Showing posts with label DHA dan penglihatan. Show all posts
Showing posts with label DHA dan penglihatan. Show all posts

Wednesday, 19 October 2016

Kajian Klinikal DIAMOND ke atas nutrien pemakanan tambahan DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak pada peringkat selepas lahir menunjukkan kesan positif jangka panjang ke atas perkembangan kanak-kanak.

Ujian Klinikal double-blinded secara rambang dan terkawal direka untuk mengkaji tindak balas dos DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak.

Sebanyak 343 kanak-kanak diberikan empat formula mengandungi jumlah nutrien sama kecuali kandungan PUFA. Semua empat formula ditambahkan DHA juga diberikan asid arachidonic (ARA) sebanyak 0.64 peratus.

Kumpulan yang dikawal menerima DHA sebanyak sifar peratus dalam formula mereka, satu menerima DHA 0.32 peratus, satu lagi menerima DHA 0.64 peratus dan yang keempat menerima DHA 0.96 peratus, katanya. Dr Colombo berkata, kajian itu mengukur tahap ketajaman penglihatan Visual Evoked Potential (VEP) dengan mengukur corak gelombang otak yang terbentuk oleh stimuli penglihatan yang dipaparkan dengan laju.

Corak itu menjadi lebih jelas sehingga gelombang otak yang dicetuskan menghilang dan ini dianggap sebagai titik akhir penentuan ketajaman tahap penglihatan.

Kajian klinikal DIAMOND mendapati kanak-kanak yang diberi formula tidak mengandungi DHA mencapai tahap potensi ketajaman penglihatan lebih rendah dalam tempoh 12 bulan berbanding kanak-kanak yang menerima formula tambahan DHA.

Bagaimanapun, tiada kesan perbezaan ketara pada ketajaman penglihatan di antara tiga kelompok responden dengan sukatan tambahan DHA berbeza dan dengan kadar DHA 0.32 peratus secara umumnya mencukupi untuk memberi kesan positif. Ini mungkin disebabkan kedua-dua DHA dan ARA bersaing untuk enzim sama, katanya.

Dalam fasa kedua kajian ini, kelompok kanak-kanak sama diuji dengan beberapa ujian kepintaran ke atas kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun. Kanak-kanak menerima pemakanan tambahan DHA menunjukkan perkembangan cepat untuk aktiviti terperinci, termasuk diskriminasi corak, peraturan pembelajaran dan perencatan di antara usia tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menunjukkan prestasi lebih baik dalam dua ujian piawaian kepintaran yang digunakan secara meluas iaitu Ujian vokabulari Gambar Peabody pada usia lima tahun dan Skala Bijaksana Pra Sekolah Weschler pada usia enam tahun mengatasi kumpulan kawalan dalam semua bahagian darjah kecerdasan (IQ), katanya.

1. Profesor Dr John Colombo (Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch, Amerika Syarikat)
2. Dr Susan Carlson dan Dr Kathleen Gustafson (Universiti Kansas)

Monday, 10 October 2016

DHA dan EPA untuk MATA KITA

[EPA & DHA untuk MATA SIHAT]
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Rentetan daripada masalah rabun yang saya alami, maka saya tidak mahu ia di'waris'kan kepada anak-anak. Justeru, saya pastikan anak-anak mendapat manfaat DHA dan EPA untuk kesihatan mata mereka seawal usia dalam kandungan!

DHA dan EPA boleh didapati dalam minyak ikan (omega-3) seperti salmon, tuna, makarel, sardin dan pelbagai ikan dari lautan sejuk. DHA melindungi radang mata dan membantu meningkatkan fungsi mata. Pakar nutrisi mencadangkan kita hendaklah memakan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu!

Walaupun kami sekeluarga gemarkan ikan sebagai 1 daripada hidangan wajib dalam menu harian kami, namun saya tetap memberikan suplimen omega-3 kepada suami dan anak-anak. So saya sediakan Omega Guard Shaklee :-) ia adalah minyak ikan terbaik kerana penghasilannya melalui 3 peringkat penyulingan!

Lega rasanya sebab Ainin dan Aisyah boleh 'menerima' Omega Guard, lebih-lebih lagi Si Ainin! Hahahha... siap boleh gigit macam gigit buah anggur je hehehehhe.... lepas ni giliran Faqih pulak untuk di'paksa' menelan #vitaminmata ni ;-)

#tsunamishaklee 
#cintaturbo6
#ustazahceria
#vitaminmata


BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...