Monday 31 October 2016

MULTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK

[MUTIVITAMIN UNTUK KANAK-KANAK]

OK, selalunya share pasal vitamin untuk mak-mak dan pak-pak je kan? Huhuhu.. siaaannnn anak-anak kita tak dipedulikan pun untuk sihat, untuk cantik...hukhukhuk...

Kat sini, nak war-warkan mengenai #vitaminkanakkanak yang memang dirumus khas untuk kanak-kanak sahaja, sesuai mengikut keperluan tumbesaran dan perkembangan mereka.

VITALEA FOR CHILDREN
♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Ia adalah multivitamins (18 jenis vitamin dan mineral) yang diperlukan oleh tubuh. Since budak-budak ni kan memang kebanyakannya payaaaahhh nau nak makan nasik, sayur dan buah! Tapi bila dihidangkan dengan 'jajan' a.k.a 'junk food', zusssss! Laju giler telan! Tak payah susah-susah pun paksa makan, kan? Hahhaha

Maka, dengan memberikan mereka 'healthy candy' ni, sebenarnya dapat membantu melengkapkan nutrisi daalam diet harian mereka. Sebab apa? Dalam 1 tablet vitalea for children ni telah dipenuhkan dengan :-

» 6 oz oren
» 8 oz susu
» 10 sudu mentega kacang
» 4 cawan brokoli yang dimasak
» 1 setengah cawan bayam yang dimasak
» 3 cawan kacang yang dimasak
» 6 setengah cawan brussels sprout.

Haaaa...amacam? Best kan? SeMua ada! Hahah tapiii...tak lah bermakna tak perlu bagi dorang makan...huhuhu...makan tetap macam biasa cuma kita bantu mereka membesar dan berkembang dengan sihat :-)

Harga Jualan : RM111.00
Harga Ahli      : RM89.00
Harga Tidak Termasuk GST

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hubungi 012-3618431 atau 017-3129349 untuk pertanyaan dan keterangan mengenai produk dan keahlian.

#multivitamins
#vitaminkanakkanak
#vitalea
#tsunamishaklee
#shakleeeffect
#liveamazing

KENAPA KENAA SUJUD SAHWI?

*📚Perkongsian 1 hari 1 hadis*
📝Dari Abu Hurairah ra: Bahawa Rasulullah SAW bersabda:

_😈Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian berdiri mengerjakan solat, syaitan akan datang menganggunya sehingga ia tidak menyedari berapa rakaat solat yang sudah dia laksanakan._
_👿Oleh itu apabila seorang dari kalian mengalami peristiwa itu hendaklah dia sujud dua kali dalam posisi duduk._

Pesanan:
Syaitan selalu mencuba mengganggu dan mengecoh manusia agar ibadahnya tidak sempurna. Jika anda lupa berapa rakaat yang sudah anda lakukan, maka ambil kiraan jumlah rakaat terkecil yang anda ingat, misalnya anda sedang solat isyak, tiba-tiba anda ragu2 apakah sekarang rakaat ketiga atau keempat, maka hendaklah anda menganggap bahawa anda sedang rakaat ketiga, kemudian lanjutkan solat seperti biasa. Lalu sebelum anda salam, lakukanlah sujud sahwi.

(Sahih al-Bukhari : 1156)

Sunday 30 October 2016

VITAMIN MATA

[KORANG TAU TAK]

Mata yang sihat adalah sesuatu yang diidamkan oleh semua orang kan? Sihat ni bermaksud mata yang segar...penglihatan yang jelas....tidak rabun....

Selalu jugak mata yang 'cerah' ni dikaitkan dengan Sang Arnab , betul tak? Heheheheh... Sang Arnab suka makan 'carot' sebab tu penglihatan Sang Arnab sungguh terang!

Alhamdulillah, selepas botol ke-3 CAROTOMAX, saya mendapati mata saya lebih ' segar', tiada lagi lingkaran gelap di bawah mata, malah 'power' kanta lekap jugak telah berkurang! Kini saya tidak lagi rasa sakit kepala lebih-lebih lagi ketika memandu pada waktu malam ;-)

Semuanya gara-gara #vitaminmata nilah! Dulu, masa kecik-kecik, kerap jugak saya sayur dan lobak, namun ade kalanya culas. Huhuhu... agaknya, kalau saya konsisten makan lobak merah dari dulu, mungkin saya tidak rabun. Hehehehe...

Oleh kerana tak mampu dan telan lobak dan sayur selalu, maka saya ambil jalan mudah dengan menelan vitamin! Tengok!!!! Baru 90 biji CAROTOMAX saya dah nampak hasilnya! Agaknya kalau dari dulu saya kenal carotomax, mungkin hari ini saya tak perlukan kanta lekap atau cermin mata ;-)

=====================================

Sebenarnya, suplimen SHAKLEE ni telah dibuktikan dengan Landmark Study. Apabila ada kajian, maka semestinya ada Jurnal yabg ditulis sebagai bukti. Landmark Study yang Shaklee buat adalah ke atas mereka yang telah mengamalkan apa-apa sahaja suplimen lebih 10tahun!

Kenapa respondennya adalah mereka yang dah bersuplimen lebih 10 tahun???

Yelah.....barulah ada kesahan data kajian tersebut, sebab kesinambungan bersuplimen ni dengan penyakit dapat dilihat selepas 10 tahun... hmmm.... agaknyalah kan, kalau 10 tahun dulu saya makan Carotomax ni, mesti saya tak rabun kan? Hehehehe....

Di samping bersuplimen, kenalah jugak jaga pemakanan dan gaya hidup sihat ! ;-) suplimen hanya tambahan kepada nutrisi dalam makanan harian kita yang lompang.

So, apa kata anda pon bersuplimen macam saya ;-) hubungi nombor tertera pada poster untuk pertanyaan dan keterangan lanjut.

#landmarkstudy
#shakleeeffect
#liveamazing
#tsunamishaklee

Friday 28 October 2016

BUAH PINGGANG BOCOR !!!!!

# NEPHROTIC SYNDROME #

Pernah dengar penyakit ni?

Hahhaha.. pertama kali saya ditanyakan tentang penyakit ni, tergelak jugak! Maaf.... hahhaha...

Mana taknya, saya terbayang yang ginjal tu berlubang! Pelik kan? Hmmm...

Sebenarnya, bukan buah pinggang tu yang bocor...tapi... ada 1 saluran yang menapis protein dalam buah pinggang tu yang bocor!!! Haaa....

Penyakit ini terjadi kepada tidak kira usia... yang terbaru saya dapat tahu, kanak-kanak berusia 3 tahun (seusia Ainin!!!!) sedang menghidapinya (disahkan oleh doktor ketika berusia 7 bulan)... hukhukhuk... apa salah anak kecil itu? Allahhhhh.....

Sebenarnya, ia bukan salah sesiapa.... ia adalah takdir yang perlu kita ubah dengan usaha dan doa! Yes! Berusaha untuk mencari penawar agar penyakit ini dapat dikawal daripada terusssss merebak!

Kebiasaan saya mendapati penderitanya adalah dalam kalangan orang dewasa. Namun, tak sangka, rupanya ada jugak budak berusia 5 tahun, 7 tahun...huhuhuhu.... doktor sendiri tak dapat pastikan punca dan faktor buah pinggang bocor ini terjadi....

Namun, saya percaya bahawa semuanya bermula daripada pemakanan! Seboleh mungkin, elakkan daripada kerap mengambil ubat tahan sakit (pain killer)..... ubat kurus.... dan apa-apa sahaja 'ubat' yang menjanjikan 'cantik dalam masa 5 hari' @ 'kurus dalam 7 hari' ;-)

Pssttt !!! Kaji dulu bahan dalam produk yang kita amik tau! Hihihihi....

Thursday 27 October 2016

PEMILIHAN PENCUCI MUKA PENTING UNTUK KULIT WAJAH YANG BERSERI

[Ini kisah SAYA]

SAYA? ye saya lah ;-) pemilik wall ini... hihihi..

Saya mula pakai pencuci muka ketika usia 16 tahun. Sebab masa tu musim budak baru baligh kot sebab muka naik banyak jerawat halus! Huhuhuhu...

Mak belikan pencuci muka jenama ape entah masa tu tengah glamour. Guna habis 1 tube muka biasa je..jerawat macam tuuuu jugak! Grrrr...

Masuk usia awal 20an....
Saya 'try and error' pelbagai produk pencuci muka. Tapi yang kekal hanyalah jenama Safi ~ konon2nye trademark dia 'suci lagi menyucikan' gitulah hahahahha...

Selepas berkahwin, saya dan suami berkongsi kesukaan dan pilihan pencuci muka yang sama iaitu GARNIER! Macam biasalah, iklan dan trademark dia tu...hahhaha...

So sekarang ni apa masalah kami???? Hmmmm...

Jerawat takde tapi KULIT KERING!!!! adusssss... kadang-kadang rasa tegang kulit muka ni! Sampai satu tahap tu, pedih bila kena aircond atau setiap kali lepas mencuci muka. Pastu JERAGAT pulak ade!!! Aarrggghhhh... bila jeragat ade, nampak muka kita agak kusam dan ala2 nenek sihir tau! Hukhukhuk...

Ketika usia 30 tahun.....
Saya telah mengambil jalan selamat dan yakin dengan kelebihan yang ada pada produk SHAKLEE. So kami berdua gunakan NUTRIWHITE Facial Foam ;-)

Alhamdulillah, it works!!!! Yes, it works!!! Kulit kami tidak lagi kering....malah lebih lembut dan rasa gebu...paling syok apabila setiap kali lepas cuci, kulit muka rasa segaaarrrrrrr!!!! Ahhhh....nyamannye... ;-)

Paling best lagi, jeragat saya mula pudar (yang ni baru perasan selepas 3 minggu penggunaan)!!! Yeaayyyyyyy :-)

So korang yang ade masalah kulit dan produk pencuci muka, jom guna NUTRIWHITE ! Dijamin muka korang pasti berseri lepas ni ;-)

Wednesday 26 October 2016

APA SALAH SOYA??

APA SALAH SOYA???

Nutrisi adalah sains, bukan kepercayaan semata-mata. Walau bagaimanapun, bila masuk bab soya, ia tak jadi berasaskan fakta tapi tanggapan dan kepercayaan saja.

Biasanya yang disebarkan tentang soya ialah, ia menyebabkan lelaki menjadi seperti wanita (pondan) dan menurunkan kesuburan lelaki, kerana ia meningkatkan paras estrogen (hormon wanita).

🌕Soya Menyebabkan Lelaki Menjadi Lembut

Kandungan phytoestrogen di dalam soya dikatakan satu perkara yang menjadi kerisauan.

Estrogen adalah hormon wanita, sedangkan lelaki perlukan hormon testosteron untuk kelelakiannya.

Phytoestrogen dikatakan bertindak macam estrogen jadi tak ngamla dengan lelaki kan? Takut la lelak jadi lembut ka, pondan ka..

Tapi kajian yang dibuat:

“Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence.” Fertil Steril. 2010 May 1;93(7):2095 –104.

Laporan tersebut membuktikan bahawa isoflavon dalam soya tidak memberi kesan ‘kewanitaan’ kepada kaum lelaki.

🌕Soya Menurunkan Paras Hormon Kelelakian

Bila hormon kelelakian menurun, lelaki menjadi mandul, tak subur. Menjejas produktiviti. Benarkan pengambilan soya menjejeas kesuburan lelaki? 

“Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis.” Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997–1007″

Laporan yang dihasilkan selepas ujian klinikal untuk mengkaji kesan soya terhadap lelaki —> PROTEIN SOYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA HORMON LELAKI.

Malah, sebenarnya pengambilan soya sangat penting untuk lelaki, berdasarkan laporan kajian ini:

“Soy protein isolate and protection against cancer.” J Am Coll Nutr. 2005 Apr;24(2):146S –9S.

“Feasibility of a low-fat/high-fiber diet intervention with soy supplementation in prostate cancer patients after prostatectomy.” Eur J Clin Nutr. 2008 Apr;62(4):526 –36.

🌕Protein Soya mengurangkan risiko kanser prostat!

Nampaknya cerita-cerita buruk tentang soya hanyalah tanggapan semata-mata. Berhentilah menyebarkan keburukan soya yang tidak berasas, kerana mungkin kita telah menjauhkan orang lain dari perkara-perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan mereka.

Dan ramai yang minum soya terlebih2 pula suburnya.

- Dr wall Dr.Fyda Noh

*Bersedekah Dapat Menyembuhkan Penyakit Kronik Dengan Izin Allah SWT*.

💰😊💰😊💰😊💰😊💰😊
BERSEDEKAHLAH...

Sedekah mempunyai banyak hikmah dan kebaikannya. Salah satu kebaikannya bersedekah boleh membantu penyembuhan penyakit dengan izin Allah SWT.

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah”. (HR. Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani dalam Shahihul Jami’).

Jika kalian menghadapi penyakit kronik selain mencari ubatnya maka jangan lupa bersedekah kerana sedekah akan menjadi salah satu rawatan yang mustajab , jika kalian bersedekah mestilah dengan niat mencari kesembuhan. Mungkin kalian telah banyak sedekah, tetapi tidak di niatkan untuk Allah Ta’ala menyembuhkanmu dari penyakit.

Cuba sekarang dan hendaknya kalian yakin bahawa Allah Ta’ala akan menyembuhkan penyakit yang di hidapi. Berilah makan orang-orang fakir, atau tanggunglah beban anak-anak yatim, atau wakafkanlah hartamu, atau keluarkanlah sedekah jariahmu. Sungguh sedekah dapat menghilangkan penyakit kronik,  kesulitan, musibah atau cubaan.

Mereka yang diberi taufik oleh Allah Ta’ala telah mencuba nasihat ini. Akhirnya mereka mendapatkan ubat rohiyah yang lebih mujarab daripada ubat jasmani. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam juga mengubati dengan ubat rohiyah sekaligus ubat ilahiyah.

Para salafus soleh juga mengeluarkan sedekah yang sepadan dengan penyakit dan musibah yang menimpa mereka. Mereka mengeluarkan harta mereka yang paling mereka cintai. Jangan bakhil untuk dirimu sendiri, jika kalian memang memiliki harta dan kemudahan. Inilah kesempatannya telah datang!

Dikisahkan bahawa Abdullah bin Mubarak pernah ditanya oleh seorang laki-laki tentang penyakit yang menimpa lututnya semenjak tujuh tahun. Ia telah mengubati lututnya dengan berbagai macam ubat. Ia telah bertanya kepada para doktor, tetapi tidak menghasilkan apa-apa.

Ibnu al-Mubarak pun berkata kepadanya, “Pergi dan galilah telaga, kerana manusia sedang memerlukan air. Saya berharap akan ada mata air di dalam perigi yang engkau gali dan dapat menyembuhkan sakit di lututmu. Laki-laki itu lalu menggali perigi dan ia pun sembuh dengan izin Allah SWT “. (Kisah ini terdapat dalam “Shahih at-Targhib”).

Wallahuaklam.
Semoga Menjadi Asbab Utk Kita Bersedekah Dan Meningkatkan Kesedaran Betapa Banyaknya Fadhilat Bersedekah Kepada Saudara Kita Yang Lain.

SEBAR DAN KONGSIKAN.

OMEGA GUARD dan Dialisis

Apa itu DIALISIS?
»»»»»»»»»»»»»»»»»

Ia adalah satu prosedur 'mencuci darah' untuk penghidap sakit buah pinggang kronik. Ini kerana, ginjal yang telah rosak sudah tidak mampu untuk 'mencuci' sendiri cairan dalam tubuh.

RISIKO DIALISIS
»»»»»»»»»»»»»»»»

Dialisis mempunyai risiko! Salah satunya ialah pembentukan darah beku!!! Ini akan mengakibatkan darah 'blocked' arteri dan vena yang pastinya akan mengganggu peredaran darah ke seluruh tubuh.

Hah! Bila dah jadi gitu, maka akan dapat pulak lah penyakit tambahan seperti strok (sebab darah tak sampai ke otak), hipertensi dan serangan jantung (masalah jantung)!

PASTIKAN ELAK DARAH MEMBEKU!!
»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

So, macam mana nak elakkan atau kurangkan risiko darah membeku ni?

Makanlah makanan yang bersumberkan minyak omega-3 ... omega-3 biasanya dijumpai dalam makanan laut seperti ikan salmon, makerel, sardin, tuna dan buah avokado. Amalkan secara konsisten dapat membantu mencairkan darah dan pastinya mengurangkan risiko darah membeku....

Yum! Yum! Sedapkan!!? Tapi....mana nak cari semua tu?? Hmmmm...

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

OMEGA GUARD SHAKLEE
»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

Yesss!!! Paling mudah nak dapatkan minyak omega-3 ialah melalui Omega Guard Shaklee yang telah dijamin ketulenannya. 

Harga? Kat bawah ni :

RM115. 50 (Harga Ahli termasuk GST)
RM144.20 (Harga Jualan termasuk GST)

=================================

Jom bervitamin!! Hubungi 012-3618431 atau 017-3129349 untuk pertanyaan lanjut dan keterangan mengenai produk.

FB : Aminah Syuhadah
IG  : Aminah Syuhadah

NAK SLIM CUN DAN SIHAT?

🍇5 - 7 pagi

Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🍇7 - 9 pagi

Wajibkan diri utk bersarapan. Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🍇9 - 11 pagi

Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

🍇11 - 1 petang

Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🍇 1 - 3 petang

Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

🍇 3 - 5 petang

Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

🍇 5 - 7 petang

Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

🍇7 - 9 malam

Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

🍇9 - 11 malam

Waktu terbaik utk berehat dan tidur.

🍇11 - 1 pagi

Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

🍇1 - 3 pagi

Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🍇3 - 5 pagi

Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi.

Monday 24 October 2016

BETTER YOU, BETTER WORLD!

BAIK kamu, maka BAIKlah Dunia! ~ motto SHAKLEE :-)

Ia bermaksud, jika kita mahukan Dunia/Bumi ini dalam keadaan 'baik' , maka ia bermula dari DIRI kita sendiri!

But HOW????

1. Amalan ROHANI.

Lakukanlah kebaikan, pasti dunia ini aman dan baik-baik saja, kan? ;-) tiada perbalahan..tiada pembunuhan..tiada penzinaan..tiada kerosakan!

Keimanan menjanjikan kehidupan yang lebih sejahtera!

2. Gunakan produk SHAKLEE ! ;-) heheheheh...

Bukan 'self claimed', tapi hakikat yang perlu semua orang terima bahawa Shaklee tidak melibatkan bahan-bahan kimia dalam pembuatan produk-produk keluarannya!

Bermula dengan barangan dalam rumah kita, produk penjagaan kesihatan luaran dan dalaman kita, semuanya perlu dielakkan daripada bersumberkan bahan-bahan yang boleh menjejaskan imunisasi tubuh kita!

♡ BASIC-H

~ Diformulasikan dengan sangat pekat daripada JAGUNG dan KELAPA dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar kerana ia tidak bertoksik dan tiada fosfat.

~ Hanya RM48.80 dapat digunakan sehingga 181.7 liter air untuk mencuci tingkap, perabot dan lantai kediaman kita! Ia adalah 'multipurpose cleanser'.

♡ DISH WASH CONCENTRATE

~ Bersifat 'hypoallergenic' yang sangat bagus untuk orang yang kulitnya amat sensitif terhadap pencuci di pasaran! 

♡ SOFT FABRIC CONCENTRATE

~ Ia selamat digunakan untuk semua jenis 'washable silk' termasuk sutera! Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan tiada bau! Wangian yang terdapat dalam bahan cucian adalah salah satu bahan bertoksik!

~ 'ph'nya seimbang bagi mengekalkan warna pada pakaian.

♡ FRESH LAUNDRY

~ Ia bersifat 'hypoallergenic' yang amat sesuai untuk anda yang berkulit sensitif terhadap sabun pencuci pakaiaan di pasaran!

~ Ia tidak berbuih kerana ia diformulasi daripada bahan terbiodegradasi (mesra alam).

~ Ia tidak mengandungi bahan yang dicampur untuk menambahkan berat sabun tersebut.

MENCURI DALAM SOLAT????

Apakah yang dimaksudkan mencuri waktu solat yaa?

Jawapan:

MENCURI DALAM SOLAT.

Terdapat beberapa hadis yang menyebutkan tentang mencuri dalam solat.

1- Orang yang solat sambil melihat ke kiri dan kanan.

عَنْ عَائِشَةَ ، قَالَتْ : " سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الِالْتِفَاتِ فِي الصَّلَاةِ ؟ فَقَالَ : هُوَ اخْتِلَاسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلَاةِ الْعَبْدِ " .
‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tentang menoleh-noleh ketika solat. Baginda menjawab: Ia merupakan satu curian, yang mana syaitan mencurinya daripada solat seorang hamba [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Azan, hadis no: 712]

2- Tidak menyempurnakan ruku' dan sujud

- ، عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ، عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " " أَسْوَأُ النَّاسِ سَرِقَةً الَّذِي يَسْرِقُ مِنْ صَلَاتِهِ " ". قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَكَيْفَ يَسْرِقُ مِنْ صَلَاتِهِ؟ قَالَ: " " لَا يُتِمُّ رُكُوعَهَا وَلَا سُجُودَهَا " " أَوْ قَالَ: " " لَا يُقِيمُ صُلْبَهُ فِي الرُّكُوعِ وَالسُّجُودِ "
Daripada Abu Qatadah radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Seburuk-buruk manusia adalah yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, bagaimana seseorang mencuri dalam solatnya? Baginda menjawab: Dia tidak menyempurnakan ruku' dan sujudnya. Atau baginda berkata: Dia tidak meluruskan tulang belakangnya ketika ruku' dan sujud. [Musnad Ahmad, Hadis Abu Qatadah, no: 22642, Shaikh al-Arnaouth berkata: Hadis sahih].

Wallahua'lam.

-ADMIN-

Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Friday 21 October 2016

FAKTA YANG MENGEJUTKAN BARAT!!!

Fakta  mengejutkan Barat

Perempuan Muslim merupakan perempuan terbersih di dunia. Perempuan yang diceraikan suaminya perlu menunggu sekurang-kurangnya 3 kali suci dan perempuan yang kematian suami perlu menunggu 4 bulan 10 hari sebelum mereka boleh berkahwin semula.
Jika dia hamil, dia perlu menunggu sehingga bersalin.

Ini mengejutkan sains moden selepas menemui bekas air lelaki. Cecair ini mengandungi 62 protein, dan ia berbeza bagi setiap lelaki, seperti cap jari. Ianya seperti kod peribadi bagi setiap lelaki dan tubuh wanita mempunyai computer di mana kod tersebut boleh diletakkan.

Jika perempuan itu mengahwini lelaki lain sebaik sahaja selepas bercerai, ia membenarkan kod lain memasuki tubuhnya, seperti virus memasuki computer. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan, dan akan mengakibatkan jangkitan penyakit merbahaya.Ini telah terbukti secara sintifik,

semasa haid pertama selepas bercerai, perempuan akan melepaskan 32% hingga 35%,

haid kedua 67% hingga 72% dan
haid ketiga 99.9% cecair lelaki.

Rahim dibersihkan daripada cecair yg lalu selepas 3 kali suci dan ia akn bersedia utk  menerima cecair baru tanpa kecederaan atau keburukan.

Oleh itu, pelacuran, atau tidur dengan lebih daripada seorang lelaki akan menyebabkan penyakit merbahaya hasil daripada percampuran sperma di dalam Rahim.
Tempoh menunggu seorang balu perlu lebih lama untuk menyahkan kod ini.
Kerana kesedihan menyebabkan cecair dalam Rahim akan lebih lama bertahan.

Sebab itu Allah menyakatan 4 bulan 10 hari. Tempoh ini untuk cecair lelaki lupus sepenuhnya dalam Rahim seorang balu. Fakta ini membuatkan seorang pakar embrio menjalankan penyelidikan ke atas penduduk Muslim Afrika di Amerika. Dia mendapati semua wanita ini membawa cecair suami mereka sahaja.

Penyelidikan di kejiranan wanita bukan Muslim menunjukkan mereka memiliki pelbagai cecair lelaki, daripada dua hingga tiga. Daripada situ mereka mendapati bahwa hanya Islam menjamin imuniti wanita. Oleh itu wanita Muslim adalah wanita paling bersih di bumi.

Allahuakbar

SIMPLE SUNNAH ~ SUNNAH NABI S.A.W YANG PALING MUDAH

Koleksi Simple sunnah 1-16

Simple Sunnah#1
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan (^_^)
2.Tutup Kepala bila masuk tandas.

Simple sunnah#2
1.Kibaskan Tempat tidur
2.Permulaan tidur mengiring sebelah kanan.
3.Kepala menghadap kiblat.
4.Baca doa tidur (^_^)

Simple sunnah#3
1.Minum dengan tangan kanan.
2.Minum duduk
3.Minum niat kerana Allah dan baca Bismillah.

Simple sunnah#4
1. Datang awal ke masjid
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Berwuduk dari Rumah.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid. (^_^)

Simple sunnah#5
1. Masuk tandas pakai alas kaki.
2. Buang air duduk
3. Masuk tandas xboleh lama2.
4. Jangan makan n minum dalam Tandas (^_^)

Simple sunnah#6
1.Bagun tidur baca doa bangun tidur atau ucap syukur.
2.Kemas tempat tidur.
3.Bersihkan diri.

Simple sunnah#7
1. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
2. Jika ada sampah dalam masjid kutip dan buang.. 1 sampah 1 bidadari di syurga kelak.
3. Bila masuk masjid niat iktikaf, semua perkara yg di buat dalam masjid akan dikira sebagai ibadah (^_^)

Simple Sunnah#8
1.Baca Bismillah sebelum memakai baju atau doa ringkas ni Ya Allah, aku memohon dari engkau kebaikan dari berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dengan sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian untuk tujuan riak.
5. Memakai pakaian yang menunjukkan simbolik seorang muslim.

Simple Sunnah#9
1. Sebelum tidur ambil wuduk.
2. Maafkan semua kesalahan org lain dan halalkan hutang piutang.
3. Jika mimpi baik bangun doa supaya dipercepatkan.
4. Jika mimpi buruk bangun buat isyarat ludah kekiri dan doa dijauhkan.

Simple Sunnah#10
1. Pakai selipar kaki kanan dahulu dan buka dengan kaki kiri dahulu.
2. Beri salam 3 kali bila bertamu kerumah sahabat2.
3. Bila marah dalam keadaan berdiri hendaklah duduk, bila marah dalam keadaan duduk hendaklah berbaring hingga marah 2 hilang.
4. Bila marah ambil wuduk.

Simple sunnah#11
1. Tutup aurat ketika memasak.
2. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri.
3. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika ambil nasi atau air.
4. Ketika sedang memasak perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah.(baik untuk ibu yg ingin membentuk anak2)

Simple sunnah#12
1.Basuh tangan sebelum makan.
2.Makan buah dahulu baru makan nasi.
3.Makan secara berjemaah, makan dengan family lagi ramai lg berkat rezeki 2.
4.Makan makanan yg ada dihadapan jangan capai yg jauh2.

Simple sunnah#13
1. Memotong kuku pada hari jumaat.
2. Memperbanyakkan Doa antara Imam Berkhutbah Hingga Asar.
3. Mandi sunat Jumaat.
4. Memakai pakaian terbaik untuk Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.

Simple sunnah#14
1. Makanan sunnah susu, madu, barli dan kurma.
2. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
3. Hisap jari selepas makan (Sunnah 3 Jari)
4. Selepas makan terus basuh pinggan.
5. Puasa isnin dan Khamis.

Simple sunnah#15
1. Baca bismillah dan Alhamdulillah setiap kali sedutan.
2. Jangan gunakan cawan yg sumpik atau pecah.
3. Jangan tiup kedalam air panas untuk sejukkanya.
4. jangan minum dalam bekas yg besar seperti jug air dan botol yg besar.

Simple sunnah#16
1. Semaikan rasa ingin berjuang di jalan Allah SWT
2. Berazam untuk terus beristiqamah mempertahankan Islam
3. Berusaha untuk mendaulatkan Islam di setiap peringkat
4. Jangan melangkaui arahan dan perintah Allah SWT serta sunnah Rasulullah SAW

Semoga bermanfaat 😊😊😊🅿

PERLU KE BERSUPLEMEN???

WHY WE NEED SUPLEMENTS?

1. We always to pollution and free radical which can affect our health. 

2. Our body needs higher doses fir certain nutrients which only can be found from food. 

3. Fruits and vegetables may affected and contaminated from pesticides or other chemicals. 

4. Practicing unhealthy lifestyle such as lack of exercise or sports and smoking. 

5. Most of people ignored balance diet in their eating routine. 

6. Caffeine intake, overdose of sugar and salt cause distraction of nutrients absorption from food. 

7. Loss nutrients in food, especially at restaurant, fast food restaurant, overcooked etc. 

===================================== 

KENAPA KITA PERLUKAN SUPLEMEN ?? 

1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan. 

2. Badan kita memerlukan dose yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien. Hakikatnya, nutrien hanya boleh didapati daripada pemakanan. 

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain. 

4. Amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam dan merokok. 

5. Rutin pemakanan manusia sekarang yang tidak menghiraukan diet seimbang. 

6. Gangguan penyerapan nutrien dari makanan, akibat daripada pengambilan kafein, gula dan garam berlebihan. 

7. Kehilangan nutrien dalam makanan terutamanya di kedai makan, restoran makanan segera , memasak terlalu lama dan sebagainya. 

#amalangayahidupsihat 
#itstartswithyou 
#betteryoubetterworld 
#sihatuntukibadah 
#cintaturbo20

MAKAN UNTUK SIHAT

[BACK TO BASIC]

*INFO SIHAT*
      
1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.
                          
2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut. 

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi obat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
          
*Panduan Kesihatan*
+++++++++++++++++

01. 🍴Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt  istirahat.

02. 🍴Hanya boleh makan 4 butir telur🍳 seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam 🐔 mengandungi karsinogen, penyebab kanser.  Jangan✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah 🍇🍒🍉🍓🍑🍈🍌 seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebihh lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkn minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sebelum tidur😴 jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. ⛔Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. ⛔Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. ☝Tiap hari minum air 🔟 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. 🌞Siang hari perlu banyak minum air putih, 🌚malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. ☝Minum kopi jangan lebih 2⃣ cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. ☝Jangan makan makanan yg tinggi lemak karena perlu 5⃣~7⃣ jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk😴 kerana otak kekurangan oksigen.

17. ☝Setelah jam 5⃣ ptg jangan⛔ makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.

18. ☝🔟 jenis makanan sehat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.

19. ☝Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. 🍋🍋🍋
Lemon panas membunuh sel kanser.

Tolong kongsikan. Semoga bermanfaat 😊

#suplemenuntuksihat
#cintaturbo19

Wednesday 19 October 2016

Kajian Klinikal DIAMOND ke atas nutrien pemakanan tambahan DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak pada peringkat selepas lahir menunjukkan kesan positif jangka panjang ke atas perkembangan kanak-kanak.

Ujian Klinikal double-blinded secara rambang dan terkawal direka untuk mengkaji tindak balas dos DHA dalam formula nutrisi awal kanak-kanak.

Sebanyak 343 kanak-kanak diberikan empat formula mengandungi jumlah nutrien sama kecuali kandungan PUFA. Semua empat formula ditambahkan DHA juga diberikan asid arachidonic (ARA) sebanyak 0.64 peratus.

Kumpulan yang dikawal menerima DHA sebanyak sifar peratus dalam formula mereka, satu menerima DHA 0.32 peratus, satu lagi menerima DHA 0.64 peratus dan yang keempat menerima DHA 0.96 peratus, katanya. Dr Colombo berkata, kajian itu mengukur tahap ketajaman penglihatan Visual Evoked Potential (VEP) dengan mengukur corak gelombang otak yang terbentuk oleh stimuli penglihatan yang dipaparkan dengan laju.

Corak itu menjadi lebih jelas sehingga gelombang otak yang dicetuskan menghilang dan ini dianggap sebagai titik akhir penentuan ketajaman tahap penglihatan.

Kajian klinikal DIAMOND mendapati kanak-kanak yang diberi formula tidak mengandungi DHA mencapai tahap potensi ketajaman penglihatan lebih rendah dalam tempoh 12 bulan berbanding kanak-kanak yang menerima formula tambahan DHA.

Bagaimanapun, tiada kesan perbezaan ketara pada ketajaman penglihatan di antara tiga kelompok responden dengan sukatan tambahan DHA berbeza dan dengan kadar DHA 0.32 peratus secara umumnya mencukupi untuk memberi kesan positif. Ini mungkin disebabkan kedua-dua DHA dan ARA bersaing untuk enzim sama, katanya.

Dalam fasa kedua kajian ini, kelompok kanak-kanak sama diuji dengan beberapa ujian kepintaran ke atas kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun. Kanak-kanak menerima pemakanan tambahan DHA menunjukkan perkembangan cepat untuk aktiviti terperinci, termasuk diskriminasi corak, peraturan pembelajaran dan perencatan di antara usia tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menunjukkan prestasi lebih baik dalam dua ujian piawaian kepintaran yang digunakan secara meluas iaitu Ujian vokabulari Gambar Peabody pada usia lima tahun dan Skala Bijaksana Pra Sekolah Weschler pada usia enam tahun mengatasi kumpulan kawalan dalam semua bahagian darjah kecerdasan (IQ), katanya.

1. Profesor Dr John Colombo (Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch, Amerika Syarikat)
2. Dr Susan Carlson dan Dr Kathleen Gustafson (Universiti Kansas)

TAZKIRAH

*KHASIAT BISMILLAH LIMA ~*

بسم الله الرحمن الرحيم
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

بسم الله الشافي
2. Bismillahish Shaafii

بسم الله الكافي
3. Bismillahil Kaafii

بسم الله المعافي
4. Bismillahil Mu’aafii

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim

*Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang*

*Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan*

*Dengan nama Allah Yang Mencukupkan*

*Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik*

*Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui*

*ANTARA FUNGSI BISMILLAH 5*

*Penawar bisa diri*

*Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang*

*Penawar bisa-bisa badan*

*Penawar bisa batu merian*

*Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya*

*Cara menggunakan Bismillah 5*

1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.

2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.

3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.

*Kesan Sampingan*

Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.

Wallahu a'lamu bissawab
Semoga bermanfaat ...

*Lapan jenis makanan yang paling baik mencegah penyakit*
الرمان
delima
الروب
yogurt
الثوم
bawang putih
البصل
bawang besar
الشاي الأخضر
teh hijau
الشوفان
oat
القرع
labu
البروكلي
brokoli
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
ثلاثة أشياء تمرض الجسم :
*Tiga perkara membawa penyakit*
1) الكلام الكثير .
banyak bercakap
2) النوم الكثير .
banyak tidur
3) الأكل الكثير .
banyak makan
ــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة أشياء تهدم البدن :
*Empat perkara merosakkan badan*
1) الهم .
dukacita
2) الحزن .
sedih
3) الجوع .
kebulur
4) السهر .
tak tidur mlm
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تزيد في ماء الوجه وبهجته :
*Empat perkara menambah seri wajah*
1) التقوى .
taqwa
2) الوفاء .
jujur
3) الكرم .
pemurah
4) المروءة .
jaga kehormatan
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تجلب الرزق :
*Empat perkara menarik rezeki*
1) قيام الليل .
qiamulail
2) كثرة الاستغفار بالأسحار.
byk istighfar waktu 2/3mlm
3) تعاهد الصدقة
biasa bersedeqah
4) الذكر أول النهار وآخر
berzikr waktu awal pagi dan petang
ـــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــــ
وأربعة تمنع الرزق
*Empat perkara menjauhkan rezeki*
1) tidur waktu pagi
2) Sedikit bersolat
3) Malas

CIKGU...BOLEH SAYA TANYA SATU SOALAN?

*MURID*: Cikgu. Boleh saya tanya soalan
*CIKGU*: Tanyalah.🙄
*MURID*: Macamana nak simpan gajah dalam almari.
*CIKGU*: Tak tahu.
*MURID*: Senang ja. Buka pintu almari, masukkan gajah.
*CIKGU*:😇
*MURID*: Nak tanya lagi cikgu.
*CIKGU*: Hmm. Tanya lah
*MURID*: Mcmana nak simpan keldai dalam almari.
*CIKGU*: Oh senang ja. Buka pintu almari, masukkan keldai.😀
*MURID*: Salah... Kena keluarkan gajah tu dulu.
*CIKGU*: Awak main2 ya.😳
*MURID*: Tak adalah.

*MURID*: Cikgu. Kalau singa buat birthday party, semua binatang pergi, last sekali siapa yg tinggal.
*CIKGU*: Tinggal singa lah, sebab dia maksn habis semua binatang2 tu.
*MURID*: Salah. Keldai, sebab dia masih lagi dalam almari.
*CIKGU*: Ishh... Kamu ni.😤

*MURID*: Soalan last cikgu.
*CIKGU*: Ok.
*MURID*: Mcmana cara nak berenang kat sungai yg banyak buaya.
*CIKGU*: Tak ada cara. Saya kena guna bot.
*MURID*: Salah. Berenang je lah.
*CIKGU*: Kamu nak mati kena makan dgn buaya ka.😳
*MURID*: Tak mati lah. Kan semua binatang pergi bithday party singa.
*CIKGU*: 😡👃 💨💨

*MURID*: Cikgu2, soalan paling last, ya.
*CIKGU*: Baikla. Ha, apa?
*MURID*: Kenapa bila naik bas ada tempat duduk basah?
*CIKGU*: Ada orang tumpahkan air.
*MURID*: Salah. Sebab..tadi kan berenang kt sungai..
*CIKGU*: @#$&^*👊✊💩😾😤by

Just utk hilangkan stress
😂😂😂😂😃😃😃😃👊👊👊 dushum dushum👊👊

#akulahCIKGUitu

AMBIL PEDULI DENGAN PEMAKANAN DAN DIET HARIAN KITA

[PANTANG-LARANG ~ GOUT]
»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»

Ada beberapa pantang yang tak boleh dimakan ketika gout. Ia adalah terdiri daripada makanan yang mempunyai kandungan protein tinggi.

1. Daging merah

2. Organ dalaman - hati, limpa, paru-paru, pedal, perut

3. Telur - Telur ayam, telur itik, telur puyuh, telur ikan

4. Makanan laut - udang, ketam, sotong, ikan bilis (ikan biasa terkecuali)

5. Kacang-kacang - kacang tanah, kacang panjang, kacang dhal, kacang buncis.

6. Minuman Beralkohol

Kandungan protein yang tinggi di dalam makanan yang saya senaraikan di atas ditukarkan ke satu bahan di dalam badan dipanggil "Purine" dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil Uric Acid. Uric Acid yang tinggi kemudiannya membentuk kristal dan melekat di kawasan sendi-sendi dan menyebabkan kesakitan.

Kesakitan akibat gout terjadi disebabkan oleh :

1. lekatan uric acid itu sendiri di sendi2 yang terlibat dan

2. Inflamasi atau radang di sekeliling kawasan yang terlibat yang menyebabkan kemerah-merahan, bengkak dan sedikit panas.

Kesakitan akibat gout sangat teruk sehinggakan sehelai kertas tisu sekiranya diletakkan di atas kaki yang terkena gout menyebabkan pesakit menjerit kesakitan. Lebih daripada 70% pesakit gout menghidapinya di kawasan berhampiran ibu jari pada kali pertama, tetapi gout boleh berlaku di mana mana kawasan sendi seperti lutut, siku dan tumit.

Gout yang teruk boleh menyebabkan masalah sendi dan ketumbuhan sejenis bahan keras seperti tulang dipanggil "tophi" - (sebutan tofai). Bonjolan ini boleh tumbuh dimana mana termasuk siku dan telinga.

Uric acid yang tinggi juga boleh menyebabkan masalah batu karang dan kerosakan buah pinggang yang akhirnya menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang.

Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.

#GOUT
#cintaturbo18
#tsunamishaklee
#ustazahceria

GELAGAT SI ANGAH

[SEL-SEL OTAK SEDANG BERHUBUNG]
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ainin Suffiyah kabo menatang ni 'CICAK'!!!!!! Mapuh la sape ngajo dia menatang ni CICOK???

hahhahahaha....

Asal kisah bermulanya cerita, gara-gara Ainin nampak cicak meniti di dinding ruang tamu, dekat dengan TV. Masa tu, dia lempar buku ke arah cicak, tak semena-mena menatang tu jatuh ke lantai! Yaaakkkk!!!!

Menggeletik-geletik lah menatang tu di atas lantai....hahhaha...Ainin pun pergi dekat, konon nak tengokkan kenazakan si Cicak :-P tiba-tiba, Si Cicak tu tersedar dan terus berlari atas kaki Si Ainin!!! Woohhaaaa apalagi, menjeritlah dia! Hahhahaha....

Hari ini....

Ketika iBu dan kakak sedang enak menonton Boboiboy, Ainin minta ibu bacakan buku bacaan haiwan kesayangannya. Ainin tunjuk satu gambar (aligator)...

Ainin : Ibu, ini CICAK !

wahahahahahah dah tergelak :-D mung ni terlebih makan Omega Guard ni Anin! Hahhah..

Ibu : nope, this is aligator.
Ainin : No!!! Ini cicak laaaa.....(dengan suaranya yang lantang tu laa)

Berkali-kali ibu menidakkan jawapannya, berguling-gulinganlah dia di lantai sebab tak puas hati yang 'itu' bukan cicak. Hahhahahahaha....

#kisahAinin
#omega

Tuesday 18 October 2016

OMEGA DAN KEHIDUPAN SEHARIAN KITA

[OMEGA & KEHIDUPAN SEHARIAN KITA]
================================

♡ Omega-3 membantu meningkatkan 'grey matter' iaitu satu bahagian tisu otak yang digelar bahagian 'KEGEMBIRAAN' .

Maka, jika anda asyik sediiihh je sebab penat buat kerja rumah (khususnya ibu-ibu), amalkanlah omega! Pasti anda akan rasa lebih gembira melakukan tugasan seharian ;-)

♡ Dunia hari ini banyak berlaku ketidakjujuran...masalah disiplin diri... itu semua ada berpunca daripada kekurangan serum Omega-3 (menurut Neuroendocrino Letter).

Jadi, salah satu usaha untuk mendisiplinkan diri, amalkanlah Omega! Kita bengang kan kalau anak-anak taknak dengar cakap? So, suapkan mereka Omega mulai hari ini! :-)

♡ Jurnal Biology Psychiatry menyatakan kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan tekanan perasaan!!!!!

Ayokkk!!! Jangan asyik stress je ok! Telan Omega dan B Complex sekali ;-)

♡ Dah jadi mak-mak ni, selalu lupa atau jadi pelupa! Ye dak?? Hmmmm...pasti kekurangan Omega-3 ! Kalau anak-anak kita pun jenis yang payaahhhh nau nak tangkap apa yang dipelajari, suapkan mereka dengan Omega!

Disamping itu, amalkanlah juga doa-doa penerang hati dan doa untuk meningkatkan kefahaman.... ;-)

*selamat beramal!
##############################

Hubungi 012-3618431 @ 017-3129349 untuk pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai produk dan khidmat nasihat.

Monday 17 October 2016

PUTERA YANG DINANTI ~ Ahmad Izzuddin Al Faqih

[PERJALANAN PENYUSUAN FAQIH]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah....dalam tak sedar...sudah 1 tahun dan beberapa hari usia bujang kami, Ahmad Izzuddin Al Faqih bin Ahmad Fitri Rusman ;-)

Putera yang sangat dinanti kehadirannya dalam keluarga kecil kami, menjadikan Faqih kesayangan kakak-kakaknya :-) Alhamdulillah...

~ Al Faqih ~ gelaran kepada Ahmad Izzuddin. Dengan harapan Faqih menjadi seorang yang 'menguasai' dan 'mengetahui dengan mendalam' sesuatu ilmu dan kemahiran dalam apa jua bidang yang diceburinya kelak! Aamiiin...

Walaupun telah menginjak usia 1 tahun beberapa hari, Faqih masih menyusu badan ;-) hahahha... itulah yang membuatkan ibu sentiasa rindukan dia! Huhuhuhu... samalah macam kakak2 Faqih dulu...dah dapat adik, baru 'wean off'. Hehehhe...so Faqih? Bila nak berhenti menyusu?? Hahhahaha....

=====================================

Menyusukan anak bukanlah sesuatu yang membebankan. Malah, ia adalah sesuatu yang mengujakan dan menyeronokkan! Hihihi.. this is  'bonda-bonding' time!!! Masa ni, seronoknya dapat belek-belek telinga anak... belek-belek rambut anak...mata anak...sama macam mata, telinga, hidung, mulut kita atau ikut ayahnya ;-P

Menyusukan anak ni boleh bantu kita 'maintain' berat badan tau! Naik atas penimbang, angka tu macam tuuuu la jugak sejak Faqih keluar dari perut! Wahahahahha.... tak turun, tak naik! Hmmmm.....macam mana nak kejar #misi48kg ibu ni Faqihhhhh.... hukhukhuk...

Menyusukan anak jugak bantu kita menguruskan masa dengan lebih baik! Kenapa? Sebab.....baby nak menyusu ni ibarat jam loceng tau! Cukup masanya, mulalah dia ber'bunyi' sebab kelaparan! Hahahha... so, setiap hari, saya kena rancang segala persiapan untuk hari esoknya seawal pukul 4 pagi. Bermula dengan 'dating' dengan Sang Pencipta....sediakan beg sekolah kakak-kakak Faqih...dan kemas-kemas apa yang patut sebelum keluar bekerja :-)

Menyusukan anak membantu melegakan stress!!! Betul! Waktu begini takde sapa pun boleh kacau atau marah kita nak tidur atau baring-baring. Hehehehhe... #apapuntakboleh :-P

MeNyusukan anak membantu kita menjaga pemakanan harian kita. Sebab? Anak tu menumpang khasiat daripada apa yang kita makan. Lebih-lebih lagi baby di bawah usia 6 bulan. Tapi Faqih dan kakak-kakaknya mula makan ketika usia 10bulan...hihihihi...jangan kecam saya! Saya memang sengaja nak susukan mereka Betul-betul sebelum kenalkan mereka dengan makanan keluarga ;-)

So mommies kat luar sana, jangan takut untuk menyusukan anak! Ia sangat menyeronokkan dan mengujakan! Ia adalah kenangan terindah untuk seorang ibu ! ;-) Good luck terutama untuk ibu-ibu yang bekerja tapi gigih dan kental menyusukan anak :-) hanya anda yang tahu apa erti 'seronoknya menyusukan anak' .

#breastfeedingjourney
#cintaturbo17

Sunday 16 October 2016

*DI MAKKAH HOSPITALNYA SEPI, BERBEZA DGN DI MALAYSIA. YANG MEMBEZAKAN ADALAH AQIDAH DAN SYARIATNYA.*

Inilah Rahsia mengapa hospital di Makkah sangat sepi, jarang sekali pesakit yang datang.

Ada seorang doktor membuka klinik di Tanah Suci (Makkah Al Mukarramah). Selama 6 bulan, tidak ada seorang pesakit pun yang datang untuk berubat. Sehingga beliau merasa hairan, apakah orang-orang di situ tidak pernah sakit?
Akhirnya beliau mendapat jawabannya, dari salah seorang muslim di sana:

Bila kami sakit,
ikhtiar pertama yg kami lakukan ialah
*sholat dua rakaat, dan memohon kesihatan kpd Allah*. In sha Allah sembuh dengan izin dan kasih sayangNya.

Kalau belum sembuh,
Ikhtiar ke-dua, iaitu
*baca Al Fatihah/surat2 lain, tiupkan pada air dan minum*.. Dan alhamdulillaah kami akan sihat. Inilah Ruqyah utk diri sendiri.

Tapi kalau belum sihat juga, kami lakukan ikhtiar yg ke-tiga, iaitu
*bersedekah, dengan niat mendapatkan pahala kebaikan & dijadikan jalan penyembuh sakit kami*. In sha Allah akan sembuh.

Kalau belum sembuh juga, kami akan tempuh ikhtiar yg ke-empat, iaitu
*banyak2 istighfar, untuk bertaubat*. Sebab, Nabi صل الله عليه وسلم beritahu kami, bahwa sakit adalah salah satu sebab diampuninya dosa2.

Kalau belum sembuh juga, baru kami lakukan ikhtiar yg ke-lima, iaitu
*minum madu dan habbatussauda'*.

Ikhtiar yg ke-enam iaitu 
*mengambil makanan herba, seperti bawang putih, buah tin, zaitun, kurma, dan lain-lain, seperti disebut dalam Al-Quran*.

Dan, Alhamdulillah. Laa hawlaa wa laa quwwataa illaa billaah. Jika belum sembuh, baru kami ikhtiar ke-tujuh iaitu
*pergi ke doktor muslim yg soleh*.

In sha Allah akan diberi kesembuhan dari Allah Azza wa Jalla, aamiin ..

# semoga bermanfaat..

#cintaturbo15
#ustazahceria
#sihatuntukberibadah
#tsunamishaklee

DARI MATA.... TURUN KE HATI...

[DARI MATA...TURUN KE HATI....]

kikikiki... kalau mata tak cantik dan memukau, takkanlah boleh turun ke hati kan? Hahahahha

Penjagaan mata ni bukan sekadar nak kasi orang jatuh cinta je...malah mata yang sihat juga memberikan impak keyakinan yang tinggi kepada si pemilik mata! Betul tak?

Sebenarnya.....pemakanan harian kita amat mempengaruhi perkembangan penglihatan kita! Oleh itu, makanlah makanan yang mengandungi beta-carotene (sayuran dan buahan berwarna oren-merah-jingga) kerana dari situ kita mendapat manfaat Vitamin A khusus untuk MATA.

Pengambilan sumber DHA daripada minyak ikan juga penting untuk mendapatkan penglihatan yang baik. Sebab tu dalam diet harian kita ditekankan untuk memakan IKAN segar :-)

Tapi...duk kat bandar ni, kat celah mana lah nak boleh dapatkan ikan segar yek? Hihihi.. dulu, masa kecik-kecik memang syok hari-hari dijamu ikan segar sebab arwah Tokki memang nelayan... ;-) 

Hmmm...apapun, jagalah pengambilam makanan kita setiap hari agar penglihatan kita tidak terus terjejas. Sekurang-kurangnya, kita berusaha untuk elakkan mata kita daripada mendapat masalah penglihatan seperti KATARAK, GLUKOMA dan apa-apa lagi.....

#ustazahceria
#matasihatdansegar

Saturday 15 October 2016

KATA-KATA HIKMAH IMAM ASY-SYAFIE

Memahami, menghayati dan mengambil iktibar daripada alhikam Imam Asy-Syafie....

"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta." 
- (Imam AsSyafie)

"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."
- (Imam asSyafi'e)

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
- (Imam asSyafie) 

Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.
- (Imam asSyafie)

Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.
- (Imam asSyafie)

Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.
- (Imam asSyafie)

Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.
- (Imam asSyafie)

Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.
- (Imam AsSyafie)

"Pentingnya menyebarkan ilmu agama.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk."
- (Imam syafie)

"Doa di saat tahajjud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)

"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." - (Imam as Syafie)

Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- (Imam asSyafie)

Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)

Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.
- (Imam asSyafie)

Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- (Imam asSyafie)

"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar."
- (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit"
- (Imam asSyafie)

Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
- (Imam asSyafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
- (Imam asSyafie)

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.
- (Imam asSyafie)

بَارَكَ اللهُ فِي الجَمِيعَ

NUTRITION CARE BEFORE  & DURING PREGNANCY

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Hmmmm... tengah merancang untuk hamil ke? Tapi tak tahu atau 'blurrrr' nak buat apa lagi sebab UPT line tu masih tak menunjukkan 'positive line' kan....huhuhu...

Takpe2...jangan frust... ibarat jodoh; setelah berusaha, pasti akan berkahwin juga apabila tiba pada masa dan waktunya... ;-)

Walaupun begitu, sebagai salah satu usaha jugak, kita sebagai bakal bapa dan bakal ibu kenalah pastikan diet harian yang kita ambil itu SEIMBANG! Tak caya? Pergilah jumpa dengan mana2 pakar fertility pon, pasti jawapan ini jugak yang anda akan terima ;-)

=================================

So, lets study apakah makanan2 yang perlu kita ambil untuk memudahkan kehamilan berjalan dengan lancar.... :-)

1. PROTEIN

♡ Protein amat penting untuk kualiti dan kuantiti sperma... penting untuk pembentukan dan penghasilan ovum... dan penting untuk perkembangan bayi dalam perut. 

♡ Protein sebagai energy... sumber protein dipecahkan menjadi asid amino untuk pembinaan sel-sel dalam tubuh baby. 

♡pengambilan makanan bersumberkan Protein amat penting ketika 'pre-natal' dan 'post-natal'.

2. IRON diperlukan untuk membina hemoglobin (28mg utk hamil) 

♡ hemoglobin <11g.dl (anemia) menyebabkan ibu mudah letih dan lesu serta boleh mengakibatkan kelahiran pra matang. 

3. ASID FOLIC

♡ untuk membina sistem saraf dan otak janin.

4. VITAMIN C 

♡ pengambilan 500mg daily lebih meningkatkan peluang untuk hamil!

♡ VVitamin C juga membantu merendahkan risiko kelahiran pra matang. 

5. KALSIUM 

♡ ibu hamil dan menyusukan bayi amat memerlukan kalsium bagi membantu pembentukan tulang dan gigi yg kuat...untuk perkembangan jantung bayi yang sihat... 'bone density'... dan tumbesaran bayi khususnya (melalui susu ibu). 

6. OMEGA

♡ minyak ikan (omega 3) penting untuk perkembangan otak dan perkembangan penglihatan sepanjang bayi dalam kandungan. 

7. VITAMIN E 

♡ bukan bakal ibu sahaja kena 'concern' pasal kehamilannya atau nak hamil... tapi.. bakal ayah pon kena prihatin la juga tentang 'benda' yang sepatutnya digunakan untuk dapatkan anak! Kikikiki...

♡ Vitamin E bersifat antioksidan, ia protect sperma daripada progressive mortality. Di samping juga membantu meningkatkan aliran darah kepada sperma. 

8. ZINC ~ ia sangat mengambil berat tentang sperma. Zinc membantu meningkatkan bilangan dan karakter sperma. 

=================================

So... macam mana sekarang bakal ibu dan ayah? Dah faham konsep prakehamilan? Maka, marilah kita mengamalkan diet seimbang agar bakal bayi yang terjadi kelak dapat membesar dengan sihat dan ceria ;-) inshaa Allah..... amiiin....

NAK BABY LAGI!!!! HEHEHEH

Baru kawin....

Dah setahun kawin....

Baru kahwin tapi kahwin pun dah lewat....

Tingkatkan peluang untuk hamil antara lelaki dan perempuan dengan NUTRISI : 

♡ Omega-3 + Omega-6 

♡ Omega-3 + Vitamin E + Zinc

Bagi lelaki, tidur yang tidak teratur dan mencukupi, ditambah dengan gejala suka merokok, boleh 'membunuh' SPERMA!

 

Pergerakan sperma (move forward), ciri-ciri sperma dengan bentuk leher yang mantap supaya boleh penetrate to ovum, menunjukkan sperma itu aktif atau tidak, sangat memainkan peranan penting dalam usaha untuk menghamilkan isteri. 

Dalam penghasilan Ovum pula, pastikan emosi isteri tidak terganggu. Stress dan kemurungan akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen yang mengakibatkan kitaran haid tak teratur. Stress juga memungkinkan situasi 'telur' (ovum) ada tetapi tidak dapat dikeluarkan.

Hormon yang tidak seimbang menyebabkan dinding uterus menipis. Seterusnya, telur tidak mampu melekat dan akhirnya berlaku keguguran. 

Ovum hanya mampu bertahan dalam masa 24 jam. Apabila ia berjaya disenyawakan oleh sperma dalam tempoh itu, telur akan membahagi 4 sehingga membentuk 'embrio'. 

Friday 14 October 2016

NIKMAT YANG DIAMBIL SEKETIKA...

INDAHNYA TANPA RABUN.....

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Saya.. rabun jauh sejak usia 12 tahun....rabun semakin teruk apabila usia menginjak 14 tahun! Semasa ujian mata dijalankan, power dan silau mata saya sebelah kanan 5.00++ dan kiri 7.50++!!

Justeru, saya terpaksa memakai 'mata' bercermin agar pembelajaran saya tidak terganggu. Walau bagaimanapun, semakin usia menginjak dewasa, saya dengan inisiatif sendiri, sering membaca dan mencari tip-tip untuk mendapatkan mata yang lebih baik khususnya untuk mengurang power rabun dan silau.

Dan kebanyakan hasil pembacaan saya selama bertahun-tahun tu, dapat saya simpulkan bahawa untuk memastikan mata sentiasa sihat, kita haruslah memastikan :-

♡ Amalkan memakan buahan berwarna oren, jingga dan merah seeperti aprikot, lobak merah, tomato.

♡ Amalkan memakan sayuran berdaun hijau gelap seperti brokoli, kailan, lettuce salad.

Semuanya mengandungi beta-carotene yang akan ditukarkan kepada VITAMIN A oleh tubuh semasa proses pencernaan. Vitamin A kan memang untuk kesihatan mata ;-)

♡ sentiasa memandang pemandangan hijau setiap pagi sambil berselawat.

♡ tidak.kurang juga beberapa tips dan dia yang perlu diamalkan untuk dapatkan mata yang cerah.

Semuanya tidak dinafikan, bahawa kita perlu amalkan pemakanan seimbang bagi mendapatkan tahap kesihataan yang baik. Namun apalah daya saya... selalulah culas bab-bab buah dan sayur ni..hejeheheh...

=================================

Pernah saya terfikir, nak cari sesuatu (suplemen Mungkin) yang merangkumi kesemua jenis vitamin yang ada dalam sayuran dan buahan! Hahhahaha... yelah kan..susah nau nak konsisten makan sayur dan buah! Hihihi...lebih baik cari sesuatu yang mudah dan senang dimakan sekali gus, terus dapat kesemua khasiatnya ;-) betui dak?

Akhirnya saya ketemu CAROTOMAX Shaklee. Di dalamnya mengandungi Vitamin A iaitu 100% beta-carotene yang memenang wajib untuk mata!

Selain itu, dalam 1 botol jugak, CAROTOMAX isikan dengan Lutein dan Zeaxanthin yang juga adaalah keperluan utama untuk kurangkan degenerasi makular mata (AMD).

SEMUA yang saya sebutkan tu adalah 'carotenoids' termasuklah Lycopene, Astaxanthin dan Alpha-carotene. Haaaa....semuanya dalam 1 botol kan??? Hehehe...

#mataarnab
#itstartswithyou

MAKANAN UNTUK ELOK MATA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...

Saya seorang yang pernah rabun teruk sejak berusia 12 tahun. So bermula dari itu, saya sentiasa buat pembacaan apa-apa saja yang berkaitan dengan penambahbaikan mata. Terutama dari segi pemakanan untuk menyihatkan mata dan segala macam tips bagi menyihatkan mata. Dan yang palong penting, tips untuk 'hilang'kan RABUN jauh saya ni.

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mendapatkan mata yang sihat khususnya mengurangkan power mata rabun ni ialah melalui PEMAKANAN.

Rupanya, untuk mata sihat ni, kena banyak makan makanan yang mengandungi VITAMIN A. Tapi Vitamin A hanya ada dalam makanan2 beta-carotene seperti lobak merah, tomato, tembikai dan segala jenis buahan dan sayuran berwarna kuning, oren, jingga.

Selain VITAMIN A, kena juga ambil 'carotenoids' jenis LUTEIN dan ZEAXANTHIN. Ia ada dalam sayuran berdaun hijau gelap seperti kailan, brokoli, bayam, dan salad lettuce.

Hmm...patutlah Sang Arnab tajam penglihatan. Rupanya sebab ia suka makan ' CARROT'! Lobak merah mengandungi paling banyak sumber carotenoids! Subhanallah!!! Memang patutlah kita ambil iktibar daripada penciptaan Sang Arnab ni ;-)

#mataarnab
#matasihat
#suplemenmata
#ustazahceria

3 IKATAN SYAITAN

*📚Perkongsian 1 hari 1 hadis*
📝Dari Abu Hurairah ra: Bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

3⃣Syaitan mengikat tiga tali ikatan di atas tengkuk kepala seseorang dari kalian saat dia tidur, syaitan mengencangkan ikatan tersebut (sambil berkata):
_Malam masih panjang maka tidurlah._

😊Jika dia bangun dan mengingati Allah maka lepaslah satu tali ikatan.
😃Jika kemudian dia berwudhu maka lepaslah tali yang kedua,
😀dan jika ia mendirikan solat lepaslah satu tali ikatan,
😘dan pada pagi harinya ia akan merasakan semangat dan jiwa yang tenteram.

😴Namun bila dia tidak melakukan  itu, maka pagi itu jiwanya tidak tenteram dan ia merasa malas.

(Sahih al-Bukhari : 1074)

INFO SIHAT UNTUK WANITA

*INFO SIHAT*
      
1. Wanita dilarang menarik barang berat tapi harus menolak.
Juga elakkan membawa barang2 berat. Ini adalah kerana urat saraf wanita yg cepat lemah.
                          
2. Jalan 50 langkah memperbaiki tulang tubuh. Naik 20 anak tangga memperbaiki tulang lutut. 

3. Kopi tidak disarankan bagi WANITA, karena dapat menyebabkan osteoporosis dan mempercepat monopause.

4. Rebus 10 helai daun salam dgn 2 gelas air, minum tiap hari selama 12 hari untuk menurunkan kolestrol dan darah tinggi.

5. Penyebab darah tinggi adalah kekurangan kalsium. Tembikai adalah sumber kalsium. Disarankan tembikai kuning.

6. Jus pear + strawberry 4 buah menaikkan daya tahan tubuh.

7. Anggur hitam kuatkan jantung, anggur hijau melangsingkan tubuh, anggur merah melebarkan pembuluh darah agar tidak tersumbat. Bertindak sebagai anti kolesterol.

8. Labu kuning baik untuk mempertajam daya ingat anak, dimakan oleh wanita hamil lebih baik. Untuk lelaki dewasa, labu berguna untuk menghasilkan sperma berkualiti.

9. Pisang untuk yg sering kram dan senggugut.

10. Manggis paling baik untuk tulang.

11. Paprika menyembuhkan diabetes, sakit tulang dan anti kanser.

12. Apple + buncis di juice bersama dapat menjadi obat pankreas / diabetes.

13. Makan sayuran hijau siang hari, bertindak sebagai anti stroke.

14. Sayur memastikan protein tidak menjadi kanser.

15. Sayur memastikan karbo tidak menjadi diabetes.
          
*Panduan Kesihatan*
+++++++++++++++++

01. 🍴Makan sebelum tidur boleh menyebabkan kanser lambung kerana usus tidak dapt  istirahat.

02. 🍴Hanya boleh makan 4 butir telur🍳 seminggu. Kalau lebih tidak baik.

03. Tungking ayam 🐔 mengandungi karsinogen, penyebab kanser.  Jangan✋ makan tungking ayam.

04. Makan buah 🍇🍒🍉🍓🍑🍈🍌 seharusnya sebelum makan, bukan selepas makan.

05. Masa haid jangan✋ minum teh ☕ lebihh lagi teh hijau, sebaiknya makan sesuatu yg boleh menambah darah.

06. ✋Kurangkn minum susu kacang dan jangan tambah telur dan gula pada minuman anda.

07. ☝Makan tomato semasa atau selepas makan. Jangan waktu perut kosong.

08. ☝Tiap pagi bangun tidur minum 1⃣ gelas air putih bisa cegah batu hempedu. Dua gelas untuk mengaktifkan organ2 dalaman.

09. 3 jam sebelum tidur😴 jangan makan boleh jadi kegemukkan.

10. ⛔Jangan minum teh susu atau (teh tarik / buble tea) kerana tinggi kalori tinggi lemak tidak bergizi dan boleh kena darah tinggi & kencing manis.

11. ⛔Jangan makan roti yg baru keluar dari ketuhar atau oven.

12. ⛔Charger jangan dekat tempat tidur, mesti berjarak 30 cm lebih.

13. ☝Tiap hari minum air 🔟 gelas boleh hindari penyakit pundi kencing.

14. 🌞Siang hari perlu banyak minum air putih, 🌚malam hari perlu sedikit minum air putih.

15. ☝Minum kopi jangan lebih 2⃣ cawan sehari, boleh menyebabkan insomnia iaitu sukar tidur dan gastrik.

16. ☝Jangan makan makanan yg tinggi lemak karena perlu 5⃣~7⃣ jam pencernaan, mengakibatkan darah terpusat pada pencernaan dan mengakibatkan ngantuk😴 kerana otak kekurangan oksigen.

17. ☝Setelah jam 5⃣ ptg jangan⛔ makan banyak kerana tubuh kita tidak perlu banyak kalori.

18. ☝🔟 jenis makanan sehat:
Ikan laut dalam, pisang, limau bali, roti penuh gandum, sayur bayam, bawang putih, labu, susu rendah lemak, daging ayam, buah ceri.

19. ☝Kurang tidur dapat melemahkn otak.

20. 🍋🍋🍋
Lemon panas membunuh sel kanser.

Tolong kongsikan. Semoga bermanfaat 😊

Thursday 13 October 2016

CAROTOMAX ~ Carotenoids

♡ LYCOPENE

Antioksidan yang diperolehi dalam TOMATO. Semakin merah warna tomat itu, semakin banyak lycopene yang kita peroleh.

Selain tomato, Lycopene juga boleh didapati daripada tembikai, limau gedang, grapefruit dan aprikot.

Lycopene membantu mencegah degenerasi makular , katarak dan #penyakitkardiovaskular . Individu yang mengamalkan diet yang kaya Lycopene, dapat mengurangkan risiko mendapat #kanser berbanding mereka yang tidak mengambilnya.

♡ LUTEIN & ZEAXANTHIN

Melindungi RETINA daripada kerosakan akibat sinaran UV matahari silauan yang tinggi.

Mengamalkan pemakanan yang kaya Lutein dan Zeaxanthin dapat membantu merendahkan risiko katarak dan degenerasi makular (mata basah/mata kering).

Keduanya boleh diperolehi melalui pengambilan sayuran berdaun hijau gelap seperti kailan, bayam, brokoli dan lettuce salad.

Beberapa pengkaji mencadangkan, pengambilan 6 - 9 gram sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.

PANGGILAN AZAN....

*📚Perkongsian 1 hari 1 hadis*
📝Dari Abu Hurairah: Bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

Jika panggilan solat (azan) dikumandangkan, maka syaitan akan menjauh sambil buang angin supaya ia tidak mendengar suara azan.
Apabila panggilan azan telah selesai maka syaitan akan kembali, dan bila iqamat dikumandangkan syaitan kembali menjauh,
jika iqamat telah selesai dikumandangkan dia kembali lagi, lalu dia menyelinap masuk ke dalam hati seseorang seraya berkata:
Ingatlah ini dan itu yang orang itu tidak ingat sebelumnya. (Dia terus saja menggoda orang tersebut) hingga seseorang tidak mengetahui berapa rakaat yang sudah dia laksanakan dalam solatnya.

(Sahih al-Bukhari : 573)

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...