BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.
31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Sementelah anak-anak masih kecil ni, kami hanya bawa mereka mendaki di bukit-bukit Komuniti atau yang mempunyai lalui mudah sahaja. Sekadar suka-suka untuk memupuk minat anak-anak kepada aktiviti pendakian di samping sebagai pendidikan luar bilik darjah. Pembelajaran melalui pengalaman juga penting sebagai pengukuhan ilmu yang dipelajari di sekolah.
Bukit Gasing ni, kena Naik banyak Kali sebab ia banyak laluan. Kami dah daki tiga Kali. Tapi semuanya lain-lain laluan, Dan buat Masa ni kami belum pernah sampai lagi ke Jambatan Gantung Bukit Gasing tu. Hahahaha.
Jumpa tanda ini dahulu selepas pintu masuk. Kami masuk melalui perumahan Jalan Gasing.
Gigih Maknya ni menahan emosi untuk pastikan anak-anak Kekal bersemangat hingga ke puncak. Hihihihi.
Tadi menaik, sekarang menurun pulak. Kejap lagi menaik balik. Pastu menurun. Huhuhu memang menguji ketahanan mental Dan fizikal budak-budak lerrrr....
Sempatlah bergambar kenangan sekepimg. Minta tolong brader yang solo tu ambilkan. Dia teruja betul tengok kami bawak budak-budak ni. Sebenarnye, Ada beberapa keluarga jugak yang datang sini bawak anak-anak.
Tip Mendaki Bersama Anak Kecik :
1. Bekalkan air secukupnya. Kami bawak sorang satu botol 500ml air mineral.
2. Snek. Seperti biskut, gula-gula, lollipop, buah potong.
3. Banyakkan bercerita tentang tumbuhan Dan serangga yang Ada sepanjang pendakian/treking.
4. Tahan sikit emosi kalau Anak dah mula cranky hahahaha. Sebab emosi Mak Pak yang akan menentukan emosi anak-anak sepanjang aktiviti berlangsung.
5. Reward lah anak-anak dengan bawak mereka pegi makan atau layankan kehendak mereka nak beli apa-apa makanan tapi bersyarat.
Bukit Gasing,
31 OGOS 2020.
#diariustazah
#hiking
No comments:
Post a Comment