Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

Monday, 20 August 2018

📚Program 1 hari 1 hadith

📚Program 1 hari 1 hadith

📖 Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud.......

"Ada tiga golongan, di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat.Mereka itu ialah:

1⃣Orang yang suka memberi, tetapi suka menyebut- nyebut pemberiannya itu.

2⃣Orang yang menawar-nawarkan dagangannya dengan sumpah palsu.

3⃣Orang yang suka berpakaian berjela-jela kerana sangat luasnya.

(Dari Abu Dzar r.a.: HR Muslim-jilid I - no 83)

Wednesday, 24 January 2018

Nafkah Yang Diberi Adalah Sedekah

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Nafkah Yang Diberi Adalah Sedekah*

عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِي كَرِبَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَطْعَمْتَ نَفْسَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ وَلَدَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ زَوْجَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ وَمَا أَطْعَمْتَ خَادِمَكَ فَهُوَ لَكَ صَدَقَةٌ

_*Dari Al Miqdam bin Ma'di Karib berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu memberi makan pada diri kamu, maka itu menjadi sedekah bagimu, jika kamu memberi makan pada anakmu maka itu menjadi sedekah bagimu, jika kamu memberi makan pada isterimu maka itu menjadi sedekah bagimu, jika kamu memberi makan pada pembantumu maka itu menjadi sedekah bagimu."*_ (HR Ahmad No: 16550) Status: Sahih

*Pengajaran:*

1.  Setiap Muslim dituntut melakukan sedekah

2.  Antara bentuk sedekah seseorang ialah memberi makan kepada:

a.  Diri sendiri
b.  Isteri
c.  Anak-anak
d.  Pembantu

Tunaikanlah hak yang menjadi tanggungjawab seorang lelaki dengan menyediakan makanan yang baik lagi halal kepada diri dan ahli keluarga.

Semoga apa yang kita keluarkan sebagai nafkah untuk diri dan orang lain akan menjadi amalan sedekah.

Diari Ustazah,
25hb Januari  2018

Friday, 1 December 2017

DOA UNTUK LANGSAIKAN HUTANG

Doa yg Rasulullah ajar yg mana apabila membacanya maka Allah akan menghilangkan kebimbangan dan melangsaikan hutang.

Rasulullah saw bersabda
“ bacalah doa ini setiap pagi dan petang”

“Ya Allah, aku berlindung dgnMu drpd kebimbangan dan kesedihan,
Aku berlindung dgnMu drpd berasa lemah dan sifat malas,
Aku berlindung kpdMu dpd sifat takot dan kedekut
Aku berlindung dgnMu drpd bebanan hutang dan tekanan org ramai”

Aminn aminn

Saiyyidan Abu Umamah berkata
“saya telah membaca doa ini setiap pagi dan petang, lalu Allah menghilangkan kebimbangan dan melangsaikan hutang saya “

(HR : Abu Daud)

Wednesday, 1 November 2017

Solat Dhuha Dua Rakaat Mengganti Seluruh Sedekah Ruas Tulang

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Solat Dhuha Dua Rakaat Mengganti Seluruh Sedekah Ruas Tulang*

عَنْ أَبِي ذَرٍّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

_*Dari Abi Zar RA dari Nabi SAW, seungguhnya bersabda Rasulullah SAW: pada pagi hari diwajibkan bagi seluruh ruas tulang di antara kalian untuk bersedekah. Setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir juga adalah sedekah. Begitu pula amar maaruf (mengajak kepada ketaatan) dan nahi mungkar (melarang dari kemungkaran) adalah sedekah. Ini semua boleh diganti dengan melaksanakan solat Dhuha sebanyak 2 rakaat”*_ (HR. Muslim No:  1181) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Setiap ruas tulang kita perlu melakukan sedekah setiap hari bermula dari matahari terbit melalui pelbagai amalan antaranya melalui:

a.  bacaan tasbih

b.  bacaan tahmid

c.  bacaan tahlil

d.  bacaan takbir

e.  setiap perbuatan mengajak kepada kebaikan dan ketaatan dalam pelbagai relung

f.  setiap perbuatan melarang atau mencegah dari kemungkaran

2.  Kesemua amalan anggota badan tersebut boleh diganti dengan melaksanakan solat sunat Dhuha sebanyak 2 rakaat.

3.  Menurut Ibnu Daqiq solat merupakan amalan semua anggota badan. Jika seseorang mengerjakan solat, maka setiap anggota badan menjalankan fungsinya masing-masing.

4.  Hadis ini adalah dalil yang menunjukkan tentang agung dan mulianya solat sunat Dhuha dan menunjukkan besarnya kedudukan solat sunat Dhuha hingga mampu menyaingi amalan zikir serta amar maaruf nahi mungkar.

*Alangkah baiknya kesemua amalan di atas dapat dilaksanakan dan menjadi rutin harian setiap orang.*

02hb Nov  2017
13hb Safar 1439H

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...