Thursday 13 October 2016

PANGGILAN AZAN....

*📚Perkongsian 1 hari 1 hadis*
📝Dari Abu Hurairah: Bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

Jika panggilan solat (azan) dikumandangkan, maka syaitan akan menjauh sambil buang angin supaya ia tidak mendengar suara azan.
Apabila panggilan azan telah selesai maka syaitan akan kembali, dan bila iqamat dikumandangkan syaitan kembali menjauh,
jika iqamat telah selesai dikumandangkan dia kembali lagi, lalu dia menyelinap masuk ke dalam hati seseorang seraya berkata:
Ingatlah ini dan itu yang orang itu tidak ingat sebelumnya. (Dia terus saja menggoda orang tersebut) hingga seseorang tidak mengetahui berapa rakaat yang sudah dia laksanakan dalam solatnya.

(Sahih al-Bukhari : 573)

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...