Wednesday 26 October 2016

*Bersedekah Dapat Menyembuhkan Penyakit Kronik Dengan Izin Allah SWT*.

💰😊💰😊💰😊💰😊💰😊
BERSEDEKAHLAH...

Sedekah mempunyai banyak hikmah dan kebaikannya. Salah satu kebaikannya bersedekah boleh membantu penyembuhan penyakit dengan izin Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Jika kalian menghadapi penyakit kronik selain mencari ubatnya maka jangan lupa bersedekah kerana sedekah akan menjadi salah satu rawatan yang mustajab , jika kalian bersedekah mestilah dengan niat mencari kesembuhan. Mungkin kalian telah banyak sedekah, tetapi tidak di niatkan untuk Allah Ta’ala menyembuhkanmu dari penyakit.

Cuba sekarang dan hendaknya kalian yakin bahawa Allah Ta’ala akan menyembuhkan penyakit yang di hidapi. Berilah makan orang-orang fakir, atau tanggunglah beban anak-anak yatim, atau wakafkanlah hartamu, atau keluarkanlah sedekah jariahmu. Sungguh sedekah dapat menghilangkan penyakit kronik,  kesulitan, musibah atau cubaan.

Mereka yang diberi taufik oleh Allah Ta’ala telah mencuba nasihat ini. Akhirnya mereka mendapatkan ubat rohiyah yang lebih mujarab daripada ubat jasmani. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga mengubati dengan ubat rohiyah sekaligus ubat ilahiyah.

Para salafus soleh juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai. Jangan bakhil untuk dirimu sendiri, jika kalian memang memiliki harta dan kemudahan. Inilah kesempatannya telah datang!

Dikisahkan bahawa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang laki-laki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengubati lututnya dengan berbagai macam ubat. Ia telah bertanya kepada para doktor, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.

Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah telaga, kerana manusia sedang memerlukan air. Saya berharap akan ada mata air di dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Laki-laki itu lalu menggali perigi dan ia pun sembuh dengan izin Allah SWT “. (Kisah ini terdapat dalam “Shahih at-Targhib”).

Wallahuaklam.
Semoga Menjadi Asbab Utk Kita Bersedekah Dan Meningkatkan Kesedaran Betapa Banyaknya Fadhilat Bersedekah Kepada Saudara Kita Yang Lain.

SEBAR DAN KONGSIKAN.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...