Monday 10 October 2016

BBQ dan DEEP-FRYING MUSNAHKAN NUTRISI

[TAHUKAH ANDA?]

BBQ dan 'DEEP FRYING' MUSNAHKAN NUTRISI!!
=====================================

1) Makanan yang dipanggang atau dibakar akan membentuk satu sebatian kimia yang bersifat 'karsinogen' yang mengakibatkan penyakit kanser.

Begitu juga makanan gorengan secara 'deep-fried' seperti kentang, ayam goreng ( alaa...macam KFC, McD segala tu...).

Kedua-dua kaedah masakan ini akan menyebabkan pembentukan sebatian 'exysterol' yang berkait rapat dengan pembentukan plak arterosklerosis dalam arteri jantung!

Selain itu, jangan menggoreng atau memanggang menggunakan minyak sayuran yang sama berulang kali kerana ia menyebabkan VITAMIN E BERKURANGAN! 

2) Membakar dalam ketuhar MICROWAVE boleh menyebabkan kehilangan VITAMIN C dan VITAMIN B sehingga 40%!

3) PENGUKUSAN adalah cara terbaik untuk memasak. Hanya 9-15% VITAMIN C berkurangan jika memasak brokoli, bayam dan lettuce menggunakan kaedah pengukusan ini.

So, lebik baiklah kukus lauk-lauk anda tu ;-)

4) STIR-FRYING dan SAUTEING iaitu cara memasak makanan dengan mengacau (stir) pada suhu yang tinggi tapi dalam teMpoh memasak yang pendek!

Inilah kaedah memasak yang sihat dalam penyediaan makanan. Memasak dalam tempoh yang singkat tambah menambahkan air dapat menfhalang kehilangan VITAMIN B. Gunakan minyak/lemak (keju, planta) untuk membantu meningkatkan penyerapan 'fitokimia' dan antioksida ke dalam aliran darah.

Info :

Lobak merah yang dimasak secara 'stir-frying' dapat menyerap beta-karotene 6.5 kali lebih baik berbanding lobak mentah.

Paras 'lycopene' tomato yang dimasak secara  'sauteing' meningkat 80% lebih baik berbanding tomato mentah.

#tsunamishaklee
#cintaturbo8
#ustazahceria

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...