Tuesday 23 January 2018

Dear Mr Love,

Dear Mr Love,

Terima kasih tak terhingga diucapkan atas setiap titik pengorbanan yang awak berikan.

Pengorbanan menjaga si kenit-si kenit kita yang lasak tu.. sepanjang ketiadaan saya tak kiralah sama ada atas urusan sekolah atau urusan bisnes.

Terima kasih sekali lagi. (Ucap kat sini sebab malu nak ucap depan2. 😝😝)

Awak dan anak-anaklah penguat semangat saya untuk terus gigih mengusahakan bisnes vitamin ini. 🌻🌻

Saya pergi kelas nutrisi, awak ikut. Kalau tak masuk kelas sekali pun, awak sanggup tunggu kat luar melayankan anak-anak. Saya nak join konferen, awak ikut jugak. Tanpa banyk soal.

Adakala saya segan sebab tak dapat anugerah apa-apa lagi dalam bidang ini. Huhuhu.

Tapi saya janji, saya  akan banggakan awak dengan pencapaian besar kita dan kita berdiri di atas pentas Shaklee Conference 2020 nanti. 💪👍👍 inshaa Allah, saya janji!!

Saya jugak bangga dengan awak yang sanggup tawarkan diri untuk bangunkan blog rasmi sihatceria.net bagi nerealisasikan impian bisnes ini. Terima kasih yang tak terhingga! 😭😭😭

Mr Love,

Sudah sejauh ini kita melangkah, janganlah kita berhenti. Sikiiit je lagi perjalanan kita dalam bidang ini, dan kita perlu kekalkan momentum ini agar bisnes ini menjadi warisan generasi kita. Aamiin...

::
:::
::::

INSPIRASI.....

Haiihhhh... setiap kali tengok balik gambo-gambo Konvokesyen Ijazah Sarjana sendiri, terinspirasi nak sambung belajar lagi... hihihi...

Tapi....

Terasa macam lagi banyak pulak kekangan dan hal-hal berbangkit yang belum dilaksanakan :-)

Ceh!! Padahalnya, masa zaman buat Master Degree dulu, banyak jugak cabaran! Boleh je move on ;-P hahhahaa.... siap keluar 2 orang anak lagi dalam sibuk-sibuk dengan desertasi ;-) hukhukhuk...

Tapi...nasihat aku untuk koranglah kan... eapecially yang title isteri dan ibu ni, nak sambung belajar syaratnya mesti dengan persetujuan dan izin suami!

Masa aku mintak izin nak apply Master dulu, encik Ahmad Fitri Rusman dah tahun akhir Ijazah dia. Cemburu jugak aku tengok dia pegi kelas, buat assignment..hihihu... masa dia sibuk dengan Projek Akhir, aku dah masuk semester 1.

Masa tu Aisyah Humairah baru masuk 2 tahun. Kesian dia...budak baru nak belajar main, dan perlukan perhatian lebih, tapi mak ayahnya sibuk dengan buku dan kelas. Sob sob sob.....

Sem 1 dan 2 kelas hingga malam... aku berulang alik 3 hari seminggu Kapar - UKM (almost 2 hours). Sampai rumah je dah jam 12 tengah malam....

Tambahan pulak aku 'terpregnant' Ainin ;-P lagi la mood swing ke Laut Andaman! Huhuhu.... siannnn Aisyah......

Tapi aku bersyukur sangat-sangat dan berterima kasih sangat-sangat kepada Encik Syurgaku yang susah payah jagakan Aisyah dan baby Ainin.... TQ ye cayammmmm ;-P hikhikhik.... jasamu memang tak mampu sayang balas....hukhukhuk....

Tapi aku reward diorang dengan cara bawak diorang bersama semasa aktiviti-aktiviti mobiliti pelajar ke luar negara ;-)

Finally,

2nd NOVEMBER 2015, I got my My MASTER DEGREE OF EDUCATION with flying colours!!!!!!!! Yeeehhhaaaaa!!!!! Pointer 3.87 berserta Desertasi A+ ;-)

Alhamdulillah.... semuanya berkat doa suami, mak dan abah serta keluarga mertua :-)

Psstttt!!! Masa konvo ni, Faqih baru 19 hari dilahirkan ;-P


Diari Hati,
Aminah Syuhadah
Founder of SihatCeria. 😀💪

#diariustazah
#mysunshine
#inspirasihati

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...