Assalamualaikum, DUNIA...
Tiba-tiba hari yang hening begini, rasa nak bercerita tentang kisah 'luka' aku dalam usia dewasaku ini.
Dalam banyak-banyak kisah luka dan kegagalan itu, ada satu kisah yang betul-betul menjentat jiwa aku. Ia berkaitan dengan bisnes yang aku buat nilah....hehehe.... iyelah, aku kan baru 2 tahun ni betul-betul serius berbisnes, sebelum ni mana layan bisnes-bisnes gini. Huhuhu....
:
:
Ada satu bulan tu, takde sales masuk! Oh my!!!! Berhuhulah daku....
Puncanya????
Aku tak buat dan tak tulis pun perancangan untuk bulan tu. Arrrggghhh!!! Leka sungguh!!!
Pastu, untuk dapatkan hasil untuk bulan berikutnya, aku tetapkan satu target dan TULIS amount yang aku nak capai. Aku tulis terperinci apa yang perlu aku kongsi dan buat kat pelanggan setia serta pelanggan baru. Biar jelas! Haaaaaa...
Alhamdulillah. Betul! Bulan berikutnya, senyuman aku boleh bersambung 360° hahahahaha!
:
:
Sebenarnya,daripada bisnes ni aku belajar sesuatu.
Kat sini aku baru faham dan jelas dengaan fungsi perancangan strategik, taktikal dan operasi sesuatu organisasi. So, aku taknak Pengakap aku kecewa. Aku juga taknak Kelab Doktor Muda aku tu pun sendu redup sejak kehilangan penasihat utamanya.
Sesungguhnya,
Yang Di Atas sana juga sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuk diri kita. Sebab tu kita wajib merancang dengan baik kehidupan kita. Dengan harapan, apa sahaja perancangan baik kita itu diberkati dan dimakbulkan oleh-Nya. Aaamiiin....
DIARI USTAZAH
Aminah Syuhadah
Bangkit dari Kegagalan...
No comments:
Post a Comment