Saturday 20 January 2018

NUKILAN HATI, Aminah Syuhadah Gerakkann diri untuk lakukan kebaikan.

Alhamdulullah.....

Pagi-pagi buka FB dengan status-status ceria kawan-kawan  😊

Bertambah ceria pagi saya dengan mesej-mesej wasap order vitamin. Dua tempahan dariapada pelanggan setia, tiga tempahan daripada orang baharu yang mencari saya melalui blog dan instagram.

Senyum... senyum... senyum....

Jika impian saya sebagai guru di sekolah adalah untuk mendapatkan Lencana Keris untuk budak-budak Pengakap,

Maka impian saya berniaga ini adalah untuk kebebasan kewangan keluarga saya. Inshaa Allah....

1. Ubahsuai dapur di rumah Mak dan Abah.

Rumah besar (Villa 503) mereka tu adalah hasil titik peluh keringat tangan kasar Abah mengikat sendiri batu-batanya. Ia memakan masa 20 tahun, sepanjang tempoh saya membesar. Sebagai anak sulung, Saya juga turut sama membantu.

Kini, anak sulung ini berjanji pada diri, bahagian tabungan perniagaan ini, akan digunakan untuk membantu mencantikkan lagi Villa 503 mengikut citarasa pemiliknya. Inshaa Allah. 

2. Simpanan keperluan anak-anak.

Takaful, keperluan dan keinginan mereka juga perlu disediakan. Gaji tugas hakiki hanya sekadar mencukupkan keperluan tugas saya sahaja. Maka, untuk kegunaan lebih daripada itu, kami suami isteri perlu mencari dari sumber  yang lan. Maka  sebab itulah kami jalankan bisnes vitamin ini.

3. Impian kami suami-isteri.

Banyak perkara yang kami ingin lakukan bersama. Nak bina rumah agam di tanah sendiri. Nak menjelajah menziarahi tempat-tempat sejarah Islam. Nak menunaikan haji  pakej VVIP. Nak beli motorbike. Nak macam-macam lagilah! Hahahahah....

4. Menjadi penyumbang utama dana bagi UNICEF dan rumah2 anak2 yatim  dan miskin.

Setakat saya  hanya mampu sumbangkan RM38.00 je sebulan untuk UNICEF. Sumbangan untuk rumah anak2 yatim dan miskin setakat ini adalah mengikut kiraan zakat pendapatan dan sejumlah wang yang kecil. Sebab tu kami kena usaha lebih lagi untuk kembangkan bisnes ni supaya hasilnya lebih besar dan dapat dikongsikan.

Semoga impian2 ini dapat dicapai terutama impian no.4, dan kami terus istiqomah, tidak lupa diri  dan tidak menongkat langit. Aamiin...

NUKILAN HATI,
Aminah Syuhadah
Gerakkann diri untuk lakukan kebaikan.

#diariustazah
#impianbisnessaya

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...