Friday 19 January 2018

7 vitamin ni jelah memang sentiasa ada kat rumah.

Assalamualaikun, dunia! 

Pagi hujung minggu macam ni korang kat mana?

Kedai mamak???? Hahahaha....

Saya?

Macam biasalah, kalau tak keluar berjoging di luar kawasan perumahan, dalam kuaters ni pun dah mencukupi untuk riadah pagi.

Biasanya, saya dan suami habiskan paling kurang satu pusingan (anggaran 2.2km) joging dalam kejiranan kami ni. Ada kala time rajin, berkayuhlah 5 pusingan.

Kalau taknak berjoging di luar, kadang2 saya masuk ke gym di tingkat atas Kelab Kilat ni. Tulis je ID suami, dah boleh masuk. Hihihi.... best kan!

Itu bab aktiviti fizikal. Bab makan pulak?

Kitorang laki bini memang menjaga bab pemakanan. Saya pun lebih suka masak sendiri di rumah. Bila peti ais dah kosong, barulah makan di luar ataupun apabila ada urusan di luar.

Makan kat rumah lebih khusyuk. Hahahah.... penyediaan makanan lebih teliti. Terutamanya sayur. Saya memang cerewet dengan sayur, saya akan basuh sehelai-helai daun sayur. Jika makan sayur di kedai makan? Bimbang sangat saya tentang kebersihannya. Huhuhu...

Bila berbelanja barang keperluan dapur, penuh troli dengan sayur dan buah. Hahahha... anak2 suka makan buah! So peti besar kami tu memang beli untuk stok EBM dan sayur~buah.

Selain itu,

Kitorang amalkan supplement jugak. Sebab.......??

Apa yang kita makan tu tak cukup nak melengkapkan nutrisi yang kita ambil. Vitamin ni kan dah dalam bentuk complex, so inshaa Allah akan membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

Vitamin apa  yang kami ambil?

1. VIVIX
2. Vitamin ACE
3. Soya sebagai sumber protein
4. B complex
5. Ostematrix
6. Performance drink
7. Multivitamins

7 vitamin ni jelah  memang sentiasa ada kat rumah. Anak2 suka yang no.6 dan no.7 tu.

No.7 tu ada dua jenis, satu untuk orang dewasa, satu lagi untuk kanak2. Yang untuk kanak2 ada dalm bentuk tablet dan serbuk bancuhan. Yang tablet perasa anggur. Yang serbuk perasa vanila, bau macam aiskrim vanila. Yummmm!!!

Okeylah,

Nak setelkan hias kelas jap. Meja ustazah kat bilik guru dah setel semalam. Lega cek!!!

Adios.

Diari Ustazah Aminah Syuhadah .

#diariustazah
#hidupsihatdenganshaklee
#sihatceria

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...