Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Friday, 19 October 2018

VITAMIN UNTUK TRIMESTER KE-3

VITAMIN UNTUK TRIMESTER KE-3

#diarihamil #diariustazah

Dah masuk trimester ke-3 ni, macam2lah hal jadi kat badan ni.....

Rambut gugur.....
Keputihan.....
Kejang kaki....

Huhuhu....

So saya mula consumed 3 vitamin ini untuk atasi masalah2 tu.

1. ZINC PLUS

untuk kurangkan keguguran rambut. Okey, tak dinafikan, sejak 2 minggu telan sebijik sehari zinc ni, rambut yang gugur ade la seurat dua...tapi bukan hari2. Yuhuuu!!! Lagi 1 zinc jugak bantu luka bersalin nanti cepat sembuh. Tu yang penting! Eloklah kawan2 ustazah yang bersalin secara pembedahan tu, telan zinc ni. Ia bantu luka dalaman bedah tu cepat kering!

2. GARLIC COMPLEX

Rasanya semua orang maklum dah bahawa bawang putih adalah antibiotik semulajadi yang terbaik 👍 kan? Sebab tu kalu demam, orang2 lama akan stim selabu bawang putih ni, pahtu makan dengan nasik panas. Samalah jugak masa dalam pantang. Bantu elakkan jangkitan kuman pada luka bersalin (pembedahan/normal).

Dan juga paling win, bantu kurangkan risiko GBS iaitu keputihan teruk semasa hamil. Ni bahaya! Boleh berjangkit kat baby masa lahir nanti. Huhuhu mintak jauh!!!!!

3. OSTEMATRIX

Makin dekat hari nak bersalin, makin kerap kejang otot. Setokkk karung orang panggil.. atau simpul biawak. 😂😂😂 ape2 jelah...hihi....

Bakpe jadi gitu? Sebab baby dalam perut dah makin membesar dan dia sedut lebih banyak kalsium untuk tumbesaran tulang, gigi dan kulit. So maknya ni, kena minum lebih 2 gelas susu sehari sepatutnya, tapi sokmonye takkan lah. Hahahaha.... maka,  telan pil kalsium yang doctor bekalkan dan ostematrix ni.

Okeylah, dah kenyang, mata ngantuk pulerrr... dah setel telan belaka ni, marilah landing di tilam empuk 😋😋😋😋

Selamat malam semua! Daaaaa...... 👋👋👋

Sunday, 16 April 2017

PENGALAMAN 3 KEHAMILAN


🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

1. Aisyah Humairah

Perut kecik je.. sebab 1st time mengandung, Kan 😁 hinggalah ke saat melahirkan, perut masih kecik. 2 minggu menuju estimate due date, baru kawan-kawan di sekolah perasan Yang kiter ni tengah mengandung. Dah nak bersalin pun! 😂😂😂 Masa mengajar PJ di padang, ok je melompat Dan berlari bersama anak-anak murid. Kadang, murid-murid ni langgar je Cikgu dia ni ..... Huhuhu..

2. Ainin Suffiyah

Kali ni, Perut besaaarrrr dan badan mak pon berat!! 😱😱😱😱😱 Hihihi... Mak makan Dan suka memasak sejak sebelum mengandung hinggalah ketika baby nak keluar. So baby pun lahir 500gram lebih berat daripada kakak dia 😘😘😘

3. Izzuddin al- Faqih

Kali ini dahsyat!!! 7 bulan mak tak lalu makan.. hanya bergantung kepada performance drink sebagai #energydrink . Baby aktif sungguh dalam perut!!!! Mungkin nak bagitau yang dia tu 'hero' 😝😝😝😝 setiap Kali dia beraksi, bergoyang badan mak, sampai ayah pon perasan 😂😂😂 

#diariustazah
#diarikehamilan

Tuesday, 28 March 2017

TIBI a.k.a TUBERCULOSIS DAN KEHAMILAN

Ok kebetulan pagi tadi saya ada dengar perbincangan ikimfm.

Topik pagi tadi diskusi tentang penyakit tibi.

Simptom tibi adalah bila batuk berpanjangan dan ada di kalangan ibu hamil juga pernah mengalami batuk sebegini.

Pesan doktor tadi jangan dipandang ringan kerana ia boleh jadi tibi.

Apa yang menarik doktor tadi juga berkongsi risiko bila tibi tidak dirawat selepas proses kelahiran.

sebabnya ia boleh berjangkit kepada bayi semasa ibu menyusu kerana medium tibi ialah udara.

Walaupun dah ambil vaksin, kena tahu yang vaksin pun ada tarikh luputnya. Vaksin untuk tibi luput dalam masa 15 tahun.

Katakan kita hamil umur 25tahun badan kita dah tiada perlindungan huhu..

Saturday, 28 January 2017

SET HAMIL SHAKLEE (Basic)

Muahahahaha.... sapa lak yang amik giliran hamil selepas ni?

Sila beramal dengan SET HAMIL SHAKLEE (Basic) ;-)

Mak sihat, inshaa Allah anak pun sihat :-)

Okeh, meh sini nak cerita serba sedikit mengenai fungsi vitamin-vitamin yang ada dalam Set Basic Kehamilan ni.

Kenapa kena ambil sekurang-kurangnya 3 vitamin ni untuk dapatkan kandungan yang sihat? Hehehe....

.........

Kebiasaanya, ibu hamil seringkali berhadapan dengan masalah hemoglobin darah yang rendah (bacaan HB bawah 10).

Jika seseorang memiliki jumlah hemoglobin yang lebih rendah dari ukuran normal (11 -14gm), ia menandakan bahwa kadar oksigen dalam darahnya juga cukup rendah.

Ibu hamil yang mengalami HB rendah, kebiasaannya mengalami anemia dan sesak nafas. Lebih kritikal lagi, boleh berlaku masalah pada jantung, kerana jantung terpaksa bekerja lebih keras bagi mengatasi kekurangan oksigen dalam darah.

✩ oleh itu, vitamin yang paling sesuai bagi membantu meningkatkan dan menstabilkan hemoglobin darah (11-14gm) dan mengurangkan risiko anemia bagi ibu hamil ialah VITALEA IRON FORMULA (zat besi).

...........

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folic acid setiap hari pada masa itu.

✩ oleh itu, vitamin yang mengandungi asid folik ialah B  COMPLEX. Ini kerana asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B.

............

Vitamin C merupakan antioksidan dan membantu dalam meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan dan penyembuhan luka.

Ia juga dapat meningkatkan penyerapan zat besi dalam makanan bagi mencegah anemia.

Pengambilan Vitamin C semasa kehamilan adalah sangat bagus! Ada kajian yang menunjukkan wanita yang kurang mengambil Vitamin C , dengan mudah mengalami kebocoran air ketuban dan kelahiran pra matang.

[Am J Obstet Gynecol. 2003 August ; 189 (2) : 519-25]

✩ vitamin C Shaklee iaitu SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS amat sesuai untuk ibu hamil kerana ia mengandungi 500gram vitamin c yang diperlukan oleh tubuh sehari. Kiranya ngam-ngamlah dengan keperluan tubuh kita.

SR VITA-C Plus ini amat tepat diambil bersama dengan VITALEA IRON FORMULA! 

========================

Order & Consultation:
012-3618431
017-3129349

Sunday, 11 December 2016

NUTRISI SEBELUM DAN SEPANJANG KEHAMILAN


1. PROTEIN

♡ Protein amat penting untuk kualiti dan kuantiti sperma... penting untuk pembentukan dan penghasilan ovum... dan penting untuk perkembangan bayi dalam perut. 

♡ Protein sebagai energy... sumber protein dipecahkan menjadi asid amino untuk pembinaan sel-sel dalam tubuh baby. 

♡ pengambilan makanan bersumberkan Protein amat penting ketika 'pre-natal' dan 'post-natal'.

2. IRON diperlukan untuk membina hemoglobin (28mg utk hamil) 

♡ hemoglobin <11g.dl (anemia) menyebabkan ibu mudah letih dan lesu serta boleh mengakibatkan kelahiran pra matang. 

3. ASID FOLIC

♡ untuk membina sistem saraf dan otak janin.

4. VITAMIN C 

 ♡ pengambilan 500mg daily lebih meningkatkan peluang untuk hamil!

♡ VVitamin C juga membantu merendahkan risiko kelahiran pra matang. 

5. KALSIUM 

♡ ibu hamil dan menyusukan bayi amat memerlukan kalsium bagi membantu pembentukan tulang dan gigi yg kuat... untuk perkembangan jantung bayi yang sihat... 'bone density'... dan tumbesaran bayi khususnya (melalui susu ibu). 

6. OMEGA GUARD

♡ minyak ikan (omega 3) penting untuk perkembangan otak dan perkembangan penglihatan sepanjang bayi dalam kandungan. 

7. VITAMIN E 

♡ bukan bakal ibu sahaja kena 'concern' pasal kehamilannya atau nak hamil... tapi.. bakal ayah pon kena prihatin la juga tentang 'benda' yang sepatutnya digunakan untuk dapatkan anak! Kikikiki...

♡ Vitamin E bersifat antioksidan, ia protect sperma daripada progressive mortality. Di samping juga membantu meningkatkan aliran darah kepada sperma. 

8. ZINC ~ ia sangat mengambil berat tentang sperma. Zinc membantu meningkatkan bilangan dan karakter sperma. 

«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»«»»»«»«»«»«

Hubungi 012.3618431 atau 017.3129349 untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat.

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...