Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Wednesday, 28 March 2018

CARA KURANGKAN RABUN

Lebih 1436 tahun dahulu, apabila bayi lahir, Rasulullah SAW mengamalkan mengambil secebis kurma dan memasukkannya ke dlm mulut. Rasulullah SAW akan mengunyahnya hingga lembut dan kemudian menyapunya di lelangit bayi yg baru lahir.

Ini dipanggil Tahneek dlm Islam.
- Hari ini BBC News melaporkan dari pakar - sedos gula dlm bentuk gel yg disapu dlm pipi dlm mulut merupakan cara murah dan efektif utk melindungi kerosakan otak bagi bayi yg lahir tak cukup bulan. Inilah sebabnya Muslim mengamalkan amalan Rasulullah SAW tanpa mempersoalkannya. Sains hanya kini baru meneroka tradisi yg telah diperkenalkan 1436 tahun dahulu kerana Islam dari dulu hingga kini masih mendahului segala perkembangan.

Mari berkongsi ilmu, apatah lg sesama Muslim bahawa Islam bukan agama primitif. Subhanallah. Segala puji bg Allah.

********
'Jika sakit kepala di bahagian hadapan kepala, rawatannya adalah tidur. Jika di atas kepala, rawatannya adalah makan & minum air. Jika sakit kepala di bahagian belakang kepala, maka rawatannya adalah cuba menghilangkan stress.

💐💐💐💐💐

Rawatan utk menambah penglihatan lebih jelas.

.......

Ini sgt penting untuk mereka yang lemah penglihatan dan untuk semua. Otot mata bekerja setiap hari yang boleh membawa  kepada penglihatan yang kurang tepat.

Demi mengembalikan penglihatan yg baik dan mengekalkannya, kita perlu mengikut sunnah di dlm solat. Kita perlu sentiasa membuka mata setiap kali sujud dan ketika berdiri pula, mata perlu sentiasa fokus kepada titik sujud sepanjang solat.

Kelebihan melihat titik sujud ialah ketika rukuk, otot mata akan menekan lensa untuk menambah penglihatan dan ketika kita bangun, otot mata akan mengendur.

Ketika sujud, lensa akan mengecil disebabkan jarak di antara mata dan lantai. Apabila kita bangun  semula, otot mata akan mengendur semula.

Amalan yg kita lakukan setiap hari merupakan antara latihan mata kita. Kita boleh melakukan sebanyak 17 kali atau sebanyak mana yg diingini.

Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan utk membuka mata ketika sujud dan kini saintis pula mengesahkan amalan ini utk menambah & memperkukuhkan daya penglihatan. Subhanallah.

Kongsikan tips ini. Moga mendapat keberkatan dari Allah SWT.

💐💐💐💐💐

Saintis bukan Islam mengesahkan bahawa kita kini terdedah dengan kuasa caj eletrik lebih besar dari sebelum ini.

Ini disebabkan oleh radiasa elektromagnet dari peralatan seperti telefon bimbit, TV, AC, microwave dan sebagainya. Dan sekiranya kita tidak mahu radiasi ini mengancam kita, kita perlu meletakkan dahi di lantai lebih dari sekali sehari kerana bumi boleh menyerap radiasi.

Kita sebagai Muslim diberi 5 waktu solat utk menyentuhkan dahi kita ke lantai, iaitu 92 sajadah setiap hari. Subhanallah.

💐💐💐💐

Setiap perintah Allah ada kelebihannya.
"Which of the favours of your Lord will you deny?"

(Surah Ar-Rahman).

Jika info ini memberi inspirasi kepada anda, jom kongsikan. Wallahualam. Saya cuma copy paste daripada seseorang

Thursday, 8 March 2018

IBRAH AL-KAHFI: SATU FIKRAH, SATU AMAL.

IBRAH AL-KAHFI: SATU FIKRAH, SATU AMAL.

Allah telah menceritakan kesatuan yang dinikmati oleh Ashabul Kahfi. Segolongan kecil yang berusia cukup muda mensisihkan diri dari kebobrokan masyarakat yang serba karut.

Mereka berjaya mempertahankan iman dalam keadaan yang cukup menekan. Ayuh kita saksikan proses bagaimana mereka dikurniakan kesatuan oleh Allah.

⚫ Inisiatif Memelihara Iman.

Ashabul Kahfi melihat sendiri kesesatan yang mendominasi masyarakat mereka. Sedangkan mereka tiada upaya mencegahnya. Memandangkan mereka masih budak, tiada upaya ilmu dan tidak mempunyai daya pengaruh. Lantas Ashabul Kahfi mengambil inisiatif masing-masing tanpa dirancang. Mereka melangkah keluar dari negeri mereka demi memelihara iman.

⚫ Liqa' Fikri.

Setiap dari mereka diilhamkan untuk pergi menuju ke arah yang sama. Diringkaskan dari Tafsir Ibnu Kathir bahawa ketika dalam perjalanan, orang pertama dalam kalangan mereka singgah berehat di bawah pokok. Diikuti oleh orang keseterusnya dan keseterusnya.

Sehinggalah semua dalam kalangan mereka berehat di bawah pokok. Sedangkan ketika itu mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Mereka senyap. Mereka belum kenal fikrah mereka antara satu sama lain.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun memecah kesunyian, lalu menerangkan sebab mengapa dirinya berada di situ.

"Sesungguhnya aku menyaksikan kaumku dalam keadaan batil. Sementara aku dilarang untuk mengabdikan diri kepada Allah"

Pengakuan tersebut disambut oleh seorang demi seorang dari mereka dengan ucapan:

"Demi Allah, aku juga begitu"

⚫ Ribat Hati.

Sejurus selepas masing-masing sedar bahawa fikrah mereka sama, manhaj hidup mereka sama dan langkah mereka sama. Maka ketika itulah Allah menggambarkan hati mereka diikat kemas. Ribat. Ikatan iman tanpa apa-apa kepentingan yang lain.

وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَٰهًا ۖ
"Dan Kami telah ikatkan hati-hati mereka lantas mereka bangkit berkata "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi. Kami tidak sekali-kali menyeru selain dari Dia" - al-Kahfi 14.

⚫ Syarat Bersatu.

Hari ini ramai yang menyeru agar berukhuwwah tanpa sebarang syarat yang kukuh. Ibarat cek kosong yang terdedah kepada penipuan. Apa yang telah terpapar dalam kisah Ashabul Kahfi, mereka mencapai darjat ukhuwwah tertinggi setelah berkongsi iman yang sama serta manhaj hidup yang sama.

Iman yang tidak disertakan dengan kepentingan duniawi. Iman yang jujur, tidak menipu. Berterus terang terhadap keyakinan masing-masing. Tidak memperguna antara satu sama lain. Itulah sebenar-benar ukhuwwah.

⚫ Satu Fikrah Satu Amal.

Walaupun sesi perkenalan Ashabul Kahfi hanyalah sebentar. Hanya beberapa ketika berkongsi fikrah di bawah pokok. Namun demikian, Allah mengikat hati mereka dan melangsungkan ukhuwwah mereka lebih dari 300 tahun lamanya.

Iman jika dikongsi akan kekal berbuah manis. Sementara hubungan yang berpaksikan kepentingan dunia dan material akan luak dan menjadi punca perbalahan sesama manusia.

Abdul Mu'izz Muhammad
2 Mac 2018.

FITNAH BERLAKU TANPA MENGIRA HUBUNGAN KEKELUARGAAN

AJARAN SABAR NABI YA'QUB & NABI YUSUF.

Setelah abang-abang Nabi Yusuf menjalankan makar, mereka kembali dalam keadaan menangis palsu teresak-esak di khalayak ramai untuk menagih simpati. Menyatakan kononnya betapa sedihnya mereka. Sedangkan merekalah pelaku onar yang sebenar.

Walaupun taktik mereka lapuk dan kelihatan kebudak-budakan lagi memualkan, ia kekal efektif sampai bila-bila dipraktikkan oleh pelaku fitnah.

Nabi Yusuf yang menjadi mangsa, dibuang dan dibiarkan bersendirian tanpa pembelaan sewajarnya. Sementara ayah mereka, Nabi Ya'qub menangis keseorangan hingga buta kerana menanggung kesedihan seorang diri.

Kesedihan orang-orang yang soleh diajukan kepada Allah. Mereka tidak memerlukan simpati manusia dengan sandiwara yang menjentik emosi.

Sementara abang-abang Nabi Yusuf yang jahat mengiklankan tangisan buaya mereka. Guna untuk memperdaya serta mengeksploit emosi orang ramai.

Jika difikirkan apalah salah Nabi Yusuf yang hanya mahu ikut bermain bersama abang-abangnya. Gara-gara iri hati dan merasa terancam, abang-abang Nabi Yusuf sanggup cuba membunuh adik mereka sendiri. Apatah lagi setelah adik mereka menyaksikan peristiwa yang tidak disaksikan oleh mereka.

Inilah panduan Surah Yusuf, yang mengajar kita mengenali akalan jahat manusia. Sememangnya fitnah memakan masa yang cukup lama untuk dizahirkan bahawa fitnah adalah fitnah. Bahkan selalunya pelaku fitnah pandai menzahirkan watak baik dan sayu di pandangan mata manusia.

Persoalannya, adakah kita mampu bersabar seperti Nabi Yusuf dan Nabi Ya'qub bersabar?

فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ
"Maka kesabaran yang baik itulah sikapku. Dan Allah jualah Tuhan yang diminta pertolongan terhadap apa yang kamu ceritakan" Yusuf - 18.

Tuesday, 9 January 2018

ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing2.

Ada yg masih single...-
Ada yg nikah 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah..
Ada yg dah nikah 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yg baru nikah bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yg grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yg grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yg muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yg umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama...
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak org lain lebih berjaya,masa kita belum sampai...
Obama retired masa umur dia 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yg berbeza.
Tapi sama2 dapat jadi Presiden.

Ada yg dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yg dah ada cucu di umur yg sama...
Malah ada yg baru menimang cahaya mata pertama di umur yg sama...

Ada yg 'depan' dari kita...
Tapi ada juga yg 'belakang' kita.
Semua org bergerak dalam laluan yg berbeza pada zon masa yg berlainan.

ALLAH ada perancangan berbeza utk kita semua.
Jgn dengki, jgn sakit hati, jgn sedih...
Mereka bergerak dgn zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early
You are just on time.
Jgn stress.
Keep going..teruskan dgn apa yg dikerjakan.

Percayalah bahawa perancangan ALLAH jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada org, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikiran nya siapa lah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapa kah yg akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada org, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yg nak jaga aku nanti.

Ada org, anaknya semua lelaki.....
Juga terfikir siapalah yg akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku???

Ada org, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing2.. siapalah yg nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yg jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai org yg anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga org yg saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada org yg usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak2 ada di sisi menjaga.

ltulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak ALLAH.
Yakin
Yakin
Yakin

Jgn runsingkan kerja ALLAH.
Runsingkan kerja kita yg asyik tak siap ni.

Jgn runsing belum ketemu jodoh
Jgn bising masih belum ada zuriat
Jgn sedih hanya kerana beranak sorang
Jgn kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jgn cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jgn takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jgn pertikaikan...
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa dlm kekuasaan ALLAH.
Dan ALLAH itu Maha adil.
Setiap org akan dapat apa yg ALLAH kata dia layak dapat. Kuatkan pergantungan kpd ALLAH, itu yg paling penting.

Pendek kataALLAH ADA.Jangan takut
,,
ALLAH sebaik-baik perancang ALLAH sebaik-baik pelindung " 😊😊😊

Friday, 3 November 2017

TAZKIRAH

Assalamualaikaum..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا اُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى اِلى صِرَاطِك َالْمُسْتَقِيْم وَعَلى الِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______

Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?
Adakah jawapan kita "kemiskinan"???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang *tertawa dan menangis*."
(Surah An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang *mematikan dan menghidupkan*."
(Surah An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan *lelaki-lelaki dan perempuan*. "
(Surah An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan *kekayaan dan kecukupan*."
(Surah An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4 ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.

Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan "kemiskinan", tapi
KECUKUPAN.

Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.

Semangat menjemput rezeki yg halal, biar semakin berkat..
InShaaAllah

*copypaste

#diariustazah
#selfremind

Thursday, 26 January 2017

"BUAT HABIS BAIK"
"ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN"
"GENGGAM BARA API, BIAR SAMPAI JADI ARANG"

Haaaa...gitewwww ;-)

Sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah, memang wajiblah kita laksanakan sesuatu pekerjaan atau perkara itu hingga berjaya :-)

Jadi orang Islam ni untuk apa? Off course lah untuk redha Allah dan ke syurgaNya ;-) kan?

Kalau menuntut ilmu, untuk apa? Off course lah nak berjaya di dunia ;-)

Kalau berbisnes? Pastilah nakkan keuntungan ;-)

Semua tu adalah KPI atau key performance indicator.

Tapi, KPI takkan dapat dicapai tanpa usaha yang jitu ke arah itu.

Sebagai seorang Muslim yang Percaya kepada Yang Memberi Rezeki dan Kejayaan, usaha kita hendaklah disertai dengan amalan wajib dan amalan sunat serta doa yang jitu! :-)

Ini adalah peringatan untuk diri aku... tolong ingatkan aku andai aku terleka dan terlupa...

#liveamazing

Wednesday, 19 October 2016

TAZKIRAH

*KHASIAT BISMILLAH LIMA ~*

بسم الله الرحمن الرحيم
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

بسم الله الشافي
2. Bismillahish Shaafii

بسم الله الكافي
3. Bismillahil Kaafii

بسم الله المعافي
4. Bismillahil Mu’aafii

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim

*Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*

*Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan*

*Dengan nama Allah Yang Mencukupkan*

*Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik*

*Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui*

*ANTARA FUNGSI BISMILLAH 5*

*Penawar bisa diri*

*Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang*

*Penawar bisa-bisa badan*

*Penawar bisa batu merian*

*Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya*

*Cara menggunakan Bismillah 5*

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.

2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.

3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.

*Kesan Sampingan*

Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Wallahu a'lamu bissawab
Semoga bermanfaat ...

*Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit*
الرمان
delima
الروب
yogurt
الثوم
bawang putih
البصل
bawang besar
الشاي الأخضر
teh hijau
الشوفان
oat
القرع
labu
البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
*Tiga perkara membawa penyakit*
1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
*Empat perkara merosakkan badan*
1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
*Empat perkara menambah seri wajah*
1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
*Empat perkara menarik rezeki*
1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق
*Empat perkara menjauhkan rezeki*
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...