Monday 29 January 2018

BAGAIMANA SAYA KAWAL 'JUNK FOOD' DI RUMAH?

BAGAIMANA SAYA KAWAL 'JUNK FOOD' DI RUMAH?

Sejak Aisyah Humairah bersekolah, saya dah tak dapat nak control apa yang dia makan di sekolah terutamanya. Jika di rumah pengasuh (transit), saya tidak terlalu kisah tentang pemakanan dia.

Berbanding Ainin, dia lebih mudah 'diberi makan' dan dia amat senang nak telan ubat.

Si bujang Faqih pun sama. Apa yang Ainin makan, itulah yang dia ikut. Hahahaha....

Peti ais besar rumah kami memang sentiasa dipenuhkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Memandangkan kami sekeluarga suka makan, maka ibu diorang ni terpaksalah suka memasak! Huhuhu....

Buah-buahan wajib ada di rumah. Buah-buah ini untuk dimakan masa menonton TV.... semasa melipat kain-baju....selingan ketika diorang main basikal kat depan rumah tu....

Sayur?
Em....diorang memang suka sangat kalau ibu masak sup sayur! Lebih-lebih lagi si Faqih. Haabis dihirupnya kuah sayur! Diorang suka sangat lobak, sawi putih, brokoli dan bunga kobis dalam sup tu.

Roti.
Makanan wajib ada kat rumah jugak ni. Untuk ibu, roti wholegrain. Ayah dan anak-anak, roti Gardenia coklat atau kosong. Tapi kena ada jem atau peanut butter.

Chocolate Bar.
Pun ada jugak sesekali. Hehehe.... pengubat stres! 

Cocoa Cruch + Honey star pun biasanya kami belikan jugak. Untuk bekalan Aisyah ke sekolah dan taska Ainin Faqih.

Sebenarnya, tak susah pun nak ajar anak-anak makan dan pilih makanan berkhasiat. Kita sebagai ibubapalah yang bertanggungjawab membina bi'ah macam tu kat rumah, kata shopping mall.

Saya cakap macam ni sebab saya memang buat. Sejak Aisyah pandai makan lagi saya ajar dia makan buah dan sayur. So bila kami shopping barang dapur pun, anak-anaklah akan tuju tempat sayur dan buah dahulu, dan mereka pilih sendiri buah apa yang mereka mahu. So, kitorang memang sediakan duit lebih sikitlah untuk buah2 dalam bajet dapur kami. 😊😊😊

Aminah Syuhadah
Ibu Prihatin. 😏

#diariustazah
#sihatceria
#liveamazing

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...