kolam. Tapi.... Memang Tak tahu! So teruskan langkah.... Hehehe 


Aduhaiiiii... Kena panjat Anak tangga pulakkkk!!! Huhu. 


Kuatkan semangat ye anak-anak. Hehe. Last check point dah ni. Pastu kita pegi makan. Hahahah 



Alhamdulillah. Akhirnya kami menuju ke pintu utama. Hahahaha. 


Tip Mendaki Bersama Anak Kecik : 

1. Bekalkan air secukupnya. Kami bawak sorang satu botol 500ml air mineral. 

2. Snek. Seperti biskut, gula-gula, lollipop, buah potong. 

3. Banyakkan bercerita tentang tumbuhan Dan serangga yang Ada sepanjang pendakian/treking. 

4. Tahan sikit emosi kalau Anak dah mula cranky hahahaha. Sebab emosi Mak Pak yang akan menentukan emosi anak-anak sepanjang aktiviti berlangsung. 

5. Reward lah anak-anak dengan bawak mereka pegi makan atau layankan kehendak mereka nak beli apa-apa makanan tapi bersyarat. 


Bukit Gasing, 

31 OGOS 2020. 

#diariustazah 

#hiking



Tuesday 14 April 2020

SET KESIHATAN ASAS

SET KESIHATAN ASAS 


Anda sedang mencari-cari suplemen apa yang paling asas tapi paling sesuai dengan bajet kewangan anda? Semestinya UstazahCeria mencadangkan Set Kesihatan Asas Shaklee yang terdiri daripada empat suplemen asas yang diperlukan oleh tubuh kita. 

Anda beli Set Kesihatan Asas ini, anda akan didafatarkan keahlian Shaklee secara PERCUMA dan tiada kos penghantaran.

ENERGIZING SOY PROTEIN 


Apabila memasuki usia pertengahan, tubuh kita akan mengalami penurunan prestasi termasuklah gejala mula kehilangan otot. Maksudnya, otot-otot kita mula mengendur. Oleh itu, pengambilan PROTEIN adalah penting sebelum usia ini bagi melambatkan penuaan, disamping amalan senaman yang konsisten, akan dapat membantu tubuh mengekalkan jisim otot dan kecergasan. Selain itu, pengambilan PROTEIN juga dapat membantu merendahkan risiko terhadap masalah kesihatan berkaitan jantung dan kolesterol tinggi. 


Kepada penggemar manisan, 

pemakanan yang tinggi gula akan membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah. Ini akan mempengaruhi fungsi jantung dan mengakibatkan keradangan dalam badan. pengambilan PROTEIN membantu menstabilkan paras gula dalam darah disamping mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin. 

Berusaha mendapatkan berat badan ideal??

Orang yang mempunyai kadar metabolisme badan yang tinggi akan membakar lebih banyak kalori. Maka, jika anda dalam kategori orang yang rendah metabolik, ambillah PROTEIN untuk meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. Disamping membantu mengawal pengambilan kalori-kalori pengambilan makanan seterusnya dan membantu mengekalkan jisim otot. lebih banyak otot anda, maka lebih tinggi kadar metabolisme anda. 

Anda suka bersenam? 

PROTEIN amat penting untuk anda! Ia diperlukan untuk membina semula otot dan memperbaiki otot. Otot memerlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan. 

Ibu yang menyusukan anak, 

Anda memerlukan dua kali ganda  lebih PROTEIN kerana protein dapat membantu mengekalkan kesihatan ibu untuk proses penghasilan susu badan. Protein yang terdapat dalam susu ibu membantu pertumbuhan optimum bayinya. 

Ibu hamil, 

PROTEIN penting dan baik untuk kehamilan kerana ia menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat, disamping membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak. Maka, berat tidaklah naik mendadak berkilo-kilo sepanjang 40 minggu kehamilan. 



VITAMIN C 


Tahukah Anda? 

1. Haiwan mamalia boleh menghasilkan vitamin C daripada badan mereka sendiri KECUALI manusia. 

2. Pengambilan vitamin C secara konsisten membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan hipertensi. 

3. 90 peratus sumber vitamin C adalah darripada buah-buahan dan sayur-sayuran. 

4. Merokok mampu merosakkan sel darah merah yang akan mengakibatkan strok dan sakit jantung. Vitamin C merupakan salah satu antioksida. Maka seorrang perokok perlu mengambil lebih vitamin C daripada orang biasa. 



VITA-LEA IRON FORMULA


Jika anda mencari suplemen multivitamin dan multimineral dalam 1 tablet, inilah dia! Asas terhasilnya Vita-Lea ini ialah pada tahun 1915, Dr Forrest C Shaklee iaitu pengasas multivitamin pertama di Amerika Syarikat. 

Vita-Lea membantu menyokong kesihatan yang baik. Ia mengandungi beta-karotena yang membantu mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. Vita-Lea juga mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk pertumbuhan tulang dan gigi.


OMEGA GUARD


Omega Guard adalah minyak ikan omega-3 Shaklee yang diformulasi daripada ikan-ikan kecil dari lautan dingin, melalui 3 peringkat penyulingan. 

Asas penjagaan kesihatan haruslah mengambil pemakanan bersumberrkan omega-3 kerana terdapat banyak manfaat daripadanya. 

1. Omega-3 membantu mengurangkan imflamasi atau keradangan kepada sendi terutama lutut, pergelangan tanagn, pergelangan kaki, jari-jemari. 

2. Omega-3 membantu melancarrkan peredaran darah ke bahagian sendi dan membekalkan otot sendi dengan nutrisi. 

3. Sakit sendi terjadi akibat daripada kemerosotan tulang rawan yang menjadi pelapik atau kusyen antara dua tulang sendi. Maka omega-3 membantu menjadi pelincir dan membantu dalam pembentukan tulang rawan. 

4. Omega-3 juga membantu mengurangkan plak yang mengakibatkan pelupaan, nyanyuk dan Alzheimer. Ini bermaksud, omega-3 membantu menguatkan sel-sel otak untuk berhubung dengan baik dan meningkatkan daya perhatian.

5. Omega-3 juga membantu mengaktifkan antioksidan yang membantu mengurrangkan tekanan kepada sel-sel otak. 

6. Omega-3 membantu meningkatkan pengaliran darah ke otak untuk meningkatkan memori secara konsisten. 

7. Omega-3 juga membantu mengekalkan degupan jantung yang sihat dan konsisten, dengan cara membantu mengembangkan saluran darah, membaiki keradangan pada salur darah, mengawal tekanan darah dan peredaran darah yang sihat. 

8. Omega-3 terlibat secara langsung dalam proses penyingkiran kolesterol jahat (LDL) dan menghasilkan kolesterol baik (HDL). 

Nahhhhh!!! banyak sungguh kan manfaat omega-3 untuk tubuh badan kita? 


Friday 20 March 2020

PINTU-PINTU NERAKA

PINTU-PINTU NERAKA 
________________________


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

*اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد.

_Rasulullah  SAW menangis hingga pengsan ketika Jibril menyebutkan penghuni neraka yang ke-7......_

_ALLAH berfirman dalam beberapa ayat berikut._

_"Apabila neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, mereka akan mendengar kegeraman dan suara nyalanya".- QS. Al-Furqan: 11._

_"Apabila mereka dilemparkan ke dalamnya, mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka itu menggelegak, hampir-hampir (neraka) itu terpecah lantaran marah". -QS. Al-Mulk: 7._

_Air di jahannam adalah Hamim (air panas yang menggelegak), anginnya adalah Samum (angin yang amat panas), sedang naungannya adalah Yahmum (naungan berupa potongan-potongan asap hitam yang sangat panas). - QS. Al-Waqi'ah: 41-44._

_Nabi Muhammad SAW meminta Jibril untuk menjelaskan satu persatu mengenai pintu-pintu neraka tersebut._

_"Pintu pertama dinamakan Hawiyah (jurang), yang diperuntukkan bagi kaum munafik dan kafir._ 

_Pintu ke 2 dinamakan Jahim, yang diperuntukkan bagi kaum musyrikin._

_Pintu ke 3 dinamakan Saqar, yg diperuntukkan bagi kaum shobiin atau penyembah api._

_Pintu ke 4 dinamakan Ladha, diperuntukkan bagi iblis dan para pengikutnya._

_Pintu ke 5 dinamakan Huthomah (menghancurkan hingga berkeping-keping), diperuntukkan bagi kaum Yahudi._

_Pintu ke 6 dinamakan Sa'ir (api yang menyala-nyala), diperuntukkan bagi kaum kafir._

_Rasulullah bertanya: "Bagaimana dengan pintu ke 7 ?"_

_Sejenak malaikat Jibril seperti ragu ragu untuk menyampaikan siapa yg akan menghuni pintu ketujuh. Akan tetapi Rasulullah SAW mendesaknya sehingga akhirnya Malaikat Jibril mengatakan ..._

_"Pintu ke 7 diperuntukkan bagi umatmu yg berdosa besar dan meninggal sebelum bertaubat."_

_Mendengar penjelasan itu,  Rasulullah terkejut lalu  pengsan. Jibril lalu meletakkan kepala Rasulullah SAW di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar beliau bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauan dan rasa sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu."_

_Nabi Muhammad SAW lalu menangis. Jibril pun ikut menangis. Kemudian Nabi langsung masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk solat._

_Setelah kejadian itu, beliau tidak berbicara dengan siapa pun selama beberapa hari dan ketika solat beliau pun menangis dengan tangisan yang sangat memilukan._

_Jom kita taubat sebelum terlewat dgn taubatan nasuha. Ya Allah, mohon ampun atas segala dosa._ _Janganlah sampai kita meninggal sebelum bertaubat._

_Banyakkan solawat kepada  Nabi Muhammad SAW agar kita mendapatkan syafa'at beliau di akhirat nanti._

_Wahai ahli keluarga, sahabat , saudara-saudaraku, jika selama ini saya salah dan khilaf._
_Ana uhibbukum fillah..._ _Semoga kita saling memanggil untuk masuk ke syurga nanti. Jangan sampai ada yg tertinggal di neraka._
_Jika engkau tidak menemuiku di Jannah, maka tolong cari dan keluarkan aku dari neraka. ....Naudzubillahi min dzalik..._

*_KUBUR_* 

 _Lihat kubur, luangkan waktu hanya 2 minit sahaja untuk membacanya:_

*Nasihat Kubur:*
_1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan_
*_TAHAJJUD_*

_2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan_ *_SILATURAHIM_*

_3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca_
*_AL-QURAN_*

_4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan_
*_SEDEKAH_*  

_5). Aku yg menghimpitmu hingga hancur bilamana tidak solat, bebaskan himpitan itu dengan_
*_SOLAT_*

_6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat menyakitan..Bebaskan rendaman itu dengan_
*_PUASA_*

_7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka persiapkanlah jawabanmu dengan perbanyakan mengucap kalimah_
*_LAILAHHAILLAULLAH.

InSyaaAllah..Jadilah orang yang bertaubat dengan istiqommah melaksana Qiammulail

*Peliharalah amalan berqiammulail setiap hari, moga kita tergolong dalam kalangan orang yang bertaubat dan kembali menjadi hamba yang diampuni Allah.*

Pesanan/tazkirah untuk diri sendiri,ahli keluarga,saudara mara dan sekalian sahabatku

Semoga bermanafaat

آمِّيْنَ آمِّيْنَ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ
 
*صدق الله العظيم*

يا الله...كامي مناداه تاڠن دان مرفع سمبه كڤد مو،
كورنياكن كڤد كامي كصحاتن يڠ بائيك،
علمو يڠبرمنفعة، عمالن يڠ برشريعة سرتا دهيمڤونكن كامي دڤادڠ محشر دالم برشفعة.
اڠكاو بريكن كامڤونن كڤد كامي،جٱوهكن كامي دڠن صفة٢ مذمومة دان دكتكن كامي دڠن صفة٢ محمودة.
جالينكن هوبوڠن كاسيه سايڠ دانتارا كامي،
ككلكن تالي ڤرساودارٱن دان ڤرصحابتن يڠ ممباوا كبهاݢيٱن داخيرة.
سيروا علی بركة لله.
امين يا رب العالمين.

Tabbarakaullah..Alhamdulillah...InSyaaAllah...Moga Allah memperbaiki jua sentiasa menganugerahi istiqomah dengan akhlak Rasulullah.s.a.w dan amalan sunnah  serta niat bertaqqarub dan lebih ta'abbud kita kepadaNya.... InSyaaAllah.... Jazakaullah /Jazzakillah hu khairon katsiro pada yang membaca dan menyebar atas dasar dakwah bill hall...

  *اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما صليت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم و بارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم إنك حميد مجيد* 
 Semoga Allah sentiasa memberkati setiap apa yang kita kerjakan, semoga segala permintaan dan doa jua urusan kita semua akan di permudahkan...

_*"Rabbi yasser wallatu assir Ya karrim"*_
_*''Lailla hailla anta subhanaka inni kuntu minnadzzalimin"*_ 

#kopipasta 
#diariustazah

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...