USTAZAH CERIA

Nama sebenar pemilik ini ialah Aminah Syuhadah binti Zulkefli atau lebih seronok memperkenalkan dirinya sebagai Ustazah Ceria.

Ustazah Ceria telah dinikahkan dengan Ahmad Fitri bin Rusman dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Suami Ustazah Ceria bekerja di sebuah Stesen Janaelektrik di kawasan Lembah Klang sebagai seorang Juruteknik.

Ustazah Ceria merupakan seorang Guru Pendidikan Islam di sekolah rendah di daerah Klang, juga Pemimpin Pengakap Kanak-kanak (PKK) yang aktif dengan bermatlamatkan sekurang-kurangnya 5 orang ahli PKK memperoleh anugerah Rambu Pengakap setiap tahun.

Ustazah Ceria juga seorang Pegawai Teknik Olahraga yang telah ditauliahkan oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sejak 2009 hingga kini. Justeru, berbekalkan kepakarannya dalam bidang ini, Ustazah Ceria mengambil peranan sebagai jurulatih olahraga sekolahnya.

Pada masa lapang, beliau gemar mengabadikan kisah-kisah peribadi yang berlaku dalam kehidupan harian beliau dalam blog ini sebagai tatapan untuk beliau sendiri di kala kebosanan.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...