Monday 8 January 2018

HOBI SEJAK KECIK!

Hobi sejak kecik! 

Sejak kecik, hobi korang ape? 
 
Dari kecik, ustazah suka ambil angin keliling kampung dengan berbasikal. Hihi.... kemudian, ketika zaman belajar, sanggup beli tiket komuter dua hala je pun (pergi dan balik) semata-mata nak ambil angin luar dari hostel. Hahahahha... 

Jalan-jalan makan angin, walaupun di tanah air sendiri, adalah satu perkara yang menggembirakan hati saya dan membuatkan minda saya lebih bugar.
Jalan-jalan tengok tempat orang, dapat membuka minda dan jiwa kita lebih positif dan menerima perubahan dalam kehidupan. Minda anak-anak juga turut berkembang. Lebih petah bertutur setiap kali balik dari percutian. Alhamdulillah. 

Sememangnya hobi yang satu ini tak dapat dielakkan atau dinombor-duakan kerana hobi inilah yang paaling membantu saya me'refresh'kan semula diri dan hati setelah penat menanggung tugasan di rumah dan tempat kerja. 

Dalam sebulan, macam dah wajib pulak keluar dari sarang untuk sedut angin baru. Hihihihi... anak-anak pun memang seronok, malah diorang yang request nak stay kat mana-mana. Walaupun staycation hanya 10KM je pun dari rumah. Hahahahah...  

Kebiasaannya, kami akan peruntukkan sejumlah hari untuk melakukan hobi ini. Atau pun, kalau takde masa sangat, hujung minggu memang penuhlah jadual dari pagi hingga malam :
~ pagi keluar berjoging atau hiking kat mana2 bukit rekreasi.
~ petang usha2 pasaraya...
~ malam mencari tempat makan yang jarang orang pergi atau tempat makan yang spotted area. 

Ooooohhhh ya!!! Satu lagi, hobi baru! WINDOW SHOPPING  hihihihi .... seronokkan tengok2 barang. Sayang duit nak beli, dapat tengok je pun jadilah. Hahahaha...
Hobi korang, gapo? Share sikit.....
Diari Ustazah,
Aminah Syuhadah .
#diariustazah
#hobisaya

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...