Monday 30 October 2017

ADAB BERHUTANG-PIUTANG

```9 ADAB UTANG PIUTANG```

*1. Jangan Pernah Tidak Mencatat Hutang Piutang*

_“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya..” (QS.Al Baqarah : 282)_

*2. Jangan Pernah Berniat Tidak Melunasi Hutang*

_“Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang pencuri..” (HR Ibnu Majah)_

*3. Jangan Pernah Menunda-nunda Membayar Hutang*

_“Menunda-nunda (pembayaran hutang) bagi orang yang mampu adalah kedzaliman..” (HR Bukhari dan Muslim)_

*4. Jangan Pernah Menunggu Ditagih Dulu Baru Membayar Hutang*

_“Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang..’ (HR Bukhari dan Abu Daud)_

*5. Jangan Pernah Mempersulit Dan Banyak Alasan Dalam Pembayaran Hutang*

_“Allah ‘Azza wa jalla akan memasukkan ke dalam surga orang yang mudah ketika membeli, menjual, dan melunasi hutang..” (HR Ahmad, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)_

*6. Jangan Pernah Meremehkan Hutang Walaupun Sedikit*

_“Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan..” (HR Ahmad, at-Tirmidzi, ad-Darimi, dan Ibnu Majah)_

*7. Jangan Pernah Berbohong Kepada Pihak Yang Menghutangi*

_“Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari..” (HR Bukhari dan Muslim)_

*8. Jangan Pernah Berjanji Jika Tidak Mampu Memenuhinya*

_“… Dan penuhilah janji karena janji itu pasti dimintai pertanggungjawaban..” (QS Al Israa’ : 34)_

*9. Jangan Pernah Lupa Doakan Orang Yang Telah Menghutangi*

_“Barangsiapa telah berbuat kebaikan kepadamu, balaslah kebaikannya itu. Jika engkau tidak mendapati apa yang dapat membalas kebaikannya itu, maka berdoalah untuknya hingga engkau menganggap bahwa engkau benar-benar telah membalas kebaikannya..” (HR Ahmad dan Abu Dawud)_

Dan yang paling penting :

*JANGAN PERNAH.... LUPA BAYAR..*

        _Semoga ALLAH mewafatkan kita dalam keadaan bersih, beriman dan bertakwa kepada ALLAH dan terbebas dari segala lilitan hutang. Aamiin_

Saturday 28 October 2017

BUKU RESEARCH METHOD ONLINE YANG BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN...

Saya sengaja simpan di sini 10 buku research method online yang boleh dijadikan rujukan. Bukan apa, mudah nak search semula. Hehehhe..

Research Methodology- Total  10 Books

(please open this link only in Google Crome) If link direct not work than copy whole message and paste in word file and than copy individual link and paste google search in google crome browser.

1. Social Research Methods 5MB.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxQk5yOWpXdUlGbWM/view?usp=drivesdk

2. Research-Methodology 1.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxNXBvU2dGVlJhSTg/view?usp=drivesdk

3. Research Methods The Basics -Nicholas Walliman (Eng) 1.47 MB.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxWGcwOE41X3F6emM/view?usp=drivesdk

4. Research Methods in PsychologyIndex 6MB.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxTGJ4V3hQWFRxdTQ/view?usp=drivesdk

5. Research Methods MB.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxeEE3Wnd6VjBySUE/view?usp=drivesdk

6. RESEARCH METHODOLOGY TOOLS AND TECHNIQUES (Eng) 1.02 MB.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxZTlXblZsb2cyRXc/view?usp=drivesdk

7. Research Methodology C R Kothari (Eng) 1.81 MB.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxMkxxLVNPeU0wNWM/view?usp=drivesdk

8. Research Methodology Ranjit kumar (Eng) 7.08 MB.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxbVhpRlJIbmt2dms/view?usp=drivesdk

9. Fundamental of Research Methodology and Statistics MB.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxRTRVRkk3dVYzUTA/view?usp=drivesdk

10. RESEARCH METHODOLOGY (Eng) 11.5 MB.pdf
https://drive.google.com/file/d/0Bwk5FIsI0ctxTkVsaGxJUlhrT00/view?usp=drivesdk

JOM MELANCONG!

السلا م عليكم ورحمة الله وبركاته
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ TV9(Ustaz Elyas Ismail)

*MELANCONG*
•••••••••••••••••••••
Allah ingatkan kita supaya berjalan di muka bumi dan perhatikan akibat org² yg berdosa(yg mengingkari suruhan rasul).
Berjalan di muka bumi bermakna merehatkan jiwa dan mengambil iktibar pada tempat² yg kita lawati.

KELEBIHAN MELANCONG:

1)Kita dapat meningkat kasih sayang sesama keluarga.
2)Lebih mengenali hati budi sesama kita.
3)Dapat merehatkan jiwa dan minda.
KETIKA MUSAFIR AKAN NAMPAK PERANGAI SEBENAR KAWAN² ATAU AHLI KELUARGA KITA.

SEORANG ISLAM YG  KAYA RAYA PERGI MELANCONG DULU DAN PERGI HAJI KEMUDIAN,APA HUKUM JIKA DIA TAK SEMPAT NAK PERGI HAJI?

Melancong hukumnya harus.
Menunaikan haji dan umrah adalah wajib.
Jika sengaja membelakangkan Allah,takut² Allah murka.

APAKAH PERSIAPAN SEBELUM MELANCONG?
ANTARA PERKARA YG PERLU KITA PERSIAPKAN KETIKA MELANCONG IALAH:

1)Tahu hukum hakam muamalat(cara berintraksi)
2)Memelihara akidah(walaupun kita berada di negara bukan islam carilah masjid utk solat)
3)Jaga solat.
4)Makan yg halal.
5)Jauhkan tempat maksiat.
6)Banyakkan berdoa.

Boleh melancong ke laut mati dan ambillah iktibar.
Yg pastinya makin melancong makin dekat dgn Allah.

MANA YG LEBIH UTAMA MELANCONG DULU ATAU BAYAR HUTANG?

Kena selesaikan HUTANG dulu.
Bayar hutang adalah WAJIB dan melancong hukumnya adalah HARUS.

KETIKA SAYA PERGI UMRAH,SAYA PERGI MELANCONG DULU BARU BUAT UMRAH,BOLEHKAH USTAZ?

Memang ada sesetengah travel yg pergi melancong dulu.
Ini tidaklah menjadi masalah.
Ini adalah ziarah yg dapat manfaat dan menginsafkan diri kita.

PERBUATAN MENUNJUK~NUNJUK KETIKA BUAT HAJI DAN ADA ORG YG TAK MAMPU TERASA HATI,BOLEHKAH NAK TUNJUK DI MEDIA SOSIAL?

Jika niat nak tunjuk² utk meraih pujian org tidak dibolehkan.
Tiga golongan yg terawal masuk neraka ialah org yg pandai mengaji yg mengharap pujian supaya org kata suaranya sedap,org yg banyak sedekah yg nak org kata dia dermawaan dan Org yg berjihad yg mengharap org kata dia hebat.

NIAT YG TUNJUK PADA ORG TAK BOLEH.
KETIKA TAWAF PUN NAK TUNJUK PADA ORG, INI TAK DIBOLEHKAN.
Jangan sibuk dgn benda yg tak boleh beri manafaat.

SEKIRANNYA JIKA MELANCONG PADA NEGARA BUKAN ISLAM DAN TAK ADA MAKANAN HALAL,BAGAIMANA USTAZ?

Cari travel yg patuh syariat.
Mereka akan bawa kita ke tempat makan yg halal.
Dan boleh juga bawa periuk sendiri dan masak beramai~ramai.
Rezeki membentuk hati.

ORG BERIMAN NIAT BUAT APA² SEMUA IALAH UTK MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH.

BAGAIMANA BOLEH TERJADI DOSA KEPADA PENGEMBARAAN SESEORANG ITU,ADAKAH KERANA NIAT?

Ya..Setiap apa yg kita buat adalah kerana NIAT.
Hati²...Jaga niat kerana Allah dan patuh syariah.

BOLEHKAH MELANCONG TEMPAT² IBADAT AGAMA LAIN?

Cth kuil gereja...
Boleh melancong ditempat~tempat ibadat agama lain.
Menghayati sejarah.
Dan pemandu pelancong itu lebih baik org islam dan boleh memberi tarbiah.

ADA ORG PERGI MELANCONG TAPI MENGABAIKAN KELUARGA?

Memang ada org macam ni.
Suka melancong tapi yuran sekolah anak tak bayar,rumah sewa tertunggak.
Apa sahaja perbuatan mesti utamakan yg lebih utama dan jadilah org yg bertanggungjawab.
Ada org bawa isteri pergi melancong tapi nafkah isteri tak beri.
Nafkah isteri wajib diberi walaupun selalu bawa isteri melancong.

ADA ORG KATA MELANCONG HANYA MEMBAWA PEMBAZIRAN,MOHON PENJELASAN USTAZ.

Pembaziran ialah bila kita buat sesuatu yg tak mendekatkan diri kita pada Allah.
Handphone yg menjadikan kita makin jauh dari Allah dan kurang tumpuan pada anak²,ini juga boleh dikatakan membazir.

Jangan musafir seorang diri kerana mudah nak buat maksiat.
Kalau boleh pergi melancong beramai~ramai supaya boleh saling ingat mengingatkan antara satu sama lain.

ADAKAH PERJALANAN ISRAK MIKRAJ ITU SAMA DGN MELANCONG?

Tak sesuai digunakan utk perjalanan Nabi.
Israk mikraj adalah cara Allah merehatkan jiwa Nabi dan Allah pertemukan dgn Nabi² terdahulu.

BOLEHKAH PERGI MELANCONG DGN NIAT CARI JODOH?
Tak menjadi masalah.
Niat ini adalah niat yg baik tapi jangan berdating.

KETIKA MELANCONG SEDIAKAN SPRAY UTK WUDUK,TISU DAN BOLEH BUAT SOLAT JAMAK,QASAR DAN JAMAK&QASAR.

KETIKA MELANCONG BERDOALAH DGN ALLAH, MINTA BERLINDUNG DARI PERKARA² SYIRIK DAN YG TAK PATUT KITA BUAT DAN YG KITA TAK TAHU.

#InShaaAllah_Aamiin
#BiarTahuJanganKeliru

C&p

Sunday 22 October 2017

MANFAAT MANDI....

Korang mandi berapa kali sehari? Kenapa kena mandi?

Korang tahukah sebenarnya mandi disunnahkan ke atas diri kita kerana beberapa manfaatnya.

Manfaat Mandi :

1. Mandi boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan (stress) serta membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan anda.

2. Dengan merendamkan kaki anda ke dalam air panas selama beberapa minit, ia dapat membantu anda menyembuhkan pelbagai penyakit atau masalah yang menganggu kesihatan diri. Antaranya seperti sakit kepala, selesema, hidung berdarah, sembelit dan imsonia.

3. Mandi air panas pada suhu sekitar 32 - 35 darjah celsius akan membuka ruang yang dapat mengeluarkan toksin, menurunkan paras gula, memelihara usus besar serta menyembuhkan masalah sakit otot.

4. Dengan berendam di dalam air panas selama 10 minit boleh memperbaiki tahap kesihatan jantung anda terutamanya orang lelaki.

5. Mandi air sejuk pun ada kelebihannya. Ia berfaedah untuk meredakan ketegangan. Caranya ialah dengan menambahkan sedikit "sodium bicarbonate" ke dalam air mandian yang sejuk. Ia akan bertindak sebagai antiseptik seterusnya mampu mengatasi masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal dan ruam.

Manfaat mandi....

Saturday 21 October 2017

PULIHKAN SUNBURN DENGAN VITAMIN C

Nak pulihkan sunburn?

Cara saya, pulihkan sunburn dengan pengambilan vitamin C yang konsisten.

S U N B U R N vs V I T A M I N C

Sunburn merupakan keradangan kulit akibat panahan sinaran UV pada kulit. Dulu, kulit aku apabila sunburn, jadi memerah dan pedih! Beberapa hari selepasnya barulah nampak gelap 😝 pastu, berlarutanlah hingga paling tidak pun 3 bulan!!!!

Kawnan-kawan bertanya, camn muka aku boleh nampak tak terbakar sangat walaupun aku kerap 'bersantai' di padang.

Sebenarnya,
Sejak konsisten amalkan vitamin C, aku perasan jugak kulit aku sunburn tak ketara sangat. Paling tidak pun, lepas 2 mingu (lebih kurang), dah nampak cerah semula (walaupun tak seperti sebelumnya sepenuhnya).

Vitamin c ni berfungsi untuk 'firm'kan semula sel-sel kulit dan bertindak mencerahkan tona kulit.

Tapi, korang kalau nak vitamin c, kena cari vitamin c yang ada sistem 'pelepasan berperingkat' (sustained release).

Napa?
Supaya..... taklah berlaku pembaziran vitamin c tu! Vitamin C kan larut air. Kita takmahu air kencing kita yang mahal 😂 tapi biarlah tubuh kita yang mahal. Hahhahahah.....

Apabila vitamin c dilepaskan secara berperingkat, maka dalam tempoh 24jam masih ade sisa2 vitamin c dalam tubuh Sebelum menjelang pagi esoknya. Esoknya kita makan lagi sebijik vitamin c untuk cover esok seharian pulak. Begitulah hari seterusnya..... sebab tu jangan skip vitamin c ni 😁😁😁 

#diariustazah
#vitaminc

Thursday 19 October 2017

PETUA NAK RAWAT BATU KARANG

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu (Gall Bladder Stones).

1) Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

2) Hari ke-6, jangan makan malam (dinner).

3) Pada pukul 6 petang, makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulfat) yang boleh dibeli di farmasi.

4) Pukul 8 malam, ulang kembali makan garam Epsom.

5) Pukul 10 malam, campurkan 1 cawan (250 ml) minyak zaitun (olive oil) atau minyak bijan (sesame oil) dengan jus lemon. Kemudian minum.

6) InsyaaAllah, keesokan paginya, sewaktu buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar.

=======

#Dr. Hamid Arshat ialah
Pakar Sakit Puan.

ASID DOCOSAHEXAENOIC a.k.a DHA

[ASID DOCOSAHEXAENOIC a.k.a DHA]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ASID DOCOSAHEXAENOIC atau  DHA penting untuk perkembangan saraf dan keupayaan penglihatan.

Kanak-kanak memerlukan DHA bagi memupuk perkembangan otak. DHA juga menjadikan Visual penglihatan mereka leBih tajam untuk pembelajaran lebih cepat.

DHA adalah asid lemak politaktepu yang penting! Ia terkandung sebanyak 60% dalam RETINA.

80% pertumbuhan dan perkembangan otak berlaku dalam tempoh 1365 hari pertama dalam kehidupan (bermula dari dalam rahim ibu hinggalah bayi berusia 3 tahun).

Justeru, ibu hamil amat digalakkan mengambil sumber omega-3 dan apabila anak berusia 1 tahun, nutrisi pemakanannya ditambah dengan omega-3 (Pengarah Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch , Amerika Syarikat).

DHA tidak boleh dihasilkan oleh tubuh dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan.

#omega
#vitaminmata
#DHAuntukmata
#sihatceria
#ustazahceria

LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK ALLAH

Ummiku Sayang:
Dari: Dr Zakir Naik.
Tolong baca sampai habis..

Kita selalu luangkan sedikit masa utk Allah. Tapi DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita. Mari kita luangkan 30 min masa utk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memuji-NYA.

Hari ini, mari kita sebarkan mesej ini ke sluruh dunia. Sudikah anda melakukanya? Jgn tamatkn pnyebaran mesej ini.

Kenapa kita mengantuk apabila SOLAT malam? Tapi boleh berjaga sepanjang malam untuk berwhatsapp.

Kenapa kita bosan bila lihat & baca AL-QURAN? Tapi boleh berjam2 lamanya baca whatapps

Kenapa kita sering abai & padam mesej2 berkaitan agama? Tapi boleh save & forward mesej2 kelakar.

Kenapa Masjid makin sepi? Tapi pasar2 makin meriah sedangkan pasarlah tmpt paling Allah benci.

Kenapa kita selalu sebut2 nama artis2? Tapi susah kita ingat ALLAH.

Ingatlah; Allah (SWT) Berfirman: Jika kamu berpaling dari aku di depan kawan kamu, Aku akan berpaling dari kamu pada Hari Kiamat kelak.

Jika seseorang menutup satu pintu, Allah akan membuka dua pintu; Jika Allah membuka pintu untuk kamu, hantarlah mesej ini termasuk saya..

Dikatakan bahawa apabila Malaikat Maut cabut nyawa drpd jasad org yg mati.. Itu satu pengalaman yang menyakitkan.
Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut drpd jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh kita utk membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu.
Dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan dicabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung.. Bayangkan betapa ringannya rasa ITU,
Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita drpd sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dgn iman di hati dan selamatkan kita drpd Azab. Aamiin.

Ini perkara biasa kita buat..
Sebahagian drpd kita bercakap masa tgh Azan...
BACA ini..
Nabi Muhammad(SAW) bersabda,
Berhenti melakukan apa2 semasa Azan,
walau membaca Quran,
Sesiapa yang bercakap semasa Azan orang itu takkan dapat mengucap Kalimah Shahadat waktu dia mati.

BACA DOA INI UTK HIDUP YG LEBIH BAIK..
Allahumma- inni-ala- zhikrika-wa Shukrika-wa-husni-ibaadatika.
Doa yg hebat telah dihantar kepada anda. Apa yg anda fikir nak buat dgn Doa ini. Bayangkan kalau 1000 org baca doa ini sebab anda. سُبْحَانَاللَّه ِ !!!
Subhanallah!!!

Bangun apabila dengar AZAN, seperti anda bangun apabila dengar lagu NEGARAKU

Bacalah AL-QURAN dengan cermat seperti anda baca nota.

Takut ALLAH, seperti anda takut MATI

Ingatlah MATI, seperti anda ingat NAMA anda.

*MATLAMAT HIDUP KITA SEMUA ADALAH KEMATIAN YG BAIK*
*KHUSNUL KHOOTIMAH*

*copy paste*

AKU DAN PIL KALSIUM

Aku dan pil kalsium Shaklee..... 

1. C O N T R A C T I O N vs O S T E M A T R I X

Contraction adalah satu keadaan di mana pengecutan rahim sedang berlaku semasa proses untuk melahirkan anak.

Pengalaman contraction kelahiran sulong saya sangat mengerikan. Pertama kali berlaku dalam hidup, saya tak tahu nak buat apa....

Kelahiran kedua, contraction berlaku seawal usia kandungan saya 21 minggu, kerana ketika itu saya masih menyusui anak sulong. Saya ada baca beberappa artikel tentang amalan minum susu dapat melegakan ketegangan semasa contraction berlaku. Namun susu saja tak dapat melegakan sangat rasa sakit tu. So saya tambahkan dengan 4 biji pil kalsium setiap hari.

Kehamilan ketiga, saya lebih prihatin dengan keperluan pil kalsium dan fungsinya terhadap tubuh saya dan baby 😘pil kalsium Shaklee saya amalkan setiap hari walaupun selepas kelahiran anak, sebagai sumber kalsium & magnesium badan saya.

Tambahan lagi, kalsium & magnesium penting untuk mempercepatkan pengecutan otot rahim selepas proses kelahiran bayi.


2. A T L E T vs O S T E M A T R I X

Selaku seorang jurulatih olahraga sekolah dan Pegawai Teknik Olahraga Negeri, saya harus kekal aktif dan cergas.

Memandangkan saya aktif dalam olahraga dan sukan, maka saya perlukan supplement untuk membantu tubuh saya perform dengan lebih baik dan menjadikan emosi saya lebih stabil semasa menjalani kegiatan harian.

 Pil kalsium atau makanan-makanan bersumberkan kalsium diperlukan untuk pembentukan tulang dan otot yang sihat serta mengurangkan risiko kekejangan otot semasa berolahraga.

Sumber vitamin B diperlukan bagi proses penukaran makanan kepada tenaga yang optimum.


3. S A K I T    K E P A L A vs O S T E M A T  R I X 

Bebanan tugas di sekolah adakala bisa membuatkan saya sakit kepala lebih-lebih lagi selepas aktiviti olahraga. Justeru, saya wajibkan diri menelan pil kalsium Shaklee ini agar kepala yang berdenyut-denyut itu dapat dilegakan.

Ada juga dalam kalangan rakan-rakan yang bertanyakan ubat untuk sakit kepala atau migrain mereka, maka OSTEMATRIX adalah subjek yang saya cadangkan terlebih dahulu sebagai 'pain-killer'.


4. S A K I T   L U T U T vs O S T E M A T R I X

Ada seorang makcik, tinggal di blok berhadapan dengan blok kediaman saya. Beliau mengaduh sakit lutut dan sendi memandangkan dalam tempoh 7 bulan lagi beliau akan berangkat menunaikan Umrah. Maka, anak beliau meminta pandangan saya tentang vitamin yangs sesuai untuk masalah ibunya itu.

Memandangkan saya tidak lagi mengalami sakit lutut dan kekejangan otot sejak mengamalkan O.S.T.E.M.A.T.R.I.X, maka saya turut mencadangakan pil kalsium ini dan diamalkan bersama minyak ikan Omega Guard.


 ============================

Jika anda ingin mendapatkan khidmat nasihat tentang amalan vitamin, hubungi saya di talian 012-3618431. Atau layari FB saya Aminah Syuhadah dan 'follow' Instagram @aminahsyuhadah.
 

Wednesday 18 October 2017

PITAM...

Pitam adalah berpunca daripada kekurangan darah di bahagian otak. Kekurangan tekanan darah di bahagian otak menyebabkan otak kekurangan oksigen dan glukos. Apabila ini berlaku, otak akan bertindak pantas menutup peranannya yang tidak penting dan memfokus kepada bahagian kawalan penting seperti pernafasan.

Otot-otot akan lembik dan pastinya menyebabkan pesakit lemah dan terkulai jatuh. Pitam hanya berlaku sementara waktu dan pesakit akan pulih sepenuhnya apabila darah kembali mengalir dengan baik di bahagian otak.

Sewaktu dalam keadaan pitam, kita masih boleh mendengar percakapan orang disekeliling kita tapi biasanya tidak dapat memberi respon kerana terlalu lemah. Pengsan berlaku sekiranya keadaan pitam tadi dibiarkan hingga kita mula jatuh dan tidak sedar dengan perkara disekeliling kita.
Maka sebaiknya jika berhadapan dengan mereka yang sedang pitam/pengsan ini, sebaiknya jangan dudukkan pesakit tapi baringkan mereka tanpa dialas kepalanya. Apabila berbaring aras kepala perlu berada sama aras dengan jantung. Bahagian kaki / betis boleh ditinggikan sedikit untuk mempercepatkan aliran darah naik ke kepala dan otak lebih baik.

Kebiasaannya mereka akan kembali sedar selepas beberapa minit. Jika masih dalam keadaan pengsan yang agak lama, jangan berlengah untuk membawa pesakit ke klinik/hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

*copypaste*

Monday 16 October 2017

ILMU HUTAN - RUGI TAK BACA.!


Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...

Kredit: Harry Lord
Share from page : aura banding royale belum.

Sunday 15 October 2017

SURAH AL KAHFI bantu Selamatkan diri daripada Dajjal

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? 🤔

Pernah terfikir camni?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go 🙌🏻

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! 😱

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat

Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing 🙌🏻🙌🏻🙌🏻

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! 😱

Tak percaya? Hehe.

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! 🌹

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Tak gituuwwww

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Sumber : Kuliah Ustaz Nouman Ali Khan dan buku Khowatir Qur'aniyah tulisan Syaikh Amr Khalid.

*copypaste*

Tuesday 10 October 2017

10 SAHABAT YANG HARUS DIHARGAI


1. Sahabat yang ceria dan menceriakan
2. Sahabat yang memberi ketenangan
3. Sahabat yang berbaik sangka
4. Sahabat yang tidak suka mengata
5. Sahabat yang ikhlas
6. Sahabat yang jujur
7. Sahabat yang baik tutur katanya
8. Sahabat yang berfikiran positif
9. Sahabat yang baik hati
10.Pendengar yang baik

Tak semua orang memiliki SAHABAT.
Maka, HARGAILAH SAHABAT anda...!!

Semoga bermanfaat untuk Sahabat Hati.

#BahagianDakwahJAKIM
#HargaiPersahabatan
#MuhasabahDiri

CUKUPKAH KEPERLUAN NUTRISI ANAK-ANAK KITA???

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Menurut Kajian Nutrisi Asia Tenggara (Seanuts, 2012), kanak-kanak di Malaysia adalah lebih sihat jika dibandingkan dengan kanak-kanak di beberapa negara di rantau ini.

Hmmm...pada tahun kajian ini dibuat (2010-2012), saya turut terlibat sama membantu penyebaran soal selidik dan dapatan data kajian (di peringkat sekolah). Ketika itu saya baru di'posting'kan ke SK KAMPUNG TUNKU, PJ.

Bagaimanapun, jumlah kanak-kanak yang terlebih berat badan di Malaysia adalah tinggi. Uiiii... kecik2 lagi dah tahap obesiti ek??? Huhuhu..

So, mak pak hangpa kena tau lah apakah nutrisi2 yang perlu kita berikan kepada anak2 agar mereka membesar dengan sihat dan ceria ;-)

=================================

1. TENAGA

Anak kecil dan kanak-kanak memerlukan tenaga kira-kira 980 kalori bagi membolehkan badan mereka berfungsi dan bergerak aktif. Ia juga diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan. Tenaga dan nutrien yang mencukupi penting untuk tumbesaran tulang, gigi dan tisu otot yang berterusan. Badan mendapat tenaga daripada lemak, karbohidrat dan protein.

2. PROTEIN

Protein diperlukan untuk membina, menjaga dan membaiki tisu badan, serta untuk menghasilkan enzim yang mengawal banyak fungsi badan. Tubuh badan seseorang menghasilkan banyak proteinnya dengan sendiri, protein ini melakukan banyak fungsi yang berlainan dalam badan. Tetapi tidak seorang pun, terutamanya kanak-kanak, boleh menghasilkan semua protein yang diperlukan untuk menjadi sihat.

Keperluan yang disarankan oleh Malaysia Recommended Nutrient Intake (MRNI) ialah kanak-kanak dari usia 1-3 tahun hendaklah mengambil protein sebanyak 17 g/hari*
Rujukan: *RNI Recommended Nutrient Intakes for Malaysia; Ministry of Health Malaysia 2005; pg 61

3. LEMAK

Untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 2 tahun, pengambilan lemak yang membekalkan 30% hingga 40% kalori disarankan. Untuk kanak-kanak berusia 2 hingga 3 tahun, pengambilan lemak yang membekalkan 30% hingga 35% kalori disarankan, lemak hendaklah datang daripada punca lemak politaktepu dan monotaktepu, seperti ikan, kekeras dan minyak sayuran.

Di Malaysia, pengambilan nutrien yang disarankan (MRNI) menunjukkan kanak-kanak dari usia 1-3, mempunyai julat pengambilan lemak yang lebih tinggi iaitu 25-35% kcal*.

4. AA dan DHA

Lonjakan pertumbuhan otak bermula sejak lahir dan diteruskan sepanjang peringkat anak kecil. Penggandaan sel yang pantas dalam otak diteruskan hingga ke tahun kedua anak kecil.
Asid lemak politaktepu rantai panjang (LCPs), asid arakidonik (AA) dan asid docosahexaenoic (DHA) menyokong perkembangan kognitif dan visual dalam kalangan anak kecil dan pada masa yang sama lonjakan pertumbuhan otak berterusan.

Terdapat bukti mungkin untuk menyarankan julat Pengambilan Disarankan bagi EPA + DHA (dan bukan DHA sahaja) yang boleh membantu mencegah penyakit kronik (dilaraskan mengikut usia) *:

    100- 150 mg untuk 2-4 tahun
    150- -200 mg untuk 4-6 tahun
    200- -300 mg untuk 6-10 tahun

Rujukan: *Joint FAO/WHO Export Consultation on Fats and Fatty Acids in Human Nutrition, 10-14 Nov 2008, WHO, Geneva

5. KARBOHIDRAT

Karbohidrat merupakan sumber tenaga yang baik untuk anak kecil yang aktif dan sedang membesar. Jumlah karbohidrat yang diperlukan berjulat dari 55-75% daripada jumlah tenaga. Fungsi utama karbohidrat adalah untuk membekalkan tenaga ke sel-sel di seluruh badan.

6. SERAT

Serat adalah bahagian bijirin dan sayuran yang tidak diuraikan dalam usus kecil dan penting untuk mencegah sembelit dan gangguan usus yang lain.

Di Malaysia, pengambilan nutrien yang disarankan (MRNI) berjulat dari 19-25 g/hari daripada jumlah serat untuk kanak-kanak*.

Rujukan: *RNI  Recommended Nutrient Intakes for Malaysia; Ministry of Health Malaysia 2005; pg 48

#tsunamishaklee
#cintaturbo3
#ustazahceria
#misisihatdengansuplemen

Saturday 7 October 2017

*KRITERIA WANITA CANTIK MENURUT AL-QURAN & HADIS*


"Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan & terpuji."
(SURAH AN-NUR ayat 31)

"Tidak bergaul bebas dengan kaum lelaki ajnabi, kecantikan dipelihara tanpa dipertonton."
(HR BUKHARI)

"Berpakaian membawa identiti wanita mukminah."
(SURAH AL-AHZAB ayat 59)

"Sentiasa bersih & berbau segar."
(HR BUKHARI)

"Pembawaan diri sopan, tegas & bersahaja."
(SURAH AL-QASAS  ayat 25)

"Sentiasa bercakap dengan suara bermaruah seperti tidak dimanjakan & digemersikkan suara."
(SURAH AL-AHZAB ayat 32)

"Menjauhi gaya tabarruj, pengayaan diri yang mengganggu fitrah lelaki hingga menarik kepada dirinya."
(SURAH AL-AHZAB ayat 33)

"Tidak mengubah ciptaan Allah S.W.T.  seperti pembedahan plastik, membuat tatu, mencukur kening dan sebagainya."
(SURAH AL-NISA ayat 119)
(HR BUKHARI, MUSLIM, ABU DAWUD, TIRMIZI)

"Tidak meniru penampilan lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta  pembawaan diri."
(HR IBNU ABBAS)

Friday 6 October 2017

MINYAK IKAN SEBAGAI ASID LEMAK OMEGA-3

Minyak ikan sebagai Asid lemak omega-3 terbaik ditemui dalam Omega Guard Shaklee.

Amat penting dan sangat diperlukan oleh tubuh bagi mengurangkan risiko penyakit jantung koronari, mengawal tekanan darah, mengurangkan masalah lelah dan batuk berkahak bagi kanak2 khususnya.

Asid lemak Omega-3 juga penting bagi ibu hamil dalam usaha membantu perkembangan fungsi otak dan penglihatan bayi. Bagi peringkat kanak2, asid lemak omega-3 penting untuk membantu perkembangan otak dan fokus dalam pembelajaran.

Minyak ikan sebagai asid lemak omega-3 juga bersifat anti-radang iaitu ia mengawal kesakitan. Kalo sakit sendi, sakit urat, sakit gigi, silalah telan Omega Guard!

Pernah tak korang bagi anak2 Scott's Emulsion yang dalam iklan tv tu? Saya tak pernah! Hehhe .. tapi saya tahu kebaikannya ;-) ia mengandungi minyak ikan kod yang membekalkan DHA. DHA diakui baik untuk perkembangan otak.

Tapi kat sini saya nak bagitau tentang minyak ikan dalam OMEGA GUARD SHAKLEE ;-) sebab saya expert tentang jenama ni je :-) hihihihi...

Minyak ikan (omega-3) sangat membantu dalam #perkembanganminda .

Bagi janin dalam kandungan, bayi dan kanak2, omega-3 membantu sel2 otak untuk berhubung. So mak2 kat luar sana, jangan stress anak2 nak menduduki peperiksan! Hahahha.. invest lah sikit RM 136.00 untuk belikan suplemen kanak2 ni...

Bagi orang dewasa dan warga emas pula, omega3 membantu minda berfungsi dengan baik. Omega3 bantu kurangkan penyakit lupa, nyanyuk dan skizofrenia! Uuuuu.....

Jom bervitamin! ;-)

Thursday 5 October 2017

PERKARA PERLU DIELAKKAN OLEH G6PD DAN APA RAWATAN UNTUK G6PD


Apakah langkah berhati2 yg perlu dilakukan oleh penghidap G6PD? Apa yg perlu mereka elakkan? Jom saya huraikan satu persatu.

1.makanan yang mengandungi pewarna tiruan seperti methylene dan toludine blue. Setiap kali membuat belian, pastikan anda memeriksa label senarai kandungan terlebih dahulu.

2.Makanan yg mengandungi sulfida juga sangat berisiko menyebabkan himolisis.

3.Kacang soya atau produk mengandungi soya seperti susu berasaskan soyaSemua jenis kacang atau makanan mengandungi kacang terutama kacang parang (fava beans)

4.Sesetengah produk bebas gluten seperti tepungAsid askrobik TIRUAN askrobik TIRUAN yg biasa terdapat dalam Suplemen Vitamin C.

5.Gula gula dan makanan berperisa menthol.

6.Ubat gegat tidak boleh digunakan untuk pakaianan penghidap G6PDUbat nyamuk atau semburan ubat nyamuk yang mengandungi pyerthium.

7.Beberapa ubatan herba dan tradisonal seperti Chuen Lin, San Chi, 13 herba, 12 herba.

Apa rawatan untuk G6PD?

Tiada sebarang rawatan untuk G6PD. G6PD adalah masalah genetik dan  seumur hidup tetapi G6PD tidak mengganggu perkembangan dan tumbesaran seseorang. G6PD boleh dikawal dengan pengambilan makanan yang sihat dan juga mengelakkan semua makanan dan bahan yang tidak boleh diambil. Walaubagaimanapun setiap individu yang memiliki G6PD mempunyai kesensetifvitian yang berbeza beza.

*copypaste*

#sihatceria 
#G6PD

Wednesday 4 October 2017

SIHAT UNTUK BEKERJA

[]

Bekerja juga suatu ibadah. Betul? Betulll....hehhe... so nak beribadah tubuh mesti sihat. Baru ade 'feel' dalam beribadah, kan?

Yes, sekali lagi anda setuju dengan saya ;-) terima kasih.

Oleh kerana Si Dia bekerja keras demi kelangsungan hidup kami sekeluarga, termasuk untuk kedua orang tuanya, maka saya bekalkan dia dengan supplement terbaik. Persekitaran tempat kerja Si Dia terdedah dengan radikal bebas dan radiasi. Maka, sudah pasti dia turut terdedah dengan radikal bebas itu.

Setiap hari, Si Dia amalkan #VIVIX bagi menjaga sel2 dalam tubuh agar sentiasa diperbaharui dan diganti. Semoga dengan asbab mengambil suplemen ini, dia diberikan kesihatan yang berpanjangan... amiiin.... ;-)

#suamikujuruteknik
#juruteknikitusuamiku
#cabaranturbo
#tsunamishaklee

MEMBINA TRAVEL VB & JADIKANNYA REALITI

Vision Board - tak kira rupa macamana pun, adalah medium paling powerful utk capai gol/taget kita dlm apa2 benda pun

Tujuan VB adalah utk kita nampak clear apa sbnrnya yg kita nk capai. Kalau taruk dlm otak je (imagine je tp tak tulis) maka hasil dia pun imagine je lah

VB bukan tangkal kita tampal kat dinding & harap2 jd kenyataan.... tp kita nyer setting ‘DESTINATION’ utk kita work for it

Org yg ada VB takkan rasa lemau sbb dia sentiasa ada VB yg akan ingatkan dia, apa taget dia.

Org yg ada VB tp masih lemau, maknanya dia bukan buat VB tp buat hiasan dinding.

VB bukan tangkal kita tampal kat dinding & harap2 jd kenyataan.... tp kita nyer setting ‘DESTINATION’ utk kita work for it

STEP2 wat VB TRAVEL:

1. Mesti ada NIAT

Niat ni adalah intention dlm hati kita. Bkn takat mulut je. Mulut boleh cakap, jari boleh tulis “saya suka sgt travel” “saya teringin naik cruise med” tapi niat dlm hati yg menentukan samada kita bebetul nak&teringin atau sekadar di bibir saja....

Takde org bole tau niat kita melainkan kita sdr. Oleh itu jujur dgn diri sendiri. Jgn mulut je cakap “saya nak pegi London tahun depan” tp dlm hati “takdela nak pegi pun... dah seme org ckp psl travel aku pun taknak kalah” atau cakap sbb “takmo kena kick dr grup”

Hat dlm hati tu la yg kita dapat...

Kalau sbb taknak malu, mmg la tak dpt malu..taknak kena kick, mmg tak kena kick, tp hakikatnya, apa yg kita dapat????

So stick pada niat. Niatkanlah nak travel, nak tgk kebesaran Allah, nak buka minda, nak jd org berjiwa besar, nak jd hamba yg lebih kusyuk hatinya, nak jd insan lebih baik.... dgn travel keluar dr rutin harian kita

Niat ni akan setkan kita nyer RAS, utk otak kita fokus pd apa yg kita niatkan

Kalau takat cakap mulut, RAS kita tak activate, tahun depan dh lupa dah.... duit tabung pun dh habis korek wat menda lain

2. Tentukan apa sebenarnya tujuan kita wat VB tu

Nak travel sbb pe? Nak holiday vacation rileks2 ke? Nak rasa pengalaman baru ke? Nak tengok alam semulajadi ke? Nak tgk cara hidup org lain ke? Apa2 je

Fikirkan ttg apa taget travel kita tu.

Jgn duk fikir nak jejalan shoping perabis duit je. Takat nak shoping masuk web Shaklee2U pun boleh shopping.

Boleh je travel sbb nk shopping tp carila benda lain juga yg kita takkan dapat kalo shopping online.

Tujuan kita travel ni penting utk kita decide ke mana kita nakgi
Kalau takde tujuan, tgk ikut tiket mana murah je... kita cuma mgkn dpt laaa cop pasport...tgk tpt org... tp mgkn xdpt sebanyak kalo kita ada tujuan

Thats why sy salu ckp, bajet biar last sekali. Jgn letak bajet dulu. Kalo letak bajet dulu, kita dapat ‘PEGI’ je tp intinya kita xdpt. Rugilah. Bkn hari2 bole travel

3. BRAINSTORM...

Dah tau dh ape tujuan kita nak travel... then otak kita dh mula fokus. Dh takde cacamarba ikut mana tempat org uplod cantik “ehh, nakgi la nakgi la” pastu last2 xtau mana satu nakgi dulu

So then start la tgk2 kat mana yg bg pengalamana ikut ape yg kita dah setkan. Skg ni senang, ramai org dh yg travel, macam2 style, google je or join mana2 group travel & tgk lah mana yg bg excitement ikut ape yg kita dah set tu

4. Part paling best.... CARI GAMBAR!!

Google lah mana2 gambar yg menunjukkan tempat yg kita nakgi. Tak kira lah kat Malaysia ke obersi ke plant Marikh ke

5. Susun gambar, edit, letak target date
Susun kat powerpoint ye

6. Save as JPEG & setkan as wallpaper desktop!

Siap VB travel
😁
& set jugak utk wallpaper hp/wassap/teleg etc
Boleh dh buat skg

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...