Showing posts with label hadith tentang akhlak. Show all posts
Showing posts with label hadith tentang akhlak. Show all posts

Tuesday, 28 February 2017

*Bertakwa dan Bergaul Dengan Akhlak Yang Baik*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

_*Dari Abu Dzar r.a. ia berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta pergauilah manusia dengan akhlak yang baik."*_ (HR Tirmizi No: 1910)  Status: Hadis Hasan Sahih.

*Pengajaran:*

1.  Setiap Muslim perlu memiliki sifat takwa dimana-mana sahaja berada dan dalam setiap waktu.

2.  Takwa ialah sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi perkara yang dilarang.

3.  Takwa itu ialah sifat berhati-hati dan sentiasa merasakan pengawasan diri oleh Allah.

4.  Lakukanlah amal kebaikan kerana ia boleh menjadi penyebab kepada penghapusan dosa yang dilakukan.

5.  Berakhlak baiklah dalam pergaulan sesama manusia.

6.  Jagalah akhlak dalam perhubungan sesama kita, jangan ada umpatan, fitnah, hinaan, merendah-rendah orang lain dan sebagainya.

*Jadilah kita orang bertaqwa, yang melakukan amal solleh dan menjauhi mungkar, serta berakhlak mulia dalam pergaulan sesama manusia.*

28hb Februari  2017
01hb Jamadil Akhir 1438H

Wednesday, 22 February 2017

RASULULLAH SAW PENYEMPURNA AKHLAK MULIA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Akhlak Timbangan Paling Berat Di akhirat*

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ شَيْءٍ يُوضَعُ فِي الْمِيزَانِ أَثْقَلُ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ وَإِنَّ صَاحِبَ حُسْنِ الْخُلُقِ لَيَبْلُغُ بِهِ دَرَجَةَ صَاحِبِ الصَّوْمِ وَالصَّلَاةِ

_*Dari Abu Darda ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan daripada akhlak yang baik, dan sesungguhnya orang yang berakhlak baik akan mencapai darjat orang yang berpuasa dan solat."*_ (HR Tirmizi No: 1926) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Akhlak adalah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang. Darinya akan melahirkan tindakan, perlakuan atau perilaku amalan.

2.  Rasulullah SAW diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia.

3.  Timbangan ganjaran yang paling berat pada seseorang di akhirat nanti adalah akhlak yang baik.

4.  Kedudukan orang yang memiliki akhlak yang baik menyamai darjat orang yang berpuasa dan bersolat.

5.  Tidak bermanfaat solat dan puasa jika tidak disertai dengan akhlak terpuji.

*Suburkanlah akhlak terpuji dalam diri kita agar ia menjadi pemberat timbangan amal di akhirat kelak.*

22hb Februari  2017
25hb Jamadil Awal 1438H

*Copy&Paste

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...