Thursday 18 January 2018

Jadikan Diri Kita Cerminan Orang Lain

Salam Jumaat yang indah  😎

Cerah dan agak panas hari ni kan? Huhuhu.... takpe, yang penting hati kita ceria. 😚😚

Hari ni, kenapa entah rasa mengada sikit nak cerita tentang keperibadian saya, yang saya kira ramai yang tak tahu dan tak nampak pun saya  orang yang bagaimana. Atau mungkin juga tak nak ambik tahu. Hahahahaha.....

Sebenarnya, kita kena jadikan diri kita sebagai cerminan orang lain. Kerana, adakalanya, kita ni boleh menjadi kekuatan bagi seseorang, malah menjadi sumber inspirasi yang mengujakan.

So, boleh tak saya ceritakan sedikit tentang diri saya? Heheheh...
Okeylah, nak cerita jugak! 😋😋

Sebenarnya, Saya seorang yang.......

1. BERPANDANGAN JAUH

Di sekolah, saya diamanahkan memimpin satu unit kecil Pengakap Kanak-kanak. Oh lupa, 2018 saya bukan lagi Ketua Unit PKK tapi saya hanya membantu. Hihihi.

Walaupun ia hanya sebuah unit kecil, namun sebagai kepala unit tersebut, saya perlu berpandangan jauh untuk menentukan arah tuju PKK sekoalah saya. Sebenarnya, saya banyak belajar tentang ini daripada Ketua Unit Pengaakap saya dulu.

So, apabila saya dapat jawatan tersebut, saya dah tahu dah apa saya nak buat dengan kumpulan saya tu. Heheheh....

Segala perancangan aktiviti dah saya sediakan, khusus mengikut situasi dan kekangan unit ini. Lain padang, lain belalang, kan? 😊
:
:
:
2. AGRESIF DAN PROAKTIF

Selaku pemimpin, saya rasa bertanggungjawab untuk menjadikan budak2 Pengakap mendapat 'sesuatu' daripada keahlian mereka dalam unit ini.

Justeru, saya memang dah siapkan pelan strategik untuk capai Rambu Pengakap. Cuma tahun ini, 2018, PKK saya ni baru je nak buat Keris Gangsa. Tapi takpe, sebab bertahun2 pengakap sekolah ni memang takde pengiktirafan apa2 pun untuk budak Pengakap.

So, langkah pertama, saya menanti-nanti KOROBORI. 😎😎 Alhamdulillah, tahun ini ada KOROBORI. 😋😋😋

Tapi,
Sebelum bawak diorang join  KOROBORI, saya kena 'kejar' diorang untuk memastikan Buku Log telah disiapkan!!! Yuhuuuuu!!!
:
:
:
3. SUMBER UTAMA

Sebenarnya,
Saya sangat dahagakan idea2 daripada pemimpin2 pengakap yang lain supaya anak2 pengakap kita dapat pergi lebih jauh.

Tapi, saya tak ralat ,sebab cikgu2 ni memang  sangat terrrbaikkk ketika membantu saya  menjalankan aktiviti dengan murid. Diorang layan je apa yang saya nak buat  dengan murid. Terima kasih sangat2 kat mereka ni  😍 tanpa sokongan mereka, saya pon belum tentu boleh kawal semua budak2 kan?

Maka,

Saya adalah  sumber utama untuk mereka jalankan aktiviti mingguan agar apa yang ditarget (Lencana Keris) dapat dicapai dalam tempoh yang dirancang.

Sumber utama ni maksudnya, sayalah sebagai pemberi idea untuk aktiviti2 yang akan dijalankan kepada budak2 pengakap. Walaupun ada fail perancangan, bukan semua orang buka pun fail tu. Heheheh.... so, mestilah dia cari ketuanya! Hahahah...

>>>>>>>>

Emmm.... tiga jelah dulu. Nak kembali ke sekolah, buat 10S kat meja sendiri  😂😂😂😂
Banyak benda yang nak disimpan, dialih  dibuang!

Aahhhhhh!!!By the way,

Apa yang saya buat sebagai pemimpin di sekolah, macam tu jugaklah saya lakukan kat group #sihatceria saya!  Because that i am a great business leader! 😎💪

Aminah Syuhadah
Founder of SihatCeria  🌸🌻

#diariustazah
#sihatceria
#businessleader

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...