Saturday 6 January 2018

[ T E R A P I . M I N D A . C A R A Aminah Syuhadah ]

[ T E R A P I . M I N D A . C A R A  Aminah Syuhadah  😎 ]

Salam hujung minggu, semua! 😍

Pastinya hujung minggu macam ni paling ditunggu-tunggu oleh semua orang kan? .... samalah...saya pun! Hehehe... lebih-lebih lagi kalau 'long weekend' . Hahahaha....

Hujung minggulah kita nak buat macam-macam benda. Nak siapkan itulah, inilah... nak refleks semula kan apa yang dah berlaku sepanjang hari pada minggu tu.

Hmmm... biasanya, kalau tak ke mana-mana, kitorang sekeluarga lepak-lepak kat rumah je. Contohnya macam hari nilah. Arini nak pulun update blog sebab seminggu dah bersawang blog tu. Huhuhu.... semalam, Sabtu, dah pulun dengan kerja-kerja rumah dan siapkan kerja-kerja sekolah yang terbengkalai tu.

Kadang hujung minggu kitorang gatai jugak check in kat hotel depan rumah tu  😝😝 hahahaha... saja sambil layankan anak2 main kolam, kita ambil angin baru. Refresh minda. Cewahhh!!! 

Tapi selalunya  keluar awal pagi, pergi joging  atau panjat  bukit rekreasi sekitar sini dengan anak2. Hehehe...

Tapi, serius cakap beb! Refresh minda dengan melepak kat luar dari kawasan kita contohnya staycation kat mana2 walaupun hotel depan rumah je pun, bagi satu semangat baru ah kat saya! Anak2 pun sama! Depa happy sungguh! Mudah dengat cakap kita dan komunikasi pun jadi lebih baik dengan diorang.

Kita pun senang hati nak plan macam2, pastu hati ni sentiasa kembang setaman. Fikiran pun jadi lebih positif, pastu asyik fikirkan yang baik2 je. Masa ni, kalau saya bayangkan sales masuk, fuh!!!! Tetiba mesti dapat mesej ada yang order atau bertanyakan vitamin lah...soft ice cream lah... hihihi.... Alhamdulillah....

Hah, korang!

Kalau asyik berserabut  kepala tu, buatlah apa2 yang korang rasa best time hujung minggu ni. Pasti korang akan rasai kelainannya pada diri sendiri terutamanya. Sekian.

AMINAH SYUHADAH,
Ustazah Ceria  😊

#sihatceria
#diariustazah

No comments:

Post a Comment

BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL

 BUKIT GASING FAMILY HIKING TRAIL.  31 OGOS 2020, kami sekeluarga mendaki ke Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Petaling Jaya.  Sementelah anak-...