Menjadi lebih baik dari hari ke hari...... inshaa Allah. 😊
Aku yang dulu,
Walaupun dibesarkan dengan didikan agama yang cukup, disekolahkan dalam bidang pengajian agama, namun ada masanya aku sengaja menyimpang dari fikrah yang sepatutnya. 😔😔😔😔😔
Semakin ramai kawan di dunia luar, semakin ligat mencari kebebasan dan keasyikan sendiri di luar sana, apatah lagi jauh daripada pandangan mata dan kawalan Mak Abah.
Memasuki dunia pekerjaan, menjawat jawatan Guru Pendidikan Islam, membuatkan aku malu sendiri.
Datang satu kekuatan selepas terjumpa seorang sahabat lama, yang telah membuat perubahan pada diri dan sikapnya, membuatkan aku rasa aku juga perlu berubah!
Malu?
Tak salah rasanya kita berubah ke arah yang lebih baik, kan? Sememangnya 'baik' itu adalah fitrah manusia.
Melihatkan perubahan cara berpakaian sahabat lama itu, walaupun dia masih 'N' yang sama, dari sedikit gaya pertuturan (sedikit sopan bicaranya walaupun sesekali tergelak besar. 😂😂) , berbaju besar, bertudung bawal lebar. 'N' tetap kelihatan menarik di mataku.
Teruja dengan perubahan penampilan N, aku turut berubah sama. Lagi pun, ini untuk saham suamiku jugak 😄😄😄 .
N nampak lebih matang sekarang. Lebih positif. Lebih redha dengan perjalanan hidupnya sejak berpisah dengan bekas suaminya.
Aku berharap, aku akan terus istiqomah menjadi insan yang lebih baik, untuk diriku, untuk anak2, untuk Mak dan Abah, dan paling penting untuk Mr.Suami 😊😊 supaya dia ak menyesal jadikan aku sebagai isteri. Hahahaha....
Okey lah, saja je nak citer tentang orang yang jadi inspirasi untuk aku jadi baik ni. Hehehe... yang pasti, betullah Nabi SAW kata, kawan dengan orang positif, positiflah kita. 😎😎😎
Sekian,
DIARI Ustazah Aminah Syuhadah .
#diariustazah
#moodbaruhabistulisrefleksiRPH
#sumberinspirasi
No comments:
Post a Comment