Tuesday 20 June 2017

ENERGY TEA SHAKLEE

[KEPUASAN sepanjang hari]

Kami laki bini termasuk anak-anak memang sukakan minuman berasaskan TEH. Sebab apa? Sebab teh kan senang dibancuh... Masukkan uncang pastu tabur gula, kacau2, dah boleh minum :-) kan???

Tapi masalah saya ialah saya sering kembung @ berangin setiap kali selepas minum air teh :-\

Rupanya SHAKLEE pon ada teh tersendiri :-D yang lagi best, teh SHAKLEE ni tak pulak saya kembung or bloating bila diminum...hahahhah...

Harganya memanglah mahal..tapi berasalah seperti orang kaya minum teh Mahal!!! :-P ahakkksssss!!!!

#tsunamishaklee
#star8
#sindiketsukses
#codKlang
#codKualaSelangor

Adah 0123618431
Fitri 0173129349
Shaklee ID 885244

Saturday 17 June 2017

SHAKLEE LANDMARK STUDY

Saksikan penerangan tentang kebaikan produk Shaklee berdasarkan Shaklee Landmark Study yang telah dijalankan di YouTube.

https://youtu.be/Xv-BY74dPlU

Wednesday 14 June 2017

AWAS PENCURI RAMADHAN

°•° Saya copy & paste Dan nukilkan dalam blog ini °•°

●○● TV, ini merupakan pencuri yg berbahaya. Yg bisa merosak puasa orang-orang dan mengurangi pahala mereka berupa filem sinetron dan iklan murahan.

■□■ Pasar, juga merupakan pencuri special dalam menghabiskan 💸 wang dan ⌚ waktu tanpa batas.

●○● Berjaga Malam, pencuri yg mengambil waktu yg paling berharga, pencuri yg mengambil sholat tahajjud dari seorang hamba di sepertiga malam terakhir, dan mencuri kesempatan untuk istighfar serta taubat.

■□■ Dapur, merupakan pencuri yg banyak mengambil waktu yang panjang untuk membuat beraneka jenis masakan berupa makanan 🍲 dan minuman 🍧, hampir-hampir semuanya tidaklah lewat di mulut kecuali sejenak saja.

●○● HP, sebahagian orang hanya sekedar menjawab panggilan masuk, iapun diserang dengan dosa berupa ghibah, namimah, dusta, memuji diri atau orang lain, membuka rahasia, berdebat tanpa ilmu, ikut campur urusan orang, dan sebagainya dari kesalahan-kesalahan mulut yg banyak yg juga merupakan majlis yg kosong dari dzikir.

■□■ Kedekut. Sedekah akan melindungimu dari neraka, dan sebaik-baik sedekah adalah di bulan Ramadhon maka bersedekahlah secara terang-terangan atau sembunyi-sembunyi.

●○● Majlis yg kosong dari mengingat Allah.
Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Tidaklah suatu kaum bermajlis, tidak mengingat Allah pada tidak juga bersholawat kepada Nabi

■□■ Adapun pencuri besar adalah FACEBOOK atau WHATSAPP apabila tidak digunakan dengan benar dalam kebaikan dalam menyambut tamu yg berharga ini (Ramadhon)

●○● Pencuri ini adalah yg mempersiapkan bagimu PENYESALAN di hari kiamat.

-semoga Allah melindungi-

♥♥♥♥

Monday 12 June 2017

AKU DAN VITAMIN


Emmm... Benornye, aku bukanlah jenis yang suka ngat nak telan ubat atau vitamin-vitamin ni 😫

Tapi...
Benornye, aku puas mencari sesuatu yang boleh bqntu aku lebih cergas Dan aktif. Aku Paling lemah apabila demam.. ohhhh lemah sungguh rasa! 😖 Bukan aku tak redha, tapi dalam keadaan aku sebagai seorang ibu dan isteri, mana mungkin aku boleh biarkan diriku jatuh sakit!

Pahtu, aku ni jenis yang takleh duduk senyap dalam selimut sebab demam. Rasa rugi apabila takleh nak buat ape-ape sebab sakit.

Dan,
Aku jenis yang suka kepada penjagaan kesihatan. CANTIK bagi pandangan aku, mesti cergas dan ceria! 😘😘 So, kalu sakit, muka aku pun rasa bonyok je 😥 hahahah...

Akhirnya aku terjebak dengan dunia vitamin 'hijau' 😘😘 terima kasih ke Kak iparku yang approached aku untuk consumed vitamin 'hijau'😘😘😘.

Sebenarnya,
Aku kenal vitamin 'hijau' ni sejak usia aku 13 tahun. Ketika itu, ustazah bahasa Arab aku memang pengamal vitamin ni. Aku tengok ustazah tu energetic memanjang, dan maintain cun kot sampai loni 😎 (aku rajin stalk FB ustazah Tu 😂😁)

Tapi sungguh!
Sejak betul-betul serius amalkan Vitamin 'hijau' bermula 2012, aku rasa aku makin 'sihat dan ceria' 😂😂😂😂 lebih positif..Lebih fokus..

Tapi gak,
Kalu sakit teruk, kena gok gi jupe DOKTOR 😁 sebab vitamin 'hijau' ni sekadar membantu kita tingkatkan tahap kesihatan agar lebih baik, moga dapat jimatkan Kos perubatan je. Jangan salah faham Bab Tu deh! 😘

So korang, jom kita #sihatceria bersama 😎

#ShakleeEffects
#LiveAmazing

ZAKAT FITRAH

Ini saya *copy&paste daripada Group What's App 🌻🌻🌻
==================================================================

Soaljawab terkumpul:
Soalan.

Keluarkan zakat di tempat bekerja atau di kampung?.
yang mana lebih afdhal?.

🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟✨🌟
Jawapan.

1. Tempat pembayaran zakat fitrah berbeza dengan tempat pembayaran zakat harta.

- Tempat pembayaran zakat fitrah adalah *tempat seorang itu berada ketika dia ingin membayar zakat fitrah* Contohnya : *buncit* bekerja di shah alam seksyen 9, dia tinggal di janda baik. pada 29 ramadhan dia nak bayar zakat fitrah, ketika itu dia berada di mekah, maka *buncit* perlu bayar zakat fitrahnya di mekah, tidak perlu *buncit* ambil tiket kapal terbang balik sekejap untuk bayar z akat fitrah di shah alam seksyen 9, atau di janda baik.

Didalam kitab الموسوعة الفقهية الكويتية juz.23 hlm.345 ada menyebut :

تفرق زكاة الفطر في البلد الذي وجبت على المكلف فيه.

Dibahagikan zakat fitrah pada *tempat yang wajib zakat tersebut atas mukallaf*.

- Manakala tempat pembayaran zakat harta ialah *ditempat harta berada*, _*tempat bekerja bukanlah menjadi ukuran*_. Contohnya : *kurus* bekerja di putra jaya, dia ada ladang lembu di kuala berang terengganu yang dijaga oleh pekerjanya, maka apabila cukup nisab dan haul lembu *kurus* maka *wajib kurus mengeluarkan zakat lembunya di kuala berang terengganu*, tidak perlulah *kurus* cari lori untuk keluar zakat lembunya ditempat dia bekerja, iaitu di shah alam.

Didalam kitab الفقه الإسلامي وأدلته juz.3 hlm.320 syaikhuna syekh wahbah azzuhailiy ada menyebut :

ويجب صرفها إلى الأصناف في البلد الذي فيه المال ...

( pandangan ulama mazhab shafei ) ialah wajib di diberikan zakat itu kepada golongan-golongan yang berhak menerimanya yang berada di daerah yang ada harta pembayar zakat disitu.

Didalam kitab أسنى المطالب juz.1 hlm.403 syaikhul islam zakaria al-ansoriy menyebut .

(فَرْعٌ الْعِبْرَةُ فِي) نَقْلِ (الزَّكَاةِ) الْمَالِيَّةِ (بِبَلَدِ الْمَالِ حَالَ الْوُجُوبِ وَفِي) زَكَاةِ (الْفِطْرَةِ بِبَلَدِ الْمُؤَدَّى عَنْهُ).

(Far'un) Perkiraan pemindahan zakat harta adalah dari tempat harta itu berada ketika wajib zakat, dan pada zakat fitrah adalah ditempat orang yang ditunaikan zakat fitrah untuknya itu berada.

2. Majoriti ulama fiqh termasuk pandangan muktamad mazhab syafie berpendapat bahawa naqlu zzakat (memindahkan zakat) ke daerah lain yang jaraknya sampai 88 klmtr, hukumnya adalah *tidak di bolehkan*. Melainkan *apabila tempat wajib dikeluarkan zakat itu tiada asnaf yang berhak menerima zakat*, maka barulah boleh memindahkan zakat ke tempat lain untuk asnaf yang disitu.

Hukum ini adalah berdasarkan kepada sabda nabi saw kepada muaz bin jabal r.a. :

تؤخذ من أغنيائهم فترد على فقرائهم.

Di ambil zakat dari orang-orang kaya di antara mereka, lalu di berikan kepada orang-orang fakir di antara mereka.

[ HR Al-bukhari, dan Muslim ]

-> hadith diatas menyebut diambil dari orang kaya mereka dan diberi kepada orang fakir mereka, ini memberi maksud dibahagikan zakat kepada orang fakir yang satu kawasan dengan orang kaya.

Didalam kitab الإقناع في حل الفاظ متن أبي شجاع juz.1 hlm.231 seyekh khatib assyarbini ada menyebut :

وَيحرم على الْمَالِك وَلَا يُجزئهُ نقل الزَّكَاة من بلد وُجُوبهَا مَعَ وجود الْمُسْتَحقّين إِلَى بلد آخر .

Dan *haram atas tuan empunya harta* serta *tidak memadai* ia memindahkan zakatnya dari tempat yang diwajib zakat padanya ke tempat lain, sedangkan ada orang-orang yang berhak menerima zakat ditempat tersebut .

Didalam kitab حاشية البجيرمي على الخطيب juz.2 hlm.366 ada menyebut :

قوله (إلى بلد آخر) المراد إلى محل تقصر فيه الصلاة ...

Perkataannya ( tidak boleh memindahkan zakat ke daerah lain ) maksudnya *ke tempat yang jaraknya boleh qasar solat* ...( Iaitu 88 klmtr lbih kurang ).

Dalam kitab الفقه الإسلامي  وأدلته syaikhuna syekh wahbah azzuhailiy menyebut :

وقال المالكية: لا يجوز نقل الزكاة لبلد لمسافة القصر، فأكثر، إلا لمن هو أحوج إليها، ويجوز نقلها لمن هو دون مسافة القصر (٨٩ كم)؛ لأنه في حكم موضع الوجوب.

Telah berkata ulama mazhab maliki : *tidak harus memindahkn zakat* dari tempatnya ke daerah yang jaraknya boleh qasar solat, melainkan untuk orang lebih memerlukan kepada zakat. Namun *harus* memindahkan zakat kepada mereka yang berada pada tempat yang tidak

sampai jaraknya boleh qasar solat,(89klmtr).

Berkata syaikhuna syekh wahbah azzuhailiy lagi dalam kitab الفقه الإسلامي  وأدلته :

وقال الحنابلة : المذهب أنه لا يجوز نقل الصدقة من بلد مال الزكاة إلى بلد مسافة القصر.

Telah berkata ulama mazhab hanbali : pandangan yang paling kuat dalam mazhab hanbali bahawasanya *tidak harus memindahkn zakat dari daerah harta zakat ke daerah yang jaraknya boleh qasar solat*.

KESIMPULAN.

Yang paling elok adalah bayar zakat fitrah ditempat empunya tubuh berada, dan bayar zakat harta ditempat harta berada ketika wajib zakat, kerana majoriti ulama fiqh berpendapat *tidak boleh* memindahkan zakat dari tempatnya ke tempat lain yang jaraknya 88 klmtr keatas, melainkan apabila tiada asnaf ditempat zakat.

والله أعلم

أبو أسامة البنداني

Saturday 10 June 2017

MANFAAT TAHAJUD


Beberapa Data Ilmiah Tahajud:

1. Dr. Abdul Hamid Diyab dan Dr. Ah Qurquz mengatakan, solat malam dapat meningkatkan daya tahan (immunity) tubuh terhadap perbagai penyakit yang menyerang jantung, otak dan organ-organ tubuh yang lain. Ini Kerana orang yang bangun tidur malam hari, bererti menghentikan kebiasaan tidur dan ketenangan terlalu lama yang merupakan salah satu faktor pencetus terjadinya penyumbatan pembuluh darah. Aktiviti Solat malam, untuk menghadap Allah SWT akan menenangkan hati dari segala kegundahan dan kegelisahan hidup yang dialami.

2. Bangun malam dapat menjadikan tubuh bugar dan bersemangat, serta terhindar daripada penyakit punggung pada usia tua. Dalam salah satu penelitian perubatan terbukti bahwa orang-orang yang terbiasa Solat malam relatif lebih terhindar daripada serangan penyakit pada tulang punggung berbanding mereka yang tidak mengamalkannya.

3. Solat Tahajud memiliki kandungan aspek meditasi dan relaksasi yang cukup besar, dan memiliki pengaruh terhadap kejiwaan yang dapat digunakan sebagai strategi penanggulangan adaptif pereda stres. Sebagaimana juga dijelaskan Dr.M.Soleh bahwa stres punya pengaruh yang besar terhadap ketahanan tubuh seseorang. Dan stres, baik fizikal maupun psikologi menyebabkan terjadinya pengeluaran cairan tubuh (hormon) cukup banyak dan penguapan dari tubuh yang lebih cepat.

4. Dalam bidang bio-teknologi, Solat Tahajud dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan respon ketahanan tubuh dan menghilangkan rasa nyeri penyakit kanser. Dalam bidang ini pula Solat Tahajud dapat meningkatkan respons emosional positif yang efektif dalam menegakkan anastesis pra bedah.

5. Solat Tahajud yang dikerjakan dengan penuh kesungguhan, khusuk, tepat, ikhlas dan diyakini dapat menumbuhkan persepsi dan motivasi positif. Dan respons emosi positif (positive thinking) dapat menghindarkan reaksi stres.

 

Monday 5 June 2017

RAMADAN 1438H YANG AWESOME!

Ramadan 1438H ini amat bermakna 😘 sebab lebih separuh bulan ini dapat beribadah dengan tenang di rumah 😍 maka ibu boleh control puasa Along Aisyah dan Angah Ainin sepenuhnya 😘

Bersahur dan berbuka dengan tenang.. takperlu ibu kocoh-kocoh bangun awal pagi seperti tahun-tahun sudah semata-mata nak siapkan juadah sahur. Heheheh...

Berbuka pun sempoi seperti tahun-tahun sudah 😘 takde nasik, takde sibuk nak masak lauk! Happy layankan tekak anak-anak yang berpuasa ke bazar selepas Asar. Kalau tak pun, bawak dorang cuci Mata sambil cuci poket ibu 😨 di SCM @ Giant @ Tesco. Plaza Alam Sentral ibu belum gagah lagi nak heret korang tanpa ayah di sisi 😂😂😂

Bukan ape...Ibu bimbang kot baru je masuk situ, ibu pun bertukar menjadi otromen mahupun raksaksa 😇😇😇 hehehe...

Sebenarnya,

Apa yang ibu suka dan teruja sangat dengan Ramadan Kali ini ialah sebab ibu dapat bertarawih dengan aman Setakat hari ini 😘😘😘😘 Alhamdulillah.... Setakat hari ke-11 ibu dapat tunaikan 23 rakaat termasuk Solat Sunat Witir 😊

Lagi satu,

Ibu suka sangat sebab ibu dapat penuhkan hari cuti ibu sambil beribadah dengan tenang...Mengaji....Solat-solat sunat yang ibu jarang dapat laksanakan semasa hari bekerja 😩 Alhamdulillah syukur sangat!

Tambahan lagi,

Ibu dapat sebarkan kebaikan produk-produk vitamin SHAKLEE yang ibu amalkan ini kepada semua orang di luar sana melalui laman sosial tanpa perlu rasa bersalah menggunakan waktu-waktu luang yang ada berbanding pada hari bekerja....

Pada hari bekerja, ibu hanya memulakan perkongsian selepas jam 3.00 petang, iaitu selepas tamat waktu bekerja (ketika ibu telah berada di rumah). Tapi adakalanya tak sempat jugak nak update pape sangat pun..Hihihi...

#diariustazah #diariramadan

Sunday 4 June 2017

PELUANG JANA PENDAPATAN DARI RUMAH BERSAMA ADAHFITRI

Pagi-pagi lepas Subuh, unboxed kotak CORELL  tak sangka ai beli jugak set itu  padahal sebelum-sebelum ni sebelah mata pon tak peduli apa-apa set pinggan-mangkuk, sebab MAHAL 
Tapi...
Sejak-sejak Ada duit terpijak , eh sengaja buat-buat pijak  Dan sokmonya memang plan untuk dipijak  , maka dapatlah Ku reward diri dengan the first expensive ever set pinggan dalam hidup aku ...

Korang-korang kat luar sana mungkin tak heran set corell or segala macam set ni.. ye dak ?  Tapi bagi aku, ini penting dan adorable jugaklah sebab aku tak Guna duit gaji atau main kutu pun  kikikikikiki...

OK jom Kak Yong Kak Lang Kak Ngah yang nak join aku 'pijak' duit rapat-rapat supaya korang tak perlu lagi sentuh duit gaji untuk dapatkan barang idaman korang 

Lepas ni aku nak belikan set Vantage lak untuk Mak aku , inshaa Allah..Moga dipermudahkan 

~LEBARkan SAYAP, LUASkan Kuasa, SEBARkan Manfaat~ 

Saya sangat selesa dengan bisnes iNi ;-) ia membantu saya membina keyakinan menyebarkan manfaat suplimen demi kesejahteraan hidup pada masa akan datang. 

'Upline' dan 'sideline' yang bersifat 'fully support' dan sentiasa bergerak bersama2 membuatkan saya tidak keseorangan. 

Walaupun ia bersifat multilevel marketing, tapi ia adalah sebuah perniagaan untuk DIRI SENDIRI , bukan untuk sapa2. 

♡ man jadda wajada 
♡ sebarkan manfaat bukan sekadar untuk keuntungan 
♡ bina rangkaian persahabatan 
♡ tingkatkan ilmu dan kesedaran untuk diri dan orang ramai tentang penjagaan kesihatan 
♡ gunakan produk daripada bahan semulajadi 

P/S : jom sertai kami ;-)



Rebut peluang menjana pendapatan dari rumah bersama AdahFitri 
Hubungi 012-3618431 atau 017-3129349 hari ini ! Jangan lepaskan peluang 

#diariustazah #sihatceriabersama #liveamazing

Thursday 1 June 2017

SIHAT CERIA DI BULAN RAMADAN

1. ENERGIZING SOY PROTEIN

ESP adalah protein soya. saya jenis Yang tak minum Susu sangat, so telan jugaklah soya ni. Sebab sebelum kenal soya shaklee, saya minum jugak air kotak soya 😝 kalau terlebih rajin, saya rebus kacang soya Dan perah sendiri 😵 kononnya nak dapatkan soya terbaikkkkk lah 😘😘 

Hmmm... Soya memang mengenyangkan! Tak kiralah soya kotak atau Yang masak Dan kauperah sendiri 😋 

Tapi... 

Sejak terlibat dalam dunia nutrisi pemakanan ni,  saya lebih concern kepada bahan-bahan Yang terkandung dalam makanan. Lebih-lebih lagi, saya memang suka membaca Dan 'mengkaji' apa yang perlu Dan boleh dimakan bagi menjaga stamina Dan kecergasan tubuh saya. 

Wehhhhh...Beza amat weh...Sebab saya pernah obes suatu ketika dahulu 😚😚😚 tak cergas lalu! Rasa pergerakan lembap je macam hape! 

Yang bestnye soya SHAKLEE ni adalah NON-GMO iaitu kacang soyanya ditanam mengikut tempoh masa yang sepatutnya kacang soya ditanam Dan dituai ketika usianya patut dituai. Gitewwww 😋😋😋 ... 

So jangan risaulah nak minum soya shaklee ni 😎 jika anda keliru Dan tak faham sangat tentang soya shaklee, silalah bertanya ,😃 takmaulah fitnah-fitnah makanan ni 😅 tak baik, kan.... 😘


2. MEALSHAKE

Mealshake Shaklee ini adalah #multivitamins dalam bentuk serbuk. Ia boleh dibancuh bersama minuman kegemaran atau dengan gabungan ESP dan Performance Drink 😘

Mealshake memang digemari kanak-kanak khususnya dan orang dewasa yang susah bangat nak telan vitamin tablet 😝 mana saya 😜😜😜 hahhaha.

Mealshake kat Malaysia ni cuma ada perisa vanilla je. Baunya harum macam bau aiskrim vanilla 😘 sedapnye!!!! Dulu, rajin jugak blend Mealshake + Milo + ESP + Susu segar untuk dijadikan ais krim 😁 lama-lama malas pulak. Hihihi..

Eh? Nak Cuba kasi kat anak Yang selalu sembelit Dan payah nak makan nasik?

Okey, sila direct wasap saya ye 012-3618431 😎


3. PERFORMANCE DRINK

Performance drink di Malaysia ni cuma ada perasa Oren je 😋 takpelah...Best jugak Tu! Yummy yummy... 

Puasa tahun lalu Kami sekeluarga pulun 5 canisters Performance Drink ni untuk berbuka sahaja! 😂😂😂 Adakalanya saya buatkan puding laici performance drink.... Adakalanya bancuh performance drink sejuk je... Adakalanya agar-agar Performance Drink 😘😘😘 

Performance drink Shaklee ni diperkenalkan sebagai minuman isotonik Yang bertujuan untuk mengurangkan dehidrasi terutamanya selepas bersahur sepanjang hari. Well...You know, suplimen Shaklee ni bukan sekadar untuk bulan puasa je Kan😎 ia boleh saja diambil pada bila-bila masa 😍 

Kalau bulan tak puasa, Kami memang jadikan minuman harian. Bancuh dengan air sejuk, aummmmm segarnya tekak! 

Ooppss!!! 

Performance drink belum beli ,😱😱😱😱 

OK don't worry 😘just clicks on https://www.shaklee2u.com.my/mbst_en/ 😋


4. LECITHIN

LECITHIN bertindak sebagai pelarut untuk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain.

Ia sangat membantu mencegah penyakit-penyakit seperti TEKANAN DARAH TINGGI , STROK , SAKIT JANTUNG dan pengerasan arteri.

Sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan sebegini.

Dah alang-alang BERPUASA, ayuhlah kita ambil manfaatnya untuk kurangkan risiko penyakit-penyakit tersebut 😘😘😘 moga Ramadan ini menjadi permulaan kehidupan yang lebih sihat.

LECITHIN memainkan peranan utama dalam PENYERAPAN ZAT penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Jika LECITHIN tidak mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan.

Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia daripada persekolahan yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides dan sebagainya, semuanya menyenangkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat.

Maka... 

Ambillah LECITHIN 😘 proses ini akan menjadi lebih mudah! Lagi satu, LECITHIN membantu saya rasa lebih kenyang Dan kurang rasa lapar 😁 


Jom #sihatceria bersama AdahFitri 😎 

#diariustazah

#diariustazah
#ramadanpack
#sihatceria bersama AdahFitri 😍

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...