Showing posts with label makanan untuk mata. Show all posts
Showing posts with label makanan untuk mata. Show all posts

Friday, 21 October 2016

MAKAN UNTUK SIHAT

[BACK TO BASIC]

*INFO SIHAT*
      
1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.
                          
2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut. 

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi obat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
          
*Panduan Kesihatan*
+++++++++++++++++

01. 🍴Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt  istirahat.

02. 🍴Hanya boleh makan 4 butir telur🍳 seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam 🐔 mengandungi karsinogen, penyebab kanser.  Jangan✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah 🍇🍒🍉🍓🍑🍈🍌 seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebihh lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkn minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sebelum tidur😴 jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. ⛔Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. ⛔Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. ☝Tiap hari minum air 🔟 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. 🌞Siang hari perlu banyak minum air putih, 🌚malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. ☝Minum kopi jangan lebih 2⃣ cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. ☝Jangan makan makanan yg tinggi lemak karena perlu 5⃣~7⃣ jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk😴 kerana otak kekurangan oksigen.

17. ☝Setelah jam 5⃣ ptg jangan⛔ makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.

18. ☝🔟 jenis makanan sehat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.

19. ☝Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. 🍋🍋🍋
Lemon panas membunuh sel kanser.

Tolong kongsikan. Semoga bermanfaat 😊

#suplemenuntuksihat
#cintaturbo19

Sunday, 16 October 2016

DARI MATA.... TURUN KE HATI...

[DARI MATA...TURUN KE HATI....]

kikikiki... kalau mata tak cantik dan memukau, takkanlah boleh turun ke hati kan? Hahahahha

Penjagaan mata ni bukan sekadar nak kasi orang jatuh cinta je...malah mata yang sihat juga memberikan impak keyakinan yang tinggi kepada si pemilik mata! Betul tak?

Sebenarnya.....pemakanan harian kita amat mempengaruhi perkembangan penglihatan kita! Oleh itu, makanlah makanan yang mengandungi beta-carotene (sayuran dan buahan berwarna oren-merah-jingga) kerana dari situ kita mendapat manfaat Vitamin A khusus untuk MATA.

Pengambilan sumber DHA daripada minyak ikan juga penting untuk mendapatkan penglihatan yang baik. Sebab tu dalam diet harian kita ditekankan untuk memakan IKAN segar :-)

Tapi...duk kat bandar ni, kat celah mana lah nak boleh dapatkan ikan segar yek? Hihihi.. dulu, masa kecik-kecik memang syok hari-hari dijamu ikan segar sebab arwah Tokki memang nelayan... ;-) 

Hmmm...apapun, jagalah pengambilam makanan kita setiap hari agar penglihatan kita tidak terus terjejas. Sekurang-kurangnya, kita berusaha untuk elakkan mata kita daripada mendapat masalah penglihatan seperti KATARAK, GLUKOMA dan apa-apa lagi.....

#ustazahceria
#matasihatdansegar

Tuesday, 11 October 2016

TIPS JAGA MATA

[TIPS PENJAGAAN MATA]
=====================

Nak dapatkan mata yang sihat? Target saya hari ni ialah mengajak anda semua untuk menjaga kesihatan mata. Macam mana nak dapat mata yang sihat? Kenalah jaga pemakanan dan aktiviti harian ;-).

Jom bersama saya mengamalkan beberapa tips penjagaan mata yang sering disenaraikan sebagai PENTING bagi mendapatkan mata yang sihat.

1. Amalkan makanan yang kaya antioksidan (vitamin ACE) seperti sayuran hijau dan ikan.

2. Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi tinggi lemak kerana lemak boleh menyempitkan aliran darah dari arteri ke mata.

3. Jaga berat badan. Orang yang OBES lebih berisiko mendapat DIABETES atau kencing manis, dan diabetic adalah lebih berisiko untuk menghidap GLUKOMA dan kabur penglihatan atau mungkin buta.

4. ELAKKAN MEROKOK. Perokok lebih berisiko dan signifikan dengan penyakit KATARAK.

5. Ketika berada di luar rumah, eloklah berKACA MATA HITAM bagi mengelakkan mata mendapat sinaran langsung dari matahari. Sinaran UV boleh meningkatkan risiko KATARAK dan DEGENERASI MOKULAR. 

6. Cuci tangan sebelum menyentuh kanta lekap.

7. Rehatkan mata dengan memandang pemandangan hijau.

8. Tidur secukupnya dapat melegakan mata yang letih setelah seharian bekerja.

Selamat beramal! ;-) jom sihat dengan suplemen bersama kami :-)

#tsunamishaklee
#8cellent
#cintaturbo9
#ustazahceria

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...