Sunday 16 October 2016

DARI MATA.... TURUN KE HATI...

[DARI MATA...TURUN KE HATI....]

kikikiki... kalau mata tak cantik dan memukau, takkanlah boleh turun ke hati kan? Hahahahha

Penjagaan mata ni bukan sekadar nak kasi orang jatuh cinta je...malah mata yang sihat juga memberikan impak keyakinan yang tinggi kepada si pemilik mata! Betul tak?

Sebenarnya.....pemakanan harian kita amat mempengaruhi perkembangan penglihatan kita! Oleh itu, makanlah makanan yang mengandungi beta-carotene (sayuran dan buahan berwarna oren-merah-jingga) kerana dari situ kita mendapat manfaat Vitamin A khusus untuk MATA.

Pengambilan sumber DHA daripada minyak ikan juga penting untuk mendapatkan penglihatan yang baik. Sebab tu dalam diet harian kita ditekankan untuk memakan IKAN segar :-)

Tapi...duk kat bandar ni, kat celah mana lah nak boleh dapatkan ikan segar yek? Hihihi.. dulu, masa kecik-kecik memang syok hari-hari dijamu ikan segar sebab arwah Tokki memang nelayan... ;-) 

Hmmm...apapun, jagalah pengambilam makanan kita setiap hari agar penglihatan kita tidak terus terjejas. Sekurang-kurangnya, kita berusaha untuk elakkan mata kita daripada mendapat masalah penglihatan seperti KATARAK, GLUKOMA dan apa-apa lagi.....

#ustazahceria
#matasihatdansegar

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...