Monday 10 October 2016

MATA KITA

~ZAMAN ITU....~

Rabun.... saya berjaya mengenalpasti masalah ini ketika usia 12 tahun. Tapi ketika itu, nak bagitau mak abah tak sampai... sebab kos buat kaca mata sangat tinggi (zaman tu lah...leni koi siap boleh tuko2 spek lagi...hahha).

Ketika usia 14 tahun, saya dah tak boleh tahan lagi sebab terpaksa 'pinjam' mata kawan sebelah untuk belajar dan tulis nota!!! ~ sighhh.....maka terpaksalah bagitau jugak kat abah, mintak nak buat spek! Huhuhu... risau jugak abah takde duit. Yelah, zaman tu...

Alhamdulillah!!! Abah bawak pegi optometrist dan saya dapat 'mata baru' saya ;-) alangkah gembiranya sebab tak perlu genyeh2 atau kecik2kan mata nak kasi nampak apa yang muallim muallimah tulis di papan putih :-)

=====================================

Saya selalu baca, makan lobak! Makan lobak! Biar mata sihat. Tapi zaman tu...mana la nak dapat lobak....sayur yang ada kat pekan sari chini 1 dan chini 4 tu, cuma sayur2 kampung je... so, bila saya dapat tinggal di hostel, merasalah makan lobak.. ;-)

Banyak saya membaca tentang mata. Sejak zaman sekolah hinggalah sekarang. Semata-mata nak tahu vitamin apa dan apakah cara nak dapatkan mata yang sihat. Dan yang paling penting, nak hilangkan RABUN JAUH saya ni!!!

Oohhh...rupanya, VITAMIN A sangat baik untuk MATA sebab ia ada beta-karotene. Beta-karotene terdapat banyak dalam sayuran dan buahan berwarna kuninh, jingga dan oren. So,  get it!!! Lobak kan warna oren jingga ;-) Lobak (carrot) tinggi dengan beta-karotene!!!

Patutlah ARNAB mempunyai penglihatan yang tajam! Sebab ARNAB suka makan LOBAK MERAH :-)

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

HuBungi 012-3618431 atau 017-3129349 untuk keterangan produk dan khidmat nasihat.

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...