Showing posts with label rancang kehamilan. Show all posts
Showing posts with label rancang kehamilan. Show all posts

Saturday, 15 October 2016

NUTRITION CARE BEFORE  & DURING PREGNANCY

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Hmmmm... tengah merancang untuk hamil ke? Tapi tak tahu atau 'blurrrr' nak buat apa lagi sebab UPT line tu masih tak menunjukkan 'positive line' kan....huhuhu...

Takpe2...jangan frust... ibarat jodoh; setelah berusaha, pasti akan berkahwin juga apabila tiba pada masa dan waktunya... ;-)

Walaupun begitu, sebagai salah satu usaha jugak, kita sebagai bakal bapa dan bakal ibu kenalah pastikan diet harian yang kita ambil itu SEIMBANG! Tak caya? Pergilah jumpa dengan mana2 pakar fertility pon, pasti jawapan ini jugak yang anda akan terima ;-)

=================================

So, lets study apakah makanan2 yang perlu kita ambil untuk memudahkan kehamilan berjalan dengan lancar.... :-)

1. PROTEIN

♡ Protein amat penting untuk kualiti dan kuantiti sperma... penting untuk pembentukan dan penghasilan ovum... dan penting untuk perkembangan bayi dalam perut. 

♡ Protein sebagai energy... sumber protein dipecahkan menjadi asid amino untuk pembinaan sel-sel dalam tubuh baby. 

♡pengambilan makanan bersumberkan Protein amat penting ketika 'pre-natal' dan 'post-natal'.

2. IRON diperlukan untuk membina hemoglobin (28mg utk hamil) 

♡ hemoglobin <11g.dl (anemia) menyebabkan ibu mudah letih dan lesu serta boleh mengakibatkan kelahiran pra matang. 

3. ASID FOLIC

♡ untuk membina sistem saraf dan otak janin.

4. VITAMIN C 

♡ pengambilan 500mg daily lebih meningkatkan peluang untuk hamil!

♡ VVitamin C juga membantu merendahkan risiko kelahiran pra matang. 

5. KALSIUM 

♡ ibu hamil dan menyusukan bayi amat memerlukan kalsium bagi membantu pembentukan tulang dan gigi yg kuat...untuk perkembangan jantung bayi yang sihat... 'bone density'... dan tumbesaran bayi khususnya (melalui susu ibu). 

6. OMEGA

♡ minyak ikan (omega 3) penting untuk perkembangan otak dan perkembangan penglihatan sepanjang bayi dalam kandungan. 

7. VITAMIN E 

♡ bukan bakal ibu sahaja kena 'concern' pasal kehamilannya atau nak hamil... tapi.. bakal ayah pon kena prihatin la juga tentang 'benda' yang sepatutnya digunakan untuk dapatkan anak! Kikikiki...

♡ Vitamin E bersifat antioksidan, ia protect sperma daripada progressive mortality. Di samping juga membantu meningkatkan aliran darah kepada sperma. 

8. ZINC ~ ia sangat mengambil berat tentang sperma. Zinc membantu meningkatkan bilangan dan karakter sperma. 

=================================

So... macam mana sekarang bakal ibu dan ayah? Dah faham konsep prakehamilan? Maka, marilah kita mengamalkan diet seimbang agar bakal bayi yang terjadi kelak dapat membesar dengan sihat dan ceria ;-) inshaa Allah..... amiiin....

NAK BABY LAGI!!!! HEHEHEH

Baru kawin....

Dah setahun kawin....

Baru kahwin tapi kahwin pun dah lewat....

Tingkatkan peluang untuk hamil antara lelaki dan perempuan dengan NUTRISI : 

♡ Omega-3 + Omega-6 

♡ Omega-3 + Vitamin E + Zinc

Bagi lelaki, tidur yang tidak teratur dan mencukupi, ditambah dengan gejala suka merokok, boleh 'membunuh' SPERMA!

 

Pergerakan sperma (move forward), ciri-ciri sperma dengan bentuk leher yang mantap supaya boleh penetrate to ovum, menunjukkan sperma itu aktif atau tidak, sangat memainkan peranan penting dalam usaha untuk menghamilkan isteri. 

Dalam penghasilan Ovum pula, pastikan emosi isteri tidak terganggu. Stress dan kemurungan akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen yang mengakibatkan kitaran haid tak teratur. Stress juga memungkinkan situasi 'telur' (ovum) ada tetapi tidak dapat dikeluarkan.

Hormon yang tidak seimbang menyebabkan dinding uterus menipis. Seterusnya, telur tidak mampu melekat dan akhirnya berlaku keguguran. 

Ovum hanya mampu bertahan dalam masa 24 jam. Apabila ia berjaya disenyawakan oleh sperma dalam tempoh itu, telur akan membahagi 4 sehingga membentuk 'embrio'. 

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...