Showing posts with label produk shaklee. Show all posts
Showing posts with label produk shaklee. Show all posts

Saturday, 11 November 2017

PRODUK : Pengasas : Tagline

[PRODUK : Pengasas : Tagline]

♡ D'HERBS : Datuk Alif Shukri : Terlajak Laris!!!

♡ QU PUTEH : Datuk Vida : Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh! Muahahhaha!

♡ SHAKLEE : Dr. Forrest C Shaklee : Better You Better World.

»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
Setiap pengasas produk kecantikan dan kesihatan mempunyai visi masing2 untuk mencapai matlamat perniagaan mereka kan?

Tagline Shaklee jelas sekali visi membantu insan-insan lain mendapatkan nilai terbaik dalam hidup seterusnya dapat menjadikan hidup lebih bermakna!

Dr Forrest C Shaklee pernah disahkan mengidap TUBERCULOSIS (batuk kering) rupanya! Huhuhu..sebab beliau dan keluarga pernah tinggal di kawasan perlombongan arang batu.... Doktor ramal beliau hanya mampu bertahan selama 8 tahun sahaja!!!

So keluarga beliau pun berpindahlah ke tempat yang lebih baik dan segar udaranya atas kesedaran dan kepercayaan bahawa udara yang segar, bersih dan rehat yang cukup dapat merawat penyakit TB ni ;-)

Ketika remaja, sekali lagi pemeriksaan dilakukan dan Doktor bagitau bahawa TB beliau dalam keadaan terkawal :-) Alhamdulillah... so beliau masih meneruskan menjaga kesihatan melalui penjagaan pemakanan.

Pastu beliau diuji pulak dengan KANSER!! Ya Allahhhh... Oleh sebab beliau percaya bahawa pemakanan yang sihat dengan nutrisi yang seimbang ditambah pengambilan suplemen megadose!

Lebih kurang dalam tempoh 1 tahun Doktor sahkan bahawa tahap kesihatan beliau telah menunjukkan perubahan yang positif! Good news kan ;-) Maka beliau semakin percaya tentang kepentingan nutrisi dan suplemen dalam usaha merawat kanser!

Bermula dari situ, beliau bersama anaknya Forrest Jr mula mengedar suplemen dan menjadikan sebagai sebuah perniagaan.

=====================================

So korang! Sebenarnya segala penyakit yang datang kat diri kita semuanya berpunca daripada gaya pemakanan kita. Maka, wajiblah kita jaga pemakanan kerana ia adalah Sunnah Rasulullah dan menjaga kesihatan tubuh termasuk dalam 1 daripada Maqasid Syar'iyah.

#betteryoubetterworld
#liveamazing

Wednesday, 13 September 2017

THE RADIANT 4 ~ Ketahui 4 Nutrien Penting untuk Kulit Cantik Berseri dari Dalam.

  

#CantikDiDalamBerseriDiLuar

Whooaaaaa!!! tagline pun dah super-duper mengancam, buat hati tak sabar nak mencuba set The Radiant 4 ini 😚😛 

Pernah tak korang tertanya-tanya, macam mana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Orang-orang ini turut memberikan aura yang positif dan sihat kepada mereka yang memandangnya 😍 Sebenarnya, apa yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan menawan ni?

Orait, saya akan kongsikan dengan anda kenapa 4 vitamin ini diperlukan bagi mendapatkan kecantikan dalaman dan keserian luaran. heheheh.... 

1. PROTEIN untuk memBINA kulit yang sihat

Tubuh kita dihasilkan daripada protein. Maka untuk mendapatkan kulit yang sihat juga kita perlukan protein yang mencukupi. Protein penting untuk fungsi kulit yang optimum. Protein penting untuk menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat, kerana secara langsung, protein terlibat dalam pemulihan dan pembaikan sel dan tisu kulit. Protein juga penting untuk menghasilkan hormon yang sihat dan enzim yang penting untuk kulit. Protein penting dalam menyokong pengeluaran asid amino 'glutation' yang membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan akibat sinaran matahari. 

Sumber : Poljšak, Borut, and Raja Dahmane. “Free radicals and extrinsic skin aging.” Dermatology research and practice 2012 (2012). 

==============================================
 
2. Tingkatkan keANJALAN kulit dengan KOLAGEN. 

Kolagen merupakan struktur penting kulit kita. Kolagen mengekalkan keanjalan kulit kita dan menghalang kulit daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. 

Korang tahu tak? Sebenarnya, tubuh kita boleh menghasilkan sendiri kolagen ni, tetapi, ketika usia kita memasuki angka 20, kolagen menurun! Maka, kita sepatutnya mengambil kolagen sebagai suplemen ketika berusia 20 tahun!! huaaaa...dah terlambat ke???? 

Apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan oleh tubuh semakin berkurangan. Ini pastinya mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur.

So, pakar-pakar kulit menasihatkan agar kita mula mengambil kolagen hari ini untuk mendapatkan kulit yang lebih anjal, mengurangkan kedutan dan memudarkan parut!

Sumber : 1. Porksch E, Segger D, Degwert J, Schunck M, Zague V, Oesser S. Oral supplementation of specific collagen peptides has beneficial
effects on human skin physiology: a double-blind, placebo-controlled study. Skin Pharmacol Physiol. 2014;27(1):47-55.
2. Matthias CA, Fernandes D, Kolokythas P, Kaplan H, Vogt P. Percutaneous collagen induction therapy: an alternative treatment for
scars, wrinkles, and skin laxity. Plastic Reconstruct Surg. 2008;121(4):1421-1429. 

=========================================================

3. PERLINDUNGAN antioksida dengan VITAMIN C. 

Vitamin C bertindak sebagai antioksida dan menggalakkan penghasilan kulit yang sihat. Ia meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas (pencemaran, stress). 

Tetapi, 
tubuh kita tidak mampu menghasilkan sendiri vitamin C malah kita perlukan makanan yang mengandungi sumber vitamin C sebagai suplemen. 

Pengambilan vitamin C membantu mengurangkan kedutan serta melegakan kulit yang kering dan kasar. 

Sumber : Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged
American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231. 

Pengambilan vitamin C juga bertujuan untuk menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit, membantu menyembuhkan luka akibat keradangan seperti jerawat dan mempertahankan kulit daripada radikal bebas. 

Sumber : Catani MV, Savini I, Rossi A, Melino G, Avigliano L. Biological role of vitamin C in keratinocytes. Nutr Rev 2005;63:81–90.,
Wolfgang Ko, Jean Krutmann. 2008. Protection from Sunburn with β-Carotene—A Meta-analysis. Photochemistry and Photobiology.
84: 284–288. 

==============================================

4. Kekalkan KELEMBAPAN kulit dengan GLA.  

Kulit yang sihat sebenarnya bergantung kepada jumlah asid lemak yang ada pada bahagian kulit terutamanya asid gamma-linolenic (GLA) . 

Asid lemak GLA ini penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengurangkan kegatalan dan kulit yang bersisik yang disebabkan oleh keradangan pada kulit. Justeru, GLA juga baik untuk mengurangkan keradangan.

Sumber : Bjørneboe A, Søyland E, Bjørneboe GE, Rajka G, Drevon CA. Effect of dietary supplementation with eicosapentaenoic acid in the treatment of atopic dermatitis. Brit J Dermatol. 1987;117(4):463-469.  
 
 Cosgrove MC, Franco OH, Granger SP, Murray PG, Mayes AE. Dietary nutrient intakes and skin-aging appearance among middle-aged American women. Am J Clin Nutr. 2007;86(4):1225-1231.

Kapoor R1, Huang YS. Gamma linolenic acid: an antiinflammatory omega-6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.
 
 ===========================================

Ok guys!! penat dah menulis sini hahahh... So, apa tunggu lagi? Dapatkan set #TheRadiant4 hari ini daripada SID anda yang berdekatan atau terus daripada SAYA sendiri, AdahFitri @ Ustazah Ceria di talian 012-3618431. 

Harga untuk set ini hanya RM686.90 termasuk GST.
 

Wednesday, 6 September 2017

INILAH YANG SAYA AMALKAN UNTUK KEKAL CERGAS

Semalam yang seharian....

#PEKDISboling
#PerkampunganIlmuTahun6
#SolatHajatPerdanaUPSR

Badan letih, ya ampuunnnnn!!! Balik ke rumah jam 9 malam. Tidurkan #boboyot dulu, baru ibu pergi mandi. Huhuhuhu...Busuknye???Hahahha..

Dah lama tak merembat, maka badan terasa lenguhnya. Hahahaha...

Usai fardhu Isyak, telan 4 biji ostematrix Dan 1 biji B complex. Terus layan novel kegemaran, hinggalah Mata terpejam 😝 sedar-sedar je dah pukul 4 pagi, sebab Faqih merengek Dan muntah-muntah. Selesai uruskan Faqih, dating sat dengan Dia 🌹🌹🌹

Badan rasa sangat ok👍 maka ibadah pun khusyuk. Alhamdulillah....

Umur menginjak 30, badan dah tak support kalsium, kolagen Dan protein. Maka perlukan suplemen untuk kekal bertenaga Dan cergas!

Kalsium perlu untuk pengecutan otot yang sempurna. Kerap kekejangan otot itu tandanya tubuh kurang kalsium dan mengakibatkan otot lambat mengecut! 

#calcium
#diariustazah

=================================
Sedang mencari sesuatu untuk kekalkan kecergasan? UstazahCeria ada jawapannya 😘

Hubungi terus ke talian +6012-3618431 atau +6017-3129349.

Monday, 24 July 2017

SKINCARE TERBAIK MALAYSIA

💓💓 ISTIMEWANYA SHAKLEE 💓💓

Kali pertama Saya guna vitamin Shaklee ialah vitamin E. Kononnya nak kulit peloles laa...Hahaha... Sekali, jerawat timbul bagai cendawan tumbuh selepas hujan 👀 hahahaha...

Ditambah pulak, Susu badan drop!!! Hallamakkkkk!!! Sedih betul.... Sebab Aisyah baru masuk umo setahun.. Huhuhu...

Maka Saya berhenti mengambil vitamin E dan tak pernah mencuba mana-mana jenama suplemen yang lain pun. Sangat bimbang andai kulit wajahku ini tercela lagi 😂😂

Setahun lepas tu, ketika mengandungkan Ainin, Saya Cuba pulak minum ESP, Alfalfa dan ostematrix untuk tujuan penyusuan. Ini berkesan untuk badan Saya! Heheh... Ainin lahir dengan sihat, 500gram lebih berat daripada kakaknya Aisyah 💓💓 Stok Susu untuk Ainin melimpah-ruah hinggalah Saya mengambil anak susuan 😘 Alhamdulillah...

Dan hinggalah hari ini, selepas 5 tahun, Saya masih setia dengan produk-produk Shaklee 😍 Saya dah jumpa produk penjagaan kulit yang betul-betul sesuai dengan kulit Saya!

Jika anda perlukan produk penjagaan kulit, pastikan anda pilih kompeni yang juga pengeluar vitamin, Dan sekali lagi Saya tegaskan bahawa SHAKLEE adalah yang terbaik dalam bidang ini. Shaklee punya kajian klinikal Dan diterbitkan bagi setiap bahan yang digunakan dalam produknya, Bukan sekadar omongan kosong! 😘

Dan yang paaaaliiingg best dan ISTIMEWANYA SHAKLEE ni, ia :

💓 sentiasa berkesan,
💓 sentiasa selamat ,
💓 dan sentiasa semulajadi.

🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Nak Cuba bervitamin? Wasap Saya +601-23618431

#tsunamiturbo
#istimewanyashaklee
#sihatceria

Sunday, 23 July 2017

MINERAL DAN VITAMIN YANG MENCUKUPI BANTU TURUNKAN BERAT BADAN

Soalan Saya 10-15 tahun dulu...

Kenapa tak kurus-kurus??
Kenapa berat tak turun walaupun dah jogging?
Makan dah kurang, tapi tak kurus??

Sampai satu tahap, Saya stress yang amat!!! 😂😂😂

Salah Satu hobi yang kekal hingga hari ini ialah membaca majalah ini 😋 (actually, majalah2 seumpamanya).

Dalamnya banyak tips yang disarankan untuk turunkann atau kekalkan berat ideal.

Rupa-rupanya,
Saya salah konsep!
Saya ubah tabiat pemakanan!
Sebenarnya, konsep pengambilan makanan 'suku,suku,separuh' #pinggansihat tu Saya dah lakukan 10 tahun lalu.

Saya masih ambil nasi, Cuma Saya lebihkan sayur Dan buah dalam pinggan Saya. Ayam jarang Saya ambil, Saya lebih sukakan ikan 😘 Saya kurangkan pengambilan air manis, tapi lebih banyak minum air kosong.

Saya lebihkan sarapan pagi,
Bersarapan dengan makanan berserat tinggi seperti OAT Dan Nestum kosong.
Elakkan makan malam selepas jam 8 malam. Paling tidak pun Saya ambil OAT bersama Susu atau roti serat.

Rutin kehidupan sebagai pelajar Saya jadikan sebagai satu peluang keemasan untuk hidup lebih sihat. Duit simpanan yang abah beri, saya kumpul Dan beli sebuah basikal. Setiap petang, selain berkayuhan, Saya selang dengan aktiviti joging.

Wang simpanan berikutnya, Saya beli sebuah raket tenis. Alhamdulillah, Saya ada Seorang partner yang supportive ke sana ke mari bersama melakukan aktiviti riadah, hatta berkayuh hingga 25KM 😎. Terima Kasih ye, sahabatku 😘 Aku rindu ko!

Dan,
Dalam tempoh sebulan, baru  Saya perasan, saiz Saya dah mengecil 😂😂 itupun sebab orang sekeliling yang tegur! Hahaha...

Namun,
Tabiat ini masih hingga kini walaupun Saya adalah ibu anak 3 😍 sekarang, aktiviti riadah Saya teruskan bersama suami Dan anak-anak 😋😋😋😋😋

Bagi anda yang berhasrat untuk dapatkan berat ideal, ubahlah tabiat pemakanan Dan Gaya hidup anda! Bagi yang merokok, kuatkan semangat untuk berhenti merokok kerana ia TIDAK COOL, Okey!! 😂😂 

Apabila tubuh mendapat nutrisi yang cukup seperti mineral Dan vitamin daripada makanan, maka metabolism badan pun meningkat. So, mudahlah pembakaran lemak-lemak bawah kulit tu 😘

#liveamzing
#sihatceria
#tipkurus

Friday, 21 July 2017

IBU HAMIL KEMBAR CERIA SELEPAS AMALKAN SET HAMIL

Sambil-sambil scroll up and down mesej-mesej dalam WhatsApp kawan-kawan, tetiba terasa nak share feedback sahabat Saya ni.

Selalu Saya baca testimonials orang je. Tapi Kali ini, Saya pulak dapat feed back camni ,😍 so memang bahagialah rasanya apabila kita dapat Bantu orang untuk lebih sihat... 😎😎

Sahabat Saya ni, Kali ini pregnant kembar 😘😘 berbanding 3 kehamilan sebelumnya, Kali ini beliau sangatlah concern dengan perkembangan the #twinmedina 😘😘 nervous... risau..Happy...Semua ada 😊😊😊

Sekarang kandungan dia dah 38 minggu (I guess) so memang tak sabar lah nak lahirkan babies 😋😋😋

Nak tahu sahabat Saya ni apply vitamin SHAKLEE yang mana satu?

🌹 ESP
🌹 VITALEA
🌹 SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
🌹 B COMPLEX
🌹 OSTEMATRIX

Emmm....
Nanti Saya kongsikan feedback Seorang lagi sahabat yang juga sedang hamil anak ke-3 (24 minggu) yang amik #sethamilasas (VITALEA + VITA C + OSTEMATRIX) 😘😘

Jangan risau Mommies, Shaklee products are always work, always nature and always safe 😌😌

Jom bersuplimen! Jom #sihatceria bersama! Jom Jom Jom!!!! Hahahahahah....

#tsunamiturbo
#pengedarshakleekapar
#pengedarshakleeklang

Monday, 17 July 2017

VITAMIN UNTUK CANTIKKAN KULIT

#SetCantik SHAKLEE

Hmm...Rasanya kesemua produk SHAKLEE adalah untuk cantik, kot 😜😜😜😜

Yelah, vitamin-vitamin tu semuanya untuk kesihatan dalaman Kan? Apabila tubuh cukup nutrisi, ia jadi sihat. Kesihatan itu diserlahkan pula melalui kecantikan paras rupa 😘😘

Tak caya???

Ce tengok gambar-gambar di bawah 😎 hehehhe...

Bagi Aku, cantik itu WAJIB sebab untuk tujuan 'menjamu' mata kekasih hati 😘 di rumah, anak-anak murid di sekolah dan pastinya untuk rasa lebih yakin apabila berhadapan dengan orang-orang di luar sana 😆😆😆

Hahahahahah..

Ada laaa beberapa vitamin yang Aku amalkan untuk maintain 'cute' dan cergas ni... Hihihihi... Antaranya :-

🌹 VIVIX ~ vitamin paaaaliiingg premium untuk beauty inside out 😘 ia dikatakan membantu pembaikan sel-sel tubuh dengan lebih mendalam (di peringkat sel).

🌹 COLLAGEN ~ orang sanggup suntik kolagen kan untuk cantik 😙 Tapi aku hanya telan serbuk kolagen Shaklee je sebelum tido... Hehehe... Kolagen juga penting untuk pembaharuan sel-sel tubuh.

🌹 VITAMIN C ~ selain kolagen, orang juga suka suntik vitamin C Kan? 😋😋 Untuk ape? Supaya kulit tegang! Haahaha ye betul! Vitamin C Bantu 'firm'kan susunan sel-sel kulit 😘

🌹 ALFALFA ~ Oleh sebab dulunya kulit Aku berminyak Dan mudah berjerawat, maka Aku detoks badan dulu, buang segala toksin supaya badan mudah serap nutrisi daripada makanan Dan vitamin. Alfalfa sangat membantu dalam proses detoks 👍.

Emmmm....

Selain makan vitamin, Aku guna jugak produk luaran seperti produk Nutriwhite (untuk jenis kulit kering macam aku ni....)

#tsunamiTurbo
#sihatceria bersama AdahFitri 012-3618431
#liveamazing
#diariustazah

Friday, 14 July 2017

BAGAIMANA KOLAGEN BERTINDAK

#korangtahutak

1 daripada ciri utama bagi memastikan Kita mendapat #kolagen yang berkualiti dan berkesan adalah pengambilan kolagen dengan berat molekul yang optimum.

Most of the collagens di pasaran mempunyai berat molekul 300 ribu Dalton.

Dan ia TIDAK memberi kesan kerana sukar diserap oleh badan. Jika saiz molekulnya kurang, seperti 500 Dalton, ia juga Tidak berkualiti kerana kolagen itu TIDAK stabil.

Molekul yang sangat kecil tidak sempat diserap oleh tubuh kerana terlerai lebih cepat dan badan langsung tidak mendapat khasiatnya.

==========================
SHAKLEE COLLAGEN POWDER
==========================

SCP adalah kolagen paling unggul kerana ia mengandungi berat molekul paling ideal iaitu kira-kira 1000 Dalton.

Dengan berat tersebut, kolagen mudah diserap oleh tubuh dan dapat membantu peningkatan sintesis #collagen pada lapisan dermis dengan berkesan!!!

=================================
CARA TERBAIK PEMILIHAN & PENGAMBILAN KOLAGEN.
=================================

Apabila anda membeli kolagen, pilih kolagen yang  #1 100% dalam bentuk serbuk. Ini bertujuan untuk mengelakkan tindakan yang berlebihan oleh asid perut. SHAKLEE COLLAGEN POWDER adalah dalam bentuk serbuk.

Sebaiknya serbuk kolagen itu #2 dicampurkan dengan air putih dan diminum #3 ketika perut kosong bagi mengelakkan  kolagen berinteraksi dengan makanan lain.

Dan pengambilan kolagen sebaiknya adalah #4 sebelum anda tidur. Ini kerana, ketika Kita tidur, kelenjar pituitary sedang merembeskan hormon tumbesaran. Justeru, kolagen dijadikan sebagai bahan mentah bagi proses pembinaan sel-sel baru dalam tubuh.

So apalagi? Buat pilihan terbaik !! 😎 Nak cantik pun kena ada ilmu 😜😜😜😜

#sihatceria bersama
#liveamazing dengan suplemen

Wednesday, 12 July 2017

VITAMIN PALING BAGUS

Nak Cuba bervitamin?

Mulakan dengan #immunityset Shaklee ni dulu 😘

Seisi keluarga dapat menikmatinya hanya dengan harga RM 331.90.

Nutriferon pada asalnya dicipta untuk tujuan mencari penawar kepada penyakit demam campak. Tapi ternyata ia adalah #immunebooster kerana bahan2 yang digunakan dalam pembuatan nutriferon ini adalah untuk meningkatkan tahap kekebalan tubuh.

Anak2, mak n bapak anak pun boleh makan 😘 

Begitu jugak dengan GARLIC COMPLEX Dan CAROTOMAX, ia khusus untuk meningkatkan tahap sensitivity tubuh.

Haa yang ni memang moleklah kita-kita yang dewasa ni amik 😎

#liveamazing with supplements
#sihatceria bersama AdahFitri 🌷🌷

Sunday, 2 July 2017

Polycystic Ovary Syndrome (PCOS)

PICOS ni apa? Actually, I didn't much know about this syndrome 'sakit puan'😥 tapi....Kena ambil tahu jugaklah kan sebab bimbang jugak Jika suatu hari kelak berlaku kepada diri sendiri ataupun ahli keluarga. Nauzubillah 😱😱😱

Mohon dijauhkan!!!

PCOS berkaitan keadaan di mana  berlaku kepincangan dalam sistem kesuburan wanita khususnya.

Berdasarkan gambar-gambar ultrasound yang Aku tengok, kelihatan beberapa bonjolan cyst dalam Peranakan wanita (rahim/tiup falopio).

Antara gejala PCOS yang Aku baca:

🌸 Kitaran haid yang abnormal, seperti kadang-kadang berlaku pendarahan yang banyak, kadang-kadang tak datang haid langsung Selama beberapa ketika.

🌸 Tumbuh bulu yang berlebihan pada tubuh wanita seperti misai, bulu di lengan dan kaki yang banyak. Ini kerana berlaku ketidakstabilan hormon. Bermakna, hormone testosterone lebih tinggi.

🌸 PCOS juga akan menyebabkan masalah ovulation wanita Dan mengakibatkan kesukaran untuk hamil..

sebab?

Apabila hormone tak seimbang, ia mengganggu perkembangan Dan kematangan telur. So, ovulasi terganggu, Kitaran haid juga terganggu, maka lebih sukar untuk hamil.

🌸 PCOS juga mengakibatkan obesity, kencing manis dan kolesterol tinggi.

💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐💐

Dapatkan pandangan Doctor khususnya pakar O&G. Dan jaga diet pemakanan Dan Gaya hidup anda 😘 ambillah suplemen sebagai makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi tubuh Kita.

SET PCOS SHAKLEE
💐💐💐💐💐💐💐💐

GLA Complex mengimbangi dan mengawalatur semula hormon wanita supaya kitaran haid kembali normal.

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita dan membaiki simptom seperti senggugut, mood swing, retensi air dan sakit payudara

Alfalfa Complex berfungsi sebagai detox untuk menyingkirkan segala kotoran dalam tubuh. Ia merawat masalah keputihan wanita dan bertindak seperti kacip fatimah untuk mengetat kawasan intim wanita. Namun, ada sesetengah pengidap PICOS tak dapat menerima alfalfa.

OmegaGuard membantu membakar lemak dan mengawal berat badan. Ini adalah omega-6 yang perlu diambil bersama omega-3 (GLA COMPLEX). 

PCOS menyebabkan peningkatan berat badan yang mendadak. Pertambahan berat badan menyumbang kepada kesukaran hamil.

VIVIX sangat disarankan sebagai suplemen utama. Kerana ia kaya antioxidant dan membaiki dari peringkat sel. 

B COMPLEX diperlukan kerana ia mengandungi asid folik. Asid folik penting untuk meningkatkan tahap kesuburan wanita.

=_==_==_==_==_==_==_==_==_==_==_==_=

Jom #SihatCeria bersama 😘😘 hubungi Saya 012-3618431 atau 017-3129349.

Follow IG @aminahsyuhadah Dan like page SihatCeria di FB Aminah Syuhadah ye 😘

Terima Kasih...

*Gambar Google*

Thursday, 2 February 2017

KEPENTINGAN KALSIUM


Bismillahirrahmanirrahim...

KALSIUM.... Penting ke??

Yup! Ia penting sangat. Sebab kekurangan kalsium akan effect banyak body functions.

1. Kekurangan kalsium di peringkat bayi ~ pucat dan kurus.

2. Kekurangan kalsium di peringkat pertengahan usia ~ diserang pelbagai penyakit.

3. Kekurangan kalsium di peringkat pembesaran ~ badan kecil dan lemah.

4. Kekurangan kalsium di peringkat menopause ~ pengecutan pada usia tua.

5. Kekurangan kalsium di peringkat kehamilan ~ ibu dan anak berisiko tinggi.

6. Kekurangan kalsium di peringkat usia tua ~ darah kotor dan gigi longgar.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

BLOOD SERUM CALCIUM DEFICIENCY

1. Kulit membran mukus

Reaksi alergik berulangan ~ gatal-gatal di kulit, kerap menghidap selsema, bersin, alergik terhadal alkohol dan makanan laut, ruam.

2. Cecair dalam badan

Perembesan dalaman tidak normal ~ tercetusnya penyakit penuaan seperti kencing manis.

3. Otot

Kemerosotan fungsi otot seperti kekejangan otot, kesakitan otot, perkembangan otot tidak sempurna, dan sakit bahu.

4. Sistem saraf

Saraf mudah terangsang seperti kesejukan di tangan dan kaki, sakit saraf, gelisah, tidak mudah lena dan mudah marah.

5. Gigi & tulang

Kemerosotan gigi dan tulang seperti gigi berlubang, kesakitan dalam keadaan sejuk atau masam, tulang rapuh, badan rendah (uikkk!! Aku terasa kot hihi...), serta kehilangan jasad tulang.

6. Jantung, salur darah

Kelemahan otot jantung seperti debaran jantung, nadi perlahan, mudah mengah, salur darah keras, tekanan darah tinggi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

KEPERLUAN KALSIUM MENGIKUT UMUR

♡ usia kurang dari 1 tahun  ~ 210 - 270mg kalsium diperlukan.

♡ 1 hingga 3 tahun ~ 500mg kalsium diperlukan.

♡ 4 hingga 8 tahun ~ 800mg kalsium diperlukan.

♡ 9 hingga 18 tahun ~ 1300mg kalsium diperlukan.

♡ 19 hingga 50 tahun ~ 1000mg kalsium diperlukan.

♡ 51 tahun ke atas ~ 1200mg kalsium diperlukan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

So ada kajian klinikal bahawa kalsium dari Ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12jam diambil.

Kalau kita ambil sebelum tidur..
jam 10 malam.. kita bangun jam 6 pagi esok pun dah boleh rasa cergasnya badan kita.

Sebab kalsium dah diserap. Dah bantu muscle kita relax selama 8jam.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

KENAPA MESTI PILIH OSTEMATRIX SHAKLEE?????

OSTEMATRIX SHAKLEE mengandungi 1000mg kalsium.....400mg magnesium....600IU Vitamin D3.

#korangtahutak

Kalsium TANPA Magnesium = SEMBELIT

Kalsium DENGAN Magnesium = LAWAS

Magnesium membantu melegakan otot usus dan mewujudkan pergerakan otot usus yang lebih baik dan lancar.

Magnesium menyerap air ke dalam kolon seterusnya melembutkan najis dan melancarkan penyingkiran daripada badan.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ok. Info tambahan.

Tulang adalah bank kalsium.
Serapan kalsium kepada tulang bermula dari bayi sehinggalah umur 30.

Lepas pada tu tulang takkan serap kalsium lagi.

Tulang akan gunakan kalsium dari sumber makanan yg diambil utk daily function.

Kalau tak ambil dari makanan.. body akan mintak.kalsium dari tulang.

Kalau body mintak terlalu banyak kalsium dari tulang.. tulang akan kurang padat.

Bila tulang kurang padat.. risiko osteoporosis sgt tinggi.

Risiko mudah patah tulang pun sangat tinggi.

Sunday, 11 September 2016

VITAMIN E UNTUK PEROKOK

« KEMPEN BANTU HENTIKAN TABIAT SUKA ROKOK » 

=_==_==_==_==_==_==_==_==_==_==_==_==_== 

Aktiviti merokok meninggalkan kesan oksidasi yang maha dahsyat dalam tubuh seseorang. Kesan jangka panjang seperti:- 

🌷 Radang paru-paru 

🌷 Tuberculosis @ batuk kering 

🌷 Badan berbau 

🌷 Lelah @ semput 

🌷 Masalah pernafasan Dan jantung 


Justeru itu, langkah paling mudah dan ringan bagi perokok yang berusaha untuk mengurangkan sindrom suka merokok ini ialah meminum air kosong dengan lebih kerap setiap kali selepas aktiviti merokok. 

Selain itu, berusaha menjaga tahap kesihatan dengan amalkan senaman seperti berolahraga.

Pengambilan suplemen sebagai makanan tambahan juga perlu dan penting bagi membantu tubuh mendapat nutrisi yang baik dan mengurangkan kadar oksidasi dalam tubuh perokok.

=_==_==_==_==_==_==_==_==_==_==_==_==_== 

By the way, 

Saya ada beberapa cadangan vitamin yang diperlukan oleh perokok yang berusaha untuk berhenti merokok 😋

🌷 Alfalfa ~ bertindak mendetoks toksin seluruh tubuh yang berpunca daipada aktiviti merokok.

🌷Vitamin C ~ bantu 'firm'kan kembali sel2 yang rosak akibat daripada aktiviti merokok. 

🌷 Vitamin E ~ ia bersifat antioxidant yang membantu memulihkan kesihatan jantung. Vitamin E boleh diperoleh daripada sayuran hijau, ayam, daging dan telur. 

🌷 Carotomax ~ ia mengandungi beta-carotene yang sangat bermanfaat untuk meningkatkan kekebalan tubuh Dan sebagai benteng kepada radikal bebas yang disebabkan oleh rokok. 

Walaupun bagaimanapun, 

🌷 VIVIX adalah suplemen terbaik untuk perokok yang betul-betul berusaha untuk berhenti merokok 😎 

VIVIX mengandungi polifenol Dan resveratrol yang kaya dengan antioxidant. Ia bertindak secara menyeluruh bermula di peringkat sel. Ia membantu membaiki sel yang telah rosak akibat aktiviti merokok. Sel-sel yang rosak itu dipulihkan dan diganti dengan sel-sel baru yang lebih sihat 🌸🌸

BONUS : Wajah lebih hensem!! Cerah, ceria, cun!!! 

#rokok
#hentimerokok
#misihiduptanparokok

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...