Assalamualaikum..
@ Doa Indah : Ya Allah Ya Salaam Ya Mukmin, ampunilah kami semua dan berilah rahmatMu yg tidak terhingga kepada kedua ibu bapa kami, kerana mereka telah bersusah payah untuk menjaga dan membesarkan kami ketika kami masih kecil sehingga kami dewasa..
Aamiinn Ya Rabb..
::
:::
::::
27 Januari...
Tinggal empat hari sahaja lagi Januari bakal berlalu. Huhuhu.....
Apa yang telah berlaku sepanjang Januari 2018 saya?
Pertama,
Buat sesuatu kena ada perancangan strategik!
Dah ada startegi, kena dioperasikan secara taktikal, tak boleh congak-congak dalam kepala macam Matematik je! Sebab benda yang nak dicapai ni, bukan boleh ikut logik akal semata, ditulis dan diinterpretasikan dalam bentuk gambarajah.
Dalam pelan kerjaya, ustazah nak budak-budak pengakap ustazah dapat Keris Gangsa tahun ni. So benda tu dah ada dalam perancangan unit ustazah. Untuk ke arah itu, ada beberapa perkara ustazah kena buat untuk diorang bagi mencapai impian itu.
Begitu juga dalam bisnes ustazah, ustazah nak berapa RM 'gaji' masuk menjelang 15 Februari nanti. Maka ustazah kena tulis! Kena tulis berapa jumlaj produk yang perlu dijual untuk dapatkan angka-angka duit gaji ustazah tu nanti.
Kedua,
Sentiasa positif! Fikir, cakap doa yang baik-baik je, inshaa Allah, baiklah jadinya.
Apa yang ustazah rancang tu, semuanya berjalan elok! Mashaa Allah tabarakallah...seawal 20 Januari, ustazah dah berjaya mendaftarkan 80 orang budak pengakap ustazah! Berbanding tahun2 sebelumnya, punyalah payah nak mintak duit. Huhuhu...
Betul! Bila kita fikir yang positif, doa yang baik2, inshaa Allah segalanya dipermudahkan.
Begitu juga dengan pelanggan ustazah. Asalnya taknak beli. Mati-matian taknak! Tak sangka tiba2 dia diuji dengan masalah kesihatannya yang tak kebah-kebah, terus dia hubungi ustazah, beli sejumlah vitamin sekaligus! Mashaa Allah......
So, ustazah tahu dah! Tak perlu malu untuk follow up and follow through orang2 yang pernah beli atau yang belum beli produk kita. Mereka ni sebenarnya, nak kita prihatin dengan dia. So kita kenalah jadi kawan rapat dia, barulah dia selesa nak berurusan dengan kita. Alhamdulillah, melalui ini, bertambah2 lagi sahabat ustazah 😚😚😚
Hmmmmm.... okeylah, penat membebel. Hahahah... banyak lagi benda nak cerita. Tapi ada banyak benda lain jugak nak dibuat hari ni. Maklumlah, hari cuti 😁😁
By the way, ustazah ada kat kampung sekarang! Yuhuuuuu!!! Dah sebulan lebih tak balik kampung. Jom nikmati udara kampung pulak. 😋😋😋😋
Diari Ustazah,
Aminah Syuhadah
Nak berjaya, nak gembira, sila jalan teruuuussss ke depan. Toleh sikit-sikit je ke belakang....hehehehe...
#diariustazah
#throwback
No comments:
Post a Comment