1 Hari 1 Hadis:
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Penuntut Ilmu Dinaungi Malaikat
عَنْ صَفْوَانَ بْنَ عَسَّالٍ الْمُرَادِيَّ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ خَارِجٍ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ إِلَّا وَضَعَتْ لَهُ الْمَلَائِكَةُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا بِمَا يَصْنَعُ
Dari Shafwan bin Assal Al Muradi, ia berkata, Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Tidaklah seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu kecuali para malaikat akan mengembangkan sayap-sayapnya untuk orang tersebut karena redha dengan apa yang ia kerjakan." (HR Ibnu Majah No: 222) Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Menuntut ilmu adalah suatu tuntutan ke atas setiap Muslim
2. Setiap Muslim yang keluar dari rumah untuk menuntut ilmu akan sentiasa dinaungi para Malaikat
Rasulullah mengajar kita berdoa agar mendapat ilmu bermanfaat
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى الصُّبْحَ حِينَ يُسَلِّمُ :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
Dari Ummu Salamah berkata, "Selepas salam dalam solat subuh Nabi SAW mengucapkan:
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima (Ibn Majah No 915) Status: Sahih
Ayuh kita bersifat RAHMAH dengan sentiasa menambah ilmu.
Peruntukan waktu untuk hadir majlis ilmu: usrah, katibah, daurah, kuliah, ceramah, tazkirah, seminar, Perhimpunan Tahunan Ikram (PTI) Konvensyen dll.
Moga sentiasa dinaungi malaikat dan diredhai Allah.
No comments:
Post a Comment