Friday 18 September 2020

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL. 


31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya. 


Sementelah anak-anak masih kecil ni, kami hanya bawa mereka mendaki di bukit-bukit Komuniti atau yang mempunyai lalui mudah sahaja. Sekadar suka-suka untuk memupuk minat anak-anak kepada aktiviti pendakian di samping sebagai pendidikan luar bilik darjah. Pembelajaran melalui pengalaman juga penting sebagai pengukuhan ilmu yang dipelajari di sekolah. 


Bukit Gasing ni, kena Naik banyak Kali sebab ia banyak laluan. Kami dah daki tiga Kali. Tapi semuanya lain-lain laluan, Dan buat Masa ni kami belum pernah sampai lagi ke Jambatan Gantung Bukit Gasing tu. Hahahaha. 



Jumpa tanda ini dahulu selepas pintu masuk. Kami masuk melalui perumahan Jalan Gasing. 


Gigih Maknya ni menahan emosi untuk pastikan anak-anak Kekal bersemangat hingga ke puncak. Hihihihi. 

Tadi menaik, sekarang menurun pulak. Kejap lagi menaik balik. Pastu menurun. Huhuhu memang menguji ketahanan mental Dan fizikal budak-budak lerrrr.... 


Sempatlah bergambar kenangan sekepimg. Minta tolong brader yang solo tu ambilkan. Dia teruja betul tengok kami bawak budak-budak ni. Sebenarnye, Ada beberapa keluarga jugak yang datang sini bawak anak-anak. 


Itu dia!! Ada beberapa check points yang mempunyai persimpangan dilema begini. Dan setiap Kali berselisih dengan pendaki-pendaki lain, pasti akan saling bertanyakan arah sesuatu tempat, ataupun bertanyakan, "Cik, betul ke jalan ni?" Atau "Cik, jalan ni ke arah mana ye?" Hahah Tak terkecualilah kami ni. 


Kami ambil laluan sebelah kiri, Dan kami berakhir di sini. Hehehe. Tengoklah gambar di bawah tu. Bukan main seronok depa! 


Itu tu dah serupa macam berada di taman permainan dah tu.


Seronok sungguh tu dapat berlari sana-sini. 

Haaaaa siap Ada mini air terjun. Hati-hati!!! Dibimbangi tergelincir! Dan elakkan meminum atau membasuh muka dengan aliran air ini kerana dikhuatiri terdapat kencing tikus. Huhuhuhu. 

Dah puas berlari Dan tengok air, kami teruskan perjalanan nak Cari jalan keluar pulak. Kami ambil Laluan Denai. Di sepanjang laluan ini, terdapat 5 buah tapak untuk pacak khemah. So sesiapa yang berhajat nak berkhemah santai Dan selamat, datanglah sini. 


Rupa-rupanya, dari Laluan Denai tadi tu, jalan terus Naik ke atas akan berjumpa dengan bangunan lama ini. Dan Ade persimpangan (ke Kanan) untuk Naik ke Suspension Bridge dan simpang (ke kiri) untuk turun ke laluan kita datang tadi (Jalan Gasing). Kami berhajat nak ke Kanan tapi mengenangkan anak-anak dah mula lapar, lain kalilah kami datang berduaan jeh. Hehehe. 


Begitulah keadaan sebenarnye. Errrr... Masa nak swafoto begini, kurasa ragu-ragu. Nak selfie ke tidak? Rasa Tak sedap hati gitu. Hahaha. Tapi snap gal sedassss!! 


Emmmm... Tak pasti ini apa. Macam kolam. Tapi.... Memang Tak tahu! So teruskan langkah.... Hehehe 


Aduhaiiiii... Kena panjat Anak tangga pulakkkk!!! Huhu. 


Kuatkan semangat ye anak-anak. Hehe. Last check point dah ni. Pastu kita pegi makan. Hahahah 



Alhamdulillah. Akhirnya kami menuju ke pintu utama. Hahahaha. 


Tip Mendaki Bersama Anak Kecik : 

1. Bekalkan air secukupnya. Kami bawak sorang satu botol 500ml air mineral. 

2. Snek. Seperti biskut, gula-gula, lollipop, buah potong. 

3. Banyakkan bercerita tentang tumbuhan Dan serangga yang Ada sepanjang pendakian/treking. 

4. Tahan sikit emosi kalau Anak dah mula cranky hahahaha. Sebab emosi Mak Pak yang akan menentukan emosi anak-anak sepanjang aktiviti berlangsung. 

5. Reward lah anak-anak dengan bawak mereka pegi makan atau layankan kehendak mereka nak beli apa-apa makanan tapi bersyarat. 


Bukit Gasing, 

31 OGOS 2020. 

#diariustazah 

#hiking



BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...