Saturday 30 December 2017

KULIAH SUBUH

Muhasabah diri (Kuliah Subuh - 30.12.17)

Penceramah : Ustaz Ghazali Omar

Bismillah

Setiap masa yg berlalu, akan ditanya sebagai nikmat yg kita perolehi.

‏﴿٨﴾ ثُمَّ لَتُسْـَٔلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ ٱلنَّعِيمِ

(8) kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).

(At Takaatsur 102:8)

Kematian disebut dlm quran :

﴾ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

(34) Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya.

(Al A'raf 7:34)

Sampai masa kita akan kembali kpd Allah.

Hadis : di pdg mahsyar nnt, kamu akan duduk tercegat depan pengadilan Allah, dimana kamu tidak akan berganjak sehingga ditanya 5 perkara pokok :

1- umur kamu, kemana kami habiskan?

2- waktu remaja, habiskan dimana?

3- harta kamu, dari mana kamu dpt?

4- kemana kamu belanjakan harta kamu?

5- ilmu, kepada apa yg diamalkan?

Mari kita insafi hakikat ini, agar anak2 kita tidak buat kesilapan yg sama seperti yg kita buat - biarkan remaja2 xdtg ke rumah Allah, xdtg ke majlis ilmu. Mereka biarkan org2 tua sahaja yg dtg masjid.

Ada yg sensitif bila ustaz kata masjid jadi tempat utk bakal2 jenazah.

Jgn biarkan anak2 jauh dari masjid. Kemana masa remaja kita habiskan?

Remaja skrg ramai yg leka dgn gadget, hiburan, tv, wayang, girlfriend, dll.

Kata nabi, org beriman akan dpt pahala atas apa yg dia buat, termasuk menyuapkan makanan kedalam mulut isterinya.

Ada org derma sikit saja kat masjid, dgn harapan dpt masuk syurga. Tp tiap2 hari beli rokok lebih byk nilainya dari derma / infaq. Itu semua akan dihisab.

Dlm soalan ilmu itu akan ditanya 2 soalan:

- akan ditanya kenapa tak tuntut ilmu

- kenapa bila dah belajar, tak diamal ilmu itu

Di selangor, xda alasan xmengaji / belajar, sbb masjid dan surau penuh dgn majlis2 ilmu.

Nabi kata, jadilah seorang yg alim, yg suka belajar ilmu, atau pencinta ilmu dan sayang kpd ulamak. Jgn jd org yg xsuka belajar, xsuka ilmu dan xsuka pd ulamak.

Saidina umar kata, kena hisab diri dulu sebelum dihisab Allah. - yakni muhasabah diri.

Bincang dgn isteri, adakah amalan tahun lepas lebih baik atau tak. Buat kira2.

Malam2, ambik masa sedikit utk muhasabah diri.

MUHASABAH :

M - Memikirkan dosa2. Manusia yg ego bongkak takabbur, hanya memikirkan byk pahala. Org yg xfikir dosa, dia jauh dari taubat. Jgn pandang remeh pd dosa. Dosa kecil yg dikumpul2 menjadi byk.

U - Untuk dunia dan akhirat. Demi masa, semua manusia rugi kecuali org yg beriman dan beramal soleh, dan berpesan dgn kebenaran dan berpesan dgn kesabaran. Org islam kena cari kekayaan dunia, utk untung akhirat, bukan hidup papa kedana. Gunakan apa yg Allah bagi, utk dptkan tempat terbaik di akhirat.

H - Hati. Muhasabah hati, semakin tua semakin tersentuh. Beramallah dgn ikhlas.

A - Amal ibadah.

S - Silaturrahim. Salah satu syarat utk masuk syurga, Allah akan tgk hubungan silaturrahim. Jaga hubungan dgn Allah dan manusia.

A - Akhlak. Makin tua patutnya perangai makin elok, jd contoh kpd anak cucu.

B - Bantu. Bantu agama, saudara, negara, dll. Apa yg kita dah bantu?

A -

H - Hubungan / kawan. org yg baik, kawan dgn org2 soleh, ulamak, pewaris nabi.

Kata nabi - org plg baik ialah org yg semakin tambah umur, semakin baik amalannya. Org yg plg teruk / buruk ialah semakin bertambah umur, semakin buruk amalan.

Wallahu a’lam

Saturday 23 December 2017

RAWATAN PENYAKIT MISTERI

R A W A T A N . U N T U K . P E N Y A K I T . M I S T E R I

Untuk mereka-mereka yang boleh membaca Al-Quran,  telah lama berubat dan masih tidak mendapat kesembuhan disebabkan masalah gangguan mistik, usahakan untuk baca surah-surah ini setiap hari , rotate surah-surah ini untuk tempoh 2@3 bulan, Insyaa Allah kesannya Masyaa Allah....

1) Al Mulk
2) Yassin
3) Ad Dukhan
4) Al An'am
5) Al A'raf

Kandungan penceritaan surah-surah ini banyak memberi ancaman kepada jin.

Bagi yang tidak boleh membaca Al Quran, perbanyakkan zikir ini tanpa hitungan, sering dibacakan saat bersendirian walaupun sambil buat kerja.

"La ilaha illalloh wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa‘ala kulli syai’in qodir”

Aminah Syuhadah
Penyebar Kebaikan. ❤😚

#diariustazah

Sunday 17 December 2017

Ayah tidak lagi BISU

Ayah tidak lagi BISU

Selama ni saya fikir kerja orang lelaki hanya cari nafkah untuk beri anak bini makan dan pakai

Tapi rupanya saya silap..

Dialog yang dirakam dalam Al Quran telah mengubah persepsi saya mengenai tugas seoarang Ayah

14 dialog antara ayah dan anak telah dirakam dalam pelbagai surah dalam al Quran

Antaranya dialog antara Nabi Yusuf dan ayahnya Yaaqub,
Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail ,Nabi Nuh dan anaknya dan juga nasihat Luqman.

Segala puji hanya bagi Allah kerana melalui al Quran kita dapat belajar ilmu parenting yang sangat berharga

Pasti ada sebab mengapa dialog ayah-anak ini dirakam
.
.

POWER sangat ke kata-kata seorang ayah pada anak?

Kajian dari King College London dan Universiti Oxford mengatakan bahawa anak yang mempunyai hubungan akrab dan sentiasa berinteraksi dengan ayah akan kurang risiko untuk mempunyai masalah tingkah laku apabila dewasa.

Al Quran dan kajian terkini sudah membuktikan powernya kata-kata seorang ayah

Tapi bila nak nasihatkan anak mesti tahu SENI BERBICARA

Barulah sampai direct nasihat yang diberikan..ibarat panah dilepaskan terus sampai ke hati anak!

Ini antara TIPS seni bicara ayah-anak yang sangat berkesan dirakam dari al Quran :

1) Ayah perlu 'kam cheng' dulu dengan anak

Rapatnya Nabi Yusuf a.s dengan ayahnya Nabi Yaaqub a.s hingga Nabi Yusuf terus datang pada ayahnya untuk ceritakan mimpinya

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:
"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
                                                                               (Surah Yusuf: 4)

Ini menunjukkan Yusuf ada 'special connection' dengan bapanya Yaaqub

Jarang sebenarnya anak nak bercerita pada ayahnya apa-apa yang dia alami ..biasanya mak tempat anak mengadu segala masalah

Seorang ayah perlu RAPAT dengan anak hingga menjadi tempat pilihan untuk anaknya mengadu masalah dan luahan hati

Luangkan masa Quality time hanya anak dan ayah saja yang terlibat

Walaupun untuk masa yang pendek tapi impaknya pasti luarbiasa

2) Ayah perlu kenal hati budi anaknya

Jawapan Nabi Yaaqub dalam Surah Yusuf juga sangat mengejutkan saya..

Nabi Yaaqub menasihati Yusuf supaya jangan sesekali ceritakan mimpinya kepada abang-abangnya

Kerana Yaaqub sangat KENAL HATI budi anak-anaknya yang mempunyai perasaan hasad kepada Yusuf

Bapanya (Yaaqub) berkata:

" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia."
                                                                            (Surah Yusuf: 5)

Sayangnya berapa ramai ayah zaman sekarang yang masih kenal hati budi anak-anaknya..?

biasanya emak yang lebih kenal anak

Ayah perlu main peranan dan rapat dengan anak hingga kenal siapa anaknya dan apa masalah anak

Barulah nasihat yang diberikan effektif dan berkesan ikut situasi dan masalah anak

3)Tidak akan jatuh EGO/MACHO seorang ayah apabila panggil anak dengan penuh kasih

Lihat bagaimana al Quran merakam dialog para Nabi atau insan pilihan  (Luqman) dalam al Quran..

Mereka memanggil anaknya dengan panggilan penuh kasih seperti "Wahai Anakku" (Ya Bunayya)

Mereka tidak memanggil dengan nama seperti 'wahai Yusuf' atau 'wahai Ismail'..

MasyaAllah..bila  telusuri  nasihat ayah ini hampir saya mengalir air mata kerana dapat saya rasakan perasaan kasih ayah bila menasihati anaknya

Tidak akan jatuh macho seorang ayah apabila panggil anaknya dengan penuh kasih seperti 'sayangku..anakku..anak ayah.."

Panggilan ini mampu melembutkan hati anak bila waktu kita ingin menasihati mereka

4) Nasihati anak dengan emosi yang terkawal

Ini perkara yang sangat penting..tanpa kawalan emosi kita akan mudah meghamburkan kata-kata yang tidak enak didengar

Saya perasan suami saya mempunyai kawalan emosi yang lebih baik apabila tegur kesilapan anak

dan saya percaya orang lelaki lebih hebat kawalan emosi berbanding perempuan

kalau kita lihat pada nasihat Luqman dalam Al Quran menunjukkan Luqman seorang yang sangat terkawal emosinya

Kupasan Ibrah Surah Luqman dari ustaz Syaari menceritakan bahawa
Luqman hidup pada zaman jahiliyah (banyak persamaan dengan zaman Nabi Muhammad saw)

Dia tetap meneruskan nasihat yang baik kepada anaknya tanpa terkesan dengan keadaan masyarakat sekeliling

Luqman tidak menyerahkan 'remote control' emosinya pada orang lain

5) Bukan hasil yang Allah pandang, tapi USAHA kita dalam mendidik

Ini apply untuk kedua mak dan ayah

Jika hari ini kita nasihati anak tetapi mereka tetap tidak berubah, jangan kecewa

Jangan label anak 'tiada harapan' atau 'tak guna'

Lihatlah bagaimana Luqman tetap teguh menasihati anaknya, walaupun ada pendapat yang mengatakan anaknya non-muslim

Lihat bagaimana Nabi Nuh berkali-kali dakwah pada anaknya yang akhirnya anak itu mati dalam keadaan kafir

Si ayah tetap tidak berputus asa kerana beliau sedar Allah tidak pandang pada hasil atau natijah

Tetapi Allah lihat bagaimana USAHA kita konsisten menasihati anak kita dengan hikmah, sabar dan kasih sayang
.
.
Saya doakan setiap yang membaca post panjang ini dikurniakan HIKMAH dalam mendidik anak-anak.

Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah. Bukan kerja dalam sehari saja.

Mohonlah kekuatan dari Allah kerana kita tidak akan mampu untuk amalkan ilmu tanpa petunjuk dariNya.

Silakan 'SHARE' untuk ilmu yang berpanjangan dan 'tag' pasangan dalam usaha mendirikan rumah tangga yang sakinah dan mawaddah

#sitiaminahsulaiman
#kalimahyangbaik
#quranicparenting

Wednesday 13 December 2017

LAGI ISU TENTANG VIVIX

Ramai yang bertanyakan kepada kami tentang produk keluaran Shaklee yang bernama Vivix. Vivix dikatakan kaya dengan Resveratrol yang bagus untuk pelbagai penyakit oleh ramai penjual produk tersebut(bukan semua).

Berdasarkan hasil pencarian kami dengan menggunakan Quest Product Search National Pharmaceutical Regulatory Agency - NPRA (http://npra.moh.gov.my), tiada produk kesihatan yang bernama "Vivix" yang berdaftar dengan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

Seterusnya kami membuat panggilan terus ke NPRA bagi mengetahui status sebenar Vivix.

NPRA menjelaskan bahawa setiap produk yang mengandungi Resveratrol wajib berdaftar dengan KKM sebagai produk kesihatan kerana Resveratrol merupakan bahan yang terkandung di dalam senarai "Negative List For Food". Apa jua produk yang mengandungi bahan daripada senarai "Negative List For Food" ini secara automatik bukanlah "makanan" di bawah pemantauan @Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM, sebuah lagi badan/agensi bawah KKM) tetapi produk kesihatan yang perlu berdaftar dengan KKM.

Jadi bagaimana pula dengan Vivix? NPRA menjelaskan Shaklee telah memohon pengkelasan terhadap produk mereka Vivix dan hasilnya adalah Vivix telah dikelaskan sebagai makanan kerana tidak mengandungi Resveratrol. Ya! Vivix di Malaysia tidak mengandungi Resveratrol seperti yang dihebohkan oleh ramai penjual produk tersebut.

Sebelum itu kami juga ada mendapatkan maklumat daripada penjual Vivix, kata mereka Vivix yang dibekalkan untuk pasaran Malaysia adalah sama dengan Vivix yang dijual di pasaran Amerika Utara (US & Kanada). Bagi mereka Vivix mengandungi Resveratrol seperti yang diumumkan oleh Shaklee di Amerika Utara.

Kami maklumkan juga perkara ini kepada NPRA namun begitu, NPRA hanya boleh memproses maklumat yang dibekalkan oleh Shaklee Malaysia sahaja, bukan daripada penjual. Jika ada sebarang penipuan daripada pihak Shaklee Malaysia atau penjual produk sendiri, aduan perlu dibuat kepada pihak BKKM kerana Vivix telah dikelaskan sebagai makanan dan pihak BKKM berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mereka.

Saranan kami pula aduan juga boleh dilakukan terhadap penjual dan Shaklee Malaysia kepada KPDNKK. Kami melihat ada cubaan untuk menipu pengguna sama ada daripada pihak penjual atau pihak Shaklee Malaysia sendiri atau kedua-dua ya sekali.

Nasihat kami kepada orang ramai pastikan apa jua produk kesihatan yang ingin digunakan berdaftar dengan KKM. Hanya produk kesihatan yang berdaftar dengan KKM dijamin selamat, berkesan dan bekualiti.

Penggunaan produk tidak berdaftar dengan KKM dikhuatiri hanya suatu penipuan dan malah lebih merbahaya jika dicampur dengan bahan terlarang.

Bagi produk yang mengelirukan, boleh hubungi mana-mana pihak berautoriti berkenaan bagi bertanyakan soalan dan dapatkan maklumat serta informasi yang tepat.

Jadilah pengguna bijak.

👆PQ Community (page)

::::::::: JAWAPAN DARIPADA SHAKLEE ::::::::::

Vivix is sold as a botanical beverage mix containing 4 plant extracts (Muscadine Grape Extract, European Elderberry Extract, Japanese Knotweed Extract and Purple Carrot Extract).

There are naturally occurring polyphenols in the plants but the amounts may vary between harvests. However, we do not extract any specific active compound from the plants. As such, the product is classified as food and fall under control of Malaysia Food Safety and Quality Department (FSQD).

The Vivix label has also been screened and approved by FSQD and classified as FOOD. 


::::::::::::::::::::::

Saya personally pernah tanya Nutritionist Shaklee pasal ni, kenapa vivix tidak dikelaskan sebagai suplemen instead of makanan?

Beliau jawab, ia adalah kerana kandungan resveratrol dalam vivix tidak capai % yang diperuntukkan untuk ia dikelaskan sebagai suplemen. 


So, korang yang masih ragu-ragu, keliru dan cuak dengan vivix atau mana-mana vitamin Shaklee, follow saya hadiri mana-mana kelas nutrisi Shaklee agar kita lebih faham tentang keperluan vitamin dalam badan kita. 


Untuk daftar keahlian Shaklee, sila hubungi saya, AdahFitri di talian 012-3618431 atau 017-3129349. 


Follpw IG @adahfitri atau @aminahsyuhadah untuk ketahui lebih banyak vitamin untuk kesihatan tubuh anda. 

Tuesday 12 December 2017

4 vitamin ni memang harus amalkan untuk dapatkan tahap kesihatan yang optimum.

4 vitamin ni memang harus amalkan untuk dapatkan tahap kesihatan yang optimum.

Dah steady dengan 4 ni, barulah nak add-on dengan vitamin2 lain pulak.. 

Jom, mulakan gaya hidup sihat dan aktif dengan suplimen! ;-)

::::::

1. SUSTAINED RELEASE VITA-C Plus

Direka dengan teknologi sains 'pembebasan berterusan secara semula jadi'.

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria dan radikal bebas.

◎ merangsang pembentukan kolagen. Menghalang otot menjadi lembik dan berkedut.

◎ memperbaiki simtom pendarahan. Kekurangan Vitamin C boleh mengakibatkan gusi berdarah, lebam pada kulit, kecedaraan lambat pulih, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

◎ meningkatkan kekebalan tubuh.

◎ anti-oksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi, bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

◎ mencantikkan kulit. Kulit lebih cerah, menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

◎ memperbaiki insomnia, melegakan stres dan keresahan.

◎ mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghidari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebrak dan skurvi.

#antioksida
#antistress
#kecantikan

::::::

2. B COMPLEX

~ b complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting Vitamin B, 100% biotin dan asid folik. Asid folik dalam B Complex Shaklee adalah asid folik semula jadi pertama di dunia dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

◎ bantu menukarkan makanan kepada tenaga. Bantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga. So, dapat kurangkan masalah keletihan dan kelesuan.

◎ melawan tekanan. Meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

◎ asid folik dalam b complex juga membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi (disyorkan kepada ibu hamil). Bantu pembinaan DNA dan sel-sel baharu. Mengurangkan risiko kecacatan otak dan tulang belakang.

◎ baiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan kekalkan kesihatan rambut.

◎ baik untuk mata yang letih, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan.

◎ mencegah anemia. Bantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi.

◎ meredakan senggugut.

◎ mencegah rekahan mulut, jangkitan lidah dan nafas berbau.

#Bcomplex

::::

3. MULTIVITAMINS

VITA-LEA IRON-FORMULA

~multivitamin dan mineral pertama yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan tumbuhan., 12 vitamin dan 7 mineral penting.

◎ penambahan tenaga segera. Membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran dan kerja harian.

◎ pelengkap nutrisi. Amat disyorkan kerana kita sering mengamalkan diet pemakanan yang tidak seimbang.

◎ penting untuk meningkatkan keupayaan sistem produktif @ tumbesaran.

◎ sangat membantu meningkatkan metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

◎ menyediakan asas nutrisi, memastikan sel terus hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon. Serta menjaga kesihatan tiroid.

◎ melindungibfungsi buah pinggang , jantung dan hati.

#vegetarians
#anemia

:::::

4. PROTEIN

ENERGIZING SOY PROTEIN

~ diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

◎ protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. So, ia juga merangsang fungsi psikologi.

◎ kekurangan protein akan mengakibatkan :-

※ kelemahan dalam sistem imun tubuh untuk melawan penyakit
※masalah lebihan air dalam badan
※ kehilangan kepejalan otot
※ perubahan warna rambut
※ membantutkan pertumbuhan
※ masalah penghadaman
※ masalah penghasilan darah dan hormon

Dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ. Seterusnya? Membawa kepada KEMATIAN.

SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS Direka dengan teknologi sains pembebasan berterusan secara semula jadi.

Direka dengan teknologi sains 'pembebasan berterusan secara semula jadi'.

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria dan radikal bebas.

◎ merangsang pembentukan kolagen. Menghalang otot menjadi lembik dan berkedut.

◎ memperbaiki simtom pendarahan. Kekurangan Vitamin C boleh mengakibatkan gusi berdarah, lebam pada kulit, kecedaraan lambat pulih, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

◎ meningkatkan kekebalan tubuh.

◎ anti-oksida yang berkuasa meningkatkan interferon semulajadi, bantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.

◎ mencantikkan kulit. Kulit lebih cerah, menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

◎ memperbaiki insomnia, melegakan stres dan keresahan.

◎ mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghidari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebrak dan skurvi.

#antioksida
#antistress
#kecantikan

LASIK MATA

[LASIK MATA]

Orang rabun atau ada masalah mata, pasti pernah dengar dan baca tentang pembedahan lasik kan? Good!!! ;-)

Pertama kali aku dengar, aku teruja! Nak kumpul duit untuk buat lasik! Tapi??? Sejak aku mula membaca tentang pembedahan mata ini, aku mula kecut! Well... you know me...hahhaha.  

Sejak itu, aku mula berusaha untuk amalkan pemakanan yang memberi khasiat kepada mata bagi mengurangkan masalah rabun aku ni. Sehinggalah aku terbaca info tentang satu suplimen yabg dicipta untuk penjagaan kesihataan mata.

It is CAROTOMAX!!!

First time aku baca nama dia, dalam kepala aku, ooo... maksimum carrot kot bahan dia...hihihi... logik dak? Sebab dari kecik aku diberitahu nak lobak merah tu bagus untuk mata :-) kan? Hahahha...

Kawan aku kata, lasik tu boleh jamin hingga 20 tahun!!! Wow!!!  Hmm....

Harga CAROTOMAX sebotol 30 biji RM74 (tak termasuk 6% GST)... Lasik paaaaaliiiing murah aku baca Rm2888 di Damansara sana..

So masalahnya sekarang, berapa botol #vitaminmata ni aku perlu makan supaya rabun aku berkurang? Dan berapa ringgitkah yang perlu aku labur untuk penjagaan kesihatan mata aku ni?

Aku target 12 bulan untuk rabun aku makin berkurang. So kena amalkan 12 botol carotomax la kan ;-)

RM74 x 12 botol = RM888
RM888 x 6%gst = RM941.28.

Emmm...masih murah berbanding buat lasik kan? Dan aku fikir, amalan pemakanan untuk kesihatan mata ni perlulah berterusan kan? Sebab, mata pun mengalami proses penuaan! Kalau buat lasik, aku tak pasti sama ada kena buat rawatan susulan atau tidak..dan tak pasti kemungkinan-kemungkinan selepas itu. Itu yang paling aku takutkan!!!

Sunday 10 December 2017

Basic Solat Berjemaah yang sebenarnya ramai masih tak tahu.

Basic Solat Berjemaah yang sebenarnya ramai masih tak tahu.

1. Kalau Imam bangun (terlebih rakaat), jangan ikut. Sapa ikut batal solat. Bilangan rakaat solat dah tetap tak boleh tambah dengan sengaja melainkan terlupa.

2. Kalau Imam lupa tahiyat awal dan terus berdiri, kena ikut. Jangan pandai2 suruh Imam duduk semula. Kalau imam duduk, batal solat dia (Mazhab Syafie).

Nak cerita sikit pengalaman sebenar:

1. Ada solat kat satu masjid baru-baru ini, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Beliau terus berdiri tegak. Kemudian punyalah ramai jemaah belakangnya tegur 'Subhanallah' (sambil duduk tahiyat awal). Aku yang dah berdiri ni harap sangat janganlah Imam pergi duduk semula. Tiba-tiba Imam turun pergi duduk balik. Terpaksa Mufarraqah (berpisah dari imam).

2. Pernah berhenti solat kat satu surau waktu Zohor, dah rakaat ketiga. Tiba-tiba Imam terbatal ketika duduk antara dua sujud (kentut yang berbunyi). Semua jemaah bubar dan batalkan solat tersebut. Sepatutnya, orang belakang imam tu ambil alih jadi imam dengan kuatkan suara. Boleh langkah ke depan selangkah bila berdiri.

3. Ketika Solat Asar kat masjid kampung sendiri tahun lepas. Imam terus berdiri selepas rakaat ke 4. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu dah masuk rakaat ke 5. Imam tu sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut dengan tahu/sedar, semua batal solat. Takde solat Asar 5 rakaat. Kita ada 2 pilihan, Mufaraqah (berpisah dari imam dan terus bagi salam) atau tunggu Imam kat Tahiyat akhir dan bagi salam bersama-sama.

Sebab tu dalam hadis ada sebut, orang yang belakang Imam tu kena yang paling baik ilmu agamanya. Supaya tahu nak buat apa untuk gantikan Imam bila diperlukan.

Ini adalah ilmu yang kita semua kena belajar lebih dari ilmu lain. Belajar solat ni tak sampai setengah hari pun. Tapi ilmu tu kekal sampai kita mati.

# copy & paste.

Wallahu a'lam...

DOA UNTUK YANG SOKMO MONDAY BLUES

==========🔹🌟🔹==========
*☀☀ISNIN, 11 DISEMBER 2017*
_*💫 22 RABIUL AWAL1439H*_
==========🔹🌟🔹==========

_Assalamualaikum_
_Selamat pagi semua._
_Anda yang berfikiran positif_
_*SYABAS!! TERBAIK...👍🏻👍🏻👍🏻*._

Apa khabar Tuan/Puan?
_Monday Blues???_😅😅
Come on!! Bangkit.
Betulkan nawaitu..niat masing-masing. Mulakan langkah kanan.
............................................................
*Do'a Ini Pendek Tapi Sangat POWER!!!*

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً
*Allahumma Inni As Aluka Al-'Afiyah*.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kepada Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah (ﷺ) ajarkanlah aku do'a," katanya.
Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

*Allahumma Inni As Aluka Al-'Afiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah).
.....................
" *Afiyah* bermaksud :
*Untuk* menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yang menimpa".

👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam *'Aafiyah*.
👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam *'Afiyah*.
👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam *'Afiyah*.
👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam *'Afiyah*.
👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam *'Afiyah*.

Jadi, pada asasnya *'Afiyah* itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk untuk di Dunia dan di Akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata:-

"Ya Rasulullah (ﷺ), do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudaraku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk *'Afiyah*, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada *'Afiyah*. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang Benar adalah setiap yang bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.

"Ya Allah, aku memohon kepadaMU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah *ENGKAU* menguji aku dan lain-lain yang berat."

Semua ini termasuk di dalam *Allahumma Inni As Aluka Al-'Afiyah*
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi).

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : " *Sampaikanlah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat.*"

*SEMOGA ANDA SEMUA DALAM KEADAAN 'AFIYAH*
....................

Artikel ini saya kongsikan agar kita sama-sama memulakan hari dan melaluinya dengan penuh semangat dan keceriaan. Kerana itu adalah satu cara kita mensyukuri nikmat nafas yang dikurniakan oleh Allah SWT.

So, no more monday blues, inshaa Allah selepas mengamalkan doa ini.

Saturday 9 December 2017

JOM MANTAPKAN IMEJ ~ 2

Sambungan Jom Mantapkan Imej 1..... 

Rasanya yang masalah banyak kepada kita ialah macam mana nak pilih baju ikut potongan badan..kan?

Kalau body cutting hour glass, takde masalah nak pilih baju.
Kalau cutting inverted triangle atau bahagian atas lebih besar daripada pinggul, elakkan baju yang ada banyak aksesori di bahagian atas. 

Contohnya kita pakai blouse ke..baju kurung ke..kan ada yang bercorak-corak. So pilih baju yang tak bercorak sangat di bahagian atas. Lebihkan corak atau fesyen di bahagian bawah, supaya mata audience kita lebih tertumpu ke bawah. Untuk body cutting mcm ni juga, elakkan juga pakai tudung yang berbunga besar. 

Bahu dah besar, jangan banyak perincian di bahu...tudung pun pilihlah yang bercorak kecil.
Bagi yang cutting apple, pear,  pemilihan pakaian adalah sebaliknya pula. Elakalkan memilih baju yang beropol atau sarat dengan corak dan perhiasan di bahagian pinggul dan kaki. Kita tumpukan kat bahu pulak...atau pada bahagian bwah kain..kat kaki tu. 

Letsay nak pakai seluar, pilih yang cutting kaki besar, peha ngam-ngam...lepas tu pilih la baju labuh sikit, tapi ada patern seerti potongan baju serong ke..material kain pulak, better pilih yang flowwy.... 

Tips utk Acara/ Meeting Formal :

1. Pilih pakaian berwarna gelap.
2. Pilih kasut bertutup
3. Handbag yang sama saiz dengan pinggul. Bukan lebih kecil atau lebih besar.
4. Aksesori untuk lelaki tak lebih dari 3, untuk perempuan tak lebih dari 5.
Aksesori termasuk jam, gelang, cincin, keronsang. Tak boleh lebih dari 5 ye.
5. Mekap yang tak keterlaluan. Pilih warna nude.
6. Kalau pakai baju kurung, tudung kosong tanpa corak.
7. Kalau pakai baju plain, tudung boleh bercorak tapi tak keterlaluan.
untuk acara formal pulak..
Elakkan baju yang terlalu fancy & bercorak.Tetapi kalau baju kurung ok je...cuma pakai la baju yang warnanya gelap sedikit..

Camne saiz handbag tu nak ukur sama saiz pinggul?
  
Macam ni, 
amik beg, letak kat bahagian pinggang dan pinggul kita...lepas tu ukur sama ada beg tu sama besar atau tidak dengan pinggul anda. 

Dan material beg tu seeloknya yang keras dan terletak. Elakkan menggunakan beg daripada material lembik seperti kain atau kulit yang nampak 'lonyai'. Hiihihi..

Apabila pakai seluar besar, pakai bju yang just nice ukuran dia pada badan kita. Dan yang penting, pilih pakaian yang fit dengan size kita...fit tu bukan ketat ye..tapi 'just nice'. 

:::::::::::::::::: 

DOWNTONE SKIN COLOUR

Kita nie rupanya ada downtone skin color. Errr.. apa tu???

Downtone nie ada 2...warm & cold. Sebab tu ada orang pakai certain color, kulit jadi gelap dan kusam. Ada certain warna pulak, nampak berseri je.

CARA UKUR DOWNTONE COLOR:

1. Perunding imej, biasanya akan guna kain warna gold & silver, oren & pink, untuk mengukur kesesuaian warna pakaian dengan kulit seseorang. 

Sebenanya, nak measure nie muka kena plain tanpa make up.

Cuba korang letak kain warna gold atau silver, di bahagian bawah dagu. Kalau kain warna gold @ oren tu menampakkan korang cantik, kurus, parut jerawat tak ada, maksudnya korang warm downtone.
 
Tapi kalau letak kain warna silver @ pink, korang nampak lagi cantik, kurus, parut tak nampak jelas, korang adalah cold downtone.
 
2. Berdasarkan urat pada pergelangan tangan. 

kalau urat hijau, warm downtone...
kalau urat biru, cold downtone
 
downtone juga penting untuk pemilihan make up foundation. Warm downtone, foudation base adalah oren.. Cold downtone pula, foundation base  adalah pink.
 
Untuk padanan warna baju, boleh rujuk kepada aplikasi 'Color Wheel'. Downlload je di AppStore.

okey, selesai perkongsian simple hari ini. Jom mulakan hari anda dengan ceria dan gembira!!

#diariustazah

Monday 4 December 2017

BACA NOVEL BERIBU KALI, TAPI BACA INI ....

Baca ini sambil nangis ya Allah... Lailahaillallah😭😭😭

Kiamat menurut Agama Islam ditandai dengan beberapa petanda. Kita boleh baca novel sampai beribu2 kali tapi baca ini hanya perlu 5 menit

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang se-benar2nya

- Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan

- Pemusnahan/runtuhnya Kabah

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.

Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu"

Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu: Artinya hanya memikirkan duniawi drpd akhirat.

Kerugian meninggalkn sholat :
Subuh: Cahaya wajah akan pudar.
Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang.
Ashar: Kesehatan mulai terganggu.
Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.
Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.

Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah (sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan berSILATURAHIM ..

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca .. AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyempitmu hingga hancur bilamana tidak Sholat, bebaskan sempitan itu dengan SHOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu memahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan seharI-hari, ia stroke.
Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
Sudahlaaaaaah tak usah disebarkan, tak penting, buang waktu saja, tak mungkin akan dibaca

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya... Yang men-share ini...

Sunday 3 December 2017

MAKANAN UNTUK RASA LEBIH MUDA

[RASA LEBIH MUDA]

Apakah makanan yang perlu kita ambil untuk rasa lebih muda?

~ K.O.L.A.G.E.N ~

Ia bukan sekadar rasa lebih muda dan kelihatan muda, malah ia juga memberikan manfaat kesihatan yang lain kepada organ tubuh kita.

#kolagenuntuktulang

Kolagen perlu dan penting untuk tulang. Sama penting sepertimana tulang perlukan kalsium.
Kolagen bantu kuatkan tulang dan kurangkan risiko menjadi rapuh!

#kolagenuntuksendi

Kolagen bantu kurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi. Memang awesome sangatlah bagi orang yang selalu sakit lutut dan sakit sendi! ;-)

#kolagenuntukmata

Tahu dak kornea mata perlukan kolagen?? Aku baru je tahu ni! Hahahha.... kolagen diperlukan untuk kekalkan keanjalan otot mata ;-)

#kolagenuntukotak

Haaaaa... yang ni pun aku baru tahu! Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini DISOKONG oleh kolagen! So, kolagen pon penting untuk otak agar minda sentiasa berkeadaan baik seiring dengan peningkatan usia kita. Maksudnye, kolagen bantu otak kita kurangkan risiko jadi pelupa dan nyanyuk!! :-)

::::::

Dapatkah kolagen anda hari ini daripada Pengedar Sah Shaklee terdekat atau boleh terus hubungi AdahFitri 012-3618431.

PERCUTIAN TEAM AAF ~ TASIK CHINI

Assalamualaikum wbt. Selamat kembali membaca diari ustazah.

Hari ini, ustazah nak bercerita tentang sebuah tempat yang penuh misteri dan ternukil dalam peta dunia serta catatan Geografi. Ustazah teruja sangat dengan tempat ini sebab pertama kali ustazah begitu menghargai tempat ini adalah ketika ustazah belajar subjek Geografi semasa di tingkatan 3.

Tempatnya ialah TASIK CHINI.

Pada asalnya tempat ini merupakan sebuah penempatan masyarakat orang asli dari suku temiang. Tasik semulajadi kedua terbesar di Asia Tenggara ini merupakan sebuah tasik misteri yang kononnya dikaitkan dengan seekor NAGA. Kisah ini turut diadaptasi dalam filem arahan Tan Sri P.Ramlee yang berjudul NAGA TASIK CHINI.

Walaupun ustazah dibesarkan di Felda Chini, namun sejarah Tasik Chini tak berapa jelas pada kotak ingatan ustazah. Mungkin terlalu banyak rumors berkaitan tasik misteri ini, menjadikan ustazah tak berapa peduli tentang kewujudannya. Tapi, apabila sesekali pulang ke sini, ustazah tak pernah lupa untuk berkunjung ke sini, melihat beberapa fasa pembangunan tasik ini.

======

TARIKAN PELANCONGAN

#TheMysticalLake ini menjadi tarikan pelancongan kerana struktur geograginya yang dikelilingi hutan dara yang menyimpan 1001 khazanah alam yang belum diterokai. Jika anda datang ke sini, jangan lupa bermalam di chalet-chalet yang disediakan di sini, ok 😊

1. Eksplorasi Tasik Chini

Dah alang-alang tiba di sini, peruntukkanlah sejumlah wang dan masa anda menelusuri tasik dengan menaiki bot.

Bayaran bot mengikut destinasi :

🚤 boleh rujuk pada gambar kat bawah tu ye .

Sepanjang naik bot tadi, anak-anak memang becoklah bertanya itu-ini. Heheheh....

Haa lagi satu, kalau korang ambil pakej bot yang paling jauh tu, maksudnya yanh paling mahallah, korang akan dibawa hingga ke Empangan Sungai Chini. Whooaaaaa bestnya!!!! Ada tempat memancing yang superb bagi anda si kaki pancing!

2. Ziarah Orang Asli

Kami dibawa menyinggah ke sebuah perkampungan orang asli iaitu Kampung Chendahan. Kampung ini merupakan salah sebuah kampung di bawah seliaan program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN). Hebat, kan!!!

Sememangnya penduduk di sini diberi kemudahan Klinik Desa dan beberapa kemudahan kesihatan lain. 

Lagi satu, mereka juga ada menjual hasil tangan seperti lastik, sumpit dan akar kayu untuk manfaat kesihatan. Ustazah usha-usha jugak kot ada akar-akar kayu untuk digunakan dalam tempoh berpantang selepas bersalin nanti. Malangnya, kata pakcik asli tu, takde. Benda-benda tu kena tempah. Nak kena cari akar-akar kayu yang betul-betul bagus untuk kesihatan orang berpantanh. Tambahan, prosesnya panjang sebab nak kena jemur bagi betul-betul kering sebelum dijual. Jika mahu, saya kena tempah dulu. Huhuhu..

3. Lotus Paradise

Sebelum kami dihantar pulang ke jeti, kami singgah di satu kawasan yang dipenuhi dengan pokok teratai yang sedang berkembang. Malangnya, hanya ada beberapa kuntum sahaja yang sedang mekar. Tapi usazah dapatlah petik sekuntum buat kenangan. Hihihi...

Cantik tau tempat ni! Rasa macam diriku seperti Puteri Bunian pulak ketika berada di sini. Hahahahah...

========

PENGINAPAN

Terdapat beberapa jenis bilik penginapan yang disediakan di sini mengikut kadar bayaran tertentu. Emmm... kadar harganya taklah terlalu mahal. Sesuailah dengan status chalet pelancongan tu.

Ada bilik VIP berharga RM300 semalaman. Besar dan luas.

Ada bilik bersaiz sederhana berharga RM130 ~ RM140 semalaman. 

So affordable la kan?

::::

Okeylah, rasanya korang better datang sendiri dan eksplor sendiri suasana di sini. Ustazah takleh nak cakap lebih-lebih sebab ustazah memang pencinta alam semulajadi . Bagi ustazah, apa sahaja yang berkaitan dengan alam, selagi mana ia belum dicemari, ia adalah tempat terbaik yang perlu dijejaki dan dicintai.

Saturday 2 December 2017

MY SWEET SOUR LIFE

Tahun ke-8 sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

😚😎😣😏😇

Macam-macam emosi ada. Tapi tak mengapa, semua itulah yang menjadi warna-warni dalam diari kehidupan seorang Ustazah Syuhadah.

2 tahun pertama bertugas, bertugas di 'Kampung' tak ada apa yang aku laburkan dalam dunia perkhidmatan ini. Melainkan tugas hakikiku sendiri, mendidik anak2 comel Tahun 1 Anggerik mengenal tulis dan baca abjad hijaiyyah. Alhamdulillah.

3 tahun berikutnya, beralih sekolah ke 'Bukit' , maka berubah jualah anginku. Alhamdulillaj, dunia pengakapku kembali menghiasi diari ustazah dengan bimbangan sahabat2 otai. 😎😚 kenangan terindah kami cipta di 'Bukit' ini.

3 tahun terkini..... menyusuri 'Sungai' berbekalkan ilmu dan pengalaman di dada, kuharungi arus deras 'sungai' ini dengan kental demi anak2 watan. Harapanku cuma mereka menjadi insan yang selayaknya di masa depan.

Esok ? Tak kutahu aku di mana pula nanti. Namun, jiwa ini sebati dengan dunia perkhidmatan mulia ini ... 

Nukilan
DIARI USTAZAH

#diariustazah
#mysweetsourjourney

SANTUARI GAJAH KUALA GANDAH

Alhamdulillah... percutian hujung tahun #teamAAF 2017 kali ini kami pergi 1 tempat je iaitu Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang.

Dah alang-alang perjalanan sehala balik kampung, singgah jugaklah melepaskan hajat ibu nak tengok gajah. Heheheh...

Masuk adalah PERCUMA, Santuari ni ada dua bahagian iaitu bahagian GAJAH DEWASA dan ANAK GAJAH.

Bahagian GAJAH DEWASA menempatkan mak bapak gajah lah. Kami sepatutnya datang ke sini awal sikit sebelum jam.10.00 pagi. Sebab pada masa inilah gajah-gajah dewasa 'berarak' menuju ke anak sungai berhampiran untuk bersiram. Hahahhaah mesti seronok tu kalau dapat tengok. Sebab kami memang tak pernah lagi tunggang gajah apatah lagi bersiram dengan the big Jumbo.

Bahagian ANAK GAJAH pula disajikan 5 ekor anak gajah (besar giler anak-anak gajah ni) yang diletakkan di dalam kandang. Comel betul apabila diorang ni (the little JUMBO) ni duk julur-julurkan belalainya nak mintak makanan hahahahaha.... kecik begitu pun, panjang jugak belalai dorang. Hihihi...

Para pengunjung boleh beli seikat tebu dengan harga RM3.00 seikat untuk bagi kat anak-anak gajah ni.

Hmmm... best suasana kat santuari ni.  Tenang je...memang betul-betul sesuai dengan kehidupan si gajah. Banyak rumah orang asli di sekitarnya. Terdapat jugak chalet penginapan bersebelahan dengan santuari ini. So orang bandar yang teringin nak rasa kehidupan luar kota yang betul-betul original, please come here and you can feel the awesome! Gitewwww...heheheh...

Oh ya! Sebelum sampai ke Santuari Gajah ink, ada satu lagi tempat menarik untul tatapam anak-anak kita:

DEERLAND.

Harga tiket masuk RM7 seorang. Tapi kami tak pasti ini bayaran untuk dewasa sahaja atau untuk kanak-kanak pun. Sebab kami ke sini pada hari Jumaat. Tempat ini memang TUTUP setiap Jumaat. Huhuhu...

DOA MUDAH SELEPAS SOLAT

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*Salam Pagi Sabtu*
*13 Rabiul Awal  1439*
*2 Disember 2017.*                                 

*بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم*ِ
ٍ
*اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن*
                               
*Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim*

*Berilah kami rahmat Mu, letakkan kami dalam perlindungan Mu dan hindarlah kami dari azab api neraka*.

*Ya Allah Engkau muliakanlah kami dan ampunlah segala salah dan silap kami.*
*perkukuhkanlah iman kami dan  terimalah segala amal kami yang tidak seberapa ini.*

*Ya Allah Ya Fatahu Ya Alim*

*Sesungguhnya tiada daya upaya kami melainkan atas ketentuanMu.*
*masukkan kami dalam golongan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat, bukannya orang-orang yang dimurkai dan bukan orang-orang sesat.*

*Ya Allah Ya Tuhan kami,*
*Berilah kami taufik dan hidayahMu supaya kami dapat memperbaiki diri kami.*
*tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal*.

*Ya Allah sebagaimana Engkau telah cantikan rupa kami, maka cantikkanlah juga akhlak dan iman kami.*
*Kami memohon pada Mu Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله*.
*haramkan wajah ibu dan bapa kami dari disambar oleh api neraka dan kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab.* ََ

*Ya Allah Ya Ghaffar*
*Ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.*

*Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad  SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya*.
*Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .*    
                                                
*رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ*
*رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*
*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ*
*وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن*َ.
*آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن*

Friday 1 December 2017

DOA UNTUK LANGSAIKAN HUTANG

Doa yg Rasulullah ajar yg mana apabila membacanya maka Allah akan menghilangkan kebimbangan dan melangsaikan hutang.

Rasulullah saw bersabda
“ bacalah doa ini setiap pagi dan petang”

“Ya Allah, aku berlindung dgnMu drpd kebimbangan dan kesedihan,
Aku berlindung dgnMu drpd berasa lemah dan sifat malas,
Aku berlindung kpdMu dpd sifat takot dan kedekut
Aku berlindung dgnMu drpd bebanan hutang dan tekanan org ramai”

Aminn aminn

Saiyyidan Abu Umamah berkata
“saya telah membaca doa ini setiap pagi dan petang, lalu Allah menghilangkan kebimbangan dan melangsaikan hutang saya “

(HR : Abu Daud)

Saturday 25 November 2017

COCO ~ REVIEW | ANTARA CINTA DAN CITA-CITA

C.O.C.O ~ REVIEW

Usai taklimat Tahun 1 di sekolah pagi tadi, terus masuk SCM. 😂 Plan asal nak tuju KL, tapi tak jadi sebab teringat janji kat budak 3 orang ni nak layan COCO.
.
.
.
Cerita ni berkisar tentang keluarga dan impian.

Adakala, kita perlu ketepikan impian untuk bahagiakan keluarga, namun adakala terpaksa kita bertindak melulu semata2 nak kejat impian itu hingga sanggup mengkhianati keluarga. Huhuhu....

Coco ni bukanlah watak utama kisah ini, tapi Coco adalah nenek kepada Miguel, seorang remaja yang bercita2 dan berbakat besar dalam bidang muzik. Namun, impian itu dihalang keras oleh keluarganya, lantaran moyangnya (bapa Coco) pernah meninggalkan keluarga mereka demi mengejar impian menjadi seorang ahli muzik.

Apa yang berlaku????

Cerita ni sebenanrnya, si Miguel ni convert ke alam lain iaitu alam selepas kematian. Gara2 Miguel cuba mencuri gitar legend moyang dia ni.

Actually, cerita ni kisah dari Mexico, dorangkan ada hari2 tertentu untuk puja roh moyang pulang ke rumah.

So bermulalah pengembaraan Miguel mencari moyangnya yang dulunya merupakan seorang penyanyi Mexico terkenal, untuk mendapatkan restunya, bagi membolehkan Miguel kembali semula ke dunia nyata sebelum menjelang Fajar.

Nampak lucu sebab seorang manusia boleh pulak menyamar menjadi orang yang dah mati  😂😂

Hmmm... ending cerita ini, nampak klise tapi menyentuh sanubari sebab, impian kita tak semestinya penting dan perlu dicapai. Ini kerana, keluarga adalah impian tanpa syarat yang perlu kita pelihara dan kejarkan......

Better korang tengok sendirilah cerita ni.... aku nak simpan je dalam memori sendiri untuk tatapan sendiri.. hahahahaha.....

Sekian,
DIARI USTAZAH.

#diariustazaha
#selfremind

Tuesday 21 November 2017

PENGALAMAN MENJADI MAHASITUA....

THE B.R.A.I.N BOOSTER
...........

Pengalaman  menjadi mahasitua  😂 amat mencabar.

Mana taknya, dalam usia kategori dah beranak-pinak ni, apabila di'paksa'  untuk stay up study hingga jauh  malam demi menyiapkan tugasan  yang melibatkan  konsep statistik, perghhhh!!

Memang boleh hentak kepala  ke  dinding ! 😣

Maka, suplemen SANGAT diperlukan ketika ini.

Para pensyarah awal-awal lagi dah pesan pada hari pendaftaran kemasuukan Sem 1 dulu, kabonya gini : sebagai seorang mahasiswa yang dah  lebih umur, please take supplements and have a good rest, so you will be graduate on time!

Maksudnya,  kita kena pastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada pada tahap tip top agar kita dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perjalanan ijazah sarjana kita tu. 

So demi menyahut seruan itu, maka episod 'makan vitamin' aku pun bertambah  😁. 

Aku mula konsisten dengan suplemen minyak ikan dan lesitin untuk maksimakan fungsi otak aku ni. Aku amik B Complex sebab dalam tu semua lengkap dah 8 vitamin B yang badan kita perlukan. Lagi 1, vitamin B sangat bantu aku untuk kawal stres. Bahaya stress stress ni. Hihihi.... tak pasal kang anak2 aku lempar dengan buku. 😣😣😣

Pastu, walaupun dah bukan lagi mahasitua, aku tetap teruskan 3 vitamin ini, sebab sebagai seorang pendidik, otak aku kena bergerak lebih advance daripada anak2 murid.

Dan yang paling penting, fungsi 'grey matter' aku terus berjalan agar aku sentiasa happy. 😎 

Sekian,
DIARI USTAZAH.

#diariustazah
#brainbooster
#antistresssupplement

Friday 17 November 2017

ALLAJ SWT MENJAWAB...

Allah SWT menjawab setiap keluhan yang lahir dari bibir kita.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Manusia seringkali mengeluh dengan apa yang berlaku tanpa mengambil kira hikmah atau pengajaran disebalik apa yang terjadi. Allah telah ada jawapan pada setiap apa yang berlaku...

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
Allah menjawab:

وَّجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

"Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?"
(An-Naba': 9)

Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
Allah menjawab:

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
(Al-Baqarah: 286)

Ketika kita mengeluh:
“Serabutnyaa..."
Allah menjawab:

اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ   ؕ  اَ لَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ
 
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Ar-Ra'd: 28)

Ketika kita mengeluh:
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
Allah menjawab:

فَمَنْ يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَّرَهٗ

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
(Az-Zalzalah: 7)

Ketika kita mengeluh:
“Tak ada sorang pun yang nak tolong aku..."
Allah menjawab:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِيْۤ اَسْتَجِبْ لَـكُمْ

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
(Ghafir: 60)

Ketika kita mengeluh:
“Aku sedih sangat...”
Allah menjawab:

لَا تَحْزَنْ اِنَّ اللّٰهَ مَعَنَا

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita".
(At-Taubah: 40)

Ar-Rahmannya meliputi segalanya. Ar-Rahim hanya kekasihnya...

اَحَسِبَ النَّاسُ اَنْ يُّتْرَكُوْۤا اَنْ يَّقُوْلُوْۤا اٰمَنَّا وَهُمْ لَا  يُفْتَـنُوْنَ

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Al-'Ankabut: 2)

Allah SWT berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ؕ  وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً  ؕ  وَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Al-Anbiya: 35)

Segala yang BAIK (Kekayaan, kemewahan, jawatan dan sebagainya) dan segala yang BURUK  (Iblis, Syaitan, maksiat, musibah dan sebagainya), semua itu datang dari Allah. Semata-mata untuk menguji kita.

Dan ujian yang paling bahaya adalah ujian kebaikan (kaya, harta, kuasa, kuat, rajin, boleh solat awal waktu, boleh sedekah selalu dan segala kebaikan) dan dalam dirinya pula tersemat keAKUan. Semua aku dan suka melihat keburukan org lain. Tidak melihat yang baik itu semua datang dari Allah SWT...

Allah SWT berfirman:

كَلَّاۤ اِنَّ الْاِنْسَانَ لَيَطْغٰٓى (٦)

اِنَّ  اِلٰى رَبِّكَ الرُّجْعٰى (٨)

"Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),"(6)
"(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan)."(8)
(Al-'Alaq: 6 & 8)

Justeru, syukurilah nikmatNya dan redhalah dengan ujianNya.

Monday 13 November 2017

FUNGSI AIR KENCING

Fungsi air kencing adalah membawa keluar bahan toksin dari tubuh. Tubuh kita tidak mungkin dengan sengaja membuang air dari dalam tubuh kerana air penting dalam tubuh kita.

Membuang air kecil (kencing) adalah sunatullah yang diprogramkan pada diri kita untuk membuang toksin tubuh kita dan menjadi salah satu cara untuk mengelakkan diri kita menjadi sakit.

Hanya beberapa keadaan saja di mana kencing yang kerap menunjukkan kita bermasalah, antaranya diabetes dan jangkitan kuman dalam pundi kencing.

Oleh itu jangan mengeluh jika kita terpaksa beberapa kali ke tandas untuk membuang air kecil, kerana sebenarnya kita membuang toksin dalam tubuh kita.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Sunday 12 November 2017

AMALAN PENDEK YANG MEMBAWA BANYAK RAHMAT

Amalan pendek yang membawa banyak rahmat:

Setiap hari cuba amalkan

1. Istighfar 100x

2. Subhanallah wabihamdih  subhanallahil azim -100x

3. La hawla wala quwata illa billahil aliyil azim-100x

4. Subhanallah walhamdulillah wala illaha illallah wallahu akhbar -10x

5. Selawat nabi 100x pagi dan 100x petang

6. Qulhuwallahu ahad -10x

7. Panjangkan silaturrahim sesama makhluk.

Berhajatlah hanya pada Allah insyaAllah Allah kabulkan.

JOM MANTAPKAN IMEJ ~ 1

JOM MANTAPKAN IMEJ!!!

Hahahaha... kenapa nak kena mantapkan imej pulak?

Setiap hari pakai baju dan bertudung sedondon, kasut sandel tu okey ape? Hahahah... apa yang tak kenanya?

Korang tahu tak, sebenarnya....

Dengan imej yang tepat, kita mungkin dapat meyakinkan orang lain tentang prinsip yang hebat, nilai-nilai positif, dapat keluarkan potensi diri dan kemampuan kita yg mungkin kita tak perasan.

So..rasa-rasanya, sebab apa kena jaga imej & penampilan nie?

🌻 Sebabb nak bagi orang lebih yakin dengan diri kita.

🌻  Sebaga 1st impression orang sebelum deal dengan kita.

🌻 Supaya orang luar interested nak kenal dengan kita.

Hmm... sebut pasal 1st impression...apa maksud 1st impression tu?

Based to study, 1st impression diberi dalam masa 4 saat perjumpaan awal... tanggapan nie orang bagi berdasarkan :

55% visual,outlook, body langguage...

38% audio / cara kita brcakap

7% verbal atau content yang kita sampaikan kat orang.

So dari percentage tu, memang penting untuk kita jaga appearance pertama kali jumpa orang.

Perasan tak, appearance kita nie biasanya terikut dengan apa kebiasaan & habit kita..😅😅 hahahaha.. contohnya macam aku, suka pakai simple-simple je. Asal ada baju, aku sarung je. Lantaklah cantik dipandang atau pun tidak. Wahahahaha...

Sebenarnya tak boleh macam tu! so lepas nie, kena biasakan diri bercantik-cantik terutama di rumah...atau pegi beli ikan.. ngehngehngeh...

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Okey..appearance nie..biasanya berkaitan dengan pakaian kan? so meh kita kenal dulu bentuk badan kita. Hehehe...

KENALI BENTUK BADAN ANDA

Terdapat beberapa jenis potongan tubuh yang kita boleh kelaskan sebagai :

1. Hourglass - Potongan tubuh yg paling cantik dan stabil.

2. Inverted Triangle - Bahu besar, pinggul kecil.

3. Rectangle - Saiz bahu = saiz pinggul.

4. Pear - Bahu kecil, pinggul besar.

5 Apple - Bulat.

Macam mana nak tahu badan kita bentuk apa?

Ambil tali pengukur. Ambil ukuran bahu, pinggang & pinggul. Bahu tu boleh ambil dari kanan ke kiri, kemudian didarab 2. Pinggang dan pinggul boleh la ukur lilit je. Selepas itu, senaraikan ukuran tersebut...

Contoh (dalam inci) :

bahu : 17x2=34
pinggang : 36
pinggul :40

Kalau mcm nie...bahu kecik, pinggul besar...maka cutting adalah pear 😁

Tapi, cuba perhatikan pulak saiz bahu dan pinggang tu, lebih 2 inci je...so kadang-kadang dia boleh jadi 'apple' gak..maksudnya bahagian atas besar. Hihihi...

Kemudian, kita kena tahu tentang perkadaran tubuh pulak..

PERKADARAN TUBUH

Perkadaran badan untuk identify panjang badan & kaki.

Cara ambil ukuran, guna tali pengukur.

Mulakan dari anak rambut hingga ke line peha kita duduk.

Dan dengan hasil ukuran yang sama, ukur pulak dari line peha duduk tu hingga ke buku lali.

=================================
Ukuran panjang

Badan = kaki-------- Balance

Badan > Kaki ------ Badan panjang, kaki pendek .
=================================

Hahah...mungkin ada yang perasan atau tak...ukuran panjang badan & kaki pun main peranan untuk pilih baju yang sesuai  😎 .

Okey, camna nak ukur perkadaran tubuh ni? .... begini...

Amik ukuran dari anak rambut kat dahi tu...hingga ke garis lipat apabila kita duduk kat peha..

ukur dalam keadaan berdiri. Jangan lupa, tulis berapa ukuran tu. Lepas tu, untuk ukuran kaki pulak, mula dari garis lipat peha tadi, hingga ke buku lali.

Kalau ukuran badan & kaki sama panjang, maksudnya dia balance...takde masalah untuk pilih pakaian.

Kalau badan lebih panjang daripada kaki? Let say lelaki la..dia kena singkatkan baju, pakai seluar warna gelap dan kasut yang senada dengan seluar atau kain tu.

Kalau dia pakai baju labuh, smpai peha ke...jenis baju muslimah sampai lutut tu, make sure  warna kasut sama dengan kain atau seluar. Dan better pilih warna gelap.

Yang badan pendek , kaki panjang pulak, boleh je la pakai baju labuh.....pasal perkadaran badan nie takde masalah sangat kot untuk pilihan baju...pakai baju labuh..☺

🌻 Tips untuk potongan Inverted triangle :

- Baju yang tak ada perincian pada bahagian dada & pinggang.

- Pilih design baju yang kembang di bahagian pinggang supaya nampak effect balance antara bahu dan pinggang.

🌻 Tips utk potongan A shape, Pear, Apple :

- Pilih baju yang ada perincian di bahagian bahu atau dada.

- Baju lebih cerah daripada seluar / kain.

- Pilih baju yang longgar.

- Elakkan perincian yang banyak di bahagian pinggul untuk elakkan mata audience tertumpu di bahagian itu sedangkan kita nak sorok bentuk pinggul yang besar tu kan. 😊😊

....... bersambung......

Saturday 11 November 2017

PRODUK : Pengasas : Tagline

[PRODUK : Pengasas : Tagline]

♡ D'HERBS : Datuk Alif Shukri : Terlajak Laris!!!

♡ QU PUTEH : Datuk Vida : Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh! Muahahhaha!

♡ SHAKLEE : Dr. Forrest C Shaklee : Better You Better World.

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
Setiap pengasas produk kecantikan dan kesihatan mempunyai visi masing2 untuk mencapai matlamat perniagaan mereka kan?

Tagline Shaklee jelas sekali visi membantu insan-insan lain mendapatkan nilai terbaik dalam hidup seterusnya dapat menjadikan hidup lebih bermakna!

Dr Forrest C Shaklee pernah disahkan mengidap TUBERCULOSIS (batuk kering) rupanya! Huhuhu..sebab beliau dan keluarga pernah tinggal di kawasan perlombongan arang batu.... Doktor ramal beliau hanya mampu bertahan selama 8 tahun sahaja!!!

So keluarga beliau pun berpindahlah ke tempat yang lebih baik dan segar udaranya atas kesedaran dan kepercayaan bahawa udara yang segar, bersih dan rehat yang cukup dapat merawat penyakit TB ni ;-)

Ketika remaja, sekali lagi pemeriksaan dilakukan dan Doktor bagitau bahawa TB beliau dalam keadaan terkawal :-) Alhamdulillah... so beliau masih meneruskan menjaga kesihatan melalui penjagaan pemakanan.

Pastu beliau diuji pulak dengan KANSER!! Ya Allahhhh... Oleh sebab beliau percaya bahawa pemakanan yang sihat dengan nutrisi yang seimbang ditambah pengambilan suplemen megadose!

Lebih kurang dalam tempoh 1 tahun Doktor sahkan bahawa tahap kesihatan beliau telah menunjukkan perubahan yang positif! Good news kan ;-) Maka beliau semakin percaya tentang kepentingan nutrisi dan suplemen dalam usaha merawat kanser!

Bermula dari situ, beliau bersama anaknya Forrest Jr mula mengedar suplemen dan menjadikan sebagai sebuah perniagaan.

=====================================

So korang! Sebenarnya segala penyakit yang datang kat diri kita semuanya berpunca daripada gaya pemakanan kita. Maka, wajiblah kita jaga pemakanan kerana ia adalah Sunnah Rasulullah dan menjaga kesihatan tubuh termasuk dalam 1 daripada Maqasid Syar'iyah.

#betteryoubetterworld
#liveamazing

Thursday 9 November 2017

OTAK CANTIK OTAK CERDIK

Assalamualaikum wbt. Utk rujukkan.bersama

"Future Brain" Otak cantik, otak cerdik oleh Dr Rizal Abu Bakar. Dr Rizal yang masih bertugas sebagai timbalan dekan Unimas mendapat PHD dari Universiti di Australia hasil kajian tentang tidur dan otak manusia.

Saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat kerana sblm ini tidak pernah didedahkan dalam mana2 seminar.
Semoga bermanfaat untuk semua.

Otak ada 6 jenis.
Setiap satu jenis otak mempengaruhi perangai dan tindakan seseorang.
Otak kita merupakan tanggungjawab bagi kita menjaganya.
Sebarang perubahan pada otak bakal mengubah perangai seseorang.
Ada orang yang sering marah2 dan bersikap negatif kerana otaknya telah rosak.
Tindakan makan gula berlebihan boleh menyebabkan kerosakan otak.
Otak boleh dipulihkan dengan mengubah tabiat pemakanan dan tidur yang cukup.
Hindari makanan yang mengandungi gula yang banyak dan bertukar kepada pemakanan yang sihat.

Fakta tidur oleh Dr Rizal :

1. Bila tidur, otak jadi aktif.
2. Tidur digambarkan seperti pakaian.
3. Kita boleh jadi pandai sewaktu tidur.
4. Untuk anak2 berumur 10 tahun ke bawah,  tidur minima 9 jam, boleh membantu anak jadi pandai.
Orang dewasa perlu 6 jam waktu tidur.
5. Bila anak2 cukup tidur, mereka boleh lebih  fokus dalam kelas.
6. Tidur sebelum zohor 27 minit boleh tingkatkan keupayaan otak hingga 35%.
7. Kalau terlebih tidur siang, badan akan jadi letih tetapi kalau kurang tidur, kita  akan rasa pening bila bangun.
8. Kita perlu dapatkan tidur nyenyak sewaktu tidur malam hari.
9. Tidur mati amat bagus kerana proses  'self healing' berlaku dengan elok.
10. Bila bermimpi, mata akan  ke kiri dan ke kanan.
11. Tidur mesti dengan lampu tertutup.
12. Bila cerah, akan mengganggu pengeluaran melatonin yang boleh mengakibatkan kanser.
13. Masalah kegemukan juga berlaku bila tidur dalam keadaan terang.
14. Sewaktu tidur, segala lampu samada dari handphone, laptop dan aircond perlu ditutup.
15. Off kan segala barangan elektronik di dalam bilik sewaktu hendak tidur.
16. Bila tidur tak cukup, akan menyebabkan otak mengecil. Bila otak mengecil, tahap kecerdikan dan daya berfikir juga akan berkurang.

Cara mendapatkan tidur nyenyak.
Sebelum tidur wajib :
1. Tutup semua lampu termasuk dari handphone n laptop.
2. Berwuduq atau mandi untuk turunkan suhu badan.
3. Baca Quran (surah Al Mulk)
4. Tidur mengiring ke kanan.

Selepas bangun tidur wajib :
1. Baca doa bangun tidur
2. Minum air suam.

Selepas 20 minit dari bangun tidur baru otak kita dapat proses dengan baik.
Sebab itu, jangan lakukan aktiviti seperti memandu dsb sebelum 20 minit yang pertama dari bangun tidur.

Anda nak otak cantik sebelah kiri atau otak berlubang2 di sebelah kanan?

Otak cerdik terbina dari otak cantik.

Perkongsian oleh : Haslinda Hasnan

#OtakCantikOtakCerdik
#FutureBrain
#DrRizalAbuBakar

Tuesday 7 November 2017

OAT BAHAGIAN 1: JENIS-JENIS OAT. SAMA TAPI TAK SERUPA.

OAT BAHAGIAN 1: JENIS-JENIS OAT. SAMA TAPI TAK SERUPA.
-----------------------------------------------------------------------

Dah lama nak buat perkongsian berkenaan perbezaan oats ini. Hari ni saya sempat curi masa pergi Tesco tengok label produk oats untuk kepastian dan rujukan.

Quaker Oats ada beberapa jenis yang popular. Instant, Quick dan flavoured Bagi yang diet untuk kurus dan sihat, pemilihan jenis oat yang sesuai mungkin memberi impak yang berbeza dengan ketara.

Saya merasa perlunya membuat perkongsian ini kerana terdapat nasihat kurang tepat beberapa bulan yang lepas si ruangan komen artikel saya. Pengambilan "instant oats" dan "quick oats" dikatakan sama sahaja kesannya kepada kesihatan.

Jika dilihat kandungan Quaker oats, kandungan nutrisi pada label Instant dan Quick Oats adalah sama 100%

Tiada beza langsung.

Adakah kandungan di dalamnya berbeza tapi tak dinyatakan?

Saya tidak rasa begitu. Kandungannya adalah 100% oats tanpa pengawet dan tanpa aditif tambahan. Syarikat makanan ternama seperti Quaker Malaysia tak mungkin ambil langkah sedemikian.

Maka apakah impak pada kesihatan adalah serupa antara kedua jenis oat ini?

Tidak tuan puan. Ini yang dikatakan sama tapi tak serupa.

Lupakan jenama. Saya cerita secara amnya ya..nanti ramai pula pm saya tanya macam-macam brand okay atau tidak.. 😂😂 haru biru  saya.

.

Beza antara instant oats dan quick oats ialah kaedah PEMPROSESANNYA.

.
Instant oats merupakan oat yang paling banyak diproses. Ia sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Maka teksturnya sangat halus dan berkrim apabila bercampur dengan air panas.

Oat jenis segera ini boleh terus dimakan!

Quick oats pula ialah oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu dimasak  seminit dua.

Rolled oats merupakan oat yang sudah digelek namun belum dimasak . Rolled oats juga dipotong lebih tebal. Maka ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit.

Ia juga dipanggil oat "peseng lama" oleh orang teganu 😁 beginilah caranya oat dimakan oleh orang putih zaman dahulu kala. Potong halus dan gelek..lepas tu masak atas dapur 😋

Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis "steel cut". Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah rasanya kenyal dan kekacangan sedikit perisanya.

Apabila diperhatikan pemprosesannya adalah secara fizikal semata tanpa bahan aditif apatah lagi bahan kimia.  Kandungan nutrisi di dalam kesemua jenis oats masih  sama walaupun berat semuanya sama.
.

Namun begitu, perbezaan paling besar yang memberi impak kepada  kesihatan ialah
.

"KADAR PENYERAPANNYA."

.
Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama.

Steel cuts paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah.
Rolled oats lebih mudah diserap.

Akhirnya quick oats dan instant oats paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.

Makan oats instant (dan quick) dari sudut kadar penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air coke dan Fanta 😂😂😂 berdesup gula darah naik mencanak!

Oats instant punyai indeks glisemik yang sangat tinggi. Rujuk indeks glisemik dari Universiti Harvard. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.

Tinggi gula dalam darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis, tetapi juga meningkatkan KERADANGAN..sakit sendiri, sakit jantung, kanser, buah pinggang dan banyak sistem dalam badan jadi punah sebab gula darah tinggi.

Gula tinggi dalam darah juga sebenarnya punca kegemukan. Lemak badan tak jadi kembang sebab makan banyak makanan berlemak. Tetapi lemak badan makin berkumpul dengan pengambilan gula berlebihan.

Macam mana nak sukat pengambilan gula berlebihan atau tidak ni. Senang saja tuan-tuan puan puan. Selagi boroi dikandung badan..selagi itulah maknanya gula/KARBOHdalam diet kita masih berlebihan.

Ironi sebab orang takut makanan kolesterol dan berlemak sebab takut gemuk..walhal ia bukan penyebab kegemukan yang saintifik. Tetapi gula tinggi hasil daripada pemakanan tinggi indeks glisemik seperti instant oat inilah yang menyebabkan kita jadi semakin lapar, ketagihan makanan dan mengganggu aktiviti metabolik (hormon, biokimia) badan.

Ingat oat segera, ingat gula. Lupakan saja badan kurus atau sihat kalau masih ambil oats. Serat larut atau tidak, ia tidak akan "meneutralkan" kesan toksik gula berlebihan di dalam darah. Jangan buat kelakar.

Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik ya. Serat larut itu bagus untuk kesihatan jantung, tetapi gula berlebihan lebih bahaya untuk jantung. Pengeluar tak tipu dengan kata kandungan serat kesemua oat itu sama. Namun, pengeluar tak cerita pulak penyerapan gula dalam badan jadi tinggi!

Bukan kata tak boleh makan oats. Makan lah rolled oats. Jika rajin, boleh cari steel cuts..kalau sanggup boleh makan oat groat 🤣 itu boleh jadi lebih baik..mungkin tidak hehe.. saya akan ceritakan lagi mengenai oats..sebab ramai orang kita sukaa sangat oats ini.

Pilihlah yang lebih selamat ya. Dah nenek moyang makan nasik, korang nak makan oats pulak. Nantikan fakta-fakta lebih pedas BAHAGIAN 2 daripada anak murid nenek moyang di sini 😋 insha Allah..

.
.

Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

penyerapan oat sebagai gula darah lebih tinggi berbanding Coke/ Fanta.

Pening ya bila saya tulis penyerapan oat sebagai gula darah lebih tinggi berbanding Coke/ Fanta.

Ini bukan saya kata ya...ini data indeks glisemik daripada HARVARD UNIVERSITY.

1) HUJAH SERAT KURANGKAN INDEKS GLISEMIK (GI)

Ada pula kata takkan serat dalam tu tak kurangkan penyerapan kanji oat tu sebagai gula. Mungkin keliru apa itu indeks glisemik.

Ia sudah MENGAMBIL KIRA serat dalam tu.. tapi masih juga tinggi indeks glisemik 😅

Harvard ni sumber paling sahih kot untuk GI ni..

Tak timbul kadar penyerapan individu sebab fokus kenyataan ialah berkenaan penyerapan gula darah sesuatu makanan itu. Itu yang boleh sukat dan itulah gunanya Indeks glisemik.
.

2) HUJAH OAT KARBOHIDRAT (GULA) KOMPLEKS SUSAH SERAP, FANTA DAN COKE GULA RINGKAS SENANG SERAP

Karbohidrat kompleks jika diperhalusi itulah yang naikkan kadar penyerapan. Sebab halus maka lebih senang diserap.

Kenapa pula fanta dan coke tak menaikkan gula darah?

3) FANTA & COKE INDEKS GLISEMIK RENDAH

Sekali lagi saya tegaskan, rujukan Harvard adalah sahih. Ini masih masuk akal memandangkan minuman ringan ini menggunakan GULA TINGGI FRUKTOSA (HFCS)

Gula  fruktosa tidak meningkatkan gula dan insulin darah seperti gula lainnya. Indeks glisemik gula fruktosa asli hanya 15 dan gula HFCS  yang biasa digunakan dalam air Coke/Fanta..GI dalam 65.

Ini tak bermakna gula HFCS atau pure fructose lebih baik daripada oat..Common sense lah...saya cuma cerita bab penyerapan lah. Pembaca artikel saya tentu ingat bukan, gula fruktosa lah yang saya nobatkan sebagai gula paling toksik jika berlebihan. Banyak lagi kesan buruk daripada pengambilan air bergas ni.

.
.
Akhir kata, tujuan penulisan oat itu bukanlah untuk mengatakan minuman Coke @ Fanta lebih baik. Saya cuma ingin menunjukkan bahawa kesan penyerapan gula pada badan adalah berbeza mengikut jenis oat, walaupun sama nutrisinya. Ini kerana kaedah pemprosesan yang berbeza.
.

Maka adalah mitos bahawa oat segera adalah pilihan baik untuk mengurangkan kencing manis terutama jika diambil berlebihan kerana kadar penyerapan gula darah yang tinggi.

Jika tak percaya, bagi pesakit kencing manis atau prediabetic, ambil oat 3 sudu besar dan sukat bacaan gula darah 15min, 30 minit, 1jam dan 2 jam.  Saya pernah buat dulu-dulu. Anda akan terkejut 😁 Ada yang berani terima cabaran?

Jika nak oat juga, ambil jenis bran (BG22) Steel cut atau rolled oat. Jadilah pengguna yang lebih bijak.

.
.
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

#copypaste

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...