Friday 12 January 2018

U S A H A W A N . S H A K L E E

" Ibu ni..... asyik dengan henfon je!"

Zassssss..... bagai dihiris-hiris jantungku. Huhuhu...

Itu adalah ayat Aisyah dan Ainin masa mula-mula aku tengah struggle bangunkan blog bisnes dan cari pelanggan.

Hmmmm... memang tak dinafikan, banyak masa aku dengan gajet... my bad.... kadang-kadang, tak perasan pun anak-anak bertanyakan apa. Sedar-sedar, dah keluar ayat seperti di atas.... i am really bad mom.....

:::::

Tapi sekarang...

Tangan masih di gajet bisnes jugak, cuma dah boleh chill sikit lah sebab dah tahu apa nak buat, apa nak balas apabila dapat mesej dari pelanggan.

Penerimaan ahli keluarga yang lain terutama suami apabila aku jebakkan diri dalam dunia bisnes macam ni, adalah sangat OK. Takde pulak aku dengar apa-apa rungutan daripada suami. Hehehe... cuma sesekali rungutan dari mulut-mulut si kecil kami la... huhuhu.....

Sekarang ni anak-anak pun daha faham, ada masa aku duk pegang henfon tu, adalah masa untuk cari duit.

Pernah jugak si Ainin bertanya, "Kenapa ibu nak cari duit lagi? Ibu kan dah keje. Ibu kan dah ada duit." Tak, sayang! Duit gaji ibu adalah untuk kegunaan bayar hutang, dan untuk kegunaan tugas hakiki ibu. Untuk kemewahan dan kesenangan korang, ibu kena cari duit lain.

So, apabila aku cakap macam tu, diorang akan kata, ""....ooooo...." 😊

Rakan kongsi aku a.k.a Encik Suami pulak, sekarang beliaulah yang uruskan blog sihatceria.net tu. Beliau sendiri yang menawarkan diri untuk bina blog rasmi bisnes kami. Alhamdulillah. Aku suka sangat! Sebab kami dah jadi RAKAN KONGSI secara rasmi. Hehehe.... selain itu, suami jugaklah pelabur dalam bisnes kami. Alhamdulillah...

Mak, Abah dan Mertua? Sangat menyokong bisnes kami. Malah mereka juga mengamalkan vitamin yang kami amalkan ni. Seronoklah satu keluarga sihat 😙😙

Emmmm... oklah. Saja je nak cerita tentang pengalaman pertama bisnes aku ni. Hihihi.... bye.... nak siapkan refleksi PdPC hari ni. Jap lagi nak balik dah.

Sekian,
Aminah Syuhadah
Leader of SihatCeria Group ❤

#sihatceria
#diariustazah
#usahawanShaklee

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...