Saturday 22 April 2017

7 TANDA KOLESTROL SUDAH TINGGI DI DALAM BADAN ANDA...

★★★★

1. Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu. Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan lenguh-lenguh sebagai gejala awal tanda kolesterol yang tinggi. Gejala ini muncul disebabkan oleh kekurangan oksigen. Gejala kolesterol tinggi yang biasa ialah berat di kepala tapi rasa sakitnya tidak tajam, hanya berat kepala sahaja.
.
2. Tanda kolesterol tinggi yang lain adalah cepat mengantuk, terutama bila kadar kolesterolnya sudah terlalu tinggi, contohnya trigliserida yang normal dibawah 200 mg atau 150 mg. Rasa cepat mengantuk ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengambilan oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang sempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolesterol.
.
3. Selain itu, jika sering merasa semut-semut. Kadang-kadang kesemutan juga boleh kerana darahnya agak pekat. Kadar kolesterol tinggi boleh menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi berkurang.
.
4. Gejala lain adalah terjadi timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi. Namun ini hanya terjadi pada sebahagian kecil orang sahaja.
.
5. Gejala kolesterol tinggi lain yang sering dirasakan adalah mudah merasa letih. Ini disebabkan ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koronari dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan-keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.
.
6. Tanda-tanda lainnya adalah sering sakit kepala. Ini terjadi disebabkan kolesterol yang tinggi dalam darah sehingga memuncak dan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuatkan arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.
.
7. Gejala kolesterol tinggi dalam tubuh yang terakhir adalah kaki bengkak. Hal ini disebabkan ketika pembuluh darah menyempit dan aliran oksigen berkurang, maka yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki menjadi bengkak. Keadaan ini hampir sama dengan situasi ketika terlalu lama duduk dalam sesuatu perjalanan.

Thursday 20 April 2017

FAQIH KENA OPERATE sebab Bisul

Assalamualaikum...

20 April 2017

Pengalaman pertama Yang bermakna buat diriku dan suami....

Anak ketiga kami, Ahmad Izzuddin Al Faqih terpaksa ditahan di wad untuk menjalani pembedahan kecil mengeluarkan darah dan nanah bisul yang terkumpul pada benjolan di bawah dagunya.

ALKISAHNYA BEGINI......

Anak beranak bisul batch pertama keluar lebih sebulan Yang lepas... Tapi Kering dalam masa seminggu selepas tumbuh... Rata-ratanya di kepala.

2 minggu kemudian,tumbuh pula biji bisul di bawah dagu. Diikuti beberapa biji bisul lagi di kepala...

Hujung minggu tersebut, Kami pulang ke kampung. Gian nak mandi di pantai, seronok dapat melepaskan gian 😁😁

Dan Yang Paling memggembirakan, bisul-bisul di kepala Faqih surut dan hilang !!! Clear Dan bersih kepala dan dahinya 😍

Tetapi,

Mata bisul yang bawah dagu pulak hilang sedangkan bisulnya tak surut pun!!! Allamakkkk 😱😱😱😱😱

2 minggu berlalu.....

Buntilan bisul tak bermata tu makin membesar dan memerah...Huhuhu... Faqih tak suka orang pegang-pegang leher atau bahagian bawah mukanya. Huhuhu...

Akhirnya pada ISNIN 17/4/2017 ibu pun bawak Faqih pergi klinik panel yang biasa ibu pergi Tu...

Doktor Rosnita kata, bisul tu perlu dibelah supaya darah keluar sebab ia menjangkiti saraf-saraf di bahagian itu. Beliau tak berani lakukan belahan kecil sebab Faqih masih kecik. Huhuhu.. Doktor Ros buat Kan refer letter kepada paediatric di SALAM Medical,Seksyen 19 Shah Alam.

SELASA 18/4/2017

Sekali lagi bawak Faqih jumpa doktor lain untuk second opinion 😅 Kali ini terus di SALAM Medical.

Sama jugak, doktor bagitau perkara Yang sama seperti Doktor Ros bagitau semalam. So beliau pun siapkan reference letter kepada pakar bedah, Dr Fardeel.

RABU 19/4/2017

Arini Faqih nak jumpa Dr Fardeel 😍😍

Dr Fardeel setkan tarikh untuk pembedahan kecil Faqih, pada 20/4/2017. Tapi, ibu mintak delay sebab pada tarikh itu, ibu Ada tugasan di Sekolah.huhuhu... So, faqih admit pada petang KHAMIS 20/4/2017 😋

TO BE CONTINUED..........

Tuesday 18 April 2017

7 AMALAN SUNNAH HEBAT

Very nicely written 😊
By *Ustaz Don Daniyal*
7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

*Copy&Paste

MALTODEXTRIN Juga Ada Dalam Mealshake

Catatan ini saya salin daripada penulisan Master Lyna Noh Dan kongsikan di sini untuk manfaat dan ilmu tambahan 😘


Info Maltodextrin dari root of medicine:-

Penjelasan berkenaan maltodextrin dan juga high fructose corn syrup(HFCS)

Beberapa hari yang lepas ada diviralkan berkenaan maltodextrin dan  juga sirap jagung berfruktose tinggi/high fructose corn syrup(HFCS). Dikatakan ianya banyak di dalam produk dan juga menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum pada kanak-kanak. Kami ingin menjelaskan beberapa perkara agar benda ini tidak disalah ertikan daripada sudut sains:

1) Di dalam post tersebut, ada menyatakan bahawa Maltodextrin adalah berasal daripada HFCS. Ini merupakan fakta yang salah.
Fakta sebenar: Maltodextrin berasal daripada kanji(starch) yang boleh diperolehi daripada jagung, nasi dan juga kentang. Begitu juga HFCS. Ianya berasal daripada kanji yang boleh kita dapati daripada sumber yang telah saya terangkan. Tiada perbezaan daripada struktur molekul kanji mahupun maltodextrin yang dihasilkan daripada jagung, nasi mahupun kentang. GMO ataupun tidak, kanji yang dihasilkan mempunyai struktu yang sama. Kecuali kanji yang dihasilkan oleh gandum. Ia mungkin akan ada sedikit kandungan gluten.

2) Maltodextrin terhasil daripada hydrolysis separa pada kanji. Seperti yang kita tahu, kanji merupakan rantaian glucose yang sangat panjang dan bercabang-cabang yang terdiri daripada amylose dan amylopectin. Dalam penghasilan Maltodextrin, enzim alpha amylase digunakan untuk menguraikan rantaian glukosa tersebut. Disebabkan hydrolysis itu hanya dijalakan secara separa(partial) sahaja, maka ianya akan menghasilkan rantaian glukosa yang pendek berbanding dengan kanji.

3) Manakala HFCS pula terhasil daripada hydrolysis kanji yang sepenuhnya hingga menghasilkan monosaccharide glukosa. Maksudnya, kanji diuraikan sehingga mana tiada lagi rantaian glukosa. Yang ada hanyalah molekul glukosa yang wujud secara individu. Setelah itu, enzim xylose(glucose) isomerase digunakan untuk menukarkan glukosa kepada fruktosa. Oleh itu, saya tekankan lagi sekali, maltodextrin bukan berasal daripada HFCS. Tetapi berasal drpd kanji itu sendiri

4) Kita pergi kepada kegunaan pula. Maltodextrin digunakan sebagai bahan tambahan dalam makanan(Food additive). Ianya bertujuan untuk meningkatkan kualiti simpanan dan juga menambah perisa pada makanan tersebut. Manakala HFCS pula ditambah dalam makanan untuk sebagai pemanis. Disebabkan ianya mudah untuk dikendalikan dan kosnya murah, maka negara terutamanya eropah yang menghasilkan gula daripada jagung selalunya akan menggunakan pemanis HFCS ini.

5) Tidak dapat dipastikan yang HFCS ini digunakan pada perkara-perkara lain seperti pada plastic, minyak wangi, bateri dan peluru seperti mana yang dikatakan dalam post tersebut

6) Penggunaan Maltodextrin dan juga HFCS memang banyak digunakan dalam produk-produk luar negara seperti yang tertera. Ini kerana harganya yang sangat murah

7) Disebabkan Maltodextrin dan HFCS merupakan gula yang ringkas, maka ianya sangat senang diserap oleh badan. Berbanding kanji, rantaian glukosa yang panjang dan bercabang membuatkan ianya sedikit sukar untuk diuraikan dalam badan. Oleh itu, ianya memberi sedikit sebanyak makanan kepada bakteria di dalam usus supaya dapat membiak

8) Maltodextrin dan HFCS tidaklah menyebabkan leptin turun secara ‘direct’. Mekanismanya lebih panjang dan kompleks daripada itu. Ianya bermula disebabkan maltodextrin dan HFCS adalah gula yang ringkas, maka ianya senang diserap oleh badan. Kandungan gula dalam darah akan cepat meningkat bila mengambil makanan yang mempunyai bahan-bahan tersebut. Disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah dan  ianya tidak digunakan, maka badan akan menukarkannya kepada lemak dalam ‘adipose tissue’. Perlu diketahui bahawa setelah kita makan, adipose tissue akan merembeskan hormone leptin untuk memberi perasaan yang kita sudah kenyang. Tetapi apabila kita mengambil gula yang banyak, maka lagi banyak adipose tissue yang terhasil(seseorang itu akan menjadi obese) dan pada akhirnya menyebabkan ‘leptin resistance’(hormone leptin tidak berkesan). Pada ketika inilah, hormone leptin tidak dpt memberikan perasaan kenyang dan sesorang itu akan rasa asyik lapar sahaja.

9) Tiada kajian yang benar-benar menunjukkan bahawa mengambil maltodextrin dan HFCS boleh menyebabkan kahak, sembelit dan juga tantrum. Tetapi ianya boleh menyebabkan kegemukkan(obesity) yang pada akhirnya menyebabkan kencing manis

Kesimpulan
1) Maltodextrin bukan berasal daripada HFCS. Maltodextrin dan HFCS adalah berasal daripada kanji
2) Tiada kajian benar-benar membuktikan gula tersebut boleh menyebabkan tantrum yang teruk pada kanak
3) Gula tersebut merupakan gula yang ringkas dan senang diserap oleh badan. Jika tidak digunakan, maka ianya akan ditukarkan pada tissue lemak dan ini boleh menyebabkan obesiti

Sunday 16 April 2017

SHAKLEE COLLAGEN POWDER ~ Bukan Sekadar untuk Kulit

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Kepentingan mengambil Shaklee Collagen Powder (SCP).

Kalau kita baca fakta tentang kolagen dalam web , ia banyak menyentuh soal kulit je kan? Itu kerana clinical studies yg dijalankan ke atas SCP adalah berkaitan dgn kulit. Shaklee ni satu la, dia hanya akan claim utk perkara2 yg dia ada buat studies je. Thats why korang takkan jumpa dr mana2 sumber asal Shaklee ttg benda2 macam "makan SCP tulang akan kuat" "makan SCP sakit sendi hilang" dan sebagainya. Mcm tu la jgk produk2 lain mcm Vivix, etc.

Tapi kolagen mmg sangat banyak manfaatnya, bkn takat cantikkan kulit je.

Kolagen adalah protin yg plg banyak terdapat dlm badan kita. Ia ada dalam kulit, otot, salur darah, tulang, tendon, sistem pencernaan, eTc. Ia penting dalamm memberi kekuatan dan daya elastik pada kulit, baiki sel, & sebagai gam utk lekatkan anggota2 badan kita.

Badan kita hasilkan kolagen secara semulajadi. Tapi  bila dah masuk 30-an, production kolagen ni jadi slowdown... haaa masa ni la kita mula nampak kedut2 kat muka, lutut mula rasa bergetar, sengal sana sengal sini.... dan paling tak best, skg2 ni muda2 pun dah rasa simptom2 tu. Kenapa? Sbb banyak sgt benda yg boleh memusnahkan kolagen kita,
- pengambilan gula
- asap rokok
- pendedahan kpd matahari
- pencemaran udara
- kurang nutrisi
- stress

Haaa... thats why penting kita amal colagen ni. Bukan setakat nak cantik je. Kolagen juga meningkatkan metabolisma tau. Hish kalau nak listkan manfaat colagen ni mmg banyak. Bkn sekadar kulit cantik je.

Korang dh start amik SCP? Sape2 yg belum sila la order, bonus dh masuk kan...

PENGALAMAN 3 KEHAMILAN


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

1. Aisyah Humairah

Perut kecik je.. sebab 1st time mengandung, Kan 😁 hinggalah ke saat melahirkan, perut masih kecik. 2 minggu menuju estimate due date, baru kawan-kawan di sekolah perasan Yang kiter ni tengah mengandung. Dah nak bersalin pun! 😂😂😂 Masa mengajar PJ di padang, ok je melompat Dan berlari bersama anak-anak murid. Kadang, murid-murid ni langgar je Cikgu dia ni ..... Huhuhu..

2. Ainin Suffiyah

Kali ni, Perut besaaarrrr dan badan mak pon berat!! 😱😱😱😱😱 Hihihi... Mak makan Dan suka memasak sejak sebelum mengandung hinggalah ketika baby nak keluar. So baby pun lahir 500gram lebih berat daripada kakak dia 😘😘😘

3. Izzuddin al- Faqih

Kali ini dahsyat!!! 7 bulan mak tak lalu makan.. hanya bergantung kepada performance drink sebagai #energydrink . Baby aktif sungguh dalam perut!!!! Mungkin nak bagitau yang dia tu 'hero' 😝😝😝😝 setiap Kali dia beraksi, bergoyang badan mak, sampai ayah pon perasan 😂😂😂 

#diariustazah
#diarikehamilan

Saturday 15 April 2017

DIABETICS Patut Makan...

Sesiapa pun boleh dapat #kencingmanis tapi YANG BERISIKO TINGGI DIABETES JENIS 2 adalah

✔️sejarah keluarga diabetes
✔️kurang senaman
✔️obesiti bmi>25
✔️darah tinggi
✔️umur yg meningkat
✔️stress
✔️pregnant
✔️ambil gula dan lemak berlebihan
✔️kurang ambik serat

Komplikasi #diabetes

✔️Retinopati (mata; katarak, buta etc)

✔️Nephropati (kegagalan fungsi buah pinggang)

✔️ Neuropati (saraf; mati pucuk juga akibat saraf masalah saraf)

✔️Jantung Koronori

✔️Angin Ahmar stroke

✔️Kaki Diabetik (risiko potong kaki) 

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Dianggarkan 90% pesakit #diabetes selalunya melibatkan pesakit
✔️berlebihan berat badan
✔️sejarah diabetes dlm keluarga
✔️tekanan darah yg tidak terkawal
✔️paras kolesterol yang tinggi

Seramnya😱😱😱😱
Mohle kita turunkan berat badan😩

πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡πŸ‡

1. VIVIX

Pengambilan Resveratrol menunjukkan peningkatan sensitiviti insulin kepada mereka yang obes dan ia bantu metabolism glukos.

Resveratrol sangat berguna untuk mencegah dan merawat diabetes.
Resveratrol meningkatkan sensitiviti kepada Vitamin D. (Potensi reseptor vitamin D)

VIVIX kaya dengan resveratrol.

Resveratrol ditemui pada kulit anggur merah.

Buah anggur muscadine(bahan utama Vivix) mempunyai tahap resveratrol yang paling tinggi berbanding anggur biasa.

=================================

2. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

Gilsemik Indeks sesuatu makanan adalah menunjukkan betapa cepat makanan tersebut menukarkan gula dalam darah.  Lagi rendah GI sesuatu makanan itu,  lagi  baik makanan itu diambil.

Sebab tu,  ESP dibolehkan untuk diambil oleh orang yang ada masalah kencing manis kerana GI nya yang rendah iaitu 22.

Nasi putih? GI= 64

Credit info by Siti Noriza Binti Saleh

=================================

3. OSTEMATRIX

Pesakit diabetes dengan magnesium yang rendah mengalami risiko tinggi untuk BUTA( #diabeticretinopathy )

Kekurangan magnesium juga berkait rapat dengan tekanan darah tinggi

Ostematrix lengkap dengan kalsium, magnesium dan Vitamin D.

Pesakit diabetes?? Jadikan Ostematrix salah satu vitamin wajib ada.

Untuk masalah diabetes retinopati, kombinasi bersama vitamin ACE sangat membantu.

#worldjournalofdiabetes

=================================

4. SUSTAINED RELEASE VITA-C Plus

Orang diabetes ni terdedah pada risiko jangkitan, gusi berdarah, penyakit kulit, fungus, luka yang susah nak baik, sebab tu penting untuk ambil Vitamin C SETIAP HARI.

Badan kita tak simpan vitamin C jadi kena ambik setiap hari.

Pengambilan Vitamin C (500mg 2kali sehari setahun) membantu mengurangkan masalah kebocoran protein dalam urin terutama bagi pengidap diabetes. Ramai doktor yang mencadangkan kepada pesakit diabetes untuk mengambil Vitamin C 1-3gram sehari.

-World Journal Of Diabetes- 

====================================


5. B COMPLEX 


Vitamin B diperlukan untuk membantu penukaran makanan yang diambil terutamanya karbohidrat, menjadi tenaga. 


Ini amat-amat perlu kerana karbohidrat yang tidak bertukar kepada TENAGA Akan memyebabkan pengumpulan gula dalam darah. Ini lebih kritikal apabila pankreas tidak sensitive terhadap insulin. 


Pengidap DIABETES Akan mengalami simtom keletihan dan kelesuan akibat tiada tenaga. Pengidap DIABETES sepatutnya bergerak aktif agar perpeluhan berlaku. 


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Bagaimana nak dapatkan vitamin-vitamin untuk pengidap DIABETES?

Boleh terus hubungi UstazahCeria di talian 012.3618431  atau 'follow' @aminahsyuhadah di Instagram 😎

Friday 14 April 2017

KURSUS MANIKAYU 1

Hari kedua KMK1 (8/4/2017)

Aktiviti pagi selepas Subuh dimulai dengan Laung Agung Dan sarapan pagi. Selesai mengisi perut, Kami masuk ke dewan untuk slot berikutnya.

Hari ini kami masuk kepada slot UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK).

"Jika Pengakap itu tidak Ada keseronokan, maka ia akan kehilangan daya tarikan Dan kejayaan. "
~ Baden Powell ~

Benarlah kata BP, dah nama pun kanak-kanak, aktiviti PENGAKAP mesti dipenuhi dengan nyanyian, permainan Dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan 😁😁😁😁

Korang tahu tak?

Pengakap dikategorikan kepada :-

💓 PENGAKAP LEBAH ~ Pra Sekolah 4 - 7 tahun.
💓 PENGAKAP KANAK-KANAK ~ umur 9 hingga 12 tahun.
💓 PENGAKAP MUDA ~ Umur 13 hingga 15 tahun.
💓 PENGAKAP REMAJA ~ Umur 16 hingga 17 tahun.
💓 PENGAKAP KELANA ~ umur 18 hingga 26 tahun.

=================================
LAGU : 1 Jari

Satu jari, satu jari, satu jari,
Tret tet tettt..
Tunjuk atas, tunjuk bawah,
Tepuk tangan,
Tret tet tettt....
=================================

LATIHAN DALAM PKK

Perlu ada amalan sosial, kerohanian, emosi, jasmani, kepimpinan.

Usia 8 - 9 tahun :

Kanak-kanak tidak memikirkan tentang masalah Dan kesusahan. Namun, mereka agak kelam-kabut dalam mempelajari perkara baharu. Mereka sentiasa bergembira, berangan Dan berkhayal. Mereka sangat perlukan perhatian dan kasih sayang dan perlu diberikan pujian setiap Kali selesai tugasan.

Usia 9 - 10 tahun :

Ketika usia ini, mereka perlukan keseronokan Dan inginkan kebebasan. Mereka mula percayakan kebolehan diri jika didorong dan mula menonjolkan sikap kepimpinan dan bekerjasama.

=================================
LAGU : 3 Aras

Mari kita nyanyi 3 Aras, Aras,
Mari kita nyanyi 3 Aras , Aras ,
Aras atas,
Aras tengah,
Aras bawah,
3 Aras, Aras.
=================================

Usia 10 - 12 tahun :

Ketika usia ini , kanak-kanak mula bertanggungjawab. Justeru, KETUA SEKAWAN biasanya dalam kalangan PKK usia ini.

Golongan ini mula saling menghormati, boleh ditugaskan untuk mengumpulkan rakan-rakan Dan tegas dalam menghadapi masalah.

Mereka gemar meneroka Dan menjelajah serta permainan lasak, namun masih tetap mementingkan ahli kumpulan
👍👍👍.

=================================
LAGU : Rumah Dalam Hutan

Sebuah rumah di dalam hutan,
Anak Rusa tinjau di tingkap,
Seekor arnab berlari,
Mengetuk Pintu....

Tolong! Tolong! Katanya
Pemburu nak tembak saya,
Mari! Mari! Masuk ke dalam,
Bersukaria....
=================================

Jom berpengakap bersama UstazahCeria 😘

Tuesday 11 April 2017

KURSUS MANIKAYU 1

Alhamdulillah...

Berjaya juga ustazah ceria  😜😜😁😁😁 habiskan Kursus Manikayu Peringkat 1 pada 7 hingga 9 April 2016 😄😄

Inilah saat yang ustazah ceria nantikan setelah menyepi selama 2 tahun..Huhuhu...

HARI PERTAMA (07/04/2017)

Cepat-cepat siapkan segala tugasan di Sekolah, sebab UstazahCeria dah tak sabar nak mendaftar di kem 😂😂.

Jam 2.45 petang, ustazah ceria dah terpacak di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor. Masa tu dah Ada 3 orang peserta KMK 1 yang menantikan urusetia.

Jam 4.00 petang, slot 1 bermula dengan pengenalan Jurulatih-jurulatih kursus. Kebanyakan mereka UstazahCeria kenal sebab pernah berjumpa semasa aktiviti kepengakapan beberapa tahun lalu di Eco Village and Resort, Semenyih.

Jam 5.00 petang, seusai solat Asar, aktiviti pertama Kami ialah Laung Agung.

Laung Agung merupakan perhimpunan anak-anak Pengakap bersama Akela. Akela ialah Ketua a.k.a Pemimpin kumpulan tersebut.

Bagaimana Laung Agung dilaksanakan?

1. Akela laungkan "PEK!!" 1 Kali. Anak-anak pengakap Yang lain berhenti buat kerja Dan beri perhatian kepada Akela.

2. Akela laung "PEK! PEK! PEK!" Anak-anak pengakap menyahut "Peeekkkkkk!" yang panjang sambil bergerak mendekati Dan mengelilingi Akela.

3. Semasa dalam bulatan (keliling Akela), Akela depangkan tangan, yang lain buka bulatan.

4. Akela jatuhkan tangannya, yang lain lepaskan tangan.

5. Akela depangkan tangan untuk kali ke-2, yang lain berdiri dengan menjengkitkan kaki.

6. Akela turunkan tangannya, lalu yang lain terus duduk mendekam sambil tangan diletakkan di sisi kaki, lalu menyebut, " Akela, kita buat habis baik! " Dan terus berdiri.

7. Akela berdiri menghadap untuk memcabar seorang daripada anak pengakap. Anak pengakap Yang dicabar itu tabik hormat, lalu berkata, " kamu buat habis baik?"

8. Terus disambut oleh anak-anak Pengakap yang lain, "Kami buat habis baik!"

9. Seterusnya, Ketua Sekawan melapor kepada Akela.

Selesai aktiviti Laung Agung, Kami bersama-sama mendirikan khemah masing-masing.... 😜😜😜

Wednesday 5 April 2017

UJIAN SEGAK 4 EFISIEN

Haihhhhh... Gerammm je UstazahCeria tengok budak-budak ni buat ujian SEGAK 
Budak-budak zaman la ni, ramai yang dikategorikan sebagai OBESITI 
Seingat UstazahCeria dulu, umur 10 tahun, berat badan tak sampai 20kg. Hahha... Tu pun dah dikira 'berat' jugak la pada zaman tu, sebab UstazahCeria selalu digelar 'anak gajah'  


Ujian SEGAK pertama UstazahCeria jalani  adalah ketika pengajian ustazah di Maktab Perguruan 9 tahun dulu  masa tu berat UstazahCeria range 48-50kg aje...Hihihi...Zaman tu, UstazahCeria masih aktif bersukan dan suka beraktiviti luar. So fitness ustazah memang tip top  hehehe...
Okey, sini nak cerita apa benda yang dikatakan sebagai ujian SEGAK  

1. UKUR BMI 

Time ni la paling berdebor Dan paling malu!! Siap buat kepungan lagi dekat alat timbang tu  kalau boleh, jangan Ada orang yang nampak kat mana jarum penimbang tu berhenti  kihkihkih... 

Body Mass Index dikira dengan cara : 

Berat
------------------------
Tinggi X Tinggi 

Contohnya :-
50kg / (150cmX150cm) = 22.00 

Ahhhh legaaa!!! Masih dalam 'range' NORMAL  

Klasifikasi Tubuh Berdasarkan BMI :

 <18.5 (kurang berat)
 18.5 - 23.5 (normal)
 > 23.5 (obesiti) 




2. DUDUK JANGKAU 

Aaahhhh... Aktiviti ini Yang paling 'sakit'  Ini adalah aktiviti untuk mengukur tahap fleksibiliti tubuh kita.
Dalam keadaan duduk melunjurkan kaki, tapak kaki dirapatkan kepada bangku lunjur. Tangan pula diletakkan di atas permukaan bangku lunjur itu, dan tubuh dibongkokkaan ke hadapan secara perlahan-lahan, semaksima mungkin, sehingga titik akhir Yang mampu dicapai oleh jari. Berhenti selama 3 saat dan bacaan pun diambil.
Hahahhahahahah Yang ni ustazah tengok budak-budak ni, kejung je badan masing-masing 


3. TURUN-NAIK BANGKU

Aduhaiiii.. Yang ini lagi haru!! Kehkehkeh boleh bikin semput. 

Ini adalah aktiviti untuk menguji tahap kecergasan kardiovaskular. Murid dikehendaki Naik Dan turun daripada bangku Yang disediakan mengikut irama bit yang dibunyikan. 5 saat selepas aktiviti ini, murid-murid hendaklah mengira kadar denyutan nadi masing-masing dalam masa 1 minit. 

Hahahhahahahah masa nilah nak tengok kat mana nadi korang πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ 


4. BANGKIT TUBI SEPARA 

Huhuhu aktiviti ini adalah untuk menguji kekuatan otot abdomen. 

Cara nak buatnya camni, baring Dan bengkokkan lutut. Kemudian bangun, sambil Dagu dirapatkan ke dada. Kemudian, baring semula. Ulang sehingga 1 minit. Dalam masa seminit tu, dapat buat berapa Kali bangkit tubi. Hahahhahahahah... 

Rekod UstazahCeria untuk ujian ini hanya 50 Kali je..Huhuhu.... Sehari kemudian, Perut cramp seminggu!!! 😜😜😜😜😜 


Okaylah, selamat mencuba aktiviti SEGAK ini di rumah 😘


Tuesday 4 April 2017

JANGAN MENUDUH!

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Larangan Membuat Tuduhan Buruk*

عَنْ أَبِي ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

_*Dari Abu Dzar RA bahwa dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang melempar tuduhan kepada orang lain dengan kefasikan, dan tidak pula menuduh dengan kekufuran melainkan (tuduhan itu) akan kembali kepadanya, jika saudaranya tidak seperti itu."*_ (HR Bukhari No: 5585)

Pengajaran:

1.  Muslim dilarang membuat tuduhan buruk sesama Muslim.

2.  Islam melarang melempar tuduhan fasik ataupun kufur kepada saudara Islam yang lain.

3.  Jika tuduhan itu tidak benar, sifat fasik dan kufur itu akan terkena kepadanya. Dalam hadis yang lain menyebutkan:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَيُّمَا رَجُلٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا كَافِرُ فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا

Dari Abdullah bin Umar RA bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Siapa saja yang berkata kepada saudaranya; "Wahai Kafir" maka boleh jadi akan kembali kepada salah satu dari keduanya." (HR Bukhari No: 5639) Status: Hadis Sahih

*Jauhilah amalan suka mencela serta mengelarkan dengan gelaran buruk terhadap orang lain.*

05hb April  2017
08hb Rejab 1438H

#copy&paste

Monday 3 April 2017

KURANGKAN KELESUAN DENGAN B COMPLEX OSTEMATRIX VITALEA

Kihkihkih 😝😝😝 lesu amat awok!

Pagi-pagi selepas sarapan telan la VITALEA... Tubuh perlukan iron untuk kekal bertenaga macam besi 😝😝 hahha

Lepas makan tengah hari, telan pula B Complex supaya makanan yang diambil itu dapat ditukarkan kepada TENAGA. So, taklah gula daripada karbohidrat tu terkumpullll je dalam badan. kencing manis pun tak hinggap malah tubuh kekal cergas sepanjang hari 😘

Sebelum pejam Mata untuk tidur, telan dulu OSTEMATRIX 😎 kalsium Dan Magnesium dapat diserap dengan baik dengan Bantuan vitamin D agar otot dapat rileks Dan tidur lebih Lena sepanjang malam 👍👍👍 bangun pagi pun Segar!!

#setcergas
#vitaminuntukcergas
#diariustazah
#ustazahceria

🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

Hubungi UstazahCeria 012-3618431/017-3129349

Atau

Follow IG @aminahsyuhadah
FB Aminah Syuhadah

Sunday 2 April 2017

STROKE @ STROK

STROKE/Angin ahmar adalah keadaan apabila berlaku gangguan atau kekurangan bekalan darah ke otak ➡️ oksigen dan nutrien tak sampai ke semua sel otak ➡️ sel otak mati

Jadi, dapat bayangkan tak komplikasi apabila sel otak ni mati?

🌸 Lumpuh
🌸 Maut

Punca stroke:

1. Arteri tersumbat (stroke ischemic)
2. Arteri/salur darah bocor (stroke hemorrhagic)
3. Gangguan aliran darah ke otak secara sementara = transient ischemic attack (TIA)

Bermakna, 2 punca utama STROK ialah :
🎀 Arteri tersumbat
🎀 Arteri pecah

🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

1. Ischemic Stroke @ heart attack (80% dari kes stroke adalah daripada jenis ini i.e ada arteri tersumbat kt otak atau mana-mana salur darah yang membawa darah ke otak menyebabkan aliran darah tersekat).

A)  Thrombotic stroke
➡️ berlaku apabila ada darah beku (thrombus) terbentuk dalam salah satu arteri yang membekalkan darah ke otak.

➡️ darah beku terjadi sebab ada plaque (lemak/kolesterol) yang menyebabkan laluan arteri semakin sempit dan aliran darah semakin berkurang (artherosclerosis) atau keadaan arteri lain.

Dan stroke ni tak semestinya terjadi sebab darah tersumbat kat otak je,

Boleh juga berlaku apabila ada darah beku di kawasan lain/salur darah yang membawa darah ke otak,

Yg dipanggil...

B) Embolic Stroke
➡️ berlaku apabila darah beku atau bendasing lain terbentuk jauh dari otak (cth: jantung). Pastu darah beku/bendasing ini lalu semua salur darah tetapi akhirnya tersekat pada salur darah/arteri otak yang sempit. Jenis darah beku ini dipanggil embolus.

So, ingat stroke jenis iskemik ada thrombotic dgn embolic ➡️ dua2 sebab arteri tersumbat.

🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

Stroke jenis kedua pulak, hemorrhagic

2. Hemorrhagic stroke

➡️ berlaku apabila salur darah dalam otak bocor atau pecah (pendarahan otak)
➡️ punca: darah tinggi tak terkawal atau dinding salur darah dalam otak nipis/lemah (aneurysm)

Yang ini apabila dinding arteri menipis, apabila darah flow laju kat situ, ia boleh mengakibatkan salur darah pecah!!!

Itu pun akan memutuskan bekalan oksigen dan nutrien ke otak dan mengakibatkan stroke 😱

And last but not least,

🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀

3. Transient Ischemic Attack (TIA)

➡️ berlaku apabila ada gangguan aliran darah ke otak dalam jangka masa pendek (kurang 5 minit) ➡️ ministroke

➡️ punca seperti ischemic stroke i.e berlaku bila ada darah beku atau serpihan bendasing yg menghalangg kelancaran aliran darah ke otak.

Saturday 1 April 2017

UBAT KAYAP SEMULAJADI

[NUTRIFERON vs KAYAP]

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

# Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan

# Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

~ www.myhealth.gov.my~

Kenapa mesti NUTRIFERON? Apa istimewanya ia?

♡ NutriFeron Shaklee mengandungi ekstrak biji labu dan ekstrak biji plantago.

» biji labu adalah penggalak kepada penghasilan interferon dalam sistem imun.

» biji plantago mempunyai polisakarida yang merangsang sistem imun tubuh kita.

#kayap
#immunebooster

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...