Saturday 8 October 2016

FAQIH'S BREASTFEEDING JOURNEY

Assalamualaikum wbt dan salam ceria ;-)

Hmm....very happy to share about my third breastfeed experience with Faqih...

Actually, nama penuh anak no.3 UstazahCeria ni ialah Ahmad Izzuddin Al Faqih bin Ahmad Fitri.. wowww!! Panjangnye! Hahah... takpe...panggil Faqih je...hihihi... moga Faqih menjadi seorang yang benar2 mahir dan mendalami setiap kemahiran dan ilmu yang dimiliki dalam bidang yang diceburinya kelak! Aamiiin.... ;-)

Kelahiran Faqih sangat dinantikan oleh ibu dan ayah. Faqih adalah putera sulung idaman hati ibu dan ayah. Ibu dan ayah sentiasa berdoa agar Faqih menjadi benteng dan tonggak keluarga, pembela kakak-kakak dan adik-adiknya kelak.

Faqih lahir pada jam 13.25 p.m sejurus lafaz "Laa Ilaha Illallah" yang terakhir ketika azan Zohor 1 Muharam 1437H bersamaan 14 Oktober 2015. Allahhhh....

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Detik-detik kelahiran Faqih
***************************

Braxton Hicks mula ibu rasakan ketika 2 minggu sebelum kelahiran sebenar Faqih tapi ibu tak hiraukan sebab terlalu sibuk menguruskan kertas peperiksaan akhir tahun. Tamat peperiksaan, ibu sibuk menanda skrip jawapan murid pulak. Tapi... sempat jugak ibu habiskan penandaan, sebab keesokannya cuti Awal Muharam ;-) yuhuuuu!!!

Awal pagi 1 Muharam 1437H , ibu asyik berulang ke tandas sebab perut rasa tak selesa... kejap rasa nak 'membuang' , tapi tak jadi pulak...huhuhu... hinggalah azan Subuh berkumandang.

Ayah dah risau, ajak ibu ke hospital. Tapi ibi takuttt!!!! Huhuhu masih fobia dengan kelahiran2 lepas. Hahahah... so ibu buat-buat 'cool' dan bertenang walaupun skait perut dah mula kerap! Siap boleh basuh kain baju pastu sidai kat ampaian...

Ibu dah rasa tak tahan. Betul ke Faqih nak keluar hari ni? Huhuhu... ibu cool jelah konon2...ayah tetap ajak ibu ke hospital. Ibu akur... kami tumpangkan kakak2 kat rumah Mak Sidah.

Sebelum ke hospital, ibu dan ayah bersarapan pagi dulu di kedai sebelah hospital..ngehngehngeh ... tapi masa ni perut ibu dah sakit makin kerap...3-5 minit sekali, hinggakam ibu tak boleh nak mengunyah!!!!

Mujur hospital sebelah tu je!!! Teruslah ke bahagian bersalin di tingkat 2. Tapi, rasa macam tinggi la pulak nak boleh sampai ke tingkat 2 tu!!!

Bermula dari situlah kisah hidup bujang kesayangan ibu dan ayah ni ;-) Alhamdulillah....

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Tempoh berpantang yang AWESOME!!!
****************************************

Kali ni ibu berpantang di rumah kita di Kapar je ;-) ini permintaan ayah ;-) hihihi... ayah nak tengok sendiri perkembangan bujang dia ni... tapi Tok Mak datang jugak selepas seminggu umur Faqih.

Oleh kerana ibu 'berpantang sendiri' , maka ibu wajib siapkan diri dengan persiapan mental dan fizikal ;-)

Ayah ? 10 hari ayah mohon cuti semata nak jaga ibu! Terima kasih , ayah! ;-) setiap pagi, selepas balik dari surau, ayah sediakan air mandian ibu. Ayah sediakan sarapan ibu : OAT + SUSU + ESP Shaklee.

Apabila ayah dah mula bekerja, ayah cuma bantu sediakan mandian je. Untuk lunch, ibu masak sendiri lah lauk yang simple2... yang syoknya, berpantang kali ni ibu sungguh cergas dan segar! Hmm... mungkin sebab selalu minum PERFORMANCE DRINK kot ! Hahahhha....

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Penyusuan bayi kali ini lebih mudah ibu handle. MungKin kerana ini adalah anak yang ketiga, dan ibu pun dah ade pengalaman penyusuan kakak2 Faqih :-)

Alhamdulillah...hari ini genap usia Faqih 1 tahun! Dengan itu, genap setahun jugaklah Faqih mendapat khasiat susu ibu ;-) Alhamdulillah...perjalanan penyusuan Faqih berjalan lancar sama seperti kakak2 Faqih. Semoga perjalanan ini diteruskan.sehingga usia Faqih 2 tahun, sama seperti kakak2.... ;-)

IbuFaqihAisyahAinin
1 Muharam 1438H

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...