Showing posts with label bisnes online. Show all posts
Showing posts with label bisnes online. Show all posts

Monday, 19 March 2018

TIPS GANDAKAN BISNES

RUNSING..... Sales merudum.... 😭😭😭😭

.....

Itu dulu!

Sekarang, saya dah tahu apa yang boleh bantu bisnes saya naik berganda. 😎😎😎😎😎

Lets check it out 👇

1. V.L.O.G

Beb! Zaman gen Y kot.... semua benda dalam youtube. Hahahaha... ustazah pun tak ketinggalan tau buat vlog gitewwww. 😋😋😋 kihkihkih....

Vlog ni, memudahkan orang nak akses apa yang dia perlukan. Ramai orang zaman ni, malas nak membaca-baca ni. Kan? Mendengar lebih efektif la...lebih-lebih lagi bab produk kecantikan.

2. FB LIVE

Fewiitt!!!

Ustazah suka ni live2 di FB. Hihihi.... lebih  senang  nak share tentang info produk secara live. Nak tulis, panjang nau!  Huhuhu....

3. Follow up rapat-rapat.

Follow up bagi ai ialah bertegur sapa di alam maya.

Contohnya, hantar mesej-mesej jenaka...mesej-mesej berkaitan doa.... sebenarnya, pelanggan-pelanggan ustazah ni, bila dibuat begini, macam otomatik pulak diorang akan melaporkan tentang vitamin yang diorang makan tu kat ustazah. Hahahaha... padahal tak tanya pun! Hihihi...

Tapi kadang-kadang ustazah terus menyapa.dengan bertanyakan pasal vitamin yang diorang ambil. Senang citer. Malas nak putar-belit alam. Hahaha...

4. Mintak kepada Yang Maha Pemberi Rezeki

Zikirlah Ya Wahhab  1000x sehari.

Istighfar 1000x sehari. Mungkin kita ada 'curang' dengan Dia.

Zikir Ya 'Afuw Ya Ghaffar Ya Tawwab 40x setiap kali selepas solat. Moga-moga kita diampunkan dan dipelihara dari kecantikan dunia.

Okey, sekian sahaja #tipsgandakanbisnes ini daripada Ustazah Ceria di #diariustazah . Moga sentiasa #SihatCeria selalu. 😘😘😘 adios!

Saturday, 3 March 2018

BAGAIMANA SAYA JANA PENDAPATAN LUMAYAN SETIAP HARI

Setiap hari Allah SWT datangkan kita dengan rezeki dari pelbagai rupa dan cara.

Ada yang mendapat nikmat rezekinya setelah berhempas-pulas berusaha.

Ada yang mendapat nikmat rezekinya tanpa perlu berusaha pun.

Walau apa jua cara rezeki itu mendatangi kita, syukur Alhamdulillah. Terimalah dengan berlapang dada dan redhalah.

....
.....

Barangkali, ada perkara yang kita terlepas pandang dalam usaha kita menarik rezeki ini.

Bagi saya, setiap kali merasakan rezeki tidak berpihak kepada saya, saya akan buat refleksi diri.

1. Cuba check semula. Solat wajib 5 waktu saya tu. Adakah tepat waktunya? Adakah culas dan tidak ikhlas?

2. Perbanyakkan istighfar. Istighfar memandu hati kita daripada ternoda dengan nafsu.

3. Jangan tidur selepas Subuh. Lakukanlah aktiviti2 bermanfaat. Burung pun terbang keluar mencari rezeki di awal pagi sebelum matahari terbit, kan? Takkanlaaaaa kita manusia ni nak sambung tarik selimut pulak! Malu je kat burung  😝

4. Bersedekah semampu boleh. Adakala rasa takde sales masuk, banyak2 lah bersedekah hatta RM1.

5. Selalulah mendoakan ibubapa, orang tua dan  kanak-kanak. Mendoakan kawan2 .... inshaa allah, doa.kita tu akan berbalik semula kepada kita. 😊😊

6. Jaangan tinggalkan solat malam. Jadikanlah sebagai rutin. Inshaa Allah, ia akan membina jiwa yang kental.

7. Solat Dhuha. Kunci dan magnet rezeki harian kita. Rezeki bukan sekadar harta dan wang ringgit. Anak2 yang pintar, soleh solehah, kesihatan, pasangan yang penyayenag dan keluarga yang bahagia juga adalah rezeki.

😊😊😊😊😊😊

Happy March!!!

#diariustazah
#magnetrezeki

Thursday, 1 March 2018

Cara nak buat bisnes vitamin yang UNTUNG BESAR TANPA MODAL.

MAJULAH HARI INI UNTUK MASA DEPAN YANG GEMILANG

Gitewwww..... hihihi....

Hmmm.... hidup ini, jika takde sebarang anjakan, pastilah tak syiokkkkk!!!!! Betul ke?

Pada saya, ia BENAR!!

Setiap perkara yang saya lakukan, saya akan berasa sangaaattttt puas dan gembira apabila perkara itu menunjukkan progres yang baik dan  positif.

Baru-baru ini, atlet Lompat Jauh sekolah saya telah berjaya mendapat tempat ketiga pada Kejohanan Olahraga MSSD Klang 2018. Seronoknya saya bukan kepalang! Maklumlah, berhari-hari berbahang di bawah terik mentari, akhirnya membuahnya kejayaan. Maka, tercapailah target saya dalam pelan strategik unit olahraga iaitu 2018 sekurang-kurangnya mendapat tempat kelima dalam MSSD. yeayyyyyyyy!!!!!!

Bisnes vitamin saya juga tak kurang hebatnya! Oppsss!!! Saya berniaga selepas  waktu bekerja tau! Hihihi...

Masa mula-mula buat bisnes ni secara serius, bonus yang dapat tu lepas untuk beli pampers Faqih dan buku-buku bacaan kesukaan Aisyah dan Ainin. Sebab masa tu saya buat bisnes ini sendirian sahaja. Sekadar suka-suka.

Tapi kini, saya dah ada team #sihatceria yang awesome 👍👍👍 dibantu pulak oleh suami tercinta yang rajiiiinnnnn mengemaskini kedai vitamin online kami  😘😘😘 segalanya nampak lebih terancang  dan berkembang lebih pantas!

More the merrier, right? 😊😊😊 eh betul ke ejaannya tu 😏

Dulu,
Pelanggan-pelanggan  saya cuma sekitar ahli keluarga sahaja.

Sekarang,
Kawan-kawan kepada ahli keluarga saya pun dah  mula membeli dan berurusan tentang vitamin dengan saya. Malah, teman-teman yang rapat dengan saya juga dah  mula bervitamin dan membeli dengan saya.

Adik-adik yang tengah belajar kat kolej atau universiti  yang nak ada duit poket lebih, meh www.wasap.my/60123618431 akak meh! Akak ajar cara nak buat bisnes vitamin yang UNTUNG BESAR TANPA MODAL.

Sekian,
Aminah Syuhadah
Founder of Sihat Ceria.

#diariustazah
#hariinilebihbaikdarisemalam

Saturday, 7 January 2017

AKAUN ALIRAN TUNAI

Sapa buat bisnes sampingan kat sini? Ce ngaku! Hahahaha... tak kiralah jual sabun ke...jual jamu ke....

Aku!!!! Tapi aku jual vitamin je...bukan bisnes besar yang ribu-ribu ringgit...

TAPI.... aku tetap catatkan duit keluar-masuk jualan vitamin aku tu! Siap ada buku lejar 'DUIT JUALAN VITAMIN KAMI' lagi tewwwww!!! Aummmm.... ;-)

##################################
Sebenarnya, PERLU ke TAK PERLU akaun aliran tunai ni dalam bisnes kita?

Bagi aku, ia SANGAT PERLU!! hatta duit aliran keluar-masuk perbelanjaan harian/bulanan isi rumah pon kami buat lejar. Kan Ahmad Fitri Rusman ;-) hahhahha.... sangaaaatttttt berhati-hati dalam perbelanjaan! Sebab kami ada banyak matlamat untuk keluarga kami dan kami kena uruskan kewangan kami sebaik mungkin!

Ok, berbalik kepada akaun aliran tunai bisnes kita tadi :-)

Kalau aku tak buat catatan aliran tunai tu, aku rasa macam ada yang tak kena! Sebenarnya, dari situlah aku nak kira bajet untuk :

1) modal pusingan beli vitamin. Lebih-lebih lagi untuk pelanggan yang nak vitamin 'cash on delivery'.

Korang yang berbisnes ni tahulah kan...Customers ni ada yang jenis nak barang depan mata baru bayar ;-) so kat sinilah fungsi duit di tangan hasil daripada kiraan wang yang ada dalam buku catatan tunai tu....

2) nak kira jumlah keuntungan jualan vitamin pada hari/minggu/bulan semasa.

Ini sebagai satu motivasi untuk diriku. Sebab bila tengok ada aliran duit masuk ni, mestilah seronok kan? Hahahha.... so lebih bersungguh-sungguh la nak kejar target jualan sendiri :-)

Lagi satu, jika tak dapat capai target, aku akan tukar strategi untuk pastikan hari/minggu/bulan berikutnya, tunai yang masuk tu 'lebih' dari sebelumnya ;-)

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

............ sebenarnya semua ni aku 'belajar' daripada sifu aku kat rumah ni..hehe..walaupun aku ada accountancy knowledge  ;-P

By the way, bulan ini promosi VIVIX yang gojes tu tau!! Beli VIVIX dapat keahlian PERCUMA! ;-)

Jom join bisnes dengan aku dan team!
AdahFitri
012-3618431
Id 885244

#promosivivix
#tsunamishaklee
#GT12

Friday, 16 December 2016

NEW ENROLLMENT

Assalamualaikum dan salam 'sihatceria' daripada kami ~AdahFitri~ ;-)
Hehehe...
Kami ni Pengedar Shaklee area Jalan Kapar - Klang. #CashOnDelivery seluruh area Klang, Meru, Setia Alam dan Bukit Jelutong Shah Alam.
Walau bagaimanapun, kami sedang merekrut ahli baru di bawah naungan 'SihatCeria' supaya senang nak edarkan vitamin-vitamin SHAKLEE :-) supaya semua orang kat Malaysia ni sentiasa sihat dan ceria dengan asbab mengamalkan suplimen terbaik di dunia ini :-) inshaa Allah.
Okey, kami mencari orang-orang yang nak buat duit poket sendiri tanpa perlu 'usik' duit gaji bulanan untuk kegunaan harian.
Contohnya:-
※ pelajar IPT
※ surirumah
※ kakitangan kerajaan
※ kakitangan swasta
※ individu yang tidak bekerja
※ pelajar lepasan SPM (Untuk duit top up henfon)
※ pelajar lepasan IPT
Jika andalah yang kami cari, hubungi kami terus di 012.3618431 ADAH atau 017.3129349 FITRI untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, ok :-)
#liveamazing
#tsunamishaklee
#betteryoubetterworld
#itstartswothyou

Friday, 9 December 2016

BISNES MODAL KECIK

Alhamdulillah....

Perjalanan hidup saya sebagai seorang pelajar  (dari kecik hingga besar) memang Allah mudahkan sentiasa ;-) ni gambo tahun lalu..semasa konvo Master.... inshaa Allah akan teruskan perjalanan mencari ilmu Allah ke peringkat lebih tinggi dalam masa terdekat :-)

The power of Doa!!!

Setiap hari saya berdoa supaya Allah mudahkan saya dapat belajar tanpa perlu meminjam daripada mana-mana pihak. Dan yang paling kerap ada dalam bait doa harian saya ialah LEPAS GRAD MESTI DAPAT KERJA dan mintak dilorongkan kepada bidang yang kompem-kompem dapat kerja lepas grad ;-P hahhahha...

Tapi saya turut bersimpati kepada junior-junior saya dalam bidang yang sama yang belum pasti dapat kerja yang sepatutnya selepas tamat belajar... aduhaiiii.... mujur kami diberikan biasiswa sepanjang 5 tahun setengah tu ! Huhuhu....

Sekarang giliran adik bongsu saya pulak sedang meneruskan pengajian di peringkat pengajian tinggi.. sama jugak, kami tak apply PTPTN. Saya bantu mak dan abah melalui hasil bisnes online :-) walaupun tak lah banyak dapat tiap-tiap bulan, tapi sempatlah kumpul hingga cukup semesta untuk bayar yuran semester berikutnya. Alhamdulillah....

So korang, tak mahu ke buat sesuatu untuk bantu sara hidup korang sekarang? At least duit poket untuk top up henfon ke? Hehehhe ... Saya buka peluang ini kepada :

※ lepasan SPM
※ pelajar IPT/ sekolah
※ lepasan IPT yang belum dapat pekerjaan tetap

Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus 012-361843 (Kak Adah) atau 017-3129349 (Abg Fitri) ye ;-)

Oh ya!!! Kami bukan agensi bantuan kewangan tau! Hahaha kami cuma nak bantu macam mana nak jana pendapatan sendiri ikut bajet modal anda ;-) untuk duit poket anda jugak .... hihihi...

#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#gt12


BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...