Sunday 27 October 2019

CEGAH KANSER

CEGAH KANSER. 

#cegahkanser dengan COQTrol Plus 

Coenzyme Q10, antioksida yang menyokong sel untuk menghasilkan tenaga. 

Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. 

Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh. 

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. 

Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun. 

#cegahkanser dengan BETA-CAROTENE . 

Buah2an dan sayur2an yang kaya beta-carotene dapat membantu mengurangkan risiko kanser. 

CAROTOMAX Shaklee membekalkan 13mg karotenoid bermanfaat ini.

CarotoMax mengandungi 6 variasi karotena yang diekstrak dari rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan sifat antioxidants seperti rumpai laut, tomato, biji anggur, brokoli, marigold, epal, kentang, minyak sawit dan lain-lain.

Nutritionist mencadangkan pengambilan 5~9 hidangan sayur dan buah untuk kekalkan konsentrasi beta-carotene dalam darah. Seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kulit dan mencegah kanser! 

Beta-carotene yang diserap ke dalam tubuh akan ditukarkan kepada Vitamin A sebagai antioksida. 

Pengambilan kerap beta-carotene membantu mengukuhkan sistem imun tubuh kita.

Ia juga membantu melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser serta melambatkan pembentukan sel-sel kanser.

Ini membantu mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara.

Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida. 

#cancersurvivor #cancerprevention #suplemenuntukkanser #sihatceria 

www.wasap.my/60123618431

Saturday 26 October 2019

SOSODIKON HILL

SOSODIKON HILL, KUNDASANG. 
Bayaran Masuk : RM3.00 seorang. Kanak-kanak 6 tahun ke bawah masuk percuma. 

Laluan masuk ke Sosodikon Hill. 

Betul2 tepi pintu utama Dream World Resort. 

Datang awal jam 7.00 pagi. Dapatlah pemandangan jelas Gunung Kinabalu. Tapi 7.30pagi pemandangan sekitar dan dilitupi kabus. Sehinggalah ke Bukit Sosodikon tu. 
Tu pondok jaga Dream World Resort. 
Budak kenit yang terselit tu, sejak awal kewujudannya dalam perut ibu lagi dia dah hiking and traveling. Melayankan kegilaan maknya. Hahahaha... 
Sepanjang susur laluan ke bukit Sosodikon ni banyak tanaman sayur dan bunga. TokMak jadi rambang mata. Hahaha. 
Syoknya banyak bunga macam ni. Tumbuh segar dan berwarna terang. 
'Pintu Masuk'. Pisang tu sesikat RM 3.00 je. Dijual di pondok bayaran masuk tadi. Kat situ pun ada jualan minuman. Kot korang tak bawak air macam kami ni. 
Okey jom! Pendakian bermula... Ngehngehngeh... 
Tengok!!! Hahaha teruja betul Mak dengan bunga-bunga di sini. 
Bergambar lagi. Hahahah 
Okey, teruja dengan bunga matahari. Kita pun teruja jugak! Hahha 
Pit stop lagi. Bila nak sampai ke atas ni, mak? Hahaha. 
Akhirnya..... Tiba juga di puncak bukit. Sebelah kiri ni, ada tandas. Bersih. Sempurna. Sejuk airnya. Berbaloi lebih kan dengan bayaran RM3 tu? 
Penat amat gayanya si bujang tu. Hahhahaha 
Takde orang boleh tolong ambilkan gambar kasi nampak view sosodikon tu huhuhu.. Selpiaq la sendiri dengan Zinnirah. Hahhaa... Encik suami sibuk melayan anak-anak yang lain. 
Spot yang viral tu kat sana nu.... 
Patutnya nampak Gunung Kinabalu. Tapi dah berkabus. Huhuhu. 
Kita berdua jauh berbeza. Langit dan bumi. Tapi serasi. Ku cintai mu. Kau cintai ku. Itu saja yang perlu kau dan kutahu. 
Jadilah... Sebagai kenangan. Bukti kita pernah datang ke sini. 
Ter'capture' pulak pemandangan indah ini. 
Okey, jom turun. Sejukkk!!! 
Tu, ternganga tidur kepenatan dan kekenyangan dek sebutir pisang sepanjang pendakian tadi. Hahahaha... 
Bye bye Sosodikon. Till we meet again. Mungkin masa tu nanti kami datang dengan 7 orang anak. Hahahaha.... 

Bukit Piramid, 
20.10.2019 

#kundasang 
#diariustazah

DESA DAIRY FARM, KUNDASANG

Desa Dairy Farm, Kundasang. 
20 Oktober 2019. 
Harga Masuk: Dewasa RM5 Kanak-kanak RM4 (6tahun hingga 12tahun)

G E L A T O : bermaksud manisan beku. 

Ia berasal dari Itali dan cukup sinonim dengan negara itu sejak abad ke-16 lagi. 

Ustazah Min berpeluang menikmati gelato Halal yang bellisimo 👍 di Desa Dairy Farm, Kundasang. Tak terlalu manis dan berkrim elok. 

Rasa masam manis boleh tambah topping strawberi, blueberry dan lain lain. 

Harga untuk aiskrim coklat ustazzh ni RM5.30 sebekas ni. 

Pagi ustazah beli. Petangnye ustazah datang sini lagi untuk beli benda ni. Hahahahah. 

Datanglah ke sini jika anda nak berangan berada di negara New Zealand. Suasana yang sejuk dan nyaman. Ini kali kedua lah ustazah datang ke sini. 

Nanti balik ke Chini, ustazah nak ke ladang Farm Fresh pulak. Apa gelato yang ada di sana 😎 

Tarikan utama di Desa Dairy Farm ini semestinyalah kembu-lembu tenusu yang gebu, sihat dan comel meragut rumput di bawah kaki gunung Kinabalu, bertemankan udara sejuk dan segar. 

Pemandangannya memang tip-top ah masa kami tiba di sini. Berkabusssss..... Sebijik macam kat New Zealand, gituhhhhh! Hahahaha... 


Haaaa nampak tak kekabusan di belakang tu? Dilihat secara 'real' lagi cantik! Cuma tak berasap je mulut ni masa bercakap. Hahahah... 


Haaaa jelas dak??? Heheheheh.... 

Ish ish ishhhhh.... Betul-betul macam di negara New Zealand! Hehehe. Lembu-lembu kat belakang tu kan, dah biasa dah bergambo-gambo nih. Siap buat aksi-aksi manja lagi masa kita nak snap gambi dengan dia. Kiranya deme ni macam artis lah. Hahahha. 


Hhahaha kan?? Berani dia datang cium Zinnirah hahahaha. 

Boleh bagi minum susu kat anak lemby yang baru lahir kat sini. Masih ada tali pusat, belum kering pun lagi tali pusat anak-anak lembu ni. 

Sebotol susu anak lembu ni RM1.50. 

Sekejapan je habisnya. Hahahah... Laoar sunggu anak lembu ni. Maknya dalam kandang sana. Tengah diberi makan sementara nak diperah susunya pada sebelah petang nanti. 

Eh eh ehhhhhh.... Si Zinnirah ni berani pulak tarik-tarik telinga kambing tu. Hahaha. Mula-mula geli bukan main! Heheheh.... 

Itulah mak-mak lembu yang sedang menantikan masa untuk proses sedut susu. Errrr... Apa eh istulahnya? Hahaha... 

Kesiannnnn nengokkan lembu-lembu nih. Bengkak susu! Takleh berdiri. Baring jek. Huhuhu... Takpe lembu, kufaham situasi kau. Bengkak susu memang menyakitkan! 

Kebetulan. Masa nak ke kereta keluar dari sini, nampak Tok Abah dan Tok Mak 'dating' tepi pagar lembu. Hahaha.... Terus snap! Entah bila lagi kan kita boleh datang ke sini bersama.... Huhuhu.... 

Hokeyyyyy! 

Habis dah jalan-jalan tengok lemby tenusu. Jom gerak ke Ranau pulak. Ada banyak jugak tempat menarik di sana. Perjalanan sekitar hampir sejam jugak kot. 

#diariustazah #kakijalan #kakitravel #desacattle #desadairyfarm #kundasang

Thursday 24 October 2019

KUNDASANG, SABAH.

Kundasang, Sabah. 

Sesuai amat dengan jolokan 'Switzerland Malaysia', spot-spot pemandangan kaki gunung Kinabalu yang cantik, tak ubah seakan perkampungan kecil di Lautenberg, Switzerland menjadikan Kundasang sebuah tempat pelancongan yang kena ulang-datang berkali-kali. 


Kedatangan kami kali ini bersama 4 orang anak kecil dan mak abah saya sekali. Kali pertama saya ke sini, tahun 2004, bersama team mendaki Gunung Kinabalu. Kemudian datang lagi pada tahun 2011 bersama suami dan anak pertama yang baru berusia 5 bulan. 

2011 kami tumpang menginap di rumah sahabat saya,  di Kampung Muhibbah Kundasang. 

Kali ini kami menginap di Ren-Hana KampungStay. Cantik rumahnya. Kecil. Tapi ada dua bilik. Satu dapur lengkap dengan mini stove, peti sejuk, pinggan mangkuk cawan kuali periuk untuk memasak. Ruang tamu ada TV dan bed sofa. Di dalam bilik, ada sebuah bilik lagi di bahagian atas. Dan sebuah bilik air. 

Sangat sesuai dan sangat selesa untuk kami sekeluarga. Ada beranda atau sinurambi menghadap pemandangan lembah sayuran di kaki gunung Kinabalu, terus mengarah ke Pekan Kundasang. Semilir angin petang sangatlah mendamaikan apabila kami minum-borak santai di sini. Gambar di atas diambil dari sinurambi rumah. 

Cantik, kan? Kalaulah ini rumah kita..... Kata anak-anak... Hahahaha... 

Tengok tu! Syok betul tu si kenit Zinnirah tu. Hahahaha... Sejuk sangat lantai tu.

Itu tangga ke halaman utama Ren-Hana KampungStay. Rumah kami inap ni di bawah. Di bawah kami ade sebuah rumah lagi. Di bahagian tangga, ditanam bunga-bungaan yang cantik-cantik warnanya. 

Ini bilik kedua. Berada di dalam bilik pertama. Maksudnya, dalam bilik, ada bilik lagi satu. 

Ini bilik pertama. Nampak tangga tu? Bilik kedua yang di atas tulah tu. Hihihi. 

Ruang tamu yang ringkas dan selesa. Jika bawak ramai ahli keluarga pun masih boleh tidur di bahagian ini. 
Bahagian pintu masuk rumah kami. Cantik. Selesa. Ringkas. Menarik. Tak rugi kami tambah satu malam di sini. Inilah hikmahNya homestay di Arnab Village dibatalkan. Alhamdulillah..... 

Ren-Hana KampungStay, 
Jalan Kuluan-Kundasang. 
Harga : RM250 /malam. 

KENALI MAKANAN KITA

KENALI MAKANAN KITA.
.
Bila dah tolak gula, kadang- kadang kemaruk attack lagi teruk daripada sebelumnya. Pernah rasa tak?
.
Jadi saya nak cadangkan selain repair jenis makanan harian, dan make sure seboleh- boleh tolak processed food dan sos, badan kita boleh dibantu oleh 3 jenis zat ini terdiri daripada vitamin, mineral dan lemak sihat.
.
❤ Vitamin B 
Kajian mendapati vitamin B7 atau Biotin membantu kita mendapatkan rasa puas makan terutamanya ketika makan makanan berkarbohidrat (yang mengandungi gula).
.
Biotin juga membantu tubuh menukar karbohidrat kepada glucose dan menjadi tenaga.
.
Vitamin B6 dan B12 pula penting untuk mengawal mood yang pastinya boleh terganggu pada minggu- minggu pertama anda cuba tinggalkan gula.
.
❤ Asid lemak Omega-3
Pengambilan asid lemak omega-3 yang cukup boleh mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan bergula atau yang berkarbohidrat tinggi secara berlebihan.
.
Kajian juga mendapati pengambilan asid lemak omega- 3 meningkatkan serotonin di dalam otak yang menyebabkan kita cepat berasa puas dan kenyang ketika makan.
.
❤ Multivitamin 
Apabila badan lengkap dengan vitamin dan mineral, kemaruk gula dapat dikurangkan. Tahukah anda, badan yang tidak cukup vitamin dan mineral secara automatik akan "minta" gula!
.
Pengambilan multivitamin setiap hari dapat melengkapi keperluan nutrisi tubuh harian seterusnya dapat mengelak daripada munculnya keinginan untuk makan makanan bergula dan terproses tinggi.
.
Kalau kita sekadar berhenti makan gula berlebihan tapi tak pandai nak cari zat dalam makanan, kita akan sering craving dan inj memenatkan dan boleh buat kita putus asa.
.

#eatclean #eatright #eatrealfood #eatcleangetlean #sukusukuseparuh #roadtohealthylife #cabarancukupmanis #intermittentfastingmalaysia #eatcleanmalaysia #roadtohealthylife #malaysia #nosugarchallenge #detox #cleanse #dietmalaysia #mealprep #dietkalori #gengkurus #coachgula #nosugarchallenge #detoxqueen

MAKANAN UNTUK RAMBUT SIHAT

Nak makan ape eh untuk dapatkan rambut yang cantik bersinar selain shampu yang kat iklan2 TV tu? 

Saya Google gak info pasal makanan untuk rambut nih. 

Selalunya yang dicadangkan untuk kita makan ialah : 

1. Telur. Sebab telur ada selenium. 

2. Yogurt Greek. Sebab ada vitamin D, vitamin B5, protein dan kalsium untuk menguatkan folikel rambut. 

3. Madu juga digunakan oleh orang-orang lama untuk menjaga kesihatan rambut. 

4. Minyak pati seperti minyak zaitun dan minyak kelapa dara merupakan sumber antioksida yang menggalakkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan masalah gatal kulit kepala. 

5. Omega-3 seperti minyak ikan untuk merawat masalah rambut gugur dan rapuh. 

6. Ubi keledek dan bayam. Sebab ada biotin atau vitamin B7. Ini untuk memulihkan keradangan saraf bagi membolehkan rambut tumbuh dengan sihat dan cantik. 

7. Buah dan sayur berwarna terang. Sebab ada kaya beta carotene. Sebaik-baiknya dimakan mentah. Juga boleh membantu membaiki kesihatan mata kita. 

8. Zink. Ada dalam makanan laut. Rambut banyak gugur ni sebab kekurangan zink dalam badan. 

#vitaminrambut 
#rambutgugur #rambutrapuh #sihatceria

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...