Showing posts with label motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label motivasi diri. Show all posts

Monday, 12 March 2018

REBUT PELUANG YANG DATANG

Saya sangat meminati Aamir Khan. Lebih tepat lagi, watak lakonan dan filem-filem arahan beliau.

TAARE ZAMEEN PAR

Sebuah filem arahan beliau sendiri yang diadaptasi daripada realiti kehidupan kita.

Ishaan, 8 tahun, seorang kanak-kanak yang mempunyai kehidupan yang penuh imaginasi. Sebenarnya, Ishaan adalah pengidap Disleksia, satu daripada kelainan upaya.

Permulaan cerita, ditunjukkan keluar nombor-nombor dari kepala Ishaan sedang menari-nari . Hahahahahah.... Ishaan dengan yakin, terus menuliskan nombor itu di atas kertas jawapan peperiksaannya. Padahal, jawapan itu salah! Hahahahah....

Tapi,  Ishaan ni sangat suka dan kreatif dalam bidang seni. Ishaan ada sebuah buku nota. Dalam buku tu, penuh segala macam lukisan yang sangat cantik. Penuh imaginasi. Hasil tangan Ishaan.

Tapi, mak ayah Ishaan ni rasa sangat kecewa dengan Ishaan. Sedangkan abang Ishaan, Yohaan, sangat cemerlang dalam akadekik, seorang atlet sekolah dan disayangi oleh guru-guru.

So, mak ayah Ishaan menghantar Ishaan ke sekolah berasrama. Tapi Ishaan tak suka dan sangat sedih.

Kemudian, ada seorang guru seni masuk ke sekolah Ishaan. Namanya Mr Nikumbh. Ni lakonan Aamir Khan.

Cikgu Nikumbh lah yang berjaya mengenalpasti bakat dan kebolehan Ishaan yang sebenar. So Cikgi Nikumbh pun pergi berjumpa  ibubaapa Ishaan di Mumbai dan terangkan keadaan sebenar Ishaan.

Hmmmm... sebenarnya, cikgu Nikumbh ni sendiri adalah pengidap Disleksia. Tapi beliau berjaya kerana diberikan peluang dan laluan yang sepatutnya untuk beliau.

.......

Dari cerita ni, saya dapat satu pengajaran.

KENALI DIRI DAN POTENSI

Setiap manusia adalah berbeza, unik dan istimewa. Dan setiap kita wajib diberi peluang dan mengambil setiap peluang yang ada serta manfaatkan sepemuhnya peluang yang diberikan.

Macam sayalah.

Dulu, tak tahu pun dalam diri ni ada jiwa guru. Jiwa guru tu maksudnya penyayang, penyabar, penyantun... hehehe....

Rupanya bila saya muhasabah balik, oh betullah! Saya boleh jadi seorang yang penyayang, penyabar dan penyantun. Tapi kena belajar dan terapkan dalam hati dan diri untuk.menjadi seorang yang penyabar, penyayang dan penyantun.

Dulu,
Tak tahupun saya ni business-minded punya orang rupanya. Hahahah... padahal, saya datang dari business background family. Huhuhu.... pakcik makcik saya ada syarikat sendiri. Sepupu-sepapat ada bisnes homestay. Mak saya pulak, tukang jahit dan penjual kuih-muih tradisional.

Si Ishaan tu,apabila cikgu Nikumbh bagi peluang untuk dia persembahkan hasil seni dia masa acara besar sekolah, Ishaan sungguh-sungguh ambil peluang  dan lakukannya dengan betul! Sampaikan Mak Ayah dia terkejut  menangis!

Maka saya belajar sesuatu. Peluang tak datang berkali-kali, mungkin. Jadi, jika ada peluang, terus rampas dan lakukan dengan sepenuh jiwa, jadikan yang terbaik! Inshaa Allah. Niat yang ikhlas disokong dengan kegigihan, pasti berjaya. 😎💪

......

Okey, jom sambung menanda kertas jawi. Hihihi...

#diariustazah
#daretodream

Sunday, 18 February 2018

STAYCATION SEBAGAI PILIHAN UNTUK MOTIVASI DIRI

STAYCATION Sebagai Pilihan Untuk Motivasi Diri
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Selain daripada pergi makan kat tempat2 makan kegemaran, saya suka sangat reward diri dengan staycation.

Buat satu Tabung Staycation.

Tabung ini wajib diisi dengan penuh disiplin. Sebab isi tabung inilah yang akan menentukan tempat mana yang akan menjadi lokasi staycation kami.

Tak teringin ke nak bermalam di Regalia KL?  Studio suite yang ada private pool, pemandangan KL dari atas bangunan. Semalaman pun jadilah. Hihihi...

Atau mana2 hotel bertaraf 4 dan 5 bintang?

Ya! Tempat2 begitulah yang saya jadikan #selfreward untuk memotivasikan diri disamping melepaskan lelah selepas beberapa minggu menghadap tugas.

Oppssss!! Sebenanrnya kami baru balik dari Melaka. Staycation di sana dua malam. Bawak anak2 melihat-lihat haiwan. Ini adalah reward untuk Aisyah Humairah sebenarnya. Hihihihi....

Okeylah, banyak kerja nak setelkan. Kemas barang2 yang baru dipindahkan ni pun belum setel. Nak pergi amik barang2 di rumaj lama pulak. Huhuhu....

Sekian, selamat memotivasikan diri. 😘

#diariustazah
#selfreward

Friday, 29 September 2017

JOM BACA AL-QURAN

Luar biasa bagi yang membaca Al-qur'an 📖

👤Berkata Abdul Malik bin Umair:

"Satu-satunya manusia yang tidak cepat tua adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".

"Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".

👤Berkata Al-imam Qurtubi:

"Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

👤Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-qur'an jangan pernah kau tinggalkan, karena sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

👤Berkata Ibnu Solah:

"Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-qur'an,  maka oleh karena itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".

👤Berkata Abu Zanad:

"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan pada nya ada yang membaca Al-qur'an".

Bergantunglah pada Alqur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan.

Allah berfirman:
"ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mau mentadaburi ayat-ayatnya".

Berkata sebahagian ahli tafsir
"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Saya memohon kepada Allah agar mberikan taufiqnya kepada saya dan kalian semua untuk selalu membaca Al-qur'an dan mengamalkan kandungannya". 📖

```Bila anda Cinta pada Alqur'an maka sebarkanlah,,,
demi Allah, sekian banyak orang yang membaca Alqur'an maka pahala anda akan selalu mengalir..```

```Sumber Bahagian Dakwah, Jakim...```

Sunday, 19 March 2017

PERKARA KECIL YANG MEMBAWAKAN KESAN YANG BESAR


Hmmm....Best jugak buku ni 😘 simple but nice 👍

Buku ni ustazah beli masa penceramah ni dijemput memberikan slot motivasi keibubapaan pada hari Mesyuarat Agung PIBG sekolah ustazah tahun ini.

Antara tajuk-tajuk dalam buku kecil ini Yang ustazah suka ialah Kisah Si Anak Kecil Dengan Tapak Sulaiman. Moral of the story cerita ini ustazah dapat rumuskan ialah jangan meremehkan perkara yang kecil. Ia mungkin kelihatan simple dan biasa je pada pandangan manusia, tapi berkemungkinan ia amat besar dan penting di sisi ALLAH SWT 😍

Kisah ini menceritakan tentang seorang budak kecik sedang mengutip tapak-tapak sulaiman di tepi pantai, lalu melemparkannya ke laut. Tetiba, ada seorang pakcik yang lepak-lepak di situ, bertanya kepada kanak-kanak itu tadi tentang perbuatannya itu.

Apa kanak-kanak tu jawab? Katanya, kalau dibiarkan tapak-tapak sulaiman tu hingga matahari pagi esoknya terbit, tapak-tapak sulaiman itu akan mati kekeringanlah. So, sebab tu dia tolong lemparkannya ke laut semula.

Pakcik tadi masih tak puas hati 😓 pakcik tu kata, takkan lah sepanjang pantai tu kamu nak buat begitu? Tapi kanak-kanak tu jawab, takdelah sampai nak buat sepanjang pantai.....Tapi Setakat yang dia mampu jela...😎😎😎 Budak tu kata lagi, apa Yang saya lakukan ini cuma sedikit hal je pakcik, tapi mungkin besar kesannya kepada setiap tapak sulaiman yang dilemparkan semula ke laut tu... 😊

Hmmm..

Dalam hidup kita pun macam tulah... Kadang kita rasa kita tak mampu nak buat perubahan besar... Sedangkan kita terlupa sepatutnya ia hanya perlukan permulaan Yang kecil dan simple je 😋 Menara KL yang gah tu pun hanya bermula dengan bata-bata yang kecil jugak 😎

So hari ini, apakah perkara kecil yang telah kita lakukan ye ? Emmmm....😐 Mungkin senyuman kita yang ikhlas tu dapat mengubati hati seseorang Yang sedang berduka?😘 Atau mungkin satu pelukan yang erat dapat melegakan keresahan anak kecil kita?😍😍

Tapi hari ini, perkara kecil yang ustazah lakukan ialah menjadi pendengar kepada luahan hati seorang pesakit kanser payudara ..... Pada awalnya Puan N cuma bertanyakan VIVIX... tapi ustazah lebih selesa perbualan kami berlaku seperti sembang santai antara rakan lama 😄 tak sangka pulak, Puan N sanggup berkongsi kisah penyakitnya dari A to Z... Padahal kami saling tidak mengenali pun....

Alhamdulillah Allah SWT datangkan kepada ustazah, seorang lagi sahabat melalui cara ini 😄😄😄 dan Puan N pulak entah berapa puluh Kali ucap terima kasih kat ustazah sebab sudi layan sembang dia di what'sapp 😂

Ini juga satu sumbangan kecil Kan? Sebab dapat melegakan keresahan hati orang yang memerlukan 😊 Ooppss! Ustazah bukan nak puji diri, tapi anggaplah ini sebagai satu motivasi kecil untuk mulakan kebaikan 😎 kerana? Kebaikan itu perlu diviralkan, bukan untuk dipendamkan....😘😘😘

Jom suap VIVIX dulu 😜

💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓💓

By the way, mahu cuba bersuplimen tapi takde orang nak guide? Jangan segan, hubungi je UstazahCeria di 012-3618431/017-3129349 😘

Atau

Follow IG UstazahCeria @aminahsyuhadah 🌼🌼🌼

#liveamazing
#selfreward
#diariustazah
#ustazahceria

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...