Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Wednesday, 27 September 2017

*SIMPOSIUM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB 2017 @KYS @27 OKTOBER 2017*

Sesi Ucaptama 1

*MEMUGAR (baiki) KECEMERLANGAN GURU MURABBI MENDEPANI GENERASI ABAD 21 oleh PROF DATO DR AB HALIM BIN TAMURI_ REKTOR KUIS*

✅Kene terima hakikat diri sendiri sebagai ustaz dan ustazah.

✅Generasi kini berbeza dan mencabar yang memerlukan kepelbagaian kaedah mengajar.

✅Kerja sebagai GPI n GBA ini merupakan amanah Allah bagi menyemarakkan kerja sebagai daie.

✅Kini Sistem pendidikan formal mengambil fungsi keluarga kerana masa di sekolah yang lama.

✅ kini, Perkembangan Kemajuan teknologi menyebabkan fungsi keluarga diserahkan kepada pendidik.

✅Sekolah dan institusi pendidikan dilihat sebagai tempat memberikan kemahiran dan pembangunan moral dan sosial dalam kata lain mengambil fungsi keluarga.

✅Generasi alpha@21- sek ren

✅Generasi 21 ciri2nya adalah games culture, multitasking, online social, multimedia learning dan online media searching.

✅Jangan rasa kecil hati dengan kelakuan anak murid kerana mereka adalah mad'u kita.

✅Guru perlu menjaga hubungannya dengan Allah antaranya dengan banyakkan bersedekah.
Rezeki itu luas dan pelbagai cara.

✅sirah disingkap bahawa, Nabi muhammad berumur 55 tahun bekerja di medan perang. Kita pulak berkira2 untuk bersara.

✅ *P&P Pendidikan Islam berbanding penghayatan Islam adalah sangat berkait.*
Kajian oleh Prof Dr Ab Halim Tamuri

✅ *Pelajar percaya tujuan sebenar menuntut ilmu dalam islam TAPI atas desakan peperiksaan dan untuk pekerjaan MAKA penghayatan akhlak dlam ilmu kurang diberi perhatian.*
Kajian oleh Dr Mahfuzah Mohamad Zabidi

✅Metodologi PdPc perlu disemak bagi memastikan murid menyukai pendidikan islam dan bahasa Arab.

✅Konsep 5 م

MUDARRIS.MUADDIB.MURABBI.MURSYID.MUALLIM

✅Apa yang perlu ada pada guru:
🍓Personaliti Guru
🍓Motivasi dalam PDPC
🍓Pelbagai kemahiran
🍓Ilmu pengetahuan
🍓Pengetahuan kandungan mata pelajaran

sekian catatan oleh 9⃣

Saturday, 28 January 2017

_*BAGAIMANA KITA MEMANDANG GURU*_

*Al-Imam Ali bin Hasan Al-Aththas* mengatakan:

ﺍﻥ ﺍﻟﻤﺤﺼﻮﻝ ﻣﻦ ﺍﻟﻌﻠﻢ ﻭﺍﻟﻔﺘﺢ ﻭﺍﻟﻨﻮﺭ ﺍﻋﻨﻲ ﺍﻟﻜﺸﻒ ﻟﻠﺤﺠﺐ، ﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﺍﻻﺩﺏ ﻣﻊ ﺍﻟﺸﻴﺦ ﻭﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﻣﺎ ﻳﻜﻮﻥ ﻛﺒﺮ ﻣﻘﺪﺍﺭﻩ ﻋﻨﺪﻙ ﻳﻜﻮﻥ ﻟﻚ ﺫﺍﻟﻚ ﺍﻟﻤﻘﺪﺍﺭ ﻋﻨﺪ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺷﻚ.

_"Memperoleh ilmu, futuh dan cahaya yakni terbukanya hijab batin, adalah sesuai kadar adabmu terhadap gurumu. Kadar besarnya gurumu di hatimu, maka demikian pula kadar besarnya dirimu di sisi Allah tanpa ragu"._
*(Al-Manhaj As-Sawiy: 217)*.

*Imam Nawawi* ketika hendak belajar kepada gurunya, beliau selalu bersedekah di perjalanan dan berdoa;

_"Ya Allah, tutuplah dariku kekurangan guruku, hingga mataku tidak melihat kekurangannya dan tidak seorangpun yg menyampaikan kekurangan guruku kepadaku"._
*(Lawaqih Al-Anwaar Al-Qudsiyyah:155)*

Beliau pernah mengatakan dalam kitab *At-Tahdzib*nya:

ﻋﻘﻮﻕ ﺍﻟﻮﺍﻟﺪﻳﻦ ﺗﻤﺤﻮﻩ ﺍﻟﺘﻮﺑﺔ ﻭﻋﻘﻮﻕ ﺍﻻﺳﺘﺎﺫﻳﻦ ﻻ ﻳﻤﺤﻮﻩ ﺷﻲﺀ ﺍﻟﺒﺘﺔ

_"Derhaka kepada orang tua dosanya boleh hapus oleh taubat, tapi derhaka kepada ustadzmu tidak ada satupun yg dapat menghapusnya"._

*Habib Abdullah Al-Haddad* mengatakan;

_"Paling bahayanya bagi seorang murid, adalah berubahnya hati gurunya kepadanya. Seandainya seluruh wali dari timur dan barat ingin memperbaiki keadaan si murid itu, niscaya tidak akan mampu kecuali setelah gurunya ridha kembali"._
*(Adab Suluk Al-Murid : 54)*

Para *ulama ahli hikmah* mengatakan;

_"Barangsiapa yang mengatakan "kenapa?" kepada gurunya, maka dia tidak akan bahagia selamanya"._
*(Al-Fataawa al-Hadiitsiyyah: 56).*

Para *ulama hakikat* mengatakan;

_"70% ilmu itu diperoleh sebab kuatnya hubungan (batin,adab dan baik sangka) antara murid dengan gurunya"._

Moga kita semua termasuk murid yang baik dan mendapat berkah dari guru kita.

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...