Saturday 25 November 2017

COCO ~ REVIEW | ANTARA CINTA DAN CITA-CITA

C.O.C.O ~ REVIEW

Usai taklimat Tahun 1 di sekolah pagi tadi, terus masuk SCM. 😂 Plan asal nak tuju KL, tapi tak jadi sebab teringat janji kat budak 3 orang ni nak layan COCO.
.
.
.
Cerita ni berkisar tentang keluarga dan impian.

Adakala, kita perlu ketepikan impian untuk bahagiakan keluarga, namun adakala terpaksa kita bertindak melulu semata2 nak kejat impian itu hingga sanggup mengkhianati keluarga. Huhuhu....

Coco ni bukanlah watak utama kisah ini, tapi Coco adalah nenek kepada Miguel, seorang remaja yang bercita2 dan berbakat besar dalam bidang muzik. Namun, impian itu dihalang keras oleh keluarganya, lantaran moyangnya (bapa Coco) pernah meninggalkan keluarga mereka demi mengejar impian menjadi seorang ahli muzik.

Apa yang berlaku????

Cerita ni sebenanrnya, si Miguel ni convert ke alam lain iaitu alam selepas kematian. Gara2 Miguel cuba mencuri gitar legend moyang dia ni.

Actually, cerita ni kisah dari Mexico, dorangkan ada hari2 tertentu untuk puja roh moyang pulang ke rumah.

So bermulalah pengembaraan Miguel mencari moyangnya yang dulunya merupakan seorang penyanyi Mexico terkenal, untuk mendapatkan restunya, bagi membolehkan Miguel kembali semula ke dunia nyata sebelum menjelang Fajar.

Nampak lucu sebab seorang manusia boleh pulak menyamar menjadi orang yang dah mati  😂😂

Hmmm... ending cerita ini, nampak klise tapi menyentuh sanubari sebab, impian kita tak semestinya penting dan perlu dicapai. Ini kerana, keluarga adalah impian tanpa syarat yang perlu kita pelihara dan kejarkan......

Better korang tengok sendirilah cerita ni.... aku nak simpan je dalam memori sendiri untuk tatapan sendiri.. hahahahaha.....

Sekian,
DIARI USTAZAH.

#diariustazaha
#selfremind

Tuesday 21 November 2017

PENGALAMAN MENJADI MAHASITUA....

THE B.R.A.I.N BOOSTER
...........

Pengalaman  menjadi mahasitua  😂 amat mencabar.

Mana taknya, dalam usia kategori dah beranak-pinak ni, apabila di'paksa'  untuk stay up study hingga jauh  malam demi menyiapkan tugasan  yang melibatkan  konsep statistik, perghhhh!!

Memang boleh hentak kepala  ke  dinding ! 😣

Maka, suplemen SANGAT diperlukan ketika ini.

Para pensyarah awal-awal lagi dah pesan pada hari pendaftaran kemasuukan Sem 1 dulu, kabonya gini : sebagai seorang mahasiswa yang dah  lebih umur, please take supplements and have a good rest, so you will be graduate on time!

Maksudnya,  kita kena pastikan tahap kesihatan kita sentiasa berada pada tahap tip top agar kita dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perjalanan ijazah sarjana kita tu. 

So demi menyahut seruan itu, maka episod 'makan vitamin' aku pun bertambah  😁. 

Aku mula konsisten dengan suplemen minyak ikan dan lesitin untuk maksimakan fungsi otak aku ni. Aku amik B Complex sebab dalam tu semua lengkap dah 8 vitamin B yang badan kita perlukan. Lagi 1, vitamin B sangat bantu aku untuk kawal stres. Bahaya stress stress ni. Hihihi.... tak pasal kang anak2 aku lempar dengan buku. 😣😣😣

Pastu, walaupun dah bukan lagi mahasitua, aku tetap teruskan 3 vitamin ini, sebab sebagai seorang pendidik, otak aku kena bergerak lebih advance daripada anak2 murid.

Dan yang paling penting, fungsi 'grey matter' aku terus berjalan agar aku sentiasa happy. 😎 

Sekian,
DIARI USTAZAH.

#diariustazah
#brainbooster
#antistresssupplement

Friday 17 November 2017

ALLAJ SWT MENJAWAB...

Allah SWT menjawab setiap keluhan yang lahir dari bibir kita.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Manusia seringkali mengeluh dengan apa yang berlaku tanpa mengambil kira hikmah atau pengajaran disebalik apa yang terjadi. Allah telah ada jawapan pada setiap apa yang berlaku...

Ketika kita mengeluh:
“eeeiii, aku penat sangat..."
Allah menjawab:

وَّجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

"Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?"
(An-Naba': 9)

Ketika kita mengeluh:
“Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."
Allah menjawab:

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya."
(Al-Baqarah: 286)

Ketika kita mengeluh:
“Serabutnyaa..."
Allah menjawab:

اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ   ؕ  اَ لَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ
 
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
(Ar-Ra'd: 28)

Ketika kita mengeluh:
“Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."
Allah menjawab:

فَمَنْ يَّعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَّرَهٗ

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!"
(Az-Zalzalah: 7)

Ketika kita mengeluh:
“Tak ada sorang pun yang nak tolong aku..."
Allah menjawab:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُوْنِيْۤ اَسْتَجِبْ لَـكُمْ

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."
(Ghafir: 60)

Ketika kita mengeluh:
“Aku sedih sangat...”
Allah menjawab:

لَا تَحْزَنْ اِنَّ اللّٰهَ مَعَنَا

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita".
(At-Taubah: 40)

Ar-Rahmannya meliputi segalanya. Ar-Rahim hanya kekasihnya...

اَحَسِبَ النَّاسُ اَنْ يُّتْرَكُوْۤا اَنْ يَّقُوْلُوْۤا اٰمَنَّا وَهُمْ لَا  يُفْتَـنُوْنَ

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Al-'Ankabut: 2)

Allah SWT berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ ؕ  وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً  ؕ  وَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan."
(Al-Anbiya: 35)

Segala yang BAIK (Kekayaan, kemewahan, jawatan dan sebagainya) dan segala yang BURUK  (Iblis, Syaitan, maksiat, musibah dan sebagainya), semua itu datang dari Allah. Semata-mata untuk menguji kita.

Dan ujian yang paling bahaya adalah ujian kebaikan (kaya, harta, kuasa, kuat, rajin, boleh solat awal waktu, boleh sedekah selalu dan segala kebaikan) dan dalam dirinya pula tersemat keAKUan. Semua aku dan suka melihat keburukan org lain. Tidak melihat yang baik itu semua datang dari Allah SWT...

Allah SWT berfirman:

كَلَّاۤ اِنَّ الْاِنْسَانَ لَيَطْغٰٓى (٦)

اِنَّ  اِلٰى رَبِّكَ الرُّجْعٰى (٨)

"Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),"(6)
"(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan)."(8)
(Al-'Alaq: 6 & 8)

Justeru, syukurilah nikmatNya dan redhalah dengan ujianNya.

Monday 13 November 2017

FUNGSI AIR KENCING

Fungsi air kencing adalah membawa keluar bahan toksin dari tubuh. Tubuh kita tidak mungkin dengan sengaja membuang air dari dalam tubuh kerana air penting dalam tubuh kita.

Membuang air kecil (kencing) adalah sunatullah yang diprogramkan pada diri kita untuk membuang toksin tubuh kita dan menjadi salah satu cara untuk mengelakkan diri kita menjadi sakit.

Hanya beberapa keadaan saja di mana kencing yang kerap menunjukkan kita bermasalah, antaranya diabetes dan jangkitan kuman dalam pundi kencing.

Oleh itu jangan mengeluh jika kita terpaksa beberapa kali ke tandas untuk membuang air kecil, kerana sebenarnya kita membuang toksin dalam tubuh kita.

-Dr Zubaidi Hj Ahmad.

Sunday 12 November 2017

AMALAN PENDEK YANG MEMBAWA BANYAK RAHMAT

Amalan pendek yang membawa banyak rahmat:

Setiap hari cuba amalkan

1. Istighfar 100x

2. Subhanallah wabihamdih  subhanallahil azim -100x

3. La hawla wala quwata illa billahil aliyil azim-100x

4. Subhanallah walhamdulillah wala illaha illallah wallahu akhbar -10x

5. Selawat nabi 100x pagi dan 100x petang

6. Qulhuwallahu ahad -10x

7. Panjangkan silaturrahim sesama makhluk.

Berhajatlah hanya pada Allah insyaAllah Allah kabulkan.

JOM MANTAPKAN IMEJ ~ 1

JOM MANTAPKAN IMEJ!!!

Hahahaha... kenapa nak kena mantapkan imej pulak?

Setiap hari pakai baju dan bertudung sedondon, kasut sandel tu okey ape? Hahahah... apa yang tak kenanya?

Korang tahu tak, sebenarnya....

Dengan imej yang tepat, kita mungkin dapat meyakinkan orang lain tentang prinsip yang hebat, nilai-nilai positif, dapat keluarkan potensi diri dan kemampuan kita yg mungkin kita tak perasan.

So..rasa-rasanya, sebab apa kena jaga imej & penampilan nie?

🌻 Sebabb nak bagi orang lebih yakin dengan diri kita.

🌻  Sebaga 1st impression orang sebelum deal dengan kita.

🌻 Supaya orang luar interested nak kenal dengan kita.

Hmm... sebut pasal 1st impression...apa maksud 1st impression tu?

Based to study, 1st impression diberi dalam masa 4 saat perjumpaan awal... tanggapan nie orang bagi berdasarkan :

55% visual,outlook, body langguage...

38% audio / cara kita brcakap

7% verbal atau content yang kita sampaikan kat orang.

So dari percentage tu, memang penting untuk kita jaga appearance pertama kali jumpa orang.

Perasan tak, appearance kita nie biasanya terikut dengan apa kebiasaan & habit kita..😅😅 hahahaha.. contohnya macam aku, suka pakai simple-simple je. Asal ada baju, aku sarung je. Lantaklah cantik dipandang atau pun tidak. Wahahahaha...

Sebenarnya tak boleh macam tu! so lepas nie, kena biasakan diri bercantik-cantik terutama di rumah...atau pegi beli ikan.. ngehngehngeh...

🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Okey..appearance nie..biasanya berkaitan dengan pakaian kan? so meh kita kenal dulu bentuk badan kita. Hehehe...

KENALI BENTUK BADAN ANDA

Terdapat beberapa jenis potongan tubuh yang kita boleh kelaskan sebagai :

1. Hourglass - Potongan tubuh yg paling cantik dan stabil.

2. Inverted Triangle - Bahu besar, pinggul kecil.

3. Rectangle - Saiz bahu = saiz pinggul.

4. Pear - Bahu kecil, pinggul besar.

5 Apple - Bulat.

Macam mana nak tahu badan kita bentuk apa?

Ambil tali pengukur. Ambil ukuran bahu, pinggang & pinggul. Bahu tu boleh ambil dari kanan ke kiri, kemudian didarab 2. Pinggang dan pinggul boleh la ukur lilit je. Selepas itu, senaraikan ukuran tersebut...

Contoh (dalam inci) :

bahu : 17x2=34
pinggang : 36
pinggul :40

Kalau mcm nie...bahu kecik, pinggul besar...maka cutting adalah pear 😁

Tapi, cuba perhatikan pulak saiz bahu dan pinggang tu, lebih 2 inci je...so kadang-kadang dia boleh jadi 'apple' gak..maksudnya bahagian atas besar. Hihihi...

Kemudian, kita kena tahu tentang perkadaran tubuh pulak..

PERKADARAN TUBUH

Perkadaran badan untuk identify panjang badan & kaki.

Cara ambil ukuran, guna tali pengukur.

Mulakan dari anak rambut hingga ke line peha kita duduk.

Dan dengan hasil ukuran yang sama, ukur pulak dari line peha duduk tu hingga ke buku lali.

=================================
Ukuran panjang

Badan = kaki-------- Balance

Badan > Kaki ------ Badan panjang, kaki pendek .
=================================

Hahah...mungkin ada yang perasan atau tak...ukuran panjang badan & kaki pun main peranan untuk pilih baju yang sesuai  😎 .

Okey, camna nak ukur perkadaran tubuh ni? .... begini...

Amik ukuran dari anak rambut kat dahi tu...hingga ke garis lipat apabila kita duduk kat peha..

ukur dalam keadaan berdiri. Jangan lupa, tulis berapa ukuran tu. Lepas tu, untuk ukuran kaki pulak, mula dari garis lipat peha tadi, hingga ke buku lali.

Kalau ukuran badan & kaki sama panjang, maksudnya dia balance...takde masalah untuk pilih pakaian.

Kalau badan lebih panjang daripada kaki? Let say lelaki la..dia kena singkatkan baju, pakai seluar warna gelap dan kasut yang senada dengan seluar atau kain tu.

Kalau dia pakai baju labuh, smpai peha ke...jenis baju muslimah sampai lutut tu, make sure  warna kasut sama dengan kain atau seluar. Dan better pilih warna gelap.

Yang badan pendek , kaki panjang pulak, boleh je la pakai baju labuh.....pasal perkadaran badan nie takde masalah sangat kot untuk pilihan baju...pakai baju labuh..☺

🌻 Tips untuk potongan Inverted triangle :

- Baju yang tak ada perincian pada bahagian dada & pinggang.

- Pilih design baju yang kembang di bahagian pinggang supaya nampak effect balance antara bahu dan pinggang.

🌻 Tips utk potongan A shape, Pear, Apple :

- Pilih baju yang ada perincian di bahagian bahu atau dada.

- Baju lebih cerah daripada seluar / kain.

- Pilih baju yang longgar.

- Elakkan perincian yang banyak di bahagian pinggul untuk elakkan mata audience tertumpu di bahagian itu sedangkan kita nak sorok bentuk pinggul yang besar tu kan. 😊😊

....... bersambung......

Saturday 11 November 2017

PRODUK : Pengasas : Tagline

[PRODUK : Pengasas : Tagline]

♡ D'HERBS : Datuk Alif Shukri : Terlajak Laris!!!

♡ QU PUTEH : Datuk Vida : Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh! Muahahhaha!

♡ SHAKLEE : Dr. Forrest C Shaklee : Better You Better World.

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
Setiap pengasas produk kecantikan dan kesihatan mempunyai visi masing2 untuk mencapai matlamat perniagaan mereka kan?

Tagline Shaklee jelas sekali visi membantu insan-insan lain mendapatkan nilai terbaik dalam hidup seterusnya dapat menjadikan hidup lebih bermakna!

Dr Forrest C Shaklee pernah disahkan mengidap TUBERCULOSIS (batuk kering) rupanya! Huhuhu..sebab beliau dan keluarga pernah tinggal di kawasan perlombongan arang batu.... Doktor ramal beliau hanya mampu bertahan selama 8 tahun sahaja!!!

So keluarga beliau pun berpindahlah ke tempat yang lebih baik dan segar udaranya atas kesedaran dan kepercayaan bahawa udara yang segar, bersih dan rehat yang cukup dapat merawat penyakit TB ni ;-)

Ketika remaja, sekali lagi pemeriksaan dilakukan dan Doktor bagitau bahawa TB beliau dalam keadaan terkawal :-) Alhamdulillah... so beliau masih meneruskan menjaga kesihatan melalui penjagaan pemakanan.

Pastu beliau diuji pulak dengan KANSER!! Ya Allahhhh... Oleh sebab beliau percaya bahawa pemakanan yang sihat dengan nutrisi yang seimbang ditambah pengambilan suplemen megadose!

Lebih kurang dalam tempoh 1 tahun Doktor sahkan bahawa tahap kesihatan beliau telah menunjukkan perubahan yang positif! Good news kan ;-) Maka beliau semakin percaya tentang kepentingan nutrisi dan suplemen dalam usaha merawat kanser!

Bermula dari situ, beliau bersama anaknya Forrest Jr mula mengedar suplemen dan menjadikan sebagai sebuah perniagaan.

=====================================

So korang! Sebenarnya segala penyakit yang datang kat diri kita semuanya berpunca daripada gaya pemakanan kita. Maka, wajiblah kita jaga pemakanan kerana ia adalah Sunnah Rasulullah dan menjaga kesihatan tubuh termasuk dalam 1 daripada Maqasid Syar'iyah.

#betteryoubetterworld
#liveamazing

Thursday 9 November 2017

OTAK CANTIK OTAK CERDIK

Assalamualaikum wbt. Utk rujukkan.bersama

"Future Brain" Otak cantik, otak cerdik oleh Dr Rizal Abu Bakar. Dr Rizal yang masih bertugas sebagai timbalan dekan Unimas mendapat PHD dari Universiti di Australia hasil kajian tentang tidur dan otak manusia.

Saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat kerana sblm ini tidak pernah didedahkan dalam mana2 seminar.
Semoga bermanfaat untuk semua.

Otak ada 6 jenis.
Setiap satu jenis otak mempengaruhi perangai dan tindakan seseorang.
Otak kita merupakan tanggungjawab bagi kita menjaganya.
Sebarang perubahan pada otak bakal mengubah perangai seseorang.
Ada orang yang sering marah2 dan bersikap negatif kerana otaknya telah rosak.
Tindakan makan gula berlebihan boleh menyebabkan kerosakan otak.
Otak boleh dipulihkan dengan mengubah tabiat pemakanan dan tidur yang cukup.
Hindari makanan yang mengandungi gula yang banyak dan bertukar kepada pemakanan yang sihat.

Fakta tidur oleh Dr Rizal :

1. Bila tidur, otak jadi aktif.
2. Tidur digambarkan seperti pakaian.
3. Kita boleh jadi pandai sewaktu tidur.
4. Untuk anak2 berumur 10 tahun ke bawah,  tidur minima 9 jam, boleh membantu anak jadi pandai.
Orang dewasa perlu 6 jam waktu tidur.
5. Bila anak2 cukup tidur, mereka boleh lebih  fokus dalam kelas.
6. Tidur sebelum zohor 27 minit boleh tingkatkan keupayaan otak hingga 35%.
7. Kalau terlebih tidur siang, badan akan jadi letih tetapi kalau kurang tidur, kita  akan rasa pening bila bangun.
8. Kita perlu dapatkan tidur nyenyak sewaktu tidur malam hari.
9. Tidur mati amat bagus kerana proses  'self healing' berlaku dengan elok.
10. Bila bermimpi, mata akan  ke kiri dan ke kanan.
11. Tidur mesti dengan lampu tertutup.
12. Bila cerah, akan mengganggu pengeluaran melatonin yang boleh mengakibatkan kanser.
13. Masalah kegemukan juga berlaku bila tidur dalam keadaan terang.
14. Sewaktu tidur, segala lampu samada dari handphone, laptop dan aircond perlu ditutup.
15. Off kan segala barangan elektronik di dalam bilik sewaktu hendak tidur.
16. Bila tidur tak cukup, akan menyebabkan otak mengecil. Bila otak mengecil, tahap kecerdikan dan daya berfikir juga akan berkurang.

Cara mendapatkan tidur nyenyak.
Sebelum tidur wajib :
1. Tutup semua lampu termasuk dari handphone n laptop.
2. Berwuduq atau mandi untuk turunkan suhu badan.
3. Baca Quran (surah Al Mulk)
4. Tidur mengiring ke kanan.

Selepas bangun tidur wajib :
1. Baca doa bangun tidur
2. Minum air suam.

Selepas 20 minit dari bangun tidur baru otak kita dapat proses dengan baik.
Sebab itu, jangan lakukan aktiviti seperti memandu dsb sebelum 20 minit yang pertama dari bangun tidur.

Anda nak otak cantik sebelah kiri atau otak berlubang2 di sebelah kanan?

Otak cerdik terbina dari otak cantik.

Perkongsian oleh : Haslinda Hasnan

#OtakCantikOtakCerdik
#FutureBrain
#DrRizalAbuBakar

Tuesday 7 November 2017

OAT BAHAGIAN 1: JENIS-JENIS OAT. SAMA TAPI TAK SERUPA.

OAT BAHAGIAN 1: JENIS-JENIS OAT. SAMA TAPI TAK SERUPA.
-----------------------------------------------------------------------

Dah lama nak buat perkongsian berkenaan perbezaan oats ini. Hari ni saya sempat curi masa pergi Tesco tengok label produk oats untuk kepastian dan rujukan.

Quaker Oats ada beberapa jenis yang popular. Instant, Quick dan flavoured Bagi yang diet untuk kurus dan sihat, pemilihan jenis oat yang sesuai mungkin memberi impak yang berbeza dengan ketara.

Saya merasa perlunya membuat perkongsian ini kerana terdapat nasihat kurang tepat beberapa bulan yang lepas si ruangan komen artikel saya. Pengambilan "instant oats" dan "quick oats" dikatakan sama sahaja kesannya kepada kesihatan.

Jika dilihat kandungan Quaker oats, kandungan nutrisi pada label Instant dan Quick Oats adalah sama 100%

Tiada beza langsung.

Adakah kandungan di dalamnya berbeza tapi tak dinyatakan?

Saya tidak rasa begitu. Kandungannya adalah 100% oats tanpa pengawet dan tanpa aditif tambahan. Syarikat makanan ternama seperti Quaker Malaysia tak mungkin ambil langkah sedemikian.

Maka apakah impak pada kesihatan adalah serupa antara kedua jenis oat ini?

Tidak tuan puan. Ini yang dikatakan sama tapi tak serupa.

Lupakan jenama. Saya cerita secara amnya ya..nanti ramai pula pm saya tanya macam-macam brand okay atau tidak.. 😂😂 haru biru  saya.

.

Beza antara instant oats dan quick oats ialah kaedah PEMPROSESANNYA.

.
Instant oats merupakan oat yang paling banyak diproses. Ia sudah sedia masak, dikeringkan, digelek dan dilenyek sangat nipis. Maka teksturnya sangat halus dan berkrim apabila bercampur dengan air panas.

Oat jenis segera ini boleh terus dimakan!

Quick oats pula ialah oat instant yang dipotong kurang nipis berbanding instant oat. Maka ia perlu dimasak  seminit dua.

Rolled oats merupakan oat yang sudah digelek namun belum dimasak . Rolled oats juga dipotong lebih tebal. Maka ia perlu dimasak selama lebih kurang 5 minit.

Ia juga dipanggil oat "peseng lama" oleh orang teganu 😁 beginilah caranya oat dimakan oleh orang putih zaman dahulu kala. Potong halus dan gelek..lepas tu masak atas dapur 😋

Oat yang paling kurang diproses ialah oat jenis "steel cut". Oat jenis ini dipotong kasar-kasar daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah rasanya kenyal dan kekacangan sedikit perisanya.

Apabila diperhatikan pemprosesannya adalah secara fizikal semata tanpa bahan aditif apatah lagi bahan kimia.  Kandungan nutrisi di dalam kesemua jenis oats masih  sama walaupun berat semuanya sama.
.

Namun begitu, perbezaan paling besar yang memberi impak kepada  kesihatan ialah
.

"KADAR PENYERAPANNYA."

.
Semakin halus sesuatu oatmeal, semakin cepat penyerapannya ke dalam badan. Walaupun jumlah serat di dalamnya sama.

Steel cuts paling kurang diserap menjadi gula ke dalam darah.
Rolled oats lebih mudah diserap.

Akhirnya quick oats dan instant oats paling senang diserap ke dalam darah sebagai gula.

Makan oats instant (dan quick) dari sudut kadar penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air coke dan Fanta 😂😂😂 berdesup gula darah naik mencanak!

Oats instant punyai indeks glisemik yang sangat tinggi. Rujuk indeks glisemik dari Universiti Harvard. Lebih tinggi indeks glisemik, lebih tinggilah penyerapannya ke dalam darah sebagai gula.

Tinggi gula dalam darah bukan sahaja bahaya kepada pesakit kencing manis, tetapi juga meningkatkan KERADANGAN..sakit sendiri, sakit jantung, kanser, buah pinggang dan banyak sistem dalam badan jadi punah sebab gula darah tinggi.

Gula tinggi dalam darah juga sebenarnya punca kegemukan. Lemak badan tak jadi kembang sebab makan banyak makanan berlemak. Tetapi lemak badan makin berkumpul dengan pengambilan gula berlebihan.

Macam mana nak sukat pengambilan gula berlebihan atau tidak ni. Senang saja tuan-tuan puan puan. Selagi boroi dikandung badan..selagi itulah maknanya gula/KARBOHdalam diet kita masih berlebihan.

Ironi sebab orang takut makanan kolesterol dan berlemak sebab takut gemuk..walhal ia bukan penyebab kegemukan yang saintifik. Tetapi gula tinggi hasil daripada pemakanan tinggi indeks glisemik seperti instant oat inilah yang menyebabkan kita jadi semakin lapar, ketagihan makanan dan mengganggu aktiviti metabolik (hormon, biokimia) badan.

Ingat oat segera, ingat gula. Lupakan saja badan kurus atau sihat kalau masih ambil oats. Serat larut atau tidak, ia tidak akan "meneutralkan" kesan toksik gula berlebihan di dalam darah. Jangan buat kelakar.

Jangan termakan dengan fakta serat tinggi dalam instant oat bagus untuk jantung. Semua itu sudah diukur melalui indeks glisemik ya. Serat larut itu bagus untuk kesihatan jantung, tetapi gula berlebihan lebih bahaya untuk jantung. Pengeluar tak tipu dengan kata kandungan serat kesemua oat itu sama. Namun, pengeluar tak cerita pulak penyerapan gula dalam badan jadi tinggi!

Bukan kata tak boleh makan oats. Makan lah rolled oats. Jika rajin, boleh cari steel cuts..kalau sanggup boleh makan oat groat 🤣 itu boleh jadi lebih baik..mungkin tidak hehe.. saya akan ceritakan lagi mengenai oats..sebab ramai orang kita sukaa sangat oats ini.

Pilihlah yang lebih selamat ya. Dah nenek moyang makan nasik, korang nak makan oats pulak. Nantikan fakta-fakta lebih pedas BAHAGIAN 2 daripada anak murid nenek moyang di sini 😋 insha Allah..

.
.

Ikhlas,
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

penyerapan oat sebagai gula darah lebih tinggi berbanding Coke/ Fanta.

Pening ya bila saya tulis penyerapan oat sebagai gula darah lebih tinggi berbanding Coke/ Fanta.

Ini bukan saya kata ya...ini data indeks glisemik daripada HARVARD UNIVERSITY.

1) HUJAH SERAT KURANGKAN INDEKS GLISEMIK (GI)

Ada pula kata takkan serat dalam tu tak kurangkan penyerapan kanji oat tu sebagai gula. Mungkin keliru apa itu indeks glisemik.

Ia sudah MENGAMBIL KIRA serat dalam tu.. tapi masih juga tinggi indeks glisemik 😅

Harvard ni sumber paling sahih kot untuk GI ni..

Tak timbul kadar penyerapan individu sebab fokus kenyataan ialah berkenaan penyerapan gula darah sesuatu makanan itu. Itu yang boleh sukat dan itulah gunanya Indeks glisemik.
.

2) HUJAH OAT KARBOHIDRAT (GULA) KOMPLEKS SUSAH SERAP, FANTA DAN COKE GULA RINGKAS SENANG SERAP

Karbohidrat kompleks jika diperhalusi itulah yang naikkan kadar penyerapan. Sebab halus maka lebih senang diserap.

Kenapa pula fanta dan coke tak menaikkan gula darah?

3) FANTA & COKE INDEKS GLISEMIK RENDAH

Sekali lagi saya tegaskan, rujukan Harvard adalah sahih. Ini masih masuk akal memandangkan minuman ringan ini menggunakan GULA TINGGI FRUKTOSA (HFCS)

Gula  fruktosa tidak meningkatkan gula dan insulin darah seperti gula lainnya. Indeks glisemik gula fruktosa asli hanya 15 dan gula HFCS  yang biasa digunakan dalam air Coke/Fanta..GI dalam 65.

Ini tak bermakna gula HFCS atau pure fructose lebih baik daripada oat..Common sense lah...saya cuma cerita bab penyerapan lah. Pembaca artikel saya tentu ingat bukan, gula fruktosa lah yang saya nobatkan sebagai gula paling toksik jika berlebihan. Banyak lagi kesan buruk daripada pengambilan air bergas ni.

.
.
Akhir kata, tujuan penulisan oat itu bukanlah untuk mengatakan minuman Coke @ Fanta lebih baik. Saya cuma ingin menunjukkan bahawa kesan penyerapan gula pada badan adalah berbeza mengikut jenis oat, walaupun sama nutrisinya. Ini kerana kaedah pemprosesan yang berbeza.
.

Maka adalah mitos bahawa oat segera adalah pilihan baik untuk mengurangkan kencing manis terutama jika diambil berlebihan kerana kadar penyerapan gula darah yang tinggi.

Jika tak percaya, bagi pesakit kencing manis atau prediabetic, ambil oat 3 sudu besar dan sukat bacaan gula darah 15min, 30 minit, 1jam dan 2 jam.  Saya pernah buat dulu-dulu. Anda akan terkejut 😁 Ada yang berani terima cabaran?

Jika nak oat juga, ambil jenis bran (BG22) Steel cut atau rolled oat. Jadilah pengguna yang lebih bijak.

.
.
Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan-

#copypaste

Friday 3 November 2017

TAZKIRAH

Assalamualaikaum..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى اِلى صِرَاطِك َالْمُسْتَقِيْم وَعَلى الِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______

Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?
Adakah jawapan kita "kemiskinan"???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang *tertawa dan menangis*."
(Surah An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang *mematikan dan menghidupkan*."
(Surah An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan *lelaki-lelaki dan perempuan*. "
(Surah An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan *kekayaan dan kecukupan*."
(Surah An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4 ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.

Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan "kemiskinan", tapi
KECUKUPAN.

Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.

Semangat menjemput rezeki yg halal, biar semakin berkat..
InShaaAllah

*copypaste

#diariustazah
#selfremind

Thursday 2 November 2017

Hargailah persahabatan dan persaudaraan

~ SEGELAS AIR ~

Seorang lelaki muda memberitahu seorang ustaz :

_"Ustaz, saya tidak mahu ikut kelas pengajian ini lagi"_

_"Apa alasannya?"_, tanya ustaz.

_"Saya lihat di kelas pengajian ini

perempuannya suka bergosip,
laki2 nya munafik, menguruskan cara hidupnya tak betul,
jemaahnya pula sibuk dg henfon, dll.."_

Kata ustaz;

_"Baiklah. Tapi sebelum kau pergi,__tolong lakukan sesuatu untukku._

_Ambil segelas penuh air dan berjalanlah keliling dalam masjid ini tanpa  menumpahkan walaupun setitis air  ke lantai._

_Setelah itu engkau boleh meninggalkan masjid dan majls ini."_

_"Itu senang sangat!"_

Diapun melakukan apa yg diminta oleh ustaz,

Sementara pengajian sedang berlangsung.

Setelah selesai, dia berkata kepada ustaz,

bahawa dia sedia utk pergi.

_"Sebelum kamu pergi,
ada 1 soalan.

Ketika kamu berjalan keliling dalam masjid,

ada engkau mendengar orang bergosip,
melihat orang munafik, melihat orang sibuk dgn henfonnya?"_

Jawab pemuda  itu ;

_"Tidak."

_"kamu tahu mengapa?"_

_"Tidak."_

_"Kerana kamu fokus pada gelasmu,

Untuk memastikan tidak terlanggar sesuatu dan tidak ada air yg tumpah."_

Begitulah dgn kehidupan kita.

apabila kita mengarahkan pandangan, aktiviti & tujuan kita hanya kepada Allah ﷻ, maka :

• Kita tidak akan ada waktu untuk melihat dan mencari kesalahan orang lain

• Kita tidak akan ada waktu untuk menilai dan mengkritik orang lain.

• Kita tidak akan ada waktu untuk bergosip atau mendengar gosip dari orang lain.

• Kita akan menolong orang lain dan fokus pada langkah kita untuk mencari redha Allah

Manusia bila direndahkan
tidak mungkin sampai menjadi sampah,

Manusia bila disanjung Juga tidak mungkin jadi rembulan.

Maka jangan risaukan kata-kata orang,

Sebab setiap orang melihatmu dengan pemahaman
dan pengalaman yang berbeza.

Teruslah melangkah selama mana engkau di jalan yang benar,
meskipun terkadang kebaikan tidak selalu dihargai, bahkan mungkin dibenci.

Tidak perlu sibuk menjelaskan perihal dirimu,

sebab orang yang sukakan kamu tidak perlu itu semua.

dan orang yang membencimu pula tidak percaya itu semua.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik,
tapi tentang siapa yang nak berbuat baik.

Jika dizalimi orang jangan berpikir untuk membalas dendam,

tapi berpikirlah cara membalas dengan kebaikan untuk dia berubah.

Jangan mengeluh,

teruslah berdoa dan ikhtiar.

Sibukkan diri dengan kebaikan hingga keburukan penat mengikutimu.

Hargailah persahabatan dan persaudaraan
Wassalam.

#diariustazah

Wednesday 1 November 2017

Mien.....kenapa ko asik promote SHAKLEE?

[Mien.....kenapa ko asik promote SHAKLEE?]

Yeahhhh... terlalu banyak sebab kenapa aku tegar bervitamin terutamanya Vitamin Shaklee.

Tapi... hanya 3 benda ni je yang paling membuatkan aku terus percaya untuk mengambil suplimen.

1. Ukhwah upline ~ downline ~ sideline

Yup! This is the most important thing yang membuatkan aku rasa....aahhhh...best rupanya multileve marketing ni!

Walaupun SHAKLEE diterajui oleh orang bukan Islam, tapi upline kami membimbing kami apa erti sebenar 'kerja itu ibadah'. Nak berjaya, kena kukuh amalan rohani dan keakraban dengan Yang Maha Memberi Rezeki, disamping usaha yang bersungguj-sungguh! (Konsep 'Man Jadda Wa Jada').

Secara tak langsung, hati aku tersentak! Betapa leka dan sombongnya aku! Secara tak langsung jugak membuatkan aku lebih fokus kepada tugasan hakiki di sekolah kerana itu adalah sumber rezeki yang utama. Kami sering diperingatkan tentang penjagaan sumber rezeki utama kami agar tidak terabai.

2. Landmark Study

Setiap apa yang kita makan, wajib dipastikan sumbernya kan? So, produk2 SHAKLEE adalah daripada bahan2 semulajadi. Tiada yang dihasilkan daripada gelatin haiwan sebagai bahan utama dalam pembuatan produknya kecuali sarung2 kapsul beberapa vitamin.

Walaupun sarung kapsul diperbuat daripada bovine, SHAKLEE pastikan ia adalah bovine yang HALAL! Sijil Halal SHAKLEE telah diperakui sendiri oleh JAKIM.

Dan yang pasti, pengguna suplimen SHAKLEE adalah golongan yang paaaaalllliiinggg rendah risiko mendapat penyakit ;-)

3. Manfaat Kesihatan

PenyaKit datang dalam tempoh lebih dari 10 tahun! So, untuk menangani gejala penyakit, kita kena 'protect' tubuh dengan mengebalkan sistem imun badan!

Suplimen adalah BUKAN ubat! So, jauhkan jangkaan kita bahawa, 'sakit hari ni, makan vitamin, esok dah baik'!!

Suplimen adalah makanan tambahan bagi menampung kelompongan nutrisi pemakanan kita. Setiap hari kita terdedah dengan radiasi daripada pelbagai bentuk pencemaran. So, salah satu cara nak bantu tubuh kita 'muda' sentiasa, kena ambil suplimen!

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
Pssstttt!!!! Sebenarnya ada 1 lagi faktor utama aku join SHAKLEE nih! Hikhikhikhikk...

NAK KEJAR BONUS beb!!! Aku kan suka melancong. Salah satu cara aku penuhkan 'tabung' lah ni.... kikikikiki...

Jom berVITAMIN! ;-)

#tsunamishaklee
#liveamazing
#landmarkstudy
#shakleeffect

Solat Dhuha Dua Rakaat Mengganti Seluruh Sedekah Ruas Tulang

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Solat Dhuha Dua Rakaat Mengganti Seluruh Sedekah Ruas Tulang*

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

_*Dari Abi Zar RA dari Nabi SAW, seungguhnya bersabda Rasulullah SAW: pada pagi hari diwajibkan bagi seluruh ruas tulang di antara kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir juga adalah sedekah. Begitu pula amar maaruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua boleh diganti dengan melaksanakan solat Dhuha sebanyak 2 rakaat”*_ (HR. Muslim No:  1181) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Setiap ruas tulang kita perlu melakukan sedekah setiap hari bermula dari matahari terbit melalui pelbagai amalan antaranya melalui:

a.  bacaan tasbih

b.  bacaan tahmid

c.  bacaan tahlil

d.  bacaan takbir

e.  setiap perbuatan mengajak kepada kebaikan dan ketaatan dalam pelbagai relung

f.  setiap perbuatan melarang atau mencegah dari kemungkaran

2.  Kesemua amalan anggota badan tersebut boleh diganti dengan melaksanakan solat sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat.

3.  Menurut Ibnu Daqiq solat merupakan amalan semua anggota badan. Jika seseorang mengerjakan solat, maka setiap anggota badan menjalankan fungsinya masing-masing.

4.  Hadis ini adalah dalil yang menunjukkan tentang agung dan mulianya solat sunat Dhuha dan menunjukkan besarnya kedudukan solat sunat Dhuha hingga mampu menyaingi amalan zikir serta amar maaruf nahi mungkar.

*Alangkah baiknya kesemua amalan di atas dapat dilaksanakan dan menjadi rutin harian setiap orang.*

02hb Nov  2017
13hb Safar 1439H

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...