Wednesday 3 January 2018

aktiviti PKK yang dirancang untuk 2018

D U N I A . P E N G A K A P . 2 0 1 8

Salam Pengakap!

Alhamdulillah dapat menghadiri Mesyuarat Pemimpin Pengakap PPM Kapar untuk kesekian kalinya.

Dengan izinNya jualah saya di sini. Asalnya guru lain yang diarahkan hadir, tapi beliau ada tugasan lain yang perlu diuruskan di sekolah.

Okey,
Ustazah kongsi di sinilah ye antara isi penting dalam mesyuarat ini.

Antara aktiviti PKK yang dirancang untuk 2018 :

✅ Pendaftaran keahlian PKK 2018 ~ RM7 (PKK) RM10 (pemimpin, penolong pemimpin, kuasa penganjur, pengerusi, setiausaha, bendahari, AJK). Sebelum 31 MAC 2018.

✅ Kurus Ketua Patrol ~ 11 hingga 13 MEI 2018. Peringkat negeri Selangor (SK Bukit Komandul, Kuala Langat).

Cikgu2 pengakap bolehlah hantar ketua2 dan penolong2 Sekawan PKK korang.

✅ Iftar Ramadan ~ 8 Jun 2018.

Jomlah cikgu2 pengakap Selangor, kita berbuka puasa beramai-ramai di Mutiara Village.

✅ Rambu PKK ~ 30 Ogos hingga 1 Sept. 2018.

Sekurang2nya anak2 pengakap kena ada Lencana Keris Emas baru dapat join Rambu PKK.

✅ KOROBORI ~ 21 hingga 23 September 2018 di Mutiara Village.

Perkhemahan ini, SEMUA PKK boleh join ! Jangan malu2 ! Hehehhe...

✅ JOTA/JOTI ~19 hingga 21 Oktober 2018 di Mutiara Village.

Yang ini pon SEMUA PKK boleh join. Moh beramai-ramai kita berkampung di sana! 

:::

K U R S U S . M A N I K A Y U . U N T U K .P E M I M P I N

👍 KMK Pengenalan ~ Januari hingga Mac

👍 KMK peringkat 1  ~ Januari hingga Mac

👍 KMK peringkat 3 (1) ~ Julai

👍 KMK peringkat 3 (2) ~ September

:::::

Moga ini boleh dijadikan rujukan kepada guru2 Pengakap yang mencari-cari aktiviti Pengakap untuk disertai.

Jangan lupa DAFTARKAN KEAHLIAN anak2 Pengakap korang ye! Hihihihi....

Sekian,
Aminah Syuhadah
Pemimpin PKK SKSKI.

#diariustazah
#duniapengakap2018

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...