Tuesday 14 April 2020

SET KESIHATAN ASAS

SET KESIHATAN ASAS 


Anda sedang mencari-cari suplemen apa yang paling asas tapi paling sesuai dengan bajet kewangan anda? Semestinya UstazahCeria mencadangkan Set Kesihatan Asas Shaklee yang terdiri daripada empat suplemen asas yang diperlukan oleh tubuh kita. 

Anda beli Set Kesihatan Asas ini, anda akan didafatarkan keahlian Shaklee secara PERCUMA dan tiada kos penghantaran.

ENERGIZING SOY PROTEIN 


Apabila memasuki usia pertengahan, tubuh kita akan mengalami penurunan prestasi termasuklah gejala mula kehilangan otot. Maksudnya, otot-otot kita mula mengendur. Oleh itu, pengambilan PROTEIN adalah penting sebelum usia ini bagi melambatkan penuaan, disamping amalan senaman yang konsisten, akan dapat membantu tubuh mengekalkan jisim otot dan kecergasan. Selain itu, pengambilan PROTEIN juga dapat membantu merendahkan risiko terhadap masalah kesihatan berkaitan jantung dan kolesterol tinggi. 


Kepada penggemar manisan, 

pemakanan yang tinggi gula akan membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah. Ini akan mempengaruhi fungsi jantung dan mengakibatkan keradangan dalam badan. pengambilan PROTEIN membantu menstabilkan paras gula dalam darah disamping mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin. 

Berusaha mendapatkan berat badan ideal??

Orang yang mempunyai kadar metabolisme badan yang tinggi akan membakar lebih banyak kalori. Maka, jika anda dalam kategori orang yang rendah metabolik, ambillah PROTEIN untuk meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. Disamping membantu mengawal pengambilan kalori-kalori pengambilan makanan seterusnya dan membantu mengekalkan jisim otot. lebih banyak otot anda, maka lebih tinggi kadar metabolisme anda. 

Anda suka bersenam? 

PROTEIN amat penting untuk anda! Ia diperlukan untuk membina semula otot dan memperbaiki otot. Otot memerlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan. 

Ibu yang menyusukan anak, 

Anda memerlukan dua kali ganda  lebih PROTEIN kerana protein dapat membantu mengekalkan kesihatan ibu untuk proses penghasilan susu badan. Protein yang terdapat dalam susu ibu membantu pertumbuhan optimum bayinya. 

Ibu hamil, 

PROTEIN penting dan baik untuk kehamilan kerana ia menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat, disamping membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak. Maka, berat tidaklah naik mendadak berkilo-kilo sepanjang 40 minggu kehamilan. 



VITAMIN C 


Tahukah Anda? 

1. Haiwan mamalia boleh menghasilkan vitamin C daripada badan mereka sendiri KECUALI manusia. 

2. Pengambilan vitamin C secara konsisten membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan hipertensi. 

3. 90 peratus sumber vitamin C adalah darripada buah-buahan dan sayur-sayuran. 

4. Merokok mampu merosakkan sel darah merah yang akan mengakibatkan strok dan sakit jantung. Vitamin C merupakan salah satu antioksida. Maka seorrang perokok perlu mengambil lebih vitamin C daripada orang biasa. 



VITA-LEA IRON FORMULA


Jika anda mencari suplemen multivitamin dan multimineral dalam 1 tablet, inilah dia! Asas terhasilnya Vita-Lea ini ialah pada tahun 1915, Dr Forrest C Shaklee iaitu pengasas multivitamin pertama di Amerika Syarikat. 

Vita-Lea membantu menyokong kesihatan yang baik. Ia mengandungi beta-karotena yang membantu mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu. Vita-Lea juga mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk pertumbuhan tulang dan gigi.


OMEGA GUARD


Omega Guard adalah minyak ikan omega-3 Shaklee yang diformulasi daripada ikan-ikan kecil dari lautan dingin, melalui 3 peringkat penyulingan. 

Asas penjagaan kesihatan haruslah mengambil pemakanan bersumberrkan omega-3 kerana terdapat banyak manfaat daripadanya. 

1. Omega-3 membantu mengurangkan imflamasi atau keradangan kepada sendi terutama lutut, pergelangan tanagn, pergelangan kaki, jari-jemari. 

2. Omega-3 membantu melancarrkan peredaran darah ke bahagian sendi dan membekalkan otot sendi dengan nutrisi. 

3. Sakit sendi terjadi akibat daripada kemerosotan tulang rawan yang menjadi pelapik atau kusyen antara dua tulang sendi. Maka omega-3 membantu menjadi pelincir dan membantu dalam pembentukan tulang rawan. 

4. Omega-3 juga membantu mengurangkan plak yang mengakibatkan pelupaan, nyanyuk dan Alzheimer. Ini bermaksud, omega-3 membantu menguatkan sel-sel otak untuk berhubung dengan baik dan meningkatkan daya perhatian.

5. Omega-3 juga membantu mengaktifkan antioksidan yang membantu mengurrangkan tekanan kepada sel-sel otak. 

6. Omega-3 membantu meningkatkan pengaliran darah ke otak untuk meningkatkan memori secara konsisten. 

7. Omega-3 juga membantu mengekalkan degupan jantung yang sihat dan konsisten, dengan cara membantu mengembangkan saluran darah, membaiki keradangan pada salur darah, mengawal tekanan darah dan peredaran darah yang sihat. 

8. Omega-3 terlibat secara langsung dalam proses penyingkiran kolesterol jahat (LDL) dan menghasilkan kolesterol baik (HDL). 

Nahhhhh!!! banyak sungguh kan manfaat omega-3 untuk tubuh badan kita? 


BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...